10 May, 2008

Menghargai Sistem Monarki

Sistem Feudal dahulu yang terdiri dari seorang Khalifah atau Imam atau Raja atau Sultan dengan satu linkungan golongan atasan adalah sistem yang paling lama dan universal dalam sunnah hidup insan di mukabumi ini.

Hanyalah dalam masyarakat Yunani silam dicuba sistem demokrasi itupun dengan kawalan ketat golongan atasan dan kaum wanita tidak dibenarkan hak mengundi. Rekod demokrasi hari ini adalah amat buruk iaitu Amerika Syarikat sebagai demokrasi yang paling fanatik adalah yang paling zalim dengan terbunuhnya jutaan manusia di negara-negara umat Islam dan ratusan ribu di Jepun (dengan manjatuhkan 2 biji bom atom semasa WWII).

Demokrasi lain seperti Israel, India, Iraq, Iran, Indonesia, Filipina, Thailand dan juga Malaysia kini tidak mengalami keadaan yang 100% stabil malah dengan mudah sahaja boleh tergugat keselamatannya menerusi tunjuk perasaan akibat kenaikan mendadak harga barangan keperluan seperti minyak dan beras dan gandum.

Permainan harga lebih mudah dalam sistem pembankan berpusat IMF dan rejim wang kertasnya. Dengan memastikan rakyat itu berdaulat adalah memberikan sijil kematian terpantas kepada sistem kenegaraan kerana undi itu adalah bilangan bukan fikiran.

Dalam sebuah sistem monarki tulen seperti Arab Saudi, Nepal (baru sahaja tamat), Monaco, Brunei, Vatican City dan Kepulauan Ternate, keadaan adalah amat aman dan fitrah. Sistem Monarki adalah mudah difahami sekiranya ada kepincangan, maka puncaynya adalah satu iaitu Raja itu zalim. Ia juga mudah dituruti iaitu perintah titah Raja adalah mutlak dan wajib ditaati. Ia juga mudah diubah iaitu racunkan saja Raja itu dan diistihar keturunannya yang terdekat sebagai Raja. Bah kata laungan masyur rakyat England dulu apabila seorang Raja mereka mati,
"The King is dead! Long live the Queen!" - Raja sudah mati. Hidup dan daulat permaisuri sebagai Ratu kita yang baru!

Sistem yang beteraskan konsep 'Al-Malik' iaitu nama Allah yang penting selaku Hakim dan Penentu perjalanan manusia dari satu alam kepada satu alam yang lain adalah diterjemah oleh Allah sendiri kepada alam manusia iaitu Bani Adam sebagai sistem Khalifah dimana Raja itu diamanahkan terus menerus oleh Allah.

Itu sebabnya dalam kebanyakan masyarakat termasuk Perancis dan China sebelum penamatannya, Thailand dan Jepun sampai sekarang adalah mempercayai bahawa Raja mereka adalah diturunkan oleh Tuhan secara langsung. Ini kepada saya satu tajaliyah Allah yang tercetus dalam fitrah manusia.

Dengan adanya seorang Raja juga, kezaliman mutlak tidak boleh berlaku. Semasa kebangkitan rakyat oleh hasutan setengah cendiakawan yang terpengaruh dengan fahaman modenis Yunani supaya rakyat bangkit merampas kuasa dari Raja, dimana Raja Louis XVI telah dinasihati oleh tenteranya supaya ditangkap dan hukum bunuh beberapa ratus rakyatnya yang menghasut, tetapi Raja Louis enggan berbuat demikian.

Sebagai seorang Raja yang turun-menurun tidak dipersoalkan haknya sebagai raja melainkan Tuhan, dan tidak terasa perlu tunduk atau hilang kerusinya dalam satu pungutan suara, maka berkelakuan zalim ke atas rakyat sendiri adalah asing dan tidak terlintas dalam kepala. Ahli demokrat akan zalim sekiranya kedudukannya asyik terancam dan tidak kekal seperti yang pasti dalam sesebuah demokrasi. Lihatlah tabiat calon-calon pilihan demokrasi yang asyik bercakaran, tidak santun, berbohong dan berkomplot demi untuk merampas kerusi dari satu sama lain pada setiap upacara PRU yang disediakan secara rasmi.

Maka dengan kebaikan Raja Louis itu yang sebenarnya tidak pernah hilang populariti dan disayangi oleh rakyat bawahan, telah diambil kesempatan oleh golongan tertentu dan akhirnya 40 ribu rakyat dibunuh, ada yang beramai-ramai iaitu dimasukkan dalam sebuah kapal dan dikaramkan supaya tidak terbuang masa dan juga kerana gullotine masa itu lambat siap.

Apabila sistem monarki sementara yang berpelembagaan diuji sepertimana yang digunapakai sekarang, sistem itu sudah rosak kerana apa gunanya seorang Raja yang tidak berdaulat tetapi masih rakyat lain yang berdaulat? Keadan rapuh ini dibolosi sekali lagi dengan pantas dan akhirnya Raja menjadi mangsa dan rakyat yang menyayanginya takut, lemah, bisu dan menyembunyikan tangisan apabila menyaksikan Raja itu dipamerkan serta dipancung kepala dari lehernya.

Raja Louis XVI dalam usaha terakhirnya yang perikemanusiaan telah cuba menyelamatkan Ratunya, Marie Antoinette dengan cuba mengistiharkannya sebagai rakyat biasa dan bukannya dari darah Raja, tetapi gagal dan Marie turut di penggal kepalanya beberapa bulan kemudian.

Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej yang masih hidup begitu ditaati oleh rakyat jelata, dan walaupun dalam sistem demokrasi, sepertimana saya membuktikan awal tadi, adalah rapuh dan mudah digugat, dan hanya dengan campurtangan Raja itu yang adil dan zuhud itu dapat diamankan keadaan dan kemajuan diteruskan.

Fahaman demokrasi akan cuba racunkan pemikiran rakyat dengan teori Jacques Rousseau tentang kontrek sosial dimana manusia tidak harus taat kepada sesiapa melainkan ada satu kontrek yang dipersetujui. Maka, menurut teori tersebut, apakah kita ada tanda-tangan kontrek sedemikian semasa kita lahir dalam sebuah kerajaan? Teori inilah yang digunakan oleh golongan muda hari ini yang tidak ditarbiahkan dengan teori politik Islam yang sebenarnya yang berasaskan Yuminul billah wa yuminul bil akhir.

Tindakan pertama fahaman tersebut adalah untuk mendesak rakyat untuk menderhaka kepada Raja dengan alasan rakyat kelaparan. Dan ini mudah dicapai sekiranya golongan pengawal modal dan saham mencekik harga barangan sehingga naik melambung. Mesti ingat, naik melambung dan bukan naik sedikit. Itulah tandanya yang jelas berlaku dan berlaku pada setiap zaman percaturan sedemikian berlaku.

Harus kita ingat England sampai sekarang masih ada Ratu. Namun sistem itu sepertimana yang tertulis sebelum ini dan sama seperti lain-lain monarki berperlembagaan adalah simbolik dan budaya adat semata-mata.

Adapun Raja Saud yang ada sekarang bukanlah Raja Hijaz yang sebenar yang merampas Haramain semasa zaman Sayyid Hussein bin Ali, Sharif of Mecca (itulah perkataan Sheriff cowboy datang tu) iaitu keturunan Bani Hashim yang sah diiktiraf dan dilantik oleh Kesultanan Khalifah Othmaniah yang berpusat di Turki.

Dengan pertolongan British, Abdul Aziz al Saud dari sebuah wilayah luar telah mengalahkan Sharif sebenar Mekah itu (yang sebenarnya istiharkan dirinya Khalifah demi menyambung Khalifah Othmaniah yang jatuh 2 tahun sebelum itu). British yang didalangi kuasa tersembunyi mengambil anak-anak Sharif dan campakkan sebagai Raja Iraq dan Jordan hari ini. Raja Iraq dijatuhkan oleh rampasan kuasa tentera tahun 1958. Raja Jordan sampai hari ini masih kekal tetapi dikepit habis-habis oleh White House.

