Kita mengatakan bahawa orang bukan Melayu seperti bangsa saya ini di tanah air kita adalah pendatang. Bangsa saya orang Cina pun kata orang Melayu juga pendatang. Kepada saya di tanah besar China pun orang Chin itu pendatang kerana asalnya orang di sana bukanlah orang Chin tetapi orang Han. Malah orang Qing iaitu zaman Kublai Khan cucu Genghiz Khan turut sebagai pendatang dari Mongolia yang menawan negeri Chin pada masa itu.
Sebagai orang Islam, kita lebih arif tentang siapa itu pendatang. Sebenarnya sebagai orang Islam kita wajib sedar yang semua manusia itu pendatang. Nabi Adam sebagai manusia pertama dalam dunia ini adalah pendatang yang didatangi Allah daripada taman syurga yang di 'buang taman' (pinjam dari buang negeri) ke atas mukabumi ini.
Maka dengan itu tidak timbullah sesiapa itu pendatang atau tidak. Memang semua kita asalnya pendatang.
Cuma kita datang ke sini atau dapat lahir ke bumi bukanlah atas kehendak sendiri. Kita semua adalah pendatang dengan IzinNya.
Macamana kita datang ke sini mungkin tidak menjadi persoalan lagi. Tetapi apa kita perlu buat apabila sudah tersadai kat sini merupakan persoalan pokok. Berapa lama kita akan berada di sini? Bila kita akan kembali? Dalam keadaan apa kita kembali. Kebanyakan atau sebenarnya semua dari kita akan kembali dalam keadaan buruk sekali dari keadaan semasa kita datang ke sini. Kita akan meninggal dunia dalam keadaan yang cukup tidak sama dengan keadaan semasa kita datang dalam bentuk bayi dahulu.
Ada yang dalam keadaan cedera parah atau dalam keadaan kemalangan lalu perlu meninggalkan dunia. Ada yang dalam keadaan sakit jantung malah penyakit tersebut adalah punca utama meninggal dunia. Malah keadaan itu biasanya dalam usia tua atau amat tua dimana kulit dan raut wajah kita sudah berubah berkedut, berambut putih, atau botak separuh dan perlu hitamkan rambut atau memakai rambut palsu.
Mata kita mungkin sudah separuh buta, telinga separuh pekak, dan suara separuh hilang. Budak biasa akan panggil kita pakcik atau atok. Masa itu sekiranya kita masih tidak sedar kita ini pendatang maka cukup menyedihkan. Dah lah tua tetapi nyanyok pula. Apa nak buat? Itu memang keadaan yang Allah sebut sendiri dalam Al-Quran,
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Dan Kami kemudian mengembalikannya kepada yang serendah rendahnya(At Tiin 95:4-5)
Ada yang akan kembali dalam keadaan yang masih jahil atau masih bermegah-megah ahli keluarganya dengan pencapaian dunianya. Alangkah jauh menyimpang dan kejahilan yang ditinggalkan simati itu? Walaupun orang yang meninggal itu kelihatan masih bersembahyang dan senantiasa berada di tempat ibadat. Apakah dia sedar dan menyedarkan orang sekelilingnya?
Semoga kami kembali dalam keadaan terbaik (husnul khatimah). Amin ya rabiil alamin. Sekadar ini salam saya pagi sebelum subuh ini, Alhamdulillah diberi sedikit ilham menulis tentang tajuk ini, semoga Allah memberkati saudara/i kerana melaungkan masa membaca warkah saya yang tidak seberapa ini.
2 comments:
sangat setuju...even saya orang Melayu..tapi seringkali malu bila Melayu (bukan semua) menidakkan hak kaum lain... sepatutnya Melayu patut bersyukur dengan adanya kaum lain Malaysia jadi macam yang ada sekarang.
How to play online casino without using real money
The Best Casinos to Play Casino Games 온라인 카지노 조작 Online Without Real Money · 1. Ignition Casino · 2. Red Dog Casino · 3. Betway Casino · 4. Betway
Post a Comment