05 May, 2008

Murtad Tidak Mungkin



Seseorang yang mengenal Islam dengan sebenarnya dan menerima sokongan moral yang baik dari umat Islam itu sendiri tidak mungkin murtad. Jika orang Kristian datang berdakwah kita mampu berdakwah kembali. Jika orang Buddha datang berdakwah, kita mampu berdakwah balik.

Dulu pernah saya kembali ke bekas gereja saya semasa belajar di IDP kerana ingin menjenguk kawan lama disamping gatal sikit nak hentam tentang Al-Bible dan Al-Quran. Saya berjumpa seorang kawan kristian se-angkatan iaitu Peter Wong di Gereja Calvary (mazhab Pentecostal) lalu beliau bertanya saya,

"Apakah saudara masih percaya ke Jesus Christ?"

Jawapan saya ialah, "Ya, saya masih beriman kepada Jesus".

Sekejap kemudian dia tersedar, "Hmm.. bagaimana pula dengan Muhammad?"

Jawap saya lagi, "Ya, saya turut beriman dengannya".

Kali ini kawan saya agak berdepan, "Bagaimana jika kita berdebat secara baik, dengan padri kita (Prince Guneratnam yang amat hebat berpidato)? Jika awak kalah apakah awak akan kembali ke agama Kristian?"

Saya menjawab, "Dengan rela hati saya. Dan sebaliknya, awak pun patut sama masuk Islam. Malah saya tidak akan gunakan Al-Quran. Saya akan hanya gunakan Al-Bible".

Kita pun bersetuju balik dulu dan menyusun untuk berdebat pada minggu seterusnya. Saya mula panik sikit. Ini kerana ilmu pada saya masih terlalu mentah kerana baru beberapa bulan memeluk Islam. Lagipun padri tersebut memang dilatih khas dari Amerika Syarikat dan apabila berucap kalah Anwar Ibrahim.

Namun saya cuba menelaah apa yang saya boleh dari pengalaman menerusi penulisan padri-padri lain yang sudah memeluk Islam. Saya cuba hafal poin-poin mereka yang mereka sudah siap kutip daripada Bible itu sendiri.

Minggu seterusnya saya pun mengunjung sekali lagi ke gereja tersebut. Tetapi Peter tidak kelihatan. Saya bertanya dengan sesiapa di sana dan mereka kata dia bercuti! Saya amat terkejut kerana dia itu amat taat menghadiri gereja, dan mana boleh bercuti hari datang gereja hari Ahad?!

Saya pun bertanya alamatnya dan pergi mencari dia. Selepas saya terjumpa rumahnya saya memanggilnya keluar. Dia akhirnya keluar dan berdiri sahaja di pagar lalu berkata,
"Tidak perlu lah berdebat. Awak tidak akan masuk Kristian dan aku tidak akan masuk Islam."

Saya pun fras bercampur Yahoo! kerana jelas kawan Kristian saya dengan satu gereja yang ada Prince Guneratnam hebat itu tidak sanggup berdepan dengan saya seekor Cina tinggi lampai ini. Tetapi saya tetap fras,

"Maka Peter, naik saksilah awak. Bahawasanya sudah datang kepada kamu dengan tangan kaki terikat kerana hanya akan guna Bible sahaja. Tetapi awak menolak ajakan untuk berdepan dengan kebenaran lalu menolaknya dengan jelas. Saksikanlah di depan Allah esok nanti".

Saya pun meninggalkan rumahnya dan pergi tidak kembali lagi kepada gereja tersebut. Cuma mahu bersambung di sini bahawa ada banyak cara berdepan dengan usaha memurtadkan orang kita. Kita harus membuka jalan berdebat yang mendedahkan umat kita kepada segala ajaran mereka sehingga mereka merasakan tidak lagi hairan malah mengenal semua lubang hujah dan selok belok mereka. Pendek kata jawapannya adalah ilmu, ilmu dan ilmu.

(Gambar di atas adalah padri itu yang saya sempat cari dari websitus mereka. Gambar kedua adalah antara gambaran keseronokan berada dalam kelab gereja tersebut. Mungkin program sedemikan menarik kepada remaja kita yang dahagakan program yang lasak dan hebat bagi mengisi DNA mereka.

Saya cukup seronok masuk Summer Camp Kristian dahulu. Bila jejak kaki masuk gereja mesti terdengar,"Hi Daniel Oon, do you know we have a Summer Camp coming up soon to go up the mountain?" Teringin sangat nak ikut tetapi kerana miskin waktu itu saya tak dapat.

Apabila saya masuk masjid, dan mendengar khutbah saya dan rakan-rakan sejemaah asyik mengantuk tertidur. Tidak langsung begitu dalam gereja Calvary KL tersebut. Saya pernah terfikir bagaimana ingin menaikkan semangat jemaah masjid. Tetapi apa kan daya. Saya sudah jelas masuk Melayu :) . Orang Melayu hanya berminat berpolemik hukum menghukum antara satu sama lain. Apabila saya bercerita tentang Melayu lawan Melayu ramai orang suka dengar. Apabila saya ajak berusrah, ramai yang tidak hadhir dengan seribu satu alasan yang syarie

Maka jika sesiapa yang berminat berusrah dengan saya mengenai ajaran Kristian dan sebagainya serta aktif melakukan program bertindak menentang usaha memurtadkan kita, jomlah emel kepada saya - red1@red1.org).

10 comments:

Kreatif Mind said...