Dasar pecah dan cincang Khalifah Insan sudah hampir sampai pengunjung asapnya setelah diusirnya Khalifah berdaulat terakhir iaitu Sultan Abdul Hameed II pada tahun 1924. Ia bukan sahaja tidak perlu ramalan tentang Janji Allah untuk ia kembali. Ia adalah fitrah tertinggi manusia yang inginkan Al-Sultaniyah untuk diberikan tangan dalam satu baiyah suci dunya wa akhirat.

Fahaman demokrasi masih disangka dan dilaungkan oleh massa sebagai suci dan murni. Namun mereka tidak sedar apa falsafah dan liku-bengkoknya dimana rakyat sebenarnya tidak berkuasa kerana suara ramai yang keramat sekali sahaja dan sebagai cloth of the matador - kain merah untuk dibunuh lembu sukan. Lepas itu pinjaman dan hutang bank terus bertindak tanpa henti dan gangguan. Demokrasi adalah cara menghalalkan matlamat sebenarya itu. Mana-mana presiden atau perdana menteri yang terpilih menerusi sistem demokrasi adalah tidak bermaya atau berkuasa. Ia tidak boleh gantikan wang kertas dengan wang emas. Ia tidak boleh halang tangan dibelakang yang suruh menghantar bom atom ke mana-mana untuk melenyapkan jutaan suara. Tidak boleh hantar permaisurinya untuk menjadi negara jiran menantu saudara turun menurun.

Harus ingat, kerajaan Othmaniah dan China dulu-dulu adalah sistem feudal yang amat prihatin tentang keselamatan dunia. Mereka masing-masing ada pertalian risalah nubuwat dan telah menghantar armada tentera ke Melaka untuk cuba menghalang penjajah awal Eropah pada 1511, tetap mereka semua dicincang habis akhirnya oleh pakatan semua kuasa Barat kuffar. Itulah kisah Jalan Sutera yang dahulunya dikawal oleh kaum fitrah Muslim yang pelbagai syuuba wal-qabaila - pelbagai warna kulit bangsa dan lidah bahasa. Dan sebaik-baik antara mereka adalah yang paling mulia akhlaknya. Itu sebabnya Maharaja Cina berlumba dengan Khalifah Turki menghantar payung kuning dan pengiktirafan Sultan kepada Raja Parameswara di Melaka dulu. Kemudiannya disambung dengan seorang permaisuri istana Hang Li Po. Tiada satu dari armada mereka menyerang, mencabul atau memperkosa bumi yang terpijak.

Kefahaman manusia dipesong dengan cara kononnya ilmiah iaitu kajian antropoloji yang mengatakan zaman dulu adalah feudal dan kalut dan manusia itu datang dari monyet. Panjang lagi ceritanya dimana golongan Yahudi memaksa Eropah berperang dan menguasai jentera ketenteraan dunia sehingga bom atom tercipta. Mereka kini adalah 'feudal kalut' sebenar. Mereka menguasai poket anda. Mereka menguasai hutang anda kepada bank tidak kira ditempek dengan label Islamic Window atau Islamic Dow Jones sehingga selepas anda mati dan disambung kepada cucu cicit nanti tidak terurus hutangnya.

Mereka menguasai air kencing anda kerana menguasai makanan anda. Mereka menguasai pelajaran dan kurikulum yang berjiwa consumeristic dan mass production. Tetapi yang saya anggap paling teruk ialah, mereka menguasai anda dengan anda sendiri menyatakan "I am proud to be muslim. I pray five times a day. My wives are so covered from heads to toes. So i know not what else Islam you talking about".

Sepatutnya kita bertanya,

"Min aina ila aina?"
(Gambar pertama menunjukkan suasana sayu khalifah terakhir Islam yang monarki dan bukan berperlembagaan, Sultan Abdul Hameed II, tetapi tetap izzah dan tampan.
Gambar kedua satu persembahan moden mengenai zaman Dinasti Qing
Gambar ketiga menunjukan perjalanan Ma ZhengHe semasa kemuncak kegemilangan Tamadun Insan)

09 May, 2008

Mahathir Selamatkan Raja

Dengan Mahathir telah bertindak prihatin kepada institusi Raja dengan menghadkan tingkah laku mereka terutamanya dalam soal yang melanggar tata-susila atau kes jenayah, beliau telah menyelamatkan jemaah Raja itu daripada dipandang makin rendah dan dianggap zalim.

Mengikut sejarahnya, Raja pun ada melakukan kezaliman dan jenayah. Tetapi sepatutnya ia diperbetulkan oleh Majlis Raja-raja sendiri. Namun al-kisahnya keadaan itu tidak berlaku. Maka reformasi terhadap keadaan telah dipaksakan semasa Dr. Mahathir.

Hari ini apakah Majlis Raja-raja ingin membalas dendam atau mengembalikan keadaan kepada dahulu-kala? Saya rasa tidak kerana hari ini kita lihat tindakan mereka yang agak terhad dan tidak melebihi batas. Apakah mereka tengah menguji batas? Wallahu aklam saya tidak tahu kerana saya bukan Raja.

Dengan meneliti Revolusi Perancis dari sumber wikipedia yang mengakhiri pemerintahan feudal berRaja dengan hukuman pancung kepala ke atas Raja Louis XVI dan ratunya pada tahun 1793. Menurut sejarahnya, Raja pada mulanya agak popular tetapi siri peristiwa menyebabkan keadaan menjadi teruk. Faktor yang penting dalam sejarah itu adalah tentang soal bertolak ansur dan menyelesaikan kehendak rakyat yang cukup payah.

Selepas Revolusi Perancis, berlaku pula satu 'Reign Of Terror' iaitu keganasan ke atas rakyat yang mengorbankan sehingga 40,000 jiwa sehingga orang yang mula-mula menjatuhkan Raja turut dihukum bunuh. Yang sedihnya, pada akhir segala revolusi dan French_Counter-Revolution, rakyat yang manjadi paling mangsa. Yang untung adalah golongan pertengahan atau atasan samada mereka itu bijak berpolitik atau berkomplot mengambil kesempatan. Yang menarik ialah antara hasil revolusi dan revolusi semula menentang revolusi awal (!) adalah kenaikan harga makanan secara mendadak.

Yang lucu sekali ialah akhirnya naik pula sistem monarki yang baru di bawah Napolean Bonaparte 7 tahun selepas hilangnya Raja. Pemerintahannya menyebabkan cukup banyak kesengsaraan kepada Eropah kerana dasar peperangannya.

Ini keadaan yang dibimbangi banyak negara sehingga mereka banyak mengkaji Revolusi Perancis dengan mendalam dimana banyak institusi bertukar tangan dan tentu sekali tangan pembikin wang kertas turut mengambil kesempatan samada mengapikan keadaan atau menanam bank pusatnya.

Secara analisis perbandingan kepada keadaan kita di Malaysia, intitusi Raja masih mendapat markah yang tinggi buat masa ini, tetapi di situ lah persamaan yang amat ketara dengan keadaan Raja Perancis semasa Revolusi Perancis. Kini ada pihak yang cuba menampakkan bahawa Mahathirlah yang zalim yang membelakangkan Raja padahal beliaulah yang melindungi Raja dari fitnah yang lebih besar dengan melakukan cantasan teknikal terlebih dahulu.

Yang akan membawa mudarat nanti ialah apabila mana-mana pihak cuba menukar status quo sistem yang ada sekarang. Tidak kira samada dari pihak royalis, pihak sosialis atau pihak agama. Semua pihak ini ada tercatat peranan mereka dalam sejarah revolusi dunia. Dinamika terkumpul menyebabkan hasilnya jauh terkeluar dari hasrat mana-mana pihak.

Hendaklah diketahui jua bahawa Revolusi Perancis cukup dengan pakar pemikir, cendiakawan dan sasterawan yang hebat-hebat dan tidaklah mereka itu bodoh atau naive tetapi kerana terlalu cerdiklah yang umat manusia terkorban sengsara buat seketika.

Pengamatan saya ialah revolusi lambat laun akan berlaku, secara terang maupun halus. Apabila kita menganalsa kita menganalisa dari kacamata yang lebih luas dan tentunya meliputi soal sistem fitrah bertentangan dengan sistem gelap seperti dinamika Yin dan Yang.
Saya juga ingin mengajukan topik sejarah Revolusi Perancis sebagai topik penting dalam pendidikan tingkatan 4 sekolah menengah anak-anak kita.
(gambar di atas menunjukan persitiwa hukuman mati ke atas King Louis XVI secara penggal kepala dengan guillotine)

Karpal Betul Dan Salah


Karpal Singh dari segi undang-undang perlembagaan adalah betul. Tetapi dari segi politik adalah salah. Memang menurutnya dia mempertahankan terjemahan fahaman sistem kerajaan yang sepatutnya iaitu kuasa Raja adalah terhad dan hanya bertindak atas nasihat Menteri Besar yang mengikat. Sistem kerajaan kita adalah diwarisi dari sistem British dimana kuasa defacto adalah terletak di atas tangan Perdana Menteri atau Menteri Besar bagi peringkat negeri.

Dalam kes Perak, Menteri Besarnya boleh dikatakan melakukan kesilapan teknikal dengan tidak memberi 'nasihat' kepada Sultan Perak selaku ketua agama terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berkenaan. Namun begitu Menteri Besar masih boleh mengutarakan 'nasihat'. Apabila itu berlaku, Sultan hendaklah menurut apa-apa nasihat dari Ketua Menteri kerana nasihat itu dikatakan mengikat dalam konteks sistem kerajaan kita.

Dr. Mahathir semasa menjadi PM telah memperjelaskan lagi soal 'nasihat' itu kepada lebih muktamad. Ini kerana dalam budaya dan bahasa kita, 'nasihat' tidaklah berbau mengikat sepertimana yang dimaksudkan oleh British.

Hendaklah kita faham bahawa zaman British dulu mereka adalah cukup licik apabila mula memperkenalkan sistem penjajahan mereka ke atas Tanah Melayu. Mereka elak dari menaikkan kemarahan penduduk tempatan dengan tidak menampakkan mereka itu berkuasa. Mereka kekalkan keujudan Raja-raja Melayu tetapi meletakkan diri mereka sebagai Residen atau Gabenor atau Pesuruhjaya British yang dikatakan menasihati Sultan dalam semua soal melainkan soal agama dan adat istiadat Melayu. Soal agama pun adalah terhad kepada soal perayaan secara sekular dan tidaklah soal yang menyentuh soal pentadbiran atau pengaruh politik.

Ini supaya penjajahan itu mencapai maksud sebenarnya. Dengan menyatakan mereka cuma 'menasihati' sahaja membawa gambaran seolah-olah Raja itu masih berkuasa. Padahal tidak. 'Nasihat' dalam bahasa politik British sehingga sekarang adalah bermaksud 'arahan mutlak tetapi bersopan memberi muka kepada Ratu' jika ingin dilihat secara ringkas dalam konteks sana.

Segala tindakan parlimen untuk meluluskan akta atau pindaan harus diberikan persetujuan diRaja dalam masa 30 hari. Sekiranya tidak ia boleh dibahas semula dan diluluskan sekali lagi oleh Dewan Rakyat, dan selepas itu Raja sepatutnya tidak menolaknya. Sekiranya tidak dipersetujui juga maka akan tercetuslah apa yang dikatakan sebagai krisis berperlembagaan. Dengan itu, kuasa Raja secara mutlaknya memang tiada dan hanya selaku fungsi upacara dan hiasan sahaja.

Adapun dalam keadaan darurat, ia hanya boleh diistiharkan atas nasihat Perdana Menteri menerusi YDP Agung. Selepas itu Agung sebagai Panglima Tertingi Tentera hanya boleh bertindak di atas 'nasihat' Perdana Menteri. Pendek kata, Raja dalam sistem politik tanah-air memang tidak mempunyai kebebasan memerintah secara tersendiri.

Dr. Mahathir belum puas hati bahawa konvensi di sini pun turut sama dengan sana di Britain, jadi beliau ingin memastikan 100% bahawa ia bukan sahaja konvensi tetapi juga sebagai undang-undang yang tidak boleh dicabar secara pertikaian oleh Raja itu sendiri apabila tercetus krisis perlembagaan. Dengan itu beliau telah mendatangkan pindaan kepada perlembagaan untuk mencapai kehendak dimana sekiranya pada pembentangan kedua rang undang-undang kepada YDP Agung, dalam masa 30 hari dianggap mendapat restu YDP Agung walaupun masih tidak direstu.

Entah macamana selepas era Mahathir, amalan yang ada sekarang tertimbul keadaan yang agak tidak menuruti konvensyi atau peruntukan perlembagaan tersebut. Ini adalah kerana keadaan krisis yang makro telah berlaku iaitu kehilangan daya kuasa pengaruh politik secara mutlak dan psikologi kerana keputusan PRU12. Masing-masing sudah membenarkan precedent yang bermula dengan perlantikan Menteri Besar oleh Raja Perlis. Ini diikuti dengan perlantikan Menteri Besar di Terengganu oleh Majlis Raja Terengganu. Kedua-dua kes ini dikatakan tidak mengikut jangkaan yang sepatutnya.

Realiti politik yang sedemikian adalah penentu akhir keadaan sekarang. Kehendak rakyat teramai boleh merubah keadaan. Sepertimana berlaku dalam sejarah pemberontakan rakyat bawahan di Perancis dahulu yang menyaksikan Revolusi yang menjatuhkan kuasa King Louis XVI dan Marie Antonette yang di hukum pancung untuk mengakhiri era monarki diganti dengan era Republik.

Semasa Mahathir mendatangkan pindaan tersebut pun sudah ada desas desus bahawa Malaysia sudah menuju sebuah Republik dimana akhirnya akan ada Presiden baru yang difikirkan mungkin diduduki oleh Mahathir sendiri.

Karpal Singh adalah betul sekiranya beliau sebagai seorang yang cukup pakar dalam soal undang-undang sepertimana yang cuba dibahaskan di atas. Tetapi dari segi kehendak sosio-politik yang majoritinya Melayu, maka beliau adalah dikira 'silap'. Kehendak majoriti dikira pemenang dan senantiasa betul dalam sistem demokrasi.

Cuma majoriti itu hendaklah bertindak secara tertib dan gunakan kuasa 2/3 untuk mengusulkan keadaan baru seperti memulangkan kuasa kedaulatan yang sebenar kepada Raja dan Sultan. Dalam keadaan tidak ada 2/3 pada mana-mana pihak boleh dikatakan keadaan ini adalah menuju keadaan krisis perlembagaan.

Saya percaya krisis perlembagaan ini adalah satu faktor baru yang masih belum dikaji implikasi sebenarnya apakah halatuju yang ingin dibawanya. Adalah diharapkan semua pihak melihat keadaan yang lebih luas dan saksama kerana suasana politik kita adalah amat unik tetapi tidak boleh dimainkan dengan eksperimen perlembagaan sepertimana yang berlaku dalam zaman Mahathir. Mengapa? Kerana kita sudah tidak ada orang macam Mahathir di atas.
(Gambar di atas menunjukkan hasil Revolusi Perancis iaitu satu Piagam Pengistiharaan Hak Kemanusiaan)

08 May, 2008

Allahyarham Altantuya

Pagi ini saya terbangun 4.30 pagi dan tidak dapat tidur sehingga saya terus sahaja tidak tidur lalu buatlah solat tahajud 5.15 pagi. Semasa atas katil saya terfikir-fikir Raja Petra Kamarudin (RPK) dan kes Altantuya. Saya makin terbangun makin awal kerana tertidur makin awal. Semalam ajak kawan dari Paya Jaras untuk minum sambil berbual tetapi beliau maafkan diri kerana short notice. Dalam usia yang makin lanjut mata kita tak tahan apabila cuba baca buku bahasa Jerman tak sampai satu baris walaupun jam pukul 10.30 malam terus terlelap. Maka tidurlah ana dengan lebih awalnya. Inilah keterangan ringkas bahawa saya ini bukanlah golongan wali tetapi seorang middleaged man whose sleeping hours have screwed up real bad.

Mereka dua ini amat rapat dengan lokasi saya. Iaitu alamat saya Lot 2906, Lorong Beringin, Kuang iaitu tak sampai satu kilometer dari rumah RPK di Jalan 5/5 Bukit Rahman Putra. Pembunuhan Altantuya pula berlaku di Shah Alam iaitu setengah jam dari sini dan lebih dekat lagi sekiranya menggunakan lebuhraya Guthrie.

Semalam saya terbaca pengunjung blog saya memberikan kepujian melangit di atas kehebatan saya menulis (korek, korek dan toceh Alhamdulilah) lalu saya nak lah ajak kawan Paya Jaras itu bukan kerana ingin celebrate kejayaan saya akhirnya diiktiraf sebagai penulis handalan, tetapi ingin mencungkil ide topik yang lebih mengancam. Maklumlah standard kita makin tinggi makin kena pressure. Tak perform nanti peminat kata apa pulak.

Slogan blog saya adalah satu falsafah yang saya lama fikirkan dan bukan main-main letak,

"Engkau tidak akan ditanya tentang apa orang lain jadi atau buat. Engkau akan ditanya tentang apa engkau sudah jadi dan buat!" Ini adalah kata-kata yang tercetus dari Al-Quran itu sendiri. Saya juga meletakkan kata-kata itu kerana berdepan dengan pelbagai mazhab dan manusia yang berbeza-beza dan asyik bertanya saya tentang pendapat saya mengenai ini dan itu.

Malah pendapat Syiah mengenai 'Setiap bumi adalah Karbala dan setiap waktu adalah As-Syura turut memberikan saya petanda yang sebenarnya adalah, "SINI adalah Karbala dan KINI adalah As-Syura". Bukannya semua bumi atau semua waktu tetapi bagi ANDA ia adalah here and now.

Bagi RPK saya tabik keberaniannya. Sama macam saya pernah dulu terlibat dalam kes MaryAnne, isteri seorang dektektif SB yang didakwa suaminya dirogol dan dipaksa berlakon dalam video blue. Saya didatangi suaminya Kanaperan yang memeluk Islam meminta saya semasa di Harakah pada tahun 1990 untuk membantunya. Ini cerita untuk lain waktu. Sekarang saya tidak boleh tukar topik.

Mengapa saya panggil Altantuya dengan Allahyarham? Saya ini ulama bertauliah ke sehingga berani pulak memberikan kepada seorang mendiang? Ceritanya begini. Mula-mula saya terasa apa angle nak tulis tentang kes ini. Ia adalah kontroversi besar. Silap-silap saya berpindah satu kilo lagi masuk Sg Buluh. Saya juga meniliti tulisan RPK dalam Malaysia Today mengenai kes itu dan saya bersetuju bahawa tulisannya itu berbau hasutan dan menfitnah. Ini kerana di dalam Islam kita tidak boleh menfitnah tanpa dua orang saksi. Akhirnya semasa dimahkamah RPK dilapurkan ada memberitahu pemberita yang beliau ada bukti. Saya berharap bukti itu boleh membawa lebih dari dua saksi keluar kerana lebih ramai orang nampaknya terlibat semasa chain of evidence itu.

Tetapi buat masa ini - at this material in time, RPK adalah didakwa. Kini dia mesti buktikan ketidak-salahan dakwaan ke atas dirinya menurut undeng-undeng. Onus is on him. Ana ni bukanlah apa. Pernah baca law tapi tak sempat habis, semasa terlibat dalam kes Maryanne yang saya pernah tolak ikat jamin semasa menyerahkan pita video blue berkenaan. Tetapi kerana saya berjaga-jaga tentang selok-belok law dengan membaca habis akta polis sehingga akta ISA, saya cepat-cepat dilepaskan petang itu juga. Nak tau law itu kenalah berguru lagi dengan saya. Ta mahal. Secret Recipe saja.

Jadi menurut pembacaan saya yang separuh arif, RPK buat masa ini adalah defence to be called upon as charged, tetapi janganlah kita silap dengan guilty as charged.

Balik ke Altantuya ini saya pada mulanya ingin memanggil ruh nya(kerana sudah tiada maka hukumnya tidak boleh dipanggil) sebagai 'mendiang' lalu saya tertanya, apakah itu 'mendiang'? Dalam bahasa inggeris kita sebut 'the late so and so' atau dalam konteks 'yang sudah pergi berlalu'.

Saya ingin bertanya, dia tu siapa dan pergi berlalu ke mana? Dia tu tidak akan berjumpa Allah ke? Dan dalam bentuk apa sekiranya bukan ruh? Maka saya selepas bagi salam rakaat kedua tadi terlintas memanggilnya sebagai 'arwah' Altantuya. Saya rasa lebih lega dengan memanggilnya begitu. Ya, arwah , the spirit of Altantuya. Tepat dan tidak silap dari ilmu tauhid. Ilmu Fekah wallahu Aklam, saya bukan ulama figh. Ulama tauhid InsyaAllah.

Jadi sekiranya saya boleh memanggilnya dengan panggilan 'arwah' bukankah gelaran tersebut sering direservekan kepada orang-orang Islam yang sudah pergi berlalu meninggalkan dunia ini? Dan maka juga, tidakkah Allahyarham (alaik)- God Bless his or her soul khas untuk orang yang mengaku Islam?

Gelaran itu berasaskan kata kunci Rahmat atau dari nama Allah - Arrahmaan yakni Grace or Most Gracious, iaitu satu sifat Allah ke atas semua insan manusia tidak kira muslim atau jahil atau kuffar. Ar-rahiim (Most Merciful) adalah lebih tepat kepada yang soal berdosa dan soal hukuman di padang masyar nanti. (Saya pun sempat tanya Liyana yang dah bersiap nak subuh ini,

"Betul tak Rahmat Allah ke atas semua bumi, contohnya hujan rahmat Allah turun ke atas semua?"

"ah ah!" angguknya dengan cara yang menyakinkan saya.

Saya pun mencarilah dalam Google untuk nas yang mungkin terdapat sebelum saya dapat menulis kerana takut saya menimbulkan fitnah baru pula. Sayang dalam masa 10 minit tadi Google (kira dah lama sangatlah tu jika sampai 10 minit tak jumpa) masih tidak jumpa jawapan kepada "Can we say Allahyarham to a non-muslim?". Terjumpa pulak video Ahmad Deedat mengenai pakaian seksi wanita, terbehenti mendengar 6 minit 20 saat pulak.

Akhirnya saya melakukan satu pertanyaan dalam wikipedia di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Talk:Shaariibuugiin_Altantuyaa mengharapakan adalah ruh di luar tu yang ternampak soalan saya yang mungkin cukup tidak releven kepada mereka dan pasti ada reaksi kerana wikipedia ini cukup hidup dalam alam terbaru Allah ini (lagi satu topik lain kali mengenai Alaamiin berbentuk siber).

Maka dengan senjata ilmiah sikit yang tersedia ada, dan sudah terfikir sejenak sebelum meninggalkan sejadah tadi, "Oh Allah, show me if what i say or do is correct", saya pun menekan butang New Post ini. Tetapi datang pula satu ilham semasa tertekan. Macam ini:

Bukankah para anbiya semua senantiasa berdoa apabila berdakwah dimana kaum mereka tidak menerima mesej mereka?:
"Ya Allah. Ampunlah kaum saya. Sesungguhnya mereka itu tidak tahu. Sekiranya engkau mengampunkan mereka, maka Engkaulah yang Maha Pengampun, ArRahman dan ArRahim. Sekiranya Engkau tidak mengampunkan mereka, nescaya Engkaulah Al-Malik, Al-Hakim, Faal lullimaa yurid. Engkau bebas untuk melakukan apa-apa".

Maka bukankah kita boleh berdoa cara nabi berdoa? Bukankah lebih afdal bagi kaum kita atau kaum lain yang tidak mendapat hidayah? Bukankah lebih baik kita berdoa untuk roh Altantuya dan mengucapakan "semoga pengampunan Allah ke atas kamu dan rahmatnya yang tidak terhingga terutamanya".

Berharap ini mencetuskan fikrah yang baik dan mendekatkan kita dengan himma - keinginan kepada Allah subhanahu wataala.

Amin!

Saya yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tulisan ini. Sekiranya baik adalah datang dari Allah. Sekiranya sebaliknya adalah datang dari diri saya sahaja. Wallahu Aklam!

Redhuan D. Oon
No IC - 611016-71-5039 (warna biru)
Beralamat (tersebut di atas)

07 May, 2008

Allah Al-Kamil

Sekali lagi kuliah ringkas subuh sakni, dimana tertanya pula ahlul-bait saya apakah mereka tahu tentang nama-nama Allah. Kerana lama tidak berkuliah agak berdiam sekali lagi sehingga satu persatu saya kena beri ajakan sehingga ibu mereka bermula dengan menyebut, "Ar-Rahmaan".

Cepat-cepat disambung oleh Liyana dengan "Ar-Raheem" dan Naquib dengan "Malik".

"Al-Malik adalah Raja" saya tambah sikit. Nasem pula cuba-cuba tetapi memorinya agak kosong.
"We always come across many of Allah's 99 names in our prayers". Saya pun terangkan nama-nama yang saya selalu baca waktu subuh iaitu dari surah yang ada Awwalu walaakhiruu walzahiru walbathin. Pada rakaat kedua saya akan baca Ayatul Kursi yang ada juga nama-nama masyurNya.
Kali ini saya menekan pula nama Allah yang menandakan kesempurnaannya secara mutlak yang tidak boleh dipersoalkan lagi. Allah mengajak dalam Al-Quran supaya mencari satu pun cacat-cela yang ada dalam ciptaanNya. Cari dan cari lagi. Apakah darah daging kita tidak berfungsi, saya gariskan pada tangan Naquib.

"Jika terluka, akan mengalir darah keluar dan ia kemudiannya kering dan sembuh balik tanpa kita buat apa-apa"
Kita perhati sempurnanya aturan alam ini dari kumbang ke bunga ke kita berkeluarga dalam kebun hutan ini dengan segala keperluaan semuanya sempurna tanpa resah dan risau.

Seekor kucing kesayangan kita tetapi tengah duduk diluar pintu berdawai memandang ke dalam seperti biasa bermeow pun saya rujuk sebagai sempurna dijadikan supaya jinak dan menarik kepada tuan rumah supaya mengambilnya sebagai house pet. Cuma isteri saya tidak suka kucing masuk rumah kerana dibawah bidang dasar imigresennya.
Lepas itu saya sentuh tentang perlunya sentiasa bercakap dengan Allah menerusi doa. Hendaklah doa lebih spesifik dan releven. Isteri saya mengangguk kerana dia senantiasa berdoa, "Bilalah saya akan dapatkan rumah sendiri?"

"Mesti ada rancangan dari Allah mengenai itu. Sabarlah", saya sambut balik harapannya.

Isteri adalah kelahiran Zambia, Afrika tengah yang berhijrah ke sini dalam tahun 1980 semasa umurnya 10 tahun. Saya tidak pun pernah jejak kaki ke Zambia. Tidak pun terfikir berkahwin orang sana. Abang angkat saya dari Kelantan terdengar saya kahwin orang afrika ketawa lucu tertanya-tanya, "apasal lah awak sampai sana?".

Tetapi seolah dia yang datang sini pada waktu sama saya memeluk Islam pada tahun 1980 tetapi tidak terjumpa sehingga tahun 1987 semasa keluarganya ditinggalkan oleh seorang ayah tiri (dari Kedah yang pergi sana kerja dalam lombong kupram) yang mengahwini ibunya di Zambia (selepas ayah kandung meninggal) lalu dileburkan segala harta mereka dan mereka tertinggal mengharapkan ihsan Perkim di Penang selepas beberapa tahun.

Saya sering beritahu isteri saya bahawa itu semua adalah kudrat dan perancangan Allah yang ada hikmatnya.

"Sekurang-kurangya Allah keluarkan kamu semua dari bumi yang susah kepada bumi yang baik. Sekurang-kurangnya kamu semua masuk Islam".

Kepada saya sekurang-kurangnya Allah menjawab doa saya supaya dapat seorang isteri yang tinggi. Jika tidak, tiadalah keluarga yang kami bersama-sama sayang-menyayangi ini terujud di atas bumi.

06 May, 2008

Anak Ku Liyana

Pagi tadi solat subuh, seperti biasa saya berjemaah dengan ahli keluarga. Dua anak lelaki hampir sebaris dengan saya dan anak perempuan di belakang kerana sempit sikit rumah saya dalam hutan di Kuang ini.

Saya ternampak anak perempuan kedua saya senantiasa berkejar waktu. Dialah yang paling tekun, paling memanggil saya yang waktu sudah sampai, dan paling tekun belajar dan paling tinggi markah (walaupun average dalam standard hari ini). Yang lain tak yah cakaplah, ada ciri kemalasan dari ayah mereka.

Liyanalah yang paling tekun juga dalam sukan renang, kini tengah berlatih di bawah Cindy Ong, iaitu pemegang rekod Malaysia yang lebih pantas dari NurulHuda Abdullah. Ameera iaitu anak sulong tidak berapa minat walaupun pernah dapat tempat dalam pasukan renang Wilayah Persekutuan. Namun lebih baik dia fokus saje dalam peperiksaan SPM yang menjelang tiba tahun ini.

Liyana masih tingkatan empat SMK Bukit Rahman Putra.

Balik kepada cerita tadi selepas solat, saya ambil sedikit masa berkuliah kepada si Naquib, si Nasem dan si Liyana. Yang lain (Ameera dan ibunya) off duty. Tetapi saya tuju kepada Liyana (dialihbahasakan):

"Wahai anak ku Liyana. Tahukah anda siapa yang mencipta masa? Siapa yang mencipta sekolah anda? Siapa yang mencipta kelajuan kita berjalan, berenang?"

Saya menunggu Liyana menjawab tetapi dia hairan sedikit tentang perkara 'sekolah'. Soalan trick lagi ke?

Nasem yang darjah 3 sekolah cina (paling dinamis) cuba jawab dulu, "cikgu yang jadikan sekolah". Naquib yang tingkatan 1, pula tak larat buka mata (dialah yang memang pemalas, kira nasib baiklah dia boleh berada di situ dan bukan atas katil).

"Ayah dulu macam awak juga. Nak laju sini sana. Nak semua orang ikut kata kita. Satu hari ayah sedar, yang jika Allah mahu dia boleh bagi kita segala-galanya tanpa diminta. Jangan kata 35 saat untuk 50 meter, 10 saat pun boleh. Allah bagi kita dolphin punya ekorlah."

Mereka tertarik sikit tetapi Naquib masih tertutup-tutup matanya. Liyana pula memandang kat jam dinding yang menyatakan 6.40 pagi kerana 6.45 adalah masa dia kena masuk kereta untuk dibawa ibunya ke sekolah sebelum terlambat. Padahal SMK itu 10 minit sahaja dah sampai. Tetapi macam dah kata tadi, dia ini cukup tekun dan disiplin waktunya. Segala mahu dulu.

"Sekejap, kejap...masa sudah diberi... ini perkara penting. Lihatlah Ayat Seribu Dinar tu yang ada di atas dinding sebelah lagi. Apa dia kata? Jika kita bertakwa kepada Allah dan bertawakkal kepadanya, segala-galanya beres. Allah jadikan kaki awak cukup-cukup untuk jalan selaju itu dan tidak lebih kerana ada sebab. Nak sampai sekolah kini 10 minit kerana Allah jadikan kita teknologi kenderaan. Tangan awak boleh berenang selaju itu kira cukup tepat. Otak awak boleh belajar setakat itu dah cukup. Cara kita boleh bergerak dan berada dah tepat kerana Allah kehendaki sedemikian.

Segala-galanya adalah Al-Kamil - sempurna. Jangan kita risau apa-apa pun. Apa-apa yang akan terjadi sudah ditakdirkan dan dengan Qadha (penentuan) dan Kadar (susunan).
Ameera kakak awak tu tak suka belajar tetapi suka musik dah tepatlah kerana di Berlin itu memang ibukota musik. Nanti ayah bawa dia sekali. Boleh duduk dengan keluarga angkat Jerman muslim di Potsdam. Sama Yaya Schroedder tu.

Allah jadikan awak cukup disiplin ada sebab, yang lain tidak sangat ada sebab. Masa itu memang berjalan. Tetapi perhati yang awak diberikan secukupnya. Yang tak terbuat itu bermakna tak perlulah. Buatlah yang penting."

Kerana kuliah ringkas saya pun menyedarkan diri saya, maka saya pun mengajak isteri saya supaya bersarapan bersama apabila hantar anak keluar sekolah nanti. Dia pula kata tak ada masa.

"8 pagi nanti adalah. Apabila hantar si Naquib yang sesi petang tetapi dia ada program awal 8 nanti."

"Oklah" saya pun kata. Bolehlah saya ambil masa sikit buat blog ini. Saya pun cepat minta Liyana duduk sebelum lari keluar supaya saya dapat tangkap gambarnya. Itulah yang atas saya tampalkan.
Semoga Allah ingatkan saya tentang apa yang Allah sudah kurniakan kepada saya.

"Maka apa diantara nikmat-nikmat Tuhan mu yang engkau dustakan?" - Al-Quran.

05 May, 2008

Murtad Tidak Mungkin



Seseorang yang mengenal Islam dengan sebenarnya dan menerima sokongan moral yang baik dari umat Islam itu sendiri tidak mungkin murtad. Jika orang Kristian datang berdakwah kita mampu berdakwah kembali. Jika orang Buddha datang berdakwah, kita mampu berdakwah balik.

Dulu pernah saya kembali ke bekas gereja saya semasa belajar di IDP kerana ingin menjenguk kawan lama disamping gatal sikit nak hentam tentang Al-Bible dan Al-Quran. Saya berjumpa seorang kawan kristian se-angkatan iaitu Peter Wong di Gereja Calvary (mazhab Pentecostal) lalu beliau bertanya saya,

"Apakah saudara masih percaya ke Jesus Christ?"

Jawapan saya ialah, "Ya, saya masih beriman kepada Jesus".

Sekejap kemudian dia tersedar, "Hmm.. bagaimana pula dengan Muhammad?"

Jawap saya lagi, "Ya, saya turut beriman dengannya".

Kali ini kawan saya agak berdepan, "Bagaimana jika kita berdebat secara baik, dengan padri kita (Prince Guneratnam yang amat hebat berpidato)? Jika awak kalah apakah awak akan kembali ke agama Kristian?"

Saya menjawab, "Dengan rela hati saya. Dan sebaliknya, awak pun patut sama masuk Islam. Malah saya tidak akan gunakan Al-Quran. Saya akan hanya gunakan Al-Bible".

Kita pun bersetuju balik dulu dan menyusun untuk berdebat pada minggu seterusnya. Saya mula panik sikit. Ini kerana ilmu pada saya masih terlalu mentah kerana baru beberapa bulan memeluk Islam. Lagipun padri tersebut memang dilatih khas dari Amerika Syarikat dan apabila berucap kalah Anwar Ibrahim.

Namun saya cuba menelaah apa yang saya boleh dari pengalaman menerusi penulisan padri-padri lain yang sudah memeluk Islam. Saya cuba hafal poin-poin mereka yang mereka sudah siap kutip daripada Bible itu sendiri.

Minggu seterusnya saya pun mengunjung sekali lagi ke gereja tersebut. Tetapi Peter tidak kelihatan. Saya bertanya dengan sesiapa di sana dan mereka kata dia bercuti! Saya amat terkejut kerana dia itu amat taat menghadiri gereja, dan mana boleh bercuti hari datang gereja hari Ahad?!

Saya pun bertanya alamatnya dan pergi mencari dia. Selepas saya terjumpa rumahnya saya memanggilnya keluar. Dia akhirnya keluar dan berdiri sahaja di pagar lalu berkata,
"Tidak perlu lah berdebat. Awak tidak akan masuk Kristian dan aku tidak akan masuk Islam."

Saya pun fras bercampur Yahoo! kerana jelas kawan Kristian saya dengan satu gereja yang ada Prince Guneratnam hebat itu tidak sanggup berdepan dengan saya seekor Cina tinggi lampai ini. Tetapi saya tetap fras,

"Maka Peter, naik saksilah awak. Bahawasanya sudah datang kepada kamu dengan tangan kaki terikat kerana hanya akan guna Bible sahaja. Tetapi awak menolak ajakan untuk berdepan dengan kebenaran lalu menolaknya dengan jelas. Saksikanlah di depan Allah esok nanti".

Saya pun meninggalkan rumahnya dan pergi tidak kembali lagi kepada gereja tersebut. Cuma mahu bersambung di sini bahawa ada banyak cara berdepan dengan usaha memurtadkan orang kita. Kita harus membuka jalan berdebat yang mendedahkan umat kita kepada segala ajaran mereka sehingga mereka merasakan tidak lagi hairan malah mengenal semua lubang hujah dan selok belok mereka. Pendek kata jawapannya adalah ilmu, ilmu dan ilmu.

(Gambar di atas adalah padri itu yang saya sempat cari dari websitus mereka. Gambar kedua adalah antara gambaran keseronokan berada dalam kelab gereja tersebut. Mungkin program sedemikan menarik kepada remaja kita yang dahagakan program yang lasak dan hebat bagi mengisi DNA mereka.

Saya cukup seronok masuk Summer Camp Kristian dahulu. Bila jejak kaki masuk gereja mesti terdengar,"Hi Daniel Oon, do you know we have a Summer Camp coming up soon to go up the mountain?" Teringin sangat nak ikut tetapi kerana miskin waktu itu saya tak dapat.

Apabila saya masuk masjid, dan mendengar khutbah saya dan rakan-rakan sejemaah asyik mengantuk tertidur. Tidak langsung begitu dalam gereja Calvary KL tersebut. Saya pernah terfikir bagaimana ingin menaikkan semangat jemaah masjid. Tetapi apa kan daya. Saya sudah jelas masuk Melayu :) . Orang Melayu hanya berminat berpolemik hukum menghukum antara satu sama lain. Apabila saya bercerita tentang Melayu lawan Melayu ramai orang suka dengar. Apabila saya ajak berusrah, ramai yang tidak hadhir dengan seribu satu alasan yang syarie

Maka jika sesiapa yang berminat berusrah dengan saya mengenai ajaran Kristian dan sebagainya serta aktif melakukan program bertindak menentang usaha memurtadkan kita, jomlah emel kepada saya - red1@red1.org).

04 May, 2008

Islam Releven Tanpa Muslimuun

Ada satu nas yang menyatakan walaupun semua manusia engkar kepada Allah, tidaklah kurangnya Allah itu walaupun sekecil biji sawi pun, dan sebaliknya walaupun semua manusia tunduk taat kepada Allah, tidaklah bertambah diriNya walaupun sebesar biji sawipun.

Islam itu releven walaupun PAS tidak majoriti atau Cina tidak fahamnya. Yang kita perlu faham ialah dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Inilah masalah yang tertimbul dari absolute democracy. Sekiranya Cina berada di Tanah Besar Cina, mereka tidak menyoalkan dasar komunis yang atheis. Jika Cina berada di San Francesco, mereka tidak soalkan dasar disana yang tidak benarkan bahasa Cina. Jika Cina berada di Jerman, mereka tidak risau tak nampak Tok Pekong.

Di Malaysia mereka juga pada asalnya tidak timbulkan persoalan tentang hak mereka kerana mereka kaya raya dengan agak mudahnya berbanding dengan Cina di China atau Cina di Amerika. Cukup mudah berniaga dan mengaut keuntungan di sini.

Yang menjadi masalah ialah politik tanah-air mengeksploitas sentimen mereka supaya menyokong fahaman baru yang menjanjikan hak baru kepada mereka. Ada Cina yang tua yang sedar bahawa mereka sudah cukup hak. Yang mereka inginkan bukan nak jadi Perdana Menteri. Yang mereka nak ialah jangan ganggu sekolah Cina mereka, periuk nasi mereka dan tarian Singa mereka.

Islam releven tanpa demokrasi kerana Islam itu fitrah. Jika China dan Thailand boleh terima Buddha yang berasal dari Hindu India, atau komunis yang berasal dari Karl Marx Jerman, mengapa mereka tidak boleh terima satu sistem yang dikatakan amat fitrah bagi mereka sebagai sistem politik semata-mata?

Islam menurut ayat 13 dari Surah Al Hujarat menyatakan penciptaan semua manusia sebagai pelbagai kaum dan bahasa demi untuk pengenalan dan muafakat seterusnya sehingga mencapai ketakwaan itu. Ia satu proses evolusi manusia.

Dalam dunia ada parti politik komunis atau sosialis atau buddha bagi kaum luar tanah asal keujudan mereka, mengapa tidak ada parti politik Islam bagi kaum yang asalnya tidak muslim?

Di Amerika sudah boleh ada seorang wanita atau seorang berkulit hitam boleh angkat sumpah mempertahankan cara hidup barat yang kapitalis dan komersilistik.

Dahulunya seorang raja Kristian dari Habsah boleh memberikan perlindungan dan hormat kepada pelarian Islam dari Mekah yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Mereka muslim hidup bebas dan sanggup taat dan mengharapkan perlindungan dari seorang raja Kristian daripada penindasan pentadbiran Quraish di Mekah.

Saya agak satu hari seorang padri boleh mengangkat sumpah sebagai PM dengan taat setia kepada perlembagaan kesultanan Islam yang berpandu kepada Al-Quran dan Al-Madinah yang berpiagam pelbagai agama. Kita boleh menonjolkan sedemikian sekiranya kita memisahkan agama dengan faham perkauman kepada faham sunnah-alam.

Sekali lagi kuasa Allah yang luhur dan bebas dari tanggapan manusia yang cetek dan bersentimen egoisma.

Peluang Anwar Makin Tipis

Akhirnya Parlimen telah bersidang pada minggu yang lalu. Ujian pertama yang tergenting tidak mendatangkan ramalan yang diharapkan oleh Pakatan Rakyat (PR) iaitu sejumlah Ahli Dewan Rakyat (ADR) BN memberi undi isyarat 'melompat' kepada PR.

Malah dalam pengundian untuk jawatan Speaker, wakil BN memperolehi 157 undi iaitu 17 undi lebih daripada angka 140 undi yang sedia ada pada bilangan ADR BN. Maka terbukti 17 undi lebih itu datang daripada pihak pembangkang! Itu satu isyarat yang berlawanan dengan semangat 'Govt In Waiting'.

Jawatan Timbalan Speaker, wakil PR mendapat 81 undi iaitu satu undi kurang daripada bilangan ADR PR seramai 82 wakil. Tentu sekali seorang dari pembangkang juga sudah memihak kepada pemerintah.

Ini adalah satu bencana politik kerana sepatutnya undi protes boleh dilakukan secara tertutup tetapi jelas ia tidak berlaku. Maka mana pergi 30 kerusi yang ingin melompat itu? Apakah mereka lebih bersedia untuk melakukan sedemikian pada masa akan datang dan secara lebih terbuka. Tidak nampak kemungkinan langsung.

Seperti yang saya ramalkan dalam tulisan awal, Anwar tidak akan bertindak tetapi menunggu bola lambung atau gol terbuka. Bola sudah dilambung, dan gol sudah terbuka, tetapi tiada yang ingin menyambut atau menyumbatnya.

Satu lagi kemungkinan iaitu memberikan satu kerusi ADR kepada Anwar juga saya meramalkan tidak akan berlaku. Kini dengan satu gol terbuka berlalu begitu sahaja tanpa insiden mari kita beramai-ramai menganalisa apakah satu kerusi untuk Anwar itu akan berlaku dalam masa terdekat ini.

Ini tidak mungkin berlaku kerana sebab dan keadaan yang jelas pada perkiraan kemungkinan semata-mata. Katakan yang calun Bandar Tun Razak yang dipegang wakil PR mengosongkannya untuk Anwar. Kemungkinan pengundian nanti adalah terbahagi kepada 3:

1) Anwar menang dengan majoriti lebih besar,

2) Anwar menang dengan majoriti lebih kecil,

3) Anwar kalah.

Sekiranya perkara (3) berlaku, ia akan membunyikan semboyan bahawa PRU13 boleh menghabiskan PR kali ini.

Sekiranya perkara (2) berlaku, ia akan melemahkan semangat penyokong dan jentera PR sehingga pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti wakil PR melompat pula kepada BN.

Sekiranya perkara (1) berlaku, akan memberi peluang bersorak yang besar kepada PR tetapi itu sahaja. Tidak lebih dari peluang bersorak. Bilangan ADR PR masih pada angka 82. Tiada sesiapa yang boleh melompat sekiranya menang balik kerusi yang sama. Lainlah ada kerusi baru dari BN yang diberikan kepada PR. Itu juga kurang mungkin.

Ketidak-sediaan mana-mana wakil BN untuk memberi sekurang-kurangnya satu undi pun kepada pembangkang dalam soal yang begitu mudah ujiannya minggu lepas menunjukkan bahawa samada mereka tidak berani atau pimpinan BN sedang mengawasi mereka. Sekiranya ada undi yanglebih memihak kepada PR, maka jelas ada musuh dalam selimut BN, dan musuh itu akan dicari sampai dapat. Mesti ada parti komponen atau suspek yang terhidu, dan mungkin hilang beberapa janji yang mereka harapkan sebelum ini dari kerajaan.

Tentu sekali pembelot yang berpontensi tidak yakin dengan keadaan dan lebih baik kekal status quo dan jangan mengugat kejayaan setakat ini. Atau mungkin mereka saja tidak yakin peluang dengan PR. Beralih kepada PR bukan bermakna mereka dapat imbuhan atau kedudukan yang lebih baik dari sekarang.

Dengan keadaan (1) di atas hanya bermakna Anwar memasuki Parlimen dan apakah ia sanggup duduk sebagai Ketua Pembangkang yang De Facto? Ini akan secara tidak langsung bermakna Anwar sanggup menahan satu penjara jiwanya selama beberapa tahun lamanya sehingga PRU13.

Bermakna tiada perubahan yang bermakna sangat dengan percubaan menukar tuan kerusi itu.
Jadi bahaya risiko adalah jauh besar sangat untuk diberikan percubaan begitu sahaja. Kalau berlaku perkara (2) atau (3) akan bermakna penamatan zaman Anwar buat selama-lamanya. Beliau tidak akan dapat isyarat yang lebih besar dari PRU12 yang lalu.

Kemungkinan perkara (2) itu boleh berlaku adalah agak nyata. Dua golongan pengundi iaitu yang Melayu dan yang bukan Melayu ada sebab untuk kurang menyokong PR kali ini.

a) Melayu sudah rasa cukup menghukum Umno yang jelas sudah cedera parah. Mereka akan membiarkan pemulihan balik. Juga faktor kebimbangan akan lebih terhakis kedudukan mempertahankan hak istimewa Melayu adalah lebih terbangkit kali ini. Sebelum ini pengundi Melayu hanya ingin memberi sedikit peringatan kepada Umno. Bukan untuk menghapuskan Umno atau membiarkan keadaan Umno hidup melarat.

b) Bukan Melayu turut merasakan keadaan lebih jelas dengan iklim politik terkini dimana PR masih tidak nampak boleh pergi lebih jauh daripada keadaan sekarang. 82 adalah angka maksima yang tidak mungkin diulangi mahupun dikekalkan begitu sahaja. Jadi mengapa mahu mengekalkan satu angka yang tidak mengubah nasib mereka? Wakil-wakil bukan Melayu disebelah BN begitu berkurangan dan harus diberikan isyarat yang positif kali ini untuk mereka dikembalikan.

Maka pilihan bagi Anwar untuk menjadi PM adalah amat terhad. Sebagai tidak memegang jawatan dalam PKR menunjukkan kemungkinan beliau lebih sayang keahlian dalam Umno. Tetapi tembok besar Umno begitu kebal menanti pemulangannya. Mana-mana kumpulan dalam Umno begitu takut jika dia kembali. Lebih baik mereka berdepan dengan 'dara' yang ada di dalam daripada mencuba 'duda' yang kembali kepangkuan.

Sebagai PM In Waiting tetapi di luar kerajaan yang sah adalah keadaan yang tidak memberi makna melainkan sebagai seorang Opposition Chief in Waiting. Itu sebabnya Anwar sudah mengambarkan keadaan ini sebelum ini dan memberikan dirinya sehingga 2011 untuk peluang sekali lagi iaitu dalam PRU13 barangkali. Dengan keadaan sidang parlimen yang lepas yang mempamirkan aksi terbaik dari PR, keadaan dijangka tidak banyak berubah dari yang ada sekarang.

Seterusnya drama politik yang tertinggal adalah samada akan berlaku kehancuran tersendiri (self destruction) Umno secara tanpa faktor dari luar. Ini masih tidak nampak akan berlaku dengan mudah walaupun menjelang Disember nanti. Umno nampaknya bertindak balas seperti apa jua organisma yang mengalami penyakit teruk. Ia akan cepat-cepat cuba menguatkan kembali keadaan dan mengelakka bencana tersebut.

Hanya faktor lain dari luar sepertimana yang saya pernah tertulis iaitu faktor pengaruh dan ancaman dari Che Det sahaja yang boleh dikira sebagai benar-benar mengancam. Selain dia, tiada politikus yang lebih matang dan bijak berfikir. Apakah fikirannya? Siapa yang dia hendak sokong, perlagakan? Pendamaian atau peperangan? Pena menunggu ditangannya.

02 May, 2008

Fanatisme Sepanjang Zaman

Tidak perlu kaji tentang sejarah manusia, tetapi sejarah hidup saya sendiri pun saya pernah dan sedang menempuh ramai manusia yang sedikit sebanyak ada fanatisme tersendiri. Seseorang fanatik itu akan berpegang kepada kepercayaannya tetapi dengan cara:
1) Menolak semua maklumat atau kaedah baru yang mungkin mengugat kepercayaan atau bahasa mindanya, tanpa soal periksa.
2) Takut kepada kritikan atau benci pegangan orang lain yang mungkin tidak senada atau setinggi kepercayaan dengannya.

3) Bertindak menyisih atau bersendirian daripada bercampur-baur dengan pegangan orang lain.

4) Tidak mengendahkan keselesaan tetamu atau lawannya yang terpaksa menerima dihina atau dikutuk dengan kata-kata nista dan asing kepada mereka.

5) Masih yakin bahawa kepercayaan yang dia duduk menganuti selama ini adalah yang maha benar dan tidak ada syak di dalamnya sedikit langsung pun.

6) Bahawa mereka lebih holier than thou - lebih suci dari anda.

Andalah yang berdosa, andalah yang masuk neraka. Kita tidak. Kita maha suci, dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Tidak boleh disoal langsung. Jika tersoal menandakan kelemahan minda dan hati anda yang masih belum jelas. Belum cukup tarbiyah. Pergi belajar lagi.

Apakah seseorang yang benar itu boleh mempunyai mana-mana ciri yang di atas? Bolehkah kita sebagai seseorang muslim mengkaji semula agama kita dari mula sehingga akhir? Jawapan yang saya belajar sebagai seorang muslim ialah 'Ya'.

Banyak hadis yang menasihati kita supaya mengkaji dan terus mengkaji tentang ilmu Allah yang tidak ada penghujungnya. Malah seluruh pengetahuan manusia hanyalah senisbah setitik air berbanding dengan seluruh air yang ada pada lautan. Cuba berfikir. Tidak mungkin kita habiskan setitik air itu, apatah lagi menyelami sehingga lautan yang dalam. Apatah lagi seluas memusing satu bumi.

Sesiapa yang tidak mengaji atau berhenti dari terus menerus menuntut ilmu agama, maka saya anggap mereka itu taklid, dan taklid itu tidak dibenarkan berpanjangan sehingga mati.

Hadis sahih masyur menyatakan, "Thalabul ilmi faridatun alaa kulli muslim" - Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim.

Begitu juga, "Awaluddin Makrifatullah" - Permulaaan dalam agama adalah mengenal Allah. Ini semua menuntut kita berilmu bermula dengan mengenal siapa Tuhan kita yang sebenar-benarnya dan jangan kita menyangka buruk terhadapNya atau tersilap sangka tentang kekuasaanNya.

Lagi berilmu yang benar, lagi betul pegangan kita. Lagi payah musuh mengugatnya.

Apabila saya berada dalam gereja pun ada fanatisme dikalangan satu gereja ke satu gereja yang lain. Ada yang Katholik, menganggap diri merekalah yang sahih dan tertinggi pegangan mereka. Ada Protestan pula yang memprotes fahaman Katholik. Ada pula Seventh Day Adventist, Mormon, Pentecostal, Brethen , Jehovah Witness, Sun Moon (al-Masih dari Korea!).

Rata-rata ada yang moderate dalam pembawaan dan percakapan mereka tetapi ada jua segelintir yang fanatik dan mempercayai mereka sajalah yang betul dan orang lain semuanya salah atau masih dalam jahiliyah lagi.

Apabila saya meninggalkan gereja ke masjid pun saya terjumpa pelbagai kumpulan yang bersifat fanatik dengan pegangan dan penjelasan masing-masing. Orang Tabligh ada yang baik sepertimana ada padri yang baik hati, tetapi beberapa dari anggota fanatik pula akan membenci kita sekiranya kita tidak setuju dengan pendapat mereka. Contohnya mereka kata kita lemah iman, padahal saya menolak pendapat itu. Saya anggap Iman kita kuat, tetapi Islam kita terpesong. Mereka anggap mutiara Allah di dalam rumahNya, padahal saya anggap mutiaraNya berada dimana-mana.

Ada fanatik Tariqat, sekiranya kita tidak tahu ilmu rahsia mereka maka kita ini macam bahalul. Ada PAS sekiranya kita ini tidak mahu bertakbir tetapi bertepuk tangan maka kita ini tidak beradab. Ada yang UMNO menganggap PAS it kolot. Ada yang Syiah menganggap mereka yang Sunni itu sesat. Ada yang Sunni menganggap Syiah itu over (supaya berlaku adil, kena kutuk semua sama rata).

Ada yang tidak beragama menganggap mereka yang beragama itu sebagai tertutup otak.

Ada yang memakai hijab melihat mereka yang tidak berhijab sebagai penghuni neraka. Ada yang berilmu melihat mereka yang bodoh itu lagi bodoh dari bodoh. Ada yang berizajah melihat mereka yang tidak berijizah sebagai bukan bertaraf elit.

Ada yang berbahasa Inggeris menganggap yang tidak boleh sebagai belum global. Ada yang pandai menyanyi menganggap sesiapa yang tidak tahu lagu terbaru sebagai ketinggalan. Seterus dan seterusnya, ramai fanatik yang kita boleh kutip dalam perjalanan hidup kita.

Seringkali fanatik itu tidak dapat berhujah dengan baik kerana akan cepat emosi dan melenting. Mereka juga akan mencari hujah sengaja untuk mengalahkan dan mengaibkan lawan. Mereka menganggap tindakan mereka itu siuman dan beradaban terkini.

Sekiranya lawan mereka keluarkan hujah yang boleh mematikan hujah mereka, mati-mati mereka tidak akan berhenti sejenak dan terfikir apakah mungkin fakta baru itu betul atau tidak. Jarang mereka meminta fakta tambahan dan rujukan baru untuk balik mengkaji dengan lebih mendalam dan lebih saksama.

Dengan itu, sehingga kiamat golongan yang fanatik itu tidak akan menerima hidayah melainkan makin tebal kefanatikan mereka.

Islam adalah agama yang rasional dan berpegang teguh kepada Janji Allah yang Dia akan mengadili semua perbalahan manusia terutama bisikan dalam hati-hati mereka. Dan cara Allah membongkarkan sering dengan, "bukankah itu dalam hati kamu - kebencian kepada kebenaran?"

Allah meletakkan satu prinsip mengenai pegangan manusia. Bahawa walaupun mereka bersatu semua dan beriman atau sebaliknya tidaklah menjadi KehendakNya. Maka mengapa ia jadi sesuatu yang terlampau dikehendaki kita?

Nabi Muhammad pernah di tegur, "InnAntum ilanNadzir" - awak tidak lain melainkan seorang pemberi amaran sahaja.