01 January, 2021

BAB 4 - MENDEKATI ORANG BUKAN ISLAM

 

Saya sering perlu mengingati diri dan pembaca bahawa saya bukan Melayu, tidak masuk Melayu dan tidak minta dilahirkan bangsa Cina. Ini fakta penting kerana ia membawa maksud tepat dengan misi saya selama ini. Apabila saya memeluk Islam, saya terpaksa berdepan juga dengan umat yang berketurunan Islam. Ia bukan satu keburukan malah satu rahmat kebaikan yang panjang lagi jika ingin diolah. Kepada saya, banyak rahsia saya menyelami dalam kancah dinamik campuran antara dua kaum besar ini.

 

Saya anggap Malaysia ini bertuah kerana ia mewarisi dua kaum lain dari dua alam budaya yang terbesar iaitu China dan India. Tiada negara lain dalam dunia ini yang ada dua kaum ini bersama, tetapi masih kekal budaya dan bahasa masing-masing. Hanya di Malaysia kita ada keistemewaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Ini merupakan potensi jambatan kepada kedua-dua budaya yang bakal menentukan masa depan dunia abad ke-21.

 

Apabila saya memeluk Islam, saya sebenarnya melalui satu escapism atau melarikan diri dari masalah hidup sendiri. Saya juga cukup tertekan dengan bahasa Mandarin yang payah. Saya mudah terima nama baru tanpa terfikir bahawa Islam tidak tuntut seorang mualaf menukar nama, budaya atau lari dari keluarga kandung sendiri. Saya inginkan kehidupan yang baru.


Tetapi setelah mengenal Islam,  saya sedar Ia adalah perancangan Allah, mengwujudkan  manusia dalam aturan pelbagai kaum dan budaya berlainan dan sering nampak bertentangan. Saya mula menghargai warna kulit saya dan lidah bahasa ibunda saya.


Semasa kami berdialog dengan Persatuan Cina menerusi pentas PAS,  saya perhati masyarakat Cina aliran bahasa Cina  adalah berbeza dengan saya yang beraliran bahasa Inggeris. Mereka lebih mempercayai soal spiritual dan mudah terima Islam. Tetapi masalahnya mereka tak dapat terima fahaman perkauman yang mengancam kepentingan budaya dan kaum mereka. Saya anggap ada terdapat salah faham di kedua-dua pihak terhadap satu sama lain.


Boleh dikatakan adalah memenuhi kepentingan politik pihak tertentu untuk salah faham ini berterusan. Fahaman yang sebenarnya terdapat dalam Al-Qur'an itu sendiri. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menyokong kuat usaha berdialog dengan kaum Cina di Malaysia pernah memberitahu dalam ceramah kepada mereka bahawa bahasa dan warna kulit mereka adalah sebahagian dari tanda kebesaran Allah. Sesiapa yang ingin menukarkan sesuatu bahasa kaum itu sedang cuba melawan dan cuba mengubah umpama langit dan bumi, yang sama-sama ayat Allah.


Namun ada dikalangan kaum lain menganggap apabila sesuatu kaum berada dibumi lain ia harus patuh kepada budaya kaum majoritinya. Malaysia bukan negara China atau India maka kenapa ia harus menerima budaya negara asing?


Sepertimana saya tersebut sebelum ini, suasana istimewa dengan Malaysia merupakan peluang yang besar bagi akhirnya kita menghilangkan kedua-dua budaya terbesar ini secara satu kancah politik yang baru. Memang India pernah diperintah berkurun-kurun oleh dinasti moghul Islam. Cina pun dibawah dinasti Ming, penuh dengan unsur Islam. Laksamana Cheng Ho pun dikenali sebagai dari keturunan Islam. China pun pernah hantar Puteri Hang Li Po untuk jalinkan perhubungan baik dengan Kesuktt Melayu Melaka masa itu.


Kenapa kita tidak dapat mencernakan satu natijah yang lebih baik ke atas suatu keadaan yang sebenarnya tidak semestinya dipandang buruk? kesudahan dengan cara pemikiran bumi yang lalu. Ia harus kembali kepada cara pemakaian langit. Islam adalah satu agama yang neutral. Ya tidak membezakan keturunan atau kaum atau kasta. Allah pencipta hanyalah takwah masing-masing. Falsafah ini boleh diterima oleh semua.


Nik Aziz pernah memberitahu bahawa ai adalah lebih baik Islam dipimpin dengan peranan besar kaum Cina di Malaysia. Mereka lebih kaya dengan potensi zakat yang besar. Mereka cukup tekun bekerja dan lebih berdisiplin. Yang penting sekali mereka lebih bersatu berbanding dengan orang Melayu. Saya teringat Nik Aziz memberitahu saya secara peribadi, sekiranya Islam tidak datang kepada orang Melayu, mereka tidak lebih daripada Sakai yang pakai cawat duduk dalam hutan. Dia cukup benci fahaman perkauman dan suka sekali umat lain diajak menerusi agama dan hidayah Allah.


Dengan umat Melayu berjumlah majoriti melebihi 60 peratus dalam negara kita, memberikan mereka satu peluang yang hanya mereka ada, berbanding dengan kaum-kaum lain. Mereka boleh bersifat defensif dan mengambil sikap seolah mereka senantiasa adalah mangsa, dalam apa jua keadaan, atau mereka mengambil kedudukan yang lebih tinggi, memimpin seluruh negara ke arah satu hala tuju semua kaum boleh menerima.


Inilah visi yang saya nampak. Semasa PAS berdialog dengan orang Cina, ramai mereka setuju dengan cara PAS ketika itu memisahkan soal politik dari unsur kaum dan mentadbir lebih dari keadilan agama. Tetapi visi tersebut tidak dapat sokongan penuh daripada parti-parti politik lain.  sapu kontrak balak di kalangan ahli PAS itu sendiri.


Kini saya mengambil sikap misi ini tidak boleh diharapkan ke atas bahu beberapa pemimpin Islam sahaja tetapi atas bahu seluruh umat Islam secara berjemaah. Firman Allah dalam Surah Al-Imran ayat 103 adalah cukup jelas. Adalah wajib orang beriman berpegang kepada Tali Allah dan dilarang berpecah-belah. 

Selagi umat Islam di negara ini, yang kebanyakannya terdiri dari kaum Melayu, tidak dapat bersatu padu atas prinsip Islam, selagi itu kaum Melayu tidak akan maju dan negara ini tidak dapat mencapai potensi penuhnya. Kita tidak boleh beredar ke satu tahap yang lebih tinggi.

Kaum Cina tiada lagi falsafah hidup melainkan makin moden dan terhakis keasliannya. Generasi muda mereka makin berhijrah ke cara hidup Barat dan hilang keperluan untuk pertahankan identiti kaumnya sendiri. Hanya yang berbahasa Cina di bandar dan pekan yang rasa keperluan tersebut tetapi berapa lama mereka boleh bertahan?


Adalah merugikan kita sekiranya kaum Cina menjadi seperti apa yang berlaku kepada kaum Cina di Indonesia dan Thailand. Asimilasi penuh tidak semestinya membantu kaum Bumiputera. Kita masih boleh membezakan antara China dan bukan Cina ataupun nama dan bahasa mereka sudah diubah. Kerjanya sama berlaku di Amerika Syarikat. Orang berkulit hitam walaupun berbahasa berbudaya yang sama dengan orang berkulit putih, masih menaruh dendam yang mendalam di antara satu sama lain.


Saya juga ada terbaca tentang Bani Keturah iaitu keturunan dari isteri ketiga Nabi Ibrahim AS, yang dikatakan disebarkan ke benua Asia dan mungkin meliputi kaum Monggol sehingga kaum Jawa. Ini juga merupakan peluang yang memberi alasan untuk kita bersatu. Kenapa kita tak cari alasan bersatu dan ingin pula cari alasan berpecah? Umat Nusantara ini pernah bersatu dibawah Champa atau Majapahit. Kini peluang untuk bersatu kembali, hanya terletak pada agama Islam yang menjadi identiti yang sama banyak kaum di Nusantara.


Agama lain seperti Buddha dan Kristian, tidak cukup kuat berbanding Islam yang diredhai Allah. Hanya orang yang beriman dengan mengenal ayat Allah, dapat melihat bukan saja peluang ini, tetapi tahu caranya untuk mencapai visi tersebut.


Masa itu sebabnya saya gunakan peristiwa viral di Sungai Buloh untuk mengutarakan penyelesaian sebenarnya bagi masyarakat Melayu yang terlalu lemah dari segi ekonomi, politik dan sosial berkongsi berbanding dengan kaum Cina. Memang bukan hasrat saya untuk meneguk di air keroh, menularkan nama sendiri. Saya rasa cukup terharu dan yang  jutaan orang menonton saranan saya dan memberikan komen yang positif. Ramai yang kata apa yang Abang Cina Apek Mualaf ini cakap adalah betul. Iaitu selagi orang Melayu tidak bersatu atas fahaman Islam, selagi itu keadaan tidak akan berubah.


Saya gunakan pengalaman hidup saya sebagai seorang Cina yang biasa dengan alam kebendaan dan gengster Cina, bahawa tiada apa keistimewaan yang mereka ada ke atas orang Melayu, melainkan menggunakan wang dan wanita. Beberapa orang Melayu juga tidak boleh disalahkan sekiranya sentiasa jadi mangsa kepada sogokan tersebut. Mereka mengamalkan falsafah hidup yang salah selama ini.


Saya menyifatkan falsafah hidup tersebut lebih kepada adat dan berlawanan dengan akidah. Ada orang yang menganggap sekiranya dia dilahirkan dan keluarga Islam maka tidak sekali-kali ia akan masuk neraka. Ada orang menganggap sejahat-jahat orang Islam, adalah lebih baik dari sebaik-baik orang kafir.


Fahaman adat sedemikian adalah mudah untuk dihilangkan. Perlu alim ulama nya memberi penjelasan tentang fahaman yang tidak berlandaskan kepada Tauhid sebenarnya. Banyak perkara dalam ilmu Fekah bermasyarakat yang umat sendiri tidak menyedari sebagai berlawanan dengan kehendak Allah.


Namun tidak mudah untuk mengubah satu tanggapan yang dipegang oleh segelintir dari kita sekian lama. Maka dengan video tular saya diterima begitu meluas adalah satu petanda yang cukup baik. Apakah masyarakat Muslim di negara ini memang menyokong penuh ke arah satu visi yang benar-benar berlandaskan agama? Daripada sambutan dan pesanan peribadi mereka hantar kepada kotak mesej saya, saya percaya itu adalah keadaan benar. Kesedaran sebahagian besar daripada kita tetap sudah ada. Saya cuma mendedahkannya.

BAB 3 - ISLAM TANPA SEKOLAH

 

Saat saya membuat keputusan keluar dari alam sekolah formal ialah apabila saya sedar apa itu ajaran Islam sebenarnya. Saya ingin mencari ilmu Allah yang mana Dialah Pencipta segalanya serta menjamin sesiapa yang mengorak langkah mencari ilmu tersebut. Pada masa itu saya tidak tahu mana harus saya tuju untuk memperolehi ilmu sedemikian. Dalam fikiran saya ia sepatutnya dari bangku sekolah sebuah madrasah atau pondok. Saya bertanya dengan orang sekeliling masa itu, dan itulah yang mereka memberitahu saya.


Dari nas sumber Kitab atau Hadis, ada dalil memberi petunjuk bahawa asal kita berniat dan memohon kepada Allah, maka Allahlah sebaik-baik Perancang. Allah sudah berjanjikan rezeki dan kurniaan serta kepada keluarga yang kita tinggalkan demi mencari ilmu mengenaiNya. Tetapi tidak disebut prosedur atau dimana tempat untuk mencariNya. 


Maka saya pun berdoa dan tergerak hati saya meninggalkan sekolah sekali lagi di Melaka untuk mencari tempat lain yang dapat berikan saya ilmu tersebut. Saya langsung bulat-bulat ikut hati yang masa itu cukup tenang dan yakin Allah akan menguruskan atau sudah menguruskan segala yang diperlukan. Cuma saya tidak sedar selebihnya dan bertawakal penuh, pegang janjiNya.


Islam yang saya belajar dikutip dari pelbagai sumber. Selain tahun pertama Thanawi, saya baca dari banyak buku masyur masa itu seperti dari Hamka, Syed Naquib Al-Atas, Imam Al-Ghazali, Imam Maududi, Maurice Bucaile dan Maryam Jameelah.

 

Saya cukup mengikuti pelbagai jemaah terutama yang janjikan jalan yang benar seperti Jemaah Tabligh dan Pergerakan Al-Aqam. Saya juga terikut dengan ABIM dan jemaah-jemaah yang seistilah dengannya.

 

Saya amat menghayati kata-kata dan tulisan seorang guru sufi yang berasal dari Scotland, bernama Ian Dallas yang memeluk Islam di bawah seorang guru tariqa di Maghribi yang diberi nama Abdal Qadir As-Sufi. Beliau menggunakan bahasa Inggeris yang cukup tinggi yang serasi dengan latar belakang pendidikan saya. Jika pelajaran Fekah di Perkim, mereka gunakan buku dari Indonesia yang tidak sama menarik dengan bahasa As-Sufi yang meliputi soal rohani tetapi juga falsafah politik yang amat mendalam dan menerangi polemik yang dihadapi umat sejagat.

 

Saya juga tertarik dengan Prof Dr. Ismail Faruqi dan dapat hadiri dua syarahannya anjuran ABIM dalam bahasa Inggeris. Nampaknya saya cuma tertarik sekiranya pensyarah menyampaikan dalam aliran Inggeris kerana lebih tepat istilah dan halus senikatanya.

 

Saya memperolehi lagi seorang abang angkat semasa di Perkim iaitu Nadzru Azahari dari Kelantan yang sudah mengelilingi dunia sebagai seorang pakar petroleum dan mampu pelbagai bahasa termasuk Arab dan Perancis. Dia terus pelawa saya duduk rumah keluarganya di PJ Old Town, dan saya duduk bersama keluarganya selama tiga tahun. Itulah rahsia bagaimana saya ketagih budu dan boleh kecek bahasa Kelantan dengan agak fasih.

 

Saya juga berjumpa dengan Anwar Ibrahim yang menjadi Presiden ABIM masa itu bertujuan untuk pergi ke Afghanistan untuk berjihad, tetapi saya hanya memintanya berikan saya peluang pergi ke Palestin menerusi kawannya Yasser Arafat dari PLO. Anwar menasihati saya untuk kekal belajar dan sanggup menampung saya ke universiti tetapi saya enggan kerana ingin sangat Jalan Allah. Akhirnya saya memohon kerja sebagai guru di Yayasan Anda Akademik yang diasaskannya bersama ABIM.

 

Apabila Anwar menyertai UMNO akhir tahun 1981 saya juga menamatkan perkhidmatan saya sebagai guru bahasa Inggeris di YAA dan ambil peluang dari abang angkat saya yang dapat perkenalkan saya kepada syarikat IT terbesar, Dataprep, untuk mula kerjaya baru sebagai seorang juru komputer.

 

Saya dapat ikuti setahun belajar sains komputer di Institut Goon di belakang Chow Kit Road semasa mengajar separuh masa di YAA, Jalan Stoney, Kampung Baru, yang dihadiri para pelajar lepasan SRP yang gagal dan perlu ulangan.

Semasa tiga tahun sebagai juru komputer, saya mendalami lebih dari tulisan Abdal Qadir As-Sufi tetapi telah ditarik untuk memasuki Parti Islam SeMalaysia kerana pada tahun 1982 Dato Asri Muda yang dikatakan nasionalis Islam diganti oleh fenomena kepimpinan ulama oleh Abdul Hadi Awang yang dikatakan bukan nasionalis kaum tetapi Islam sejati.

 

Setahun selepas menyertai PAS pada tahun 1984, saya masih berkhidmat dalam jurusan programming berpangkat EDP Supervisor di Syarikat Bas Sri Jaya, yang gaji cukup baik dan kerja lebih selesa selepas meninggalkan syarikat IT terbesar Datarep tersebut. Tetapi penglibatan saya dalam PAS telah menarik perhatian Fadhil Nor, Timbalan Presiden PAS bawah Yusuf Rawa masa itu yang mengajak saya berceramah atas pentas PAS.  Nama saya pun keluar surat khabar Star dan Watan. Dalam pemilihan Exco Pemuda PAS berikut tahun 1985, saya dipilih sebagai ahli bukan Melayu yang pertama dalam sejarah tanahair menjadi salah satu Exco Pemuda Pas Pusat.

Terus saya menjadi tarikan dan jadual diari saya dimohon share oleh hampir semua cawangan PAS seluruh negara untuk saya berceramah. Saya menarik seorang rakan yang saya kenali dari Perkim, Kamal Koh yang fasih bahasa Cina kerana dia aliran penuh Mandarin, dan bersamanya dan rakan lain dalam Pemuda PAS, menggunakan pentas PAS untuk berdialog dengan masyarakt Cina. Dalam dialog perdana kita di Dewan Perniagaan Cina Selangor, Abdul Hadi Awang telah keluarkan kata-kata yang mengejutkan negara. Beliau berucap yang orang Cina juga boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia sekiranya bertakwa.

Lagi melonjak naik nama PAS sehingga semua surat khabar Cina dan persatuan Cina sehingga DAP dan paling penting Dong Jiao Zhong mengenali kita dan amat musykil apa mesej yang kita cuba sampaikan. Banyak majlis diatur antara kita dalam PAS dengan ramai tokoh dari persatuan Cina tersebut.

 

Masa itu saya buat keputusan berhenti dari kerjaya komputer dan terjun masuk sepenuh masa dalam usaha yang saya anggap satu dakwah besar. Ia juga pesanan dari guru sufi saya bahawa saya perlu tarik orang Cina masuk Islam atau komunis akan menawan mereka.

 

Saya dapat sepentas dengan tokoh-tokoh seperti TG Nik Abdul Aziz, Nakhaie Ahmad, Subky Latiff, Khalid Abdul Samad, Chandra Muzaffar, Jomo Kwamesundram, Harun Idris, Ibrahim Ali dan ramai tokoh aliran Cina.

 

Kami saudara baru dalam PAS pun dicalunkan dalam PRU seterusnya pada tahun 1986 dimana saya dicalunkan berdepan dengan Daim Zainuddin, Menteri Kewangan masa itu. Tetapi ada rentetan peristiwa yang panjang dan baik saya cerita dalam buku khusus lain kelak.

 

Saya ingin berkisar kembali tumpu tajuk utama penulisan saya di sini iaitu apa yang saya pelajari dari semua ini? Tujuan utama saya memeluk Islam ialah mencari kebenaran. Tujuan utama saya tinggalkan sekolah ialah mencari ilmu Allah. Tetapi perjalanan hidup saya terjerumus dalam segala persoalan dan persengketaan dan pergolakan politik Melayu Islam yang saya tidak faham dan masih terlalu mentah masa itu.

 

Dunia yang saya tinggalkan demi mengejar ilmu Allah, mengejar saya balik dengan dicorakkan sebagai seorang Hafiz Hacker. Bukan sahaja ilmu fardhu ain dapat dikenali saya tetapi jua fardhu kifayah mengenai alam moden masa depan. Namun pendedahan kepada alam dunia dan akhirat ini tidak disertai dengan apa jua pengiktirafan sijil atau tauliah dari manusia.


Hari ini, hasil dari penglibatan saya yang begitu rupa menyedarkan saya apakah ini yang Allah inginkan sebagai pendidikan saya? Iaitu mengenal Islam dari sudut realiti politik dan ummah yang amat penting dalam soal mencari jalan yang lurus. Saya kini lebih memahami umat Malaysia secara umum tetapi lebih penting umat Melayu secara khusus. 


Apakah tiada sepatah kata dua saya boleh tawarkan dari segala pengalaman tersebut untuk kebaikan hidup beragama kita yang saya kenali? Apakah Islam sesuatu perjalanan hidup yang semata-mata infiradi atau peribadi dan tiada unsur hablum minnas atau sosial kemanusiaan?


Malah mesej terbesar Al-Qur'an yang saya dapat simpulkan ialah melaksanakan keadilan. Penghuni neraka adalah untuk mereka yang melakukan kezaliman ke atas diri mereka sendiri dan orang lain.

BAB 2 - KENAPA SAYA MEMELUK ISLAM

 

Saya membesar dalam sebuah keluarga berbangsa Hokkien sebelah ayah dan Cantonese sebelah ibu yang beragama Kristian. Ayah saya berasal dari Pulau Pinang dan ibu dari pulau Singapura. Ayah meninggalkan sekolah waktu remaja lagi untuk menyertai Unit Semboyan alam Tentera British masa itu.

 

Sebelum Mei 13, ayah bertugas di MINDEF, Kuala Lumpur dan di sana ayah mula bercampur alam gengster Cina di Chow Kit Road. Ayah dapat belikan arak dan bir tanpa cukai menerusi sumber tentera dan bekalkan kepada kawan-kawan barunya. Ayah menjadi masyur dengan gelaran ‘Ting Peng’ atau askar gila. Itulah ‘keyword’ yang saya pernah gunakan satu hari lama kemudian apabila berada disebuah operasi tersembunyi Cina di Chow Kit. Taukeh sana terkejut saya adalah anak Ting Peng.

 

Hari-hari ayah akan balik mabuk atau pokai kerana habiskan wang di meja judi. Kelab Kuda dan casino Genting Highlands menjadi kebiasaannya. Rumah kami yang sederhana dalam Kem Wardieburn, berek tentera senantiasa kacau-bilau dengan bergaduhan diantara ayah dan ibu mengenai wang.

 

Waktu persekolahan saya amat miskin. Saya tiada duit poket untuk belanja di sekolah. Ibu akan berikan saya roti dan air ribena untuk bawa ke sekolah. Ada seorang anak taukeh perabut Cina kaya akan upah saya dua puluh sen untuk meniru kertas jawapan peperiksaan saya.

 

Saya banyak membaca dan cinta buku waktu sekolah rendah kerana tiada apa yang boleh saya lakukan semasa terkurung dalam rumah bersama adik-adik saya. Tiada TV pun kerana ayah tidak bayar ansuran hutang. Cuma Kitab Bible di rumah dan saya dapat menghafal banyak bahagiannya.

 

Apabila di sekolah, perpustakaan lah menjadi tempat kesukaan saya. Ibubapa tidak benarkan saya apa jua kegiatan di sekolah kerana ibu beritahu hanya ilmu sahaja yang jamin masa depan dengan kerjaya sebagai seorang doktor. Persatuan atau sukan tiada faedah. Hidup saya jadi begitu sunyi dan seksa, kerana selain bising memanjang dari pergaduhan tanpa henti antara ayah dan ibu, kami senantiasa dirotan atas apa jua kesalahan sedikit.

 

Saya dipaksa menghafal bahasa Cina padahal saya diletakkan dalam sekolah aliran Inggeris. Cina amat payah untuk disebut kerana ada empat nada pada setiap sebutan. Tulisannya bergambar lagi payah untuk diingati. Setiap garis tersilap akan disambut dengan rotan.

 

Keputusan peperiksaan mesti senantiasa sempurna dan memperolehi tempat teratas dalam seluruh darjah. Markah bawah 80% akan terima rotan. Kedudukan melebihi 10 akan terima rotan.

Dalam kem tentera, kebanyakan jiran kita orang Melayu. Saya dilayani dengan baik oleh jiran dijamu milo dan biskut bersama anak-anak orang Melayu. Ini menimbulkan pertanyaan kenapa saya dilahirkan dalam keluarga Cina dan bukan Melayu.

 

Saya cuba percaya falsafah hidup yang ditawarkan Kristian di sekolah oleh gerakan Kristian dan gereja. Saya yang kuat ikuti buku-buku sains dari perpustakaan British Council tidak dapat terima Bible sebagai kata-kata Tuhan dan akhirnya jadi atheis pada usia 14 tahun. Tetapi perbalahan dalam rumah memuncak pada satu malam semasa saya berusia 17 tahun sehingga ibu saya ditendang keluar rumah dengan kecederaan dan berdarah pada badannya. Peristiwa itu cukup menyayat hati saya sehingga saya mengeluarkan buku kosong dan mula menulis surat kepada Tuhan.

Saya soalkan Tuhan macam-macam. Kenapa saya dilahirkan? Kenapa hidup ini penuh kesengsaraan? Pada yang hebat sangat dengan alam ini jika hidup ini tiada makna? Walaupun saya sedar soalan saya hampir sama dengan soalan Siddharta Gautama Buddha, saya tidak percaya nasib saya sebaik Gautama yang lahir sebagai anak raja yang mewah. Saya tiada pilhan. Gautama ada.

 

Enam bulan kemudian apabila saya menghadiri sebuah Kursus Tatanegara di Melaka, pada akhir 1979, saya bertemu seorang rakan kursus yang memberitahu saya tentang kisah sebenar versi lainan Injil dan bagaimana Al-Quran membetulkan wahyu Tuhan.

 

Dengan cepat saya dapat sedar kerana selama ini saya tidak tersoal kenapa Injil ada empat versi dalam Bible dan ia ditulis sebagai pihak ketiga menerusi riwayat orang lain.

 

Tetapi keadaan tekanan rohani yang dasyat saya menghadapi waktu itu memaksa saya cari jalan keluar iaitu meminta kawan tersebut untuk benarkan saya duduk dengan keluarganya di Semabuk Melaka supaya saya dapat lari dari hidup di bandar dan masalah saya disamping mendalami Al-Quran.

 

Saya memohon pertukaran sekolah dari Victoria Institution ke Saint Francis Institut di Melaka dengan sendiri, dan cuma sembahkan surat untuk ayah saya tandatangani tanpa sesiapa melakukan apa-apa untuk membantu saya.

 

Saya diterima dengan penuh mesra oleh orang kampung dan suasana nyaman dan hijau bagaikan syurga setelah saya melalui zaman neraka yang lama. Pada tanggal 12, Januari, 1980 saya mengucap dua kalimah syahadah di depan Pembantu Kadi, Pejabat Agama Negeri Melaka, yang terus memberikan saya nama baru, Mohd Redhuan bin Abdullah.

 

Tiga ayah saudara saya pada mulanya tidak tahu tentang keIslaman rahsia saya dan telah memberikan saya 70 ringgit setiap seorang bagi 3 bulan pertama saya hidup bersama keluarga angkat baru saya.

 

Tetapi suasana baru Islam mengubah saya untuk mendalami Islam sepenuhnya maka saya berhenti sekolah sebulan kemudian dan mengikuti pengajian Islam sepenuh masa di Institut Dakwah Perkim di Petaling Jaya yang diberikan biasiswa penuh berasrama. Masa itu baru saya dedahkan keIslaman saya kepada bapa saudara saya yang amat terkejut dan putuskan hubungan dengan saya.

Saya teruskan pengajian saya selama setahun sebelum berhenti kerana perjalanan kurikulum Thanawi Islam biasa adalah terlalu lambat. Saya banyak berjalan ikut pelbagai jemaah dan tokoh masa itu dan kutip pelbagai kitab dan buku untuk dibaca sendiri.

Saya juga dapati fahaman agama pada masyarakat Melayu di luar tidak sama dengan apa yang saya baca. Tetapi suasana bertentangan itu lebih menajamkan fahaman saya kerana merupakan asam garam menimbulkan pelbagai persoalan yang mendorong saya menyiasat lagi asal usul banyak perkara.

 

Tetapi secara umum, masyarakat Melayu amat baik hati kepada saya dan melayani saya sama macam ahli keluarga mereka sendiri. Budaya mereka cukup berbeza dengan budaya orang Cina yang amat mementingkan kebendaan dan hidup semata-mata kerana dunia.


Itulah yang cuba sampaikan dari video tular yang dirakam di Seri Kembangan pagi itu. Saya letakkan tajuk 'Apa kita dapat belajar daripada gengster Cina?' bukanlah bertujuan membesarkan kehebatan orang Cina yang saya anggap saya sudah tinggalkan atau menghukum orang Melayu yang saya sifatkan lemah mudah disogok oleh gengster sehingga penguatkuasan atas perkara haram tidak berjaya. 


Saya cuba terangkan yang Melayu ini ada harta agama yang kaya dan apa yang saya pelajari darinya adalah cukup untuk menyelesaikan soal seperti rezeki yang Allah janjikan tetapi manusia tidak sabar atau yakin.

Apa yang Kita Bisa Belajar dari Gengster BAB 1

PENDAHULUAN

Satu pagi dalam bulan Julai, 2020, Redhuan D. Oon, yang hampir setiap pagi akan ke udara dalam akaun Facebooknya sebagai amalan biasa kesukaannya, menyentuh satu topik yang tengah tular masa itu iaitu aduan Asri Janggut, seorang pengusaha rangkaian Hotburger terhadap pihak berkuasa di Sg Buluh.

 

Redhuan, yang lebih suka dirinya digelar Cina Apek, tidak sangka yang komentarnya terhadap rungutan Asri terhadap gengster Cina sebagai bahaya kerana mampu menyogok pihak berkuasa termasuk pegawai dan penguatkuasa dalam Majlis Perbandaran dan Bukit Aman, turut menjadi tular sehingga ditonton diseluruh negara mencecah jutaan penonton.

 

Redhuan sekadar sentuh apa yang sempat (ungkapan kesukaannya ialah ‘Jangan Ambil Kesempatan, Ambil Apa Yang Sempat, yang beliau terdengar semasa bersama rakannya Chegu Ruslan Kassim (Allahyarham)), iaitu bahawa Cina maju ialah kerana mereka bersatu, dan Melayu mundur kerana mereka asyik berpecah belah.

Redhuan, yang mengenal Islam pada akhir 1979, semasa menuntut di Sekolah Menengah Victoria Institution, Kuala Lumpur, telah berhijrah ke Melaka untuk memeluk Islam secara rasmi tanpa pengetahun keluarganya yang beragama Kristian dan tidak sokong orang Melayu Islam.

Maka beliau mula perjalanan hidup beliau yang luar biasa kerana berlawan dengan arus dan membentuk pemikirannya yang tidak mudah difahami apatah dipersetujui orang ramai.

Alangkah terkejutnya pada hari-hari selepas pagi bulan Julai tersebut, apabila akaun FB beliau diserang dengan begitu ramai pengikut dan permohonan untuk jadi kawan. Mesej pm pun menghujani kotak FBnya bertalu-talu tanpa henti selama sebulan lama.

 

Ikuti dengan lebih intim kisah latar-belakangnya berkaitan topik tular tersebut secara langsung dari isi hatinya sendiri. Lepas itu pembaca adalah bebas untuk membuat kesimpulan apakah dia ini seorang yang ambil kesempatan atau ambil apa yang sempat.


PENERBIT

 

BAB 1 - SAYA RELA MUSAFIR SAMPAI AKHIR


Satu pagi awal bulan Julai, saya tertonton sebuah video yang ada suara latar bermula dengan ayat, lebih kurang, ‘Nyawa saya mungkin terancam, dengan mendedahkan kegiatan haram judi ini..’ Saya terus tutup video tersebut dan alih cari lain bahan yang lebih menarik.



Kepada saya, isu panas yang ditularkan oleh masyarakat berbahasa tempatan, tidak semestinya disukai saya, yang menghabiskan masa lebih banyak diluar negara. Saya baru sahaja kembali dari Thailand kerana passport saya mati. Jika tidak saya akan kekal duduk di Thailand atau kembali ke Vietnam yang saya ada ramai kawan yang boleh saya tumpang duduk.

 

Sewaktu Pandemik Covid-19 mula diistiharkan pada bulan Mac, 2020, saya sudah sebulan lebih di Bangkok terlibat dalam satu projek perisian komputer Kerajaan Thailand menggunakan perisian sumber terbuka yang dikepalai saya bersama ramai rakan seluruh dunia. Berita SOP Lockdown yang diistiharkan di Malaysia cukup mengejutkan saya di sana dan saya ambil keputusan lebih baik duduk di Bangkok yang lebih longgar syarat PKPnya. 

 

Malah saya pada bulan Februari habiskan seminggu di Hanoi, Vietnam, yang sudah mula PKPnya lebih awal dari semua negara ASEAN dengan mengantung semua persekolahan. Tetapi mereka tidak sekat kegiatan biasa dipasaraya, kompleks awam, pengangkutan dan pergerakan. Tiada dipaksa menutup muka atau perjarakan atau hadkan jumlah orang ramai disesuatu tempat.



Bulan Mac, Thailand mula sekat secara sempadan, termasuk antara daerah, tutup semua restoran dan kelab malam, tetapi tidak hadkan jumlah penumpang dalam kenderaan asal pakai pelitup, dengan pasaraya dan kenderaan awam masih berjalan biasa.



Tetapi paspot saya akan tamat bulan September, dan tempoh kurang enam bulan sudah tiba. Pada akhir bulan Jun saya terdengar dari kawan di Malaysia, bahawa MKN sudah longgarkan syarat boleh kuarantin 14 hari secara sendiri dan hanya saring di sempadan masuk Bukit Kayu Hitam. Maka masa itulah saya ambil keputusan merentas sempadan Thailand memasuki Malaysia.


Saya cukup rindu kedai mamak kerana hampir enam bulan tak dapat merasai suasana santai dalam kedai mamak yang tiada tolak banding di dunia luar. Saya sudah musafir ke empat puluh negara, termasuk juga India, tetapi tidak terjumpa budaya kedai mamak yang ada di Malaysia.


Seorang kawan tunggu saya di sempadan Bukit Kayu Hitam selepas selesai meunggu 3 jam di kompleks Imigresen Malaysia. Selepas selesai hasil saringan semua yang hadir di sana masa itu, mendapat keputusan saringan negatif dari virus Covid-19. Kami pun tuju duduk restoran mamak yang pertama kita sempat singgah.

 

Kami bermalam di salah satu rumah kediamannya di Bertam, Seberang Perai, yang kini kosong tetapi menjadi rumah persinggahan kami semalaman sebelum kembali ke Kuala Lumpur. Di rumah kawan ini saya tertonton video susulan Asri Janggut yang masa itu saya masih belum kenal nama gerangan orang ini.

 

Dalam video tersebut, baru kelihatan dirinya bercakap ditemubual oleh pihak media social lain. Asri mengungkap, ‘Sepatutnya pihak berkuasa berterima kasih kepada saya kerana membongkar amalan judi berleluasa yang dikawal oleh gengster Cina.” Ungkapannya itu serta wajahnya yang tenang dan berani menjadi asbab hati saya tergerak untuk memberi komen.

 

Setiap pagi sejak beberapa bulan sebelum itu, semasa bulan puasa di Bangkok, saya sering ke udara secara langsung dari laman Facebook saya untuk berkongsi pengalaman hidup yang pelbabgai sejak memeluk Islam. Saya suka menyentuh isu perbandingan yang saya rasai pelik atau menarik yang mungkin masyarakat Melayu tidak merasai kerana sudut saya ialah sebagai seorang mualaf dari luar yang melalui budaya yang asing bagi mereka.

 

Saya mempunyai ikutan masa itu berjumlah hampir 9 ribu orang. Ikutan yang agak tinggi itu terhasil kerana kisah saya bermusafir membawa anak saya yang berumur 15 waktu itu, mengelilingi dunia tanpa sekolah dan akhirnya setahun kemudian dia boleh memperolehi pekerjaan sebagai programmer macam ayahnya dengan mudah dan gaji sama taraf dengan seorang siswajah jurusan yang sama padahal dia tiada pendidikan formal atau tunjuk ajar sangat dari saya.

 

Anak dan ayah yang asalnya merancang tiga bulan dengan bajet yang sedikit untuk melawat beberapa negara di Eropah, akhirnya dapat duduk dalam 18 negara dalam masa lapan bulan dengan bertambah pendapatan yang secukupnya untuk melakukan sedemikian. Saya anggap itu rezeki janji Allah bagi anak saya dan ayah anak.

 

Dengan saya menayang slip gaji bulanannya lima tahun lepas berjumlah seribu lima ratus ringgit, mendapat perhatian umum dan ikutan Facebook saya yang sebelum itu cuma 3 ribu lebih pengikut melonjak menjadi 9 ribu pengikut.

 

Siri siaran langsung saya sempena bulan puasa di Bangkok sering juga di adakan sewaktu sebelum sahur antara pukul tiga pagi sehingga 5 pagi. Pengikut setia akan senantiasa ada dalam linkungan bawah 10 orang. Waktu siang nanti pengikut lain berjumlah seratus lebih akan menonton dan memberi sokongan setuju dengan apa yang disampaikan yang mendorong saya untuk terus membuat siaran langsung dari mana jua saya berada.

 

Kadangkala saya siarkan keadaan dalam pasar di Bangkok semasa saya tengah mencari tulang ‘gearbox’ untuk buat sup ala Diet Keto iaitu tinggi lemak dan rendah karbohidrat untuk menghilangkan kegemukan dalam perut dan membuang toksid dengan lebih cepat sempena bulan puasa.

 

Pada pagi selepas subuh di rumah sebelah Malaysia di Seberang Perai itu, saya lakukan satu lagi siaran tetapi kali ini menyentuh tentang budaya Cina gengster yang tercetus dari kisah meja judi haram di Sg Buluh. Seperti biasa tontonan hanya beberapa ratus sahaja. Namun saya puas hati kerana dapat meluahkan perasaan saya mengenai kisah tersebut.

 

Pada keesokan hari kami sudah kembali ke Kuala Lumpur dan kawan tersebut meminjam keretanya untuk saya guna sempena menunggu projek komputer seterusnya di luar negara dengan pasport saya dijangka diperbaharui semula dan PKP Covid-19 ditamatkan.

 

Masa itu saya dapat panggilan dari Kazakhstan dan saya cukup naik semangat kerana belum pernah jejak kaki atas Laluan Sutera dari sana sehingga Afghanistan. Saya sudah ke 40 negara kebanyakannya di Asia, Eropah, Afrika dan Amerika (utara, tengah dan selatan) dan duduk dengan hampir semua kawan dan keluarga bukan Islam. Saya rasa agak insaf kali ini yang maksud musafir saya tidak melalui dan merasai tempat umat Islam yang begitu tersebar terutama di Timur Tengah. Banyak cerita saya terkutip sepanjang jalan daripada penemuan dengan rakyat pelarian dari Syria, Kurdistan, Pakistan, Algeria, Palestin dan Iraq.

 

Saya rasa rezeki yang Allah limpahkan untuk saya tidak saya sempurnakan sekiranya akhir hayat saya nanti saya tidak dapat mengalami ilmu alam manusia secara menyeluruh. Dengan berita dari Kazakhstan, saya sediakan analisa awal saya kepada bakal projek tersebut yang melibatkan sistem perlombongan uranium bagi negara Kazakhstan yang mereka gagal menyempurnakan sistem komuter ERP untuk kendalikan segala data operasi jumlah sumber dan hasil keluar masuk erta perakuanannya.

 

Sistem ERP agak rumit dan teknikal dan bukan graduan IT biasa atau mana graduan pun dapat faham. Ia ambil masa yang lama dan saya bersyukur saya tanpa pendidikan tinggi formal dapat sedikit sebanyak menguasainya sehingga projek datang mencari saya hasil tulisan tunjuk ajar saya yang pernah saya lakukan secara percuma dari tahun 2003 sehingga sekarang.


Namun kerana Pandemik Covid-19 tengah memuncak pada bulan Julai lepas, saya terpaksa tunggu keadaan reda sebelum dapat terbang lagi. Maka tumpuan saya kembali kepada siaran langsung Facebook saya.

 

Di rumah seorang kawan lagi di Seri Kembangan yang berasal dari Sarawak, yang sudi memberikan saya satu bilik kecil di tingkat bawah rumah dua tingkatnya, saya selepas subuh sekali lagi terfikir apa lagi tajuk yang saya boleh utarakan. Pandangan saya terhadap dua kaum terbesar negara ini senantiasa dalam fikiran saya kerana pelbagai isu menarik maupun besar sering berlaku diantara dua kaum tersebut.

 

Ada isu yang cukup kontroversi seperti sebelum ini seperti soal monopili barangan komputer kecil dan elektronik popular di Low Yat yang mengakibatkan sebuah Digital Mall sebagai saluran lain bagi kaum Melayu memperolehi barangan IT tanpa layanan monopoli dari kartel peniaga Cina. Digital Mall tersebut saya sudah jangka akan gagal dan memang gagal dari awal lagi. Kini tiada kedengaran apa lagi rungutan dari sesiapa yang dan keadaan realiti hidup di negara ini kembali kepada status quonya iaitu kaum saya sebagai minoriti terbesar sebanyak hampir 30 peratus dari jumlah penduduk tetapi mengawal hampir semua perniagaan barangan keperluan awam negara.

 

Saya walaupun sama bangsa Cina, tetapi dengan memeluk Islam, saya ada sudut pandangan yang agak berbeza. Saya rasa kedua-dua kaum ini asyik berbalah tanpa henti-henti dan tanpa kesudahan. Jika saya memihak Cina, apa beza saya dengan Cina yang rata-rata Melayu pandang sebagai bukan Muslim, berbahasa Cina dan tidak memahami sanubari orang Melayu yang menganggap diri mereka Bumiputera dan penduduk asal negara ini?

 

Jika saya memihak kepada Melayu yang seagama dengan saya, Cina akan anggap saya ini murtad. Saya lebih melalui pendidikan Inggeris penuh dengan melalui Sekolah Menengah Victoria Institution, menghabiskan hidup awal saya setakat itu di bandar Kuala Lumpur yang kebanyakannya Cina bandar berbahasa Inggeris, dan hanya kenal bumi Melayu dengan sebenarnya setelah berhijrah ke Melaka dan memeluk Islam di sana pada awal 1980.


BAB 2 - KENAPA SAYA MEMELUK ISLAM (Bersambung)


Bab-bab cadangan, mungkin dipinda dari masa kesemasa


BAB 3 - ISLAM TANPA SEKOLAH

BAB 4 - MENDEKATI ORANG BUKAN ISLAM

BAB 5 - MELAYU ANTARA ADAT DENGAN AKIDAH

BAB 6 - PERLUNYA MELAYU BERSATU

BAB 7 - CARA ATASI KAUM CINA

BAB 8 - PANDEMIK MEMBUKA JALAN

BAB 9 - SISA HIDUP APEK

BAB 10 - KEINDAHAN MUSAFIR ALAM ALLAH

13 February, 2015

Nik Aziz Dalam Kenangan

Saya mula bersua dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) sekitar pertengahan 1980an (1985 jika tidak silap) (semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas rohnya). Masa itu saya baru menganggotai PAS dan diangkat sebagai penceramah baru untuk menunjukkan yang PAS mempunyai ahli yang bukan Melayu tidak seperti UMNO yang berpejuangan bangsa Melayu semata-mata.
Kami tengah bersolat berjemaah di masjid dan selepas solat, TGNA menghampiri saya tengah bersila dan duduk bersama lalu bertanya satu soalan mengenai agama Kristian kerana ilmu saya mengenainya pun agak dalam setelah mengamati agama tersebut dari bangku sekolah lagi,
Betulkah dalam Injil ada sebut yang Nabi Isa (ke atasnya salam) menyatakan 'berilah kepada Caesar hak Caesar dan beri kepada Tuhan hak Tuhan'?  Bukankah itu punca fahaman sekularisme Barat?
Saya cukup suka perbincangan akademik sedemikian maka saya mengambil masa menerangkan kepada TGNA bahawa pendapat saya bukan begitu. Saya menjelaskan,
Nabi Isa masa itu sedang menjawab soalan mengenai membayar zakat apakah harus dibayar kepada agama Yahudi atau bayar kepada penjajah Rumawi masa itu untuk memerangkapnya. Lalu Nabi Isa pun meminta ditunjuk kepadanya sekeping syiling wang. Nabi Isa lihatnya seketika dan bertanya, 'Wajah siapa ada pada keping wang?'. Orang ramai pun menjawab, "Caesar'. Nabi Isa pun baling keping itu ke atas lantai lalu bersabda, apa yang TG sebut tadi. Cuma pendapat saya ialah ia lebih bermaksud, 'Kembali kepada Allah apa yang nyata iaitu segalanya, dan kembali kepada kerajaan apa yang palsu iaitu duit cetak Rumawi masa itu yang dipaksa atas kalian.'
TGNA selepas itu dikatakan mengeluarkan satu ketetapan bahawa 'Sekiranya Redhuan ada di Kelantan, hambo tokseh ceramah melainkan Redhuan ceramah terlebih dahulu'. Saya tidak tahu apakah kenyataan ini benar atau tidak tetapi sering dipergunakan oleh YB Fatah Harun dan YB Umar Muhammad (Wakil dan Speaker DUN) untuk memujuk saya datang ceramah ditempat TGNA.

Ada beberapa lagi kenangan manis semasa saya bersua atau berbicara dengan beliau termasuk satu pertemuan yang agak serius dan kontroversi. Mungkin ada masa kelapangan kelak saya boleh menyiarkannya. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita semua dikembalikan untuk perhitungan muktamad.

21 January, 2013

Mahathir Membongkar Isu Kerakyatan

Ramai sangka Dr. Mahathir ini bodoh dengan membongkarkan sebesar-besarnya amalan memberi kerakyatan kepada orang asing di Sabah supaya dapat mengundi dalam PRU yang silam. kini dan selama-lamanya.

Sepertimana saya sering meletakkan insan bernama Mahathir Mohammad ini, adalah beliau merupakan seorang pakar strategi perang politik terhandal abad ini.

Cuba anda tertanya-tanya beberapa soalan berikut:
1. Mengapa Dr. M membuka pekong di dada sendiri? Bukankah ini akan menaikkan lagi kemarahan orang Cina atau pengundi bukan Melayu?
2. Bukankah ini akan memusatkan perhatian kepada lebih ramai pengundi mee maggi terutamanya dari negeri Sabah?
3. Bukankah ini meletakkan pentadbiran Najib dalam gelas air yang kotor dan sanggup bermain kotor untuk menang PRU nanti?

Bukankah semua ini lebih melemahkan kuasa BN malah sekiranya BN menang pun akan menang lebih tipis lagi? Ya dan tidak.

Ya, sekiranya, anda menjawab ya kepada semua soalan ini maka saya pun jawab, ya, itulah yang Dr. Mahathir mahu. Tidak sangka-sangka ya? Fikir, fikirlah. Apakah strategi perang seorang Master of Art of War seperti Sun Tze akan melakukan dalam apa jua keadaan? Pertama beliau akan mengambil kesempatan supaya naik pihaknya dan jatuh pihak lain. Siapa pihak Dr. M? Tidak lain anaknya serta konco-konconya selama ini. Tidak perlu sebut nama mereka satu persatu tetapi memang mereka tetap ada. Jika tidak, macamana Dr. M boleh begitu berkesan sepanjang hayatnya. Dia tau seni membina jaringan kongsi gelap sendiri. Ini semua belajar dari mengkaji prinsip-prinsip murni kitab Sun Tze.