Red1, great!! You write some good stuff. What is your view on http://www.submission.org

wnf wj said...

salam..

benarlah..ilmu itu adalah pendinding.
saya sokong sangatlah klau hendak dibuat usrah tu. lebih2 lagi buat penuntut yg berada di luar negara. bile missionaries datang, kawan2 saya duk nganga je..tak reti nak jwb! klau saya ada, ditolaknya saya utk jwb blk. alhamdulillah setakat ni blh lg jwb tp ilmu yg cetek ni mmg sgt perlu diperkasakan lagi. saya baru ingat blk summer ni nk join kursus yg lim jooi soon buat. klau en daniel nk buat jugak, iklan2 kan lah. :)

wassalam...

Redhuan D. Oon said...

KM,
As a student of the truth i came across such content in my earlier years and have many stories to tell bout that too. Perhaps later.

Wnf Wj,
Tentu sekali akan bagu dapat kita buat satu dua round nanti!

Saya juga berpendapat bahawa adalah secara teknikal tidak mudah untuk seseorang itu murtad.

Contohnya sekiranya saya dapat berdialog dengan Lina Joy saya akan bertanya dia bab mana dalam Quran yang ia setuju dulu. Spt Isa, kelahirannya dari Virgin Mary, Injil semua itu dipertahankan dalam Quran.

Itu sebabnya Raja Kristian Habsah menerima dan melindungi orang Islam.

Lepas itu saya akan tanya Lina Joy, tang mana dia tidak suka tentang Islam. Jika dia kata mahu Isa sebagai anak tuhan pun, katakanlah saya sakit perut hari itu tidak cukup form nak basuh dia, dan mengaku walkover, Lina itu masih kira Nasara atau Ahlul Kitb yang Iran Hussein boleh kahwinkan dengan dia maupun kahwinkan dia kepada Nasara yang lain.

Atau lagi satu ialah saya akan soal uji apakah dia itu pernah faham dan amalkan Islam? Jika tak maka saya akan istiharkan dia jahiliyah. Maka dia bolehlah pergi tanpa istihar apa-apa kerana selama ini memang bukan Islam. Kad IC nya itu adalah kesilapan teknikal dan harus dibetulkan.

Saya juga turut suka jika ramai orang yang tidak beramal dengan Islam fikir balik apakah merekaitu muslim ke tidak. Lebih baik begitu daripada memalukan Islam.

red1

Kamal said...

Bro Red1, alhamdulillah..you are really 'opening the source' of knowledge about the truth...very pragmatic and very 'user friendly'...we need more of you in this world...can we duplicate?

Congratulations! Alhamdulillah!

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saudara Red1, saya sangat bersetuju dengan cadangan mendekatkan remaja dengan masjid dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti rekreasi dan outdoor. Semoga terus istiqamah dalam perjuangan Islam. Saya seorang Muslim yang mewarisi Islam dari ibubapa, alangkah malunya saya tak punya kekuatan dan keazaman seperti saudara.

Kadang-kadang duduk termenung memikirkan sendirian, adakah tindak-tanduk saya seharian menggambarkan saya seorang Muslim? Nauzubillah, takut jadi fitnah pula buat Islam yang mulia.

-mat
Sweden

Redhuan D. Oon said...

Wasalam dan terima kasih kepada rakan-rakan dari luar negara,
Kamal (Australia), Matlut (Sweden).

Dengan jaringan yang sedemikian global tentu sekali kita banyak rasa. Cuma tinggal urusan cara.

Amzari Zhahir said...

Assalamualaikum Tuan Red1 D. Onn.

Sekadar pendapat sahaja. Mungkin tuan boleh daftarkan milis (email listing) menggunakan yahoogroups atau googlegroups Tuan. Dari situ, tuan Red1 berkongsi maklumat dengan lebih meluas lagi, memandangkan tuan Red1 gemar menulis.

Saya cadangkan:

Red1empire@googlegroups.com

:)

wassalam

Amzari

Redhuan D. Oon said...

Buat masa ini saya tidak merancang buat lebih dari mampu. Saya ni pun jenis 'malas' yakni sentiasa mencari-cari dan tidak duduk selesa dengan apa yang ada.

Entah esok saya lari ke Darul Ittifaq di Bandung atau berdagang di Potsdam.

chrisshee said...

interesting. very interesting indeed. so are you a chinese or a malay actually? i actually find this question inspiring in a way.

coz regardless of whether you are a chinese or a malay, the fact is, you are ONE PERSON. NOT 2 separate souls!

knowledge and wisdoms learnt both from the your religion and the other religions. and never to underestimate the knowledge from the outside world.

sometimes i just wonder why can't some extreme Theists accept this simple rule of embracing diversity?

afterall aren't religions meant to just be a moral support and guidance for us human beings?

i don't particularly like the fact that religions impose rules to people's lives, shouldn't they just underscore a few ethical guidelines for people to rationally think and reflect upon before making any decisions in life instead of a 1000 pages book to tell you what to do and what not to do?

if the thousand pages of religious book is meant just as a storybook guide for any person theists or atheists to read for past times, i'm sure the world can be influenced for the better too, and less fights will be happening.

sometimes i just don't understand if the extreme Theists are merely using the religions to rule the world with their selfish hidden agendas.

we people are educated to think and analyze with logics, not abide strictly by rules. this is the fundamental criterion for the making of a POSITIVE CHANGE AGENT isn't it?

why "cage" people in a book?

sincerely,
my visions my ideals.

Redhuan D. Oon said...

Hi Chee,
I am chinese, converted to Islam end of school life, and have very liberal attitude towards others.

I like to even sit with Jews and Dalai Lama. To me life has reasons to be so diverse and yes u put the spirit right by saying that its somewhat straightjacket to be not.

To me, what dictates character is character itself and not what we profess too often of.

We didnt ask to be born indian, malay or chinese. Thus we have no right to condemn based on what we have no control of. What we can control is our character and deeds.

I must listen to u and judge objectively irrespective of whatever u are. Others may not respect but heh, thats fine, my life goes on too much to bother.

Thanks for your quips! :-)