31 May, 2008

Jika Cina Malaysia Macam Tibet

Nampaknya blog Che Det panas semacam sehingga saya terpaksa keluarkan gong toncang saya. Ada satu dua Cina kaum saya cuba mengecam Tun Mahathir. Yalah, mereka tu ada yang kelulusan Oxford jugak kot. Saya ini maklumlah, universiti hidup dan alam Allah. Ada yang mengecam bloggers lain kerana tidak membuat perbandingan dengan UK atau Australia atau Singapura. Oklah, biar saya buat perbandingan terus menerus dengan China, barulah paling adil.

Saya ingin buat perbandingan Cina di sini dengan Tibet di China. Tibet merupakan wilayah asli turun menurun beribu tahun di China. Tetapi ia tidak dapat hak dari China sebagai negeri bebas atau hak saksama maupun kuasa autonomi. Ia menuntut kemerdekaan. Apakah ia dapat? Jawabnya, 'tidak'. Mengapa mereka tidak puas hati sebagai sebahagian dari negara China? Entahlah. Tanyalah kat Dalai Lama dan orang Tibet. Jika kita orang Tibet, kita akan sama-sama memberontak dan menumpah darah orang China di sana. Setuju ke tak? Entahlah. Awak beritahulah saya.

Berbanding dengan kita Cina di Malaysia, kita tidak pun menjadi wilayah kecil dalam Malaysia. Kita pun bukan turun-menurun sama lama atau separuh lama pun tempoh duduk di Malaysia. Lebih lama ribuan tahun usia Tibet dari kita Cina Malaysia yang rata-rata pun 400 tahun. Apakah kita rasa puas hati menjadi sebahagian dari rakyat Malaysia? Entahlah. Awak beritahulah saya.

Orang British campak kita di sini lebih kurang 4 keturunan dulu. Bapa saya dari Fukien terangkut oleh British nenek moyangnya ke P. Pinang sehingga saya susah payah bertanya kat datuk saudara saya yang kelima berkali-kali dia masih tak boleh jawab mana asal usul saya di Fukien. Dia pun macam tak minat layan pertanyaan saya. Dia pun hairan apasallah saya ni nak sangat balik ke Fukien apasal.

Emak saya pula asal usulnya dari Shanghai dan turun menurun beberapa generasi di Singapura. Dia lagi tak ingin tahu mana suku sakatnya di Shanghai. Emak sekarang duduk di Setapak Jaya. Jangan kata Shanghai. Singapura pun dia tak minat balik. Katanya mahal duduk.

Saya banyak bersyukur British campak kita kat sini 4 generasi dahulu. Jika tidak saya mungkin tertimbun di bawah bangunan kelas ketiga yang dibuat secara rasuah dan tipu dalam bahan binaannya yang mudah rapuh dan runtuh disebabkan oleh gempa bumi baru-baru ini.

Apakah patut saya membuat perbandingan sedemikian rupa dimana Cina di sini harus meletakkan diri mereka sebagai orang Tibet di China sebelum meletakkan diri mereka sebagai minoriti di Malaysia? Entahlah. Awak beritahulah saya.

30 May, 2008

Cantiknya Bom Atom

Dalam usaha memerangi perang, saya mencari gambar mengenai bom atom dari internet. Malah saya turut mencari video mengenainya. Sungguh cantik lihat dari jauh. Seolah satu pementasan wajah alam yang bermula dari bumi mencercah langit.

Ia berkembang semacam cendawan mengenggam awan. Tidak ia terhalang maupun ditahan. Ombak radiasinya menembusi jutaan badan.

Ia seolah matahari baru menjelma dalam kedinginan malam. Memberi nafas yang menghidupkan tetapi sebenarnya mematikan. Ia ganas dan tidak erti kemanusian. Ia cuma satu hiasan, yang mana isinya adalah kesengsaraan perang.

Mengapa manusia engkau ciptakan, bertanya para Malaikat kepada Tuhan. Bukankah kami sudah bertasbih kepada Engkau siang dan malam?

Bukankah manusia itu perosak alam? Sehingga itu Engkau tidak diingati!

ALLAH tabaraka ta'ala pun menjawab, "Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui".

Dalam tangisan hati dan edaran malam, mengambil masa lama baru saya faham. Yang Tuhan tidaklah menzalimi ciptaan. Melainkan kita terlebih dahulu memilih jalan.

Allah yang mengetahui segala keadaan. Yang turut membuka rahsia kejadian. Bagi kita yang inginkan kesedaran. Supaya melihat kepada keabadian. Ada tempatnya untuk pengadilan. Di sana selesailah perjuangan.


- gambar bawah menunjukkan ibu dengan anaknya yang menunggu rawatan sehari selepas pengemboman atom. Mereka berada kira-kira 2 batu utara dari pusat letupan. Anak itu berusia 4 bulan, tidak berupaya menyusu dan meninggal dunia 10 hari kemudian. -

29 May, 2008

Mahathir Pimpin Parti Bebas

Pagi ini saya tiba-tiba sudah dapat firasat perkiraan Mahathir seterusnya. Dia begini. Mahathir tengah syok round dunia dan dalam negeri serta perhati blog ialah untuk membina dan mengukur sokongan moral dan fizikal kepadanya. Beliau ingin mencuba senjata paling muktamad dalam sistem politik tanah-air iaitu sistem demokrasi menerusi PRU.

Katakan PRU13 nanti beliau dan satu barisan penyokongnya yang tersendiri menyertai sebagai satu rangkaian yang terdiri dari calon-calon bebas. Tidak berparti tetapi semua pakai lambang yang satu, mungkin Padi (atau payung atau kunci tetapi Padi sesuai dengan usia Mahathir - lagi tua lagi berisi).

Otak Tun Mahathir macam ni. Tun akan set satu target atau perancangan dalam otaknya dan membuat perkiraan kemungkinan dulu apa akan berlaku. Baru lepas itu Tun akan test rancangannya dengan ujian soalan tersendiri.

Satu-persatu. Mula-mula, apakah kemungkinan seterusnya? Pak Lah tidak akan turun. Itu bukan kemungkinan itu pasti. Pak Lah tidak akan turun melainkan ahli-ahli parlimennya atau MKTnya suruh dia turun secara berdepan. Itu pun tidak mungkin. Najib taubat berani lawan bos. Dia orang taat setia.

Ahli-ahli Umno serta orang bebas makin tertarik dengan Tun supaya naik kembali sebagai hantu yang mereka sudah kenal mampu dan berjaya menangkis segala cabaran dan halatuju negara selama 22 tahunnya. Rekod itu adalah cemerlang. Ada yang tidak setuju, tetapi saya guna kacamata sendiri dan bukan kacamata demokrasi atau Bulan Sabit Merah.

Orang biasa menunggu isyarat dari atas atau Tun. Apabila ramai yang bertenaga dan bersedia untuk menjadi calon bebas maka Mahathir akan mengumumkan pendirian beliau memasuki kembali menerusi PRU13. Mukhriz tentu sekali mesti tidak dicalonkan oleh BN. Dengan itu Mukhriz bebas untuk bertanding sebagai calon bebas. Beliau boleh mempertahankan Jerlun. Jelas keputusan yang lepas menunjukkan yang pengundi yang fras dan protes tidak begitu terhadapnya. Seluruh Kedah dan P.Pinang tetap tunjuk undi protes tetapi ada keputusan bebas sendiri untuk memilih menyokong anak Mahathir atas dasar inginkan suara Mahathir kembali.

Sanusi boleh jadi calon bebas kawasan parlimen Langkawi. Mahathir pula boleh menjadi calon untuk kawasan Kubang Pasu. Mahathir cuma perlukan 1/3 bilangan kerusi untuk menjadi kuasa penentu secara trump card dalam PRU13. Atau paling minima 30 kerusi.