Kedua, sekiranya menang tipis BN nanti, tentu sekali Najib akan berangkat pergi sepertimana PakLah telah berangkat pergi sebelum ini. Ini petanda baik kerana Muhyidin Yasin akan naik ganti, dan siapa pula akan naik ganti beliau? Siapa pula naik ganti yang naik ganti? Naiklah setapak anak Mahathir. Kemungkinan besar sebagai Naib Presiden Umno. Tidak mustahil sebagai Timbalan Presiden pun kerana akan berlaku perlawanan sengit pelbagai penjuru tanpa calon yang berprestasi tinggi sehingga memberi laluan kepada anak Sun Tze yang cekap mengatur bidak seterusnya di papan catur dalaman Umno.

Walaupun Umno BN kalah pun ini petanda kehebatan zaman Mahathir yang sebenarnya. Iaitu, selepas Mahathir, tiada lagi kekuatan pada orang Melayu atau kestabilan politik buat negara kita. Sepertimana Attila the Hun, seorang pemimpin aliran Tartar yang ganas pernah mengatakan, "Tidak cukup saya menang, tetapi semua lain perlu mati".

Tidak, kerana Dr. Mahathir lebih sedar yang sekiranya Melayu ini tidak bersatu maka akhirlah hayat Umno dan Kesultanan Melayu buat selama-lamanya. Tidaklah serta-merta tetapi gerak gergajinya sudah dimulakan. Dengan membongkarkan ini memang buat bukan Melayu marah, tetapi ia menyentuh sanubari jiwa Melayu. Mengapa anda perlu beri hak undi kepada orang lain? Ini balik kepada zaman penubuhan Malaya dan zaman kemerdekaan dulu-dulu. Tanpa itu kita tidak dapat merdeka. Itu soalan hantu yang paling penting. Melayu tidak akan habis fikir jawapannya sampai bila-bila kerana ia keadaan 'Catch-22'. Telan mati bapak, muntah mati emak. Tak buat apa-apa mati semua.

Hari ini, suasana politik kita tidak lagi aman. Ramai yang akan mengemukakan tuntutan. Lihatlah keadaan di Amerika Syarikat yang parah dan makin parah - makin tinggi hutang negara dan makin krisis politik dalaman. Malah dalam saluran CNN semalam, Fareed Zakaria telah mengemukakan cadangan reformasi imigresen untuk menyelamatkan krisis ekonomi.

Kebanyakan pengundi di bawah tidak hirau semua itu. Mereka golongan muda yang baru dapat IPhone dan akaun Facebook. Mereka generasi 'feel-good'. Mereka mahu kepuasan hidup secara kebendaan dan secara serta merta. Generasi 'fast-food' orang kata. Tetapi dah ditambah dengan 'bistro kopitiam' yang selesa dan lebih tinggi harga kemasukkan ahlinya.

Maka Mahathir dapat membaca perkara semudah ini. Dia doktor yang membaca banyak perkara termasuk statistik risik yang beliau masih ada saluran rahsia yang membekalkannya. Beliau begitu tepat dalam ramalan PRU yang lepas. Beliau mengambil bahagian walaupun kerusi belakang tetapi nampak dan bertindak lebih jauh dan mengkagumkan.

Hari ini Najib sebagai PM yang baru tidak buat apa yang Pak Lah buat, iaitu jangan cari gaduh dengan Mahathir tetapi akur segala-gala kehendaknya. Tetapi Mahathir yang jahat politik tidak akan taat balik malah akan cari jalan yang lebih licik untuk jatuhkan PM terkini ini. Jalan yang tidak nampak bertentangan dengan kerajaan dibawah Najib atau mana jua kerajaan sebelumnya sejak zaman Tunku Abdul Rahman. Caranya? Fikir, fikirlah.

Sebenarnya, jika kita perhati susunan ayat dan kata-kunci yang digunakan oleh Dr. Mahathir adalah cukup licik dan terpilih. Baca balik ayat-ayatnya satu persatu. Beliau berhati-hati dengan alasan yang susun tepat. Beliau kata, rakyat baru itu mengikut kelayakan dan seterusnya meletakkan perbandingan zaman Tunku Abdul Rahman yang memberi kerakyatan dalam kontrek sosial kepada orang Cina dan India di Persekutuan Tanah Melayu masa itu. Sekiranya Cina dan India boleh jadi rakyat begitu sahaja kerana 'tinggal dan kerja lama' di sini, mengapa tidak orang Indonesia dan Filipina yang telah 'tinggal dan kerja lama' di sini?

Ini sebenarnya satu perangkap yang jauh lebih mendalam implikasi kepada masa depan kita semua nanti. Ia mengingatkan seorang anak yang nenek-moyangnya pernah meninggalkan kepadanya satu khazanah yang berharga. Anak itu perlu menuntutnya atau menyaksikan harta pusakanya hilang begitu sahaja buat selama-lamanya.

Selepas ini saya akan mengambil masa memberi analisa bagaimana BN masih tetap akan menang dalam PRU 13. Tetapi jangan lupa perhati dengan rapat gerak geri pakar perang Sun Tze kita. Saya tetap menjadi peminat setia sepanjang hayatnya. Makin tua makin menjadi.

19 April, 2012

Nabi Adam Pun Pendatang


Kita mengatakan bahawa orang bukan Melayu seperti bangsa saya ini di tanah air kita adalah pendatang. Bangsa saya orang Cina pun kata orang Melayu juga pendatang. Kepada saya di tanah besar China pun orang Chin itu pendatang kerana asalnya orang di sana bukanlah orang Chin tetapi orang Han. Malah orang Qing iaitu zaman Kublai Khan cucu Genghiz Khan turut sebagai pendatang dari Mongolia yang menawan negeri Chin pada masa itu.

Sebagai orang Islam, kita lebih arif tentang siapa itu pendatang. Sebenarnya sebagai orang Islam kita wajib sedar yang semua manusia itu pendatang. Nabi Adam sebagai manusia pertama dalam dunia ini adalah pendatang yang didatangi Allah daripada taman syurga yang di 'buang taman' (pinjam dari buang negeri) ke atas mukabumi ini.

Maka dengan itu tidak timbullah sesiapa itu pendatang atau tidak. Memang semua kita asalnya pendatang.

Cuma kita datang ke sini atau dapat lahir ke bumi bukanlah atas kehendak sendiri. Kita semua adalah pendatang dengan IzinNya.

Macamana kita datang ke sini mungkin tidak menjadi persoalan lagi. Tetapi apa kita perlu buat apabila sudah tersadai kat sini merupakan persoalan pokok. Berapa lama kita akan berada di sini? Bila kita akan kembali? Dalam keadaan apa kita kembali. Kebanyakan atau sebenarnya semua dari kita akan kembali dalam keadaan buruk sekali dari keadaan semasa kita datang ke sini. Kita akan meninggal dunia dalam keadaan yang cukup tidak sama dengan keadaan semasa kita datang dalam bentuk bayi dahulu.

Ada yang dalam keadaan cedera parah atau dalam keadaan kemalangan lalu perlu meninggalkan dunia. Ada yang dalam keadaan sakit jantung malah penyakit tersebut adalah punca utama meninggal dunia. Malah keadaan itu biasanya dalam usia tua atau amat tua dimana kulit dan raut wajah kita sudah berubah berkedut, berambut putih, atau botak separuh dan perlu hitamkan rambut atau memakai rambut palsu.

