01 May, 2008

Islam Tidak Ganas

Ini bukan satu kenyataan apolijetik tetapi menerangkan kepada yang tersilap maklumat mengenai Islam. Apabila September 11 berlaku ada maklumat pula yang ia dirancang oleh musuh Islam dan bukan orang Islam itu. Kita tidak tahu yang pihak mana benar kerana tiada 'Commisson of Truth" untuk peristiwa itu.

Saya pun tidak dapat mengesahkan dan saya percaya Allah tidak akan tanya saya apa yang berlaku di September 11. Malah saya percaya malaikat nanti akan maklumkan saya yang masa giliran saya nanti di Padang Masyar (On the Day of Judgement, at My Trial) saya akan ditanya apa amalan SAYA dan sebagainya - asal semua saya dan bukan orang lain. Saya amat bimbang hari itu.

Jadi rujukan saya kepada peristiwa teroris ini adalah cetusan ingin tahu serta ingin memberitahu kepada yang kurang tahu. Anggaplah ini amalan jariah saya. Selepas itu orang boleh komen kembali maupun kritik secara bebas. Ini supaya saya tidak berlaku silap dengan memberi pandangan sebelah pihak lalu menutup skrin dan tidak ingin dengar kot kot saya silap. Nanti satu hal pula depan Mahkamah Allah saya dituduh tidak bertanggungjawab dalam memberi maklumat sehingga orang lain terpesong. Berat hukumannya memesongkan aqidah orang.

Aqidah saya mengenai perjuangan Islam bergantung kepada maklumat. Syukur saya yang Islam itu mementingkan maklumat sehingga 'kulli hal dalila" - setiap satu dalam Islam mesti ada dalil. Nak pegang kepada Allah ada dalil naqliahnya. Nak tolak hadis ada dalilnya. Nak cerai ada dalilnya. Nak mati pun ada dalilnya. Saya cukup aman dengan agama Islam. Saya tahu ada agama lain yang tidak benarkan dalil atau terlalu banyak soal yang ikhlas. Saya tidak mahu sebutkan lagi agama lain di sini kerana kot kot orang yang masih agama tersebut terhalang benci tulisan saya lalu gunakannya sebagai dalil di depan malaikat nanti bahawa dia tak masuk 'queue' kerana si Red1 Oon ni yang buat dia benci bukan suka terhadap Islam.
.
Ada satu peristiwa paling penting iaitu perang pertama Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. yakni Perang Badar yang berlaku pada 17 Mac 624 Masehi atau 17 Ramadhan 2 Hijriah dimana umat Islam dipaksa berperang oleh musuh mereka yang bencikan mereka.

Anggota muslim yang berdiri di belakang Rasulullah pada hari itu adalah 313 orang berdepan dengan lebih seribu orang musuh. Nabi sendiri pun risau dan menangkat tangan untuk berdoa kepada Allah,

(saya tak berapa ingat susunan dan kata-kata tepat dalam doa tersebut tetapi lebih kurang:)

"Ya Allah. .. sekiranya kita gugur hari ini, siapa yang akan membawa Islam Engkau esok?"

Hendaklah kita sedia maklum bahawa gugurnya orang Islam dalam medan jihad pimpinan Nabi Allah adalah dikira syahid dan tidak mati. Ramai yang inginkan status sedemikian. Tetapi Rasulullah tidak. Dia inginkan yang lebih baik, lebih tinggi, lebih mulia dan lebih bertanggungjawab. Dia inginkan keredhaan Allah untuk menyampaikan mesejNya.

Atas sifat tabligh bagindalah yang hari ini kamu dan saya mengenal dan mengamalkan Islam. Kepada saya sekiranya Baginda dan rakan-rakannya hanya inginkan syahid dan selesaikan saja di Badar hari itu pun boleh, tetapi adalah mementingkan diri sendiri sahaja.

Sebagai nota kaki sampingan, hendaklah diketahui bahawa doa Nabi adalah mujarab. Sebaik sahaja doanya, Allah menurunkan ribuan malaikat untuk memastikan kemenangan kepada Islam. Saya tahu ramai kawan saya yang inginkan malaikat turun menyelematkan dia apabila kes bankrap dan sebagainya. Tetapi sedih tiada yang turun. Mengapa? Ada dalilnya. Mungkin kerana kita tidak berdoa sepertimana Nabi berdoa.

No comments: