08 May, 2008

Allahyarham Altantuya

Pagi ini saya terbangun 4.30 pagi dan tidak dapat tidur sehingga saya terus sahaja tidak tidur lalu buatlah solat tahajud 5.15 pagi. Semasa atas katil saya terfikir-fikir Raja Petra Kamarudin (RPK) dan kes Altantuya. Saya makin terbangun makin awal kerana tertidur makin awal. Semalam ajak kawan dari Paya Jaras untuk minum sambil berbual tetapi beliau maafkan diri kerana short notice. Dalam usia yang makin lanjut mata kita tak tahan apabila cuba baca buku bahasa Jerman tak sampai satu baris walaupun jam pukul 10.30 malam terus terlelap. Maka tidurlah ana dengan lebih awalnya. Inilah keterangan ringkas bahawa saya ini bukanlah golongan wali tetapi seorang middleaged man whose sleeping hours have screwed up real bad.

Mereka dua ini amat rapat dengan lokasi saya. Iaitu alamat saya Lot 2906, Lorong Beringin, Kuang iaitu tak sampai satu kilometer dari rumah RPK di Jalan 5/5 Bukit Rahman Putra. Pembunuhan Altantuya pula berlaku di Shah Alam iaitu setengah jam dari sini dan lebih dekat lagi sekiranya menggunakan lebuhraya Guthrie.

Semalam saya terbaca pengunjung blog saya memberikan kepujian melangit di atas kehebatan saya menulis (korek, korek dan toceh Alhamdulilah) lalu saya nak lah ajak kawan Paya Jaras itu bukan kerana ingin celebrate kejayaan saya akhirnya diiktiraf sebagai penulis handalan, tetapi ingin mencungkil ide topik yang lebih mengancam. Maklumlah standard kita makin tinggi makin kena pressure. Tak perform nanti peminat kata apa pulak.

Slogan blog saya adalah satu falsafah yang saya lama fikirkan dan bukan main-main letak,

"Engkau tidak akan ditanya tentang apa orang lain jadi atau buat. Engkau akan ditanya tentang apa engkau sudah jadi dan buat!" Ini adalah kata-kata yang tercetus dari Al-Quran itu sendiri. Saya juga meletakkan kata-kata itu kerana berdepan dengan pelbagai mazhab dan manusia yang berbeza-beza dan asyik bertanya saya tentang pendapat saya mengenai ini dan itu.

Malah pendapat Syiah mengenai 'Setiap bumi adalah Karbala dan setiap waktu adalah As-Syura turut memberikan saya petanda yang sebenarnya adalah, "SINI adalah Karbala dan KINI adalah As-Syura". Bukannya semua bumi atau semua waktu tetapi bagi ANDA ia adalah here and now.

Bagi RPK saya tabik keberaniannya. Sama macam saya pernah dulu terlibat dalam kes MaryAnne, isteri seorang dektektif SB yang didakwa suaminya dirogol dan dipaksa berlakon dalam video blue. Saya didatangi suaminya Kanaperan yang memeluk Islam meminta saya semasa di Harakah pada tahun 1990 untuk membantunya. Ini cerita untuk lain waktu. Sekarang saya tidak boleh tukar topik.

Mengapa saya panggil Altantuya dengan Allahyarham? Saya ini ulama bertauliah ke sehingga berani pulak memberikan kepada seorang mendiang? Ceritanya begini. Mula-mula saya terasa apa angle nak tulis tentang kes ini. Ia adalah kontroversi besar. Silap-silap saya berpindah satu kilo lagi masuk Sg Buluh. Saya juga meniliti tulisan RPK dalam Malaysia Today mengenai kes itu dan saya bersetuju bahawa tulisannya itu berbau hasutan dan menfitnah. Ini kerana di dalam Islam kita tidak boleh menfitnah tanpa dua orang saksi. Akhirnya semasa dimahkamah RPK dilapurkan ada memberitahu pemberita yang beliau ada bukti. Saya berharap bukti itu boleh membawa lebih dari dua saksi keluar kerana lebih ramai orang nampaknya terlibat semasa chain of evidence itu.

Tetapi buat masa ini - at this material in time, RPK adalah didakwa. Kini dia mesti buktikan ketidak-salahan dakwaan ke atas dirinya menurut undeng-undeng. Onus is on him. Ana ni bukanlah apa. Pernah baca law tapi tak sempat habis, semasa terlibat dalam kes Maryanne yang saya pernah tolak ikat jamin semasa menyerahkan pita video blue berkenaan. Tetapi kerana saya berjaga-jaga tentang selok-belok law dengan membaca habis akta polis sehingga akta ISA, saya cepat-cepat dilepaskan petang itu juga. Nak tau law itu kenalah berguru lagi dengan saya. Ta mahal. Secret Recipe saja.

Jadi menurut pembacaan saya yang separuh arif, RPK buat masa ini adalah defence to be called upon as charged, tetapi janganlah kita silap dengan guilty as charged.

Balik ke Altantuya ini saya pada mulanya ingin memanggil ruh nya(kerana sudah tiada maka hukumnya tidak boleh dipanggil) sebagai 'mendiang' lalu saya tertanya, apakah itu 'mendiang'? Dalam bahasa inggeris kita sebut 'the late so and so' atau dalam konteks 'yang sudah pergi berlalu'.

Saya ingin bertanya, dia tu siapa dan pergi berlalu ke mana? Dia tu tidak akan berjumpa Allah ke? Dan dalam bentuk apa sekiranya bukan ruh? Maka saya selepas bagi salam rakaat kedua tadi terlintas memanggilnya sebagai 'arwah' Altantuya. Saya rasa lebih lega dengan memanggilnya begitu. Ya, arwah , the spirit of Altantuya. Tepat dan tidak silap dari ilmu tauhid. Ilmu Fekah wallahu Aklam, saya bukan ulama figh. Ulama tauhid InsyaAllah.

Jadi sekiranya saya boleh memanggilnya dengan panggilan 'arwah' bukankah gelaran tersebut sering direservekan kepada orang-orang Islam yang sudah pergi berlalu meninggalkan dunia ini? Dan maka juga, tidakkah Allahyarham (alaik)- God Bless his or her soul khas untuk orang yang mengaku Islam?

Gelaran itu berasaskan kata kunci Rahmat atau dari nama Allah - Arrahmaan yakni Grace or Most Gracious, iaitu satu sifat Allah ke atas semua insan manusia tidak kira muslim atau jahil atau kuffar. Ar-rahiim (Most Merciful) adalah lebih tepat kepada yang soal berdosa dan soal hukuman di padang masyar nanti. (Saya pun sempat tanya Liyana yang dah bersiap nak subuh ini,

"Betul tak Rahmat Allah ke atas semua bumi, contohnya hujan rahmat Allah turun ke atas semua?"

"ah ah!" angguknya dengan cara yang menyakinkan saya.

Saya pun mencarilah dalam Google untuk nas yang mungkin terdapat sebelum saya dapat menulis kerana takut saya menimbulkan fitnah baru pula. Sayang dalam masa 10 minit tadi Google (kira dah lama sangatlah tu jika sampai 10 minit tak jumpa) masih tidak jumpa jawapan kepada "Can we say Allahyarham to a non-muslim?". Terjumpa pulak video Ahmad Deedat mengenai pakaian seksi wanita, terbehenti mendengar 6 minit 20 saat pulak.

Akhirnya saya melakukan satu pertanyaan dalam wikipedia di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Talk:Shaariibuugiin_Altantuyaa mengharapakan adalah ruh di luar tu yang ternampak soalan saya yang mungkin cukup tidak releven kepada mereka dan pasti ada reaksi kerana wikipedia ini cukup hidup dalam alam terbaru Allah ini (lagi satu topik lain kali mengenai Alaamiin berbentuk siber).

Maka dengan senjata ilmiah sikit yang tersedia ada, dan sudah terfikir sejenak sebelum meninggalkan sejadah tadi, "Oh Allah, show me if what i say or do is correct", saya pun menekan butang New Post ini. Tetapi datang pula satu ilham semasa tertekan. Macam ini:

Bukankah para anbiya semua senantiasa berdoa apabila berdakwah dimana kaum mereka tidak menerima mesej mereka?:
"Ya Allah. Ampunlah kaum saya. Sesungguhnya mereka itu tidak tahu. Sekiranya engkau mengampunkan mereka, maka Engkaulah yang Maha Pengampun, ArRahman dan ArRahim. Sekiranya Engkau tidak mengampunkan mereka, nescaya Engkaulah Al-Malik, Al-Hakim, Faal lullimaa yurid. Engkau bebas untuk melakukan apa-apa".