Mata kita mungkin sudah separuh buta, telinga separuh pekak, dan suara separuh hilang. Budak biasa akan panggil kita pakcik atau atok. Masa itu sekiranya kita masih tidak sedar kita ini pendatang maka cukup menyedihkan. Dah lah tua tetapi nyanyok pula. Apa nak buat? Itu memang keadaan yang Allah sebut sendiri dalam Al-Quran,

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Dan Kami kemudian mengembalikannya kepada yang serendah rendahnya
(At Tiin 95:4-5)

Ada yang akan kembali dalam keadaan yang masih jahil atau masih bermegah-megah ahli keluarganya dengan pencapaian dunianya. Alangkah jauh menyimpang dan kejahilan yang ditinggalkan simati itu? Walaupun orang yang meninggal itu kelihatan masih bersembahyang dan senantiasa berada di tempat ibadat. Apakah dia sedar dan menyedarkan orang sekelilingnya?

Semoga kami kembali dalam keadaan terbaik (husnul khatimah). Amin ya rabiil alamin. Sekadar ini salam saya pagi sebelum subuh ini, Alhamdulillah diberi sedikit ilham menulis tentang tajuk ini, semoga Allah memberkati saudara/i kerana melaungkan masa membaca warkah saya yang tidak seberapa ini.

24 December, 2011

Orang Putih Kecewa Dengan Gereja

Kini saya tengah berada di bumi Mat Salleh Eropah ini sejak tanggal 7hb Oktober 2011 dan akan berangkat ke Amerika Latin pada tanggal 4hb Januari 2012 nanti.

Sejak jejak kaki sini buat kali ke empat dalam hidup saya, telah menjelajah dari kota ke kota - Paris, Munich, Kempten, Krefeld, Hamburg, Berlin, Bonn, Vienna, Praque dan Budweiser.

Ramai sekali kekawan saya yang ajak saya duduk sekali sambil berkongsi pengalaman dan kisah hidup sehingga telanjur sejarah Perang Dunia ke-2 dan juga sejarah lama Gereja.

Yang jelas sekali kawan-kawan saya di sini boleh dikatakan kesemua mereka cukup benci tentang peranan Gereja sejak berkurun-kurun lamanya digunakan untuk mengabdikan mereka sebagai keseninambungan kuasa Rum sejak zaman Konstantinople (kini Istanbul) lagi.

Mereka sedar bahawa Gereja adalah satu institusi yang disalah-lakukan oleh kuasa penjajah masa itu (Rumawi) yang semakin pudar pengaruhnya ke atas bumi Eropah. Rum perlu nafas baru lalu meniupkan semangat keagamaan dengan mencampurkan-adukan kepercayaan lama Rum itu dengan kepercayaan baru tentang Nabi Isa yang baharu dan popular masa itu.

Gereja memainkan peranan mencengkam kuasa Raja dan Kerajaan bernegara sehingga akhirnya cendiakawan dan rakyat jelata bangkit menolaknya serta memperkenalkan konsep sekularisma atau memisahkan kuasa gereja dari kuasa pemerintahan. Banyak kisah korupsi, salah-laku seks dan amalan konspirasi politik berlaku sepanjang zaman gereja sehinggalah ke hari ini walauun sudah menerima konsep sekular.

Tetapi saki-baki usaha pembaharuan kepercayaan Rumawi seperti Hari Lahir Tuhan Matahari iaitu Apollo yang jatuh pada tanggal 25hb Disember masih terlepas sebagai hari lahir Nabi Isa, dan konsep Triniti atau tiga tuhan dipergunakan untuk mencerminkan kepercayaan dan keserasian Rumawi kepada pelbagai tuhan maupun konsep anak tuhan.

Pokok Krismas misalnya pada asalnya merupakan satu simbol pagan atau anisma zaman kuno sebelum kedatangan Nabi Isa.

Santa Klaus juga merupakan satu simbol atau institusi adat yang tidak jelas sumber atau asal-usulnya.

Perayaan Hari Natal atau Krismas selama ini lebih merupakan hari libur untuk bersuka-ria dan tiada kaitan rapat lagi dengan keaslian risalah atau kisah Nabi Isa a.s.

Akhirnya kuasa Rum tinggal Vatican City di Italy dan tidak ramai malah tiada kawan-kawan saya yang pergi menghadiri aktiviti gereja setiap hari Ahad walaupun diajak oleh saya sendiri! Malah saya mendapati pengaruh Kristian terlebih sangat kuat di luar Eropah seperti di Filipina dimana orang Filipina yang beragama Kristian wajib baca doa dan buat isyarat salib setiap kali sebelum makan. Begitu juga nanti apabila saya berada di bumi Latin Amerika akan pasti saya berjumpa dengan puak yang lebih fanatik tentang agama tersebut yang jelas tiada lagi pengaruh di bumi asalnya sendiri.

(Gambar, dari atas:
Pandangan di sebuah ruang dalam di pekan Budweiser, Republik Czech;
berceramah di Universiti Landshut, dekat Munich, Jerman;
Bersiar-siar di Pasar Malam termasyur kota Vienna, Austria;
Dalam sebuah gereja termasyur Vienna;
Pandangan salah satu patung tradisi di kota Hamburg, Jerman;
Bersama seorang pakar IT di Paris;
Bersama sambutan 125 tahun keluarga Bayen di Krefeld, Jerman.

29 August, 2011

Beriman Dengan Kitab Bible



Saya lahir ke dunia ini sebagai seorang Kristian yang beriman kepada kitab Bible. Oleh kerana waktu kecil saya tiada kitab lain yang ada di rumah, saya terhafal banyak kisah dan ayat dalamnya. Ada satu kisah mengenai Nabi Isa di mana baginda berpuasa selama 40 hari dan malam dan berbuka hanya dengan minum air susu. Selepas selesai tempoh puasanya, baginda didatangi Iblis yang mengujinya dengan kata-kata,
Kamu diberi mukjizat oleh Tuhan untuk dapat menukar batu kepada roti. Maka lakukanlah,
lalu Nabi Isa a.s menjawab,
Manusia tidak boleh hidup atas roti dan makanan semata-mata, tetapi atas setiap ayat yang hidup dari Tuhan

Maka saya tertanya apakah 'ayat Tuhan yang hidup?' Pada akhir kitab Injil ada tertera,
Sekiranya saya menulis semua yang Jesus Christ cerita, maka tidak cukuplah kertas dan dawat untuk menulisnya.
Ini bagi tahu saya bahawa Bible sudah menjadi hasil kerja manusia disamping Tuhan.
Apabila saya mula mengenal Al-Quran saya menyaksikan bagaimana ayat-ayatnya begitu tersusun dan bermakna. Ayat yang awal sekali terbaca
Dengan Nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
begitu menyerap jiwa saya kerana merupakan satu sahutan dan pengesahan tentang kaedah penyampaian serta sumber Al-Quran itu. Seterusnya saya membaca,
Itulah kitab, tiada syak di dalamnya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa.
Hati saya makin terbuka kerana tiada kata-kata di situ yang menunjukkan ia adalah kitab syaitan sepertimana padri di gereja cuba menakutkan saya jangan membaca Al-Quran. Seterusnya saya sampai kepada ayat,
Iaitu yang beriman kepada yang diturunkan ini dan yang diturunkan sebelumnya (iaitu Torah, Zabur dan Injil).
Lega hati saya kerana selama ini Kitab Bible yang saya hafal masih diwajibkan menjadi pegangan dalam rukun Iman Islam. Maka mudahlah saya terima Islam kerana ia bukanlah agama baru tetapi memperbaharui agama asal manusia. Al-Quran menerangkan semula risalah asal Allah dan memperbetulkan tangkapan silap manusia, yang mengubah dan memasukkan ayat ciptaan manusia sendiri ke dalamnya.

(gambar di atas semasa saya sedang menyampaikan kisah ini pada bulan Ramadhan di sekitar Kelantan sempena siri ceramah mengenai dinar dan dirham sebagai amalan wang dan bukannya wang kertas yang berasaskan riba ciptaan Yahudi)