Maka bukankah kita boleh berdoa cara nabi berdoa? Bukankah lebih afdal bagi kaum kita atau kaum lain yang tidak mendapat hidayah? Bukankah lebih baik kita berdoa untuk roh Altantuya dan mengucapakan "semoga pengampunan Allah ke atas kamu dan rahmatnya yang tidak terhingga terutamanya".

Berharap ini mencetuskan fikrah yang baik dan mendekatkan kita dengan himma - keinginan kepada Allah subhanahu wataala.

Amin!

Saya yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tulisan ini. Sekiranya baik adalah datang dari Allah. Sekiranya sebaliknya adalah datang dari diri saya sahaja. Wallahu Aklam!

Redhuan D. Oon
No IC - 611016-71-5039 (warna biru)
Beralamat (tersebut di atas)

5 comments:

Ahmad Ramly said...

Salam Red1,
Saya tak faham la pos ni...

Nevada said...

salam,

saya telah sekian lama menggunakan perkataan Allahyarham kpd semua org, islam atau bukan islam. dan juga apabila mendengar kematian, walau org mati itu islam atau bukan islam, saya berkata InnaliLLah...

kerana, kita semua adalah ciptaanNya dan Allah menyayangi kita semua.. cuma, kalau dia nak masukkan kita ni ke neraka ke syurga ke itu hak mutlak Nya.... terima ajelah.

Redhuan D. Oon said...

AR,
Mungkin pagi awal sangat, beberapa perkara bermain-main dalam fikiran secara serentak. Lain kali saya cuba lebih objektif dan hadkan kepada satu isu sahaja.

Matdie,
Apabila renung balik, saya rasa kita biasanya tidak bagi ucapan rahmat kepada si-mati ialah kerana sudah putus taubat atau hidayah selepas meninggal dunia. Semasa di dunia kita doakan hidayah ke atas seseorang yang belum dapat hidayah.

Sekiranya meninggal sebagai bukan muslim, maka tidak lojik dia mendapat rahmat lagi melainkan diampunkan terlebih dahulu. Maka mengikut sunnah anbiya seharusnya kita melakukan doa istighfar ke atas ruhnya.

Namun dalam topik ini kita merasakan dia dizalimi begitu sekali di bumi umat Islam dan tentu sekali kita berikan penghormatan paling tinggi dengan mendoakan pengampunan dan rahmat Allah ke atasnya. Itu sahaja yang kita boleh lakukan. Di akhirat esok saya cuma boleh mengaku apa yang saya telah lakukan ini secara lisan dan dalam hati. Nak hindar dengan tangan tidak berpeluang.

Redhuan D. Oon said...

Nak ditambah satu perkara masih boleh dilakukan, iaitu mendesak keadilan dipercepatkan sepertimana diharapkan oleh keluarga arwah yang masih terpaksa melalui cabaran proses mahkamah yang terlalu panjang.

Apakah mahkamah Islam itu adalah lebih pantas? Satu perkara yang pasti di mahkamah Allah esok adalah telus habis.

Ahmad Ramly said...

Salam kembali,
Baru saya faham, entry ini adalah double entendre.

Kematian Altantuya adalah sangat menyedihkan. Sama ada beliau Islam atau tidak, tidak menjadi persoalan dalam perlaksanaan keadilan. Konsep amar makruf nahi mungkar adalah konsep sejagat. Oleh itu menegakkan konsep tersebut sepatutnya menjadi teras utama dalam setiap badan berkanun. Saya rasa saudara Red1 mesti pernah dengar sabda Rasulullah saw mengenai bala yang akan diturunkan kepada sesebuah negara apabila keadilan ditegakkan berdasarkan status perilakunya. Saban hari saya berfikir, agaknya bilalah giliran Malaysia pula? Takut saya memikirnya.

Anwar Ibrahim pernah menjawab apabila ditanya mengenai adakah tsunami yang melanda Sumatera itu adalah bala Tuhan? Jawapan beliau adalah, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sambungnya lagi, tetapi kita sebagai manusia patut mengambil iktibar bahawa kehidupan kita di bumi ini adalah terlalu rapuh. Bila-bila sahaja...

Pada pendapat saya, cetusan pemikiran entry ini adalah the least you could do in honour of her memory.

Sejak kes RPK, saya terlalu berhati-hati dalam pemilihan perkataan. Saya tidak mahu menjadi kesusahan kepada sesiapa pon.

Btw, saya ciplak hujah saudara dalam menangkis penjualan insurans dan untuk itu saya mengucapkan terima kasih. Wassalam.