Dengan mengumumkan rancangan sedemikian dengan barisan 30 calon bebas, ramai akan terkejut seronok tetapi tertunggu-tunggu lega dan menyertai menjadi calon bebas dalam hampir semua kawasan. Saya pun mahu turut sekiranya begini caranya. Kawasan Sg Buluh sudahlah.

Dasar demokrasi membenarkan mana-mana barisan calon yang menang majoriti nanti untuk menyatakan sokongan kepada seorang calon untuk menjadi PM. Kemudian watikah DYMM YDP Agung akan diserahkan ikut senarai teramai.

Saya percaya senario di atas kerana juga beberapa perkiraan yang sejenis Mahathir mampu lakukan.
1) Memang Mahathir mampu dan sanggup fikirkan untuk dilakukan. Ia juga merupakan tindakan yang paling mudah dilakukan tanpa kos dan usaha ini tidak luar biasa dan mudah sangat diterima penarik beca pun.
2) Ia tindakan yang menjurus kepada satu keadaan muktamad iaitu mengubah kerajaan secara sah dan dapat diterima akal.
3) Ia mesti bergerak pantas macam kilat kerana perlunya taktik yang semacam ini pantas baru berkesan sebagai strategi perang.
4) Semua kemungkinan lain tidak mungkin diterima.
5) Mahathir ingin sangat selesaikan perjuangannya. Geram lalu Singapore Causeway dengan muka monyok je.

Walaupun senario ini tidak berlaku tetapi perkiraannya tetap mesti ada dan secara rahsia tersimpan dalam hati Mahathir sekurang-kurangnya. Tetapi sekiranya PRU13 berlaku sedemikian kejutan lain masih boleh berlaku. Pak Lah boleh tiba-tiba menyerahkan kuasa kepada Najib atau Muhyiddin dan Mahathir istiharkan masuk balik Umno. Atau KJ dan Ezam ajak Anwar masuk balik. Matlamat menghalalkan cara. Terutamanya dalam politik.

(gambar dari http://angah316.fotopages.com/ )

28 May, 2008

Kombinasi Mukhriz Mahathir

Jelas nampak strategi Mahathir dan proksinya Mukhriz atau MM sedang bergerak serentak dan senada dalam soal mencabar pentadbiran Pak Lah. Dalam blog CheDet, disebut bahawa Pembangkang menyokong Kerajaan. Dalam ucapan Mukhriz di Parlimen disebut bahawa Menteri JPM (Perundangan) melaksanakan agenda pembangkang.

Ini mendesak kabinet supaya membuktikan sebaliknya. Tetapi mengapa kombinasi MM ini memilih isu sedemikian sebagai taktik berdepan dengan keadaan? Jawapannya harap mudah sepertimana diajar oleh Sun Tze dalam kitab Art of War:

1) Arahan perlu mudah dan dapat diterima oleh sasaran. Ayat yang digunakan amat pendek, "Mengapa awak buat apa yang pembangkang mahu?" Ia juga perlu tajam. Terlenting habis Zaid. Dia serba salah apakah mau terus dakwa Mahathir ke tidak. Bukankah mendakwa Mahathir yang dikehendaki oleh pembangkang BN? Mukhriz pun menyebut bahawa Zaid pernah didakwa atas tuduhan rasuah politik wang. Apakah dia sesuai menjaga soal perundangan dan kehakiman?

2) Perlu menyerang tepat ke leher lawan. Mereka tidak mainkan isu-isu lama. Jangan bazir peluru. Jangan sentuh isu lumrah. Sentuh terus kelemahan diri dan kematian BN yang amat hampir. Itu amat jelas. Paling jelas. PRU13 mungkin yang terakhir buat BN.

3) Kejutkan musuh dari tidur. Anda akan hilang segala-galanya jika terus tidur. Kelam-kabutlah keadaan.

4) Maksimakan fras dikalangan pihak yang kalah. Kedah fras. P. Pinang fras. Khir Toyo fras. Tajol Rosli fras. Idris Jusuh fras. Shahidan Kassim fras.

5) Tunjuk anda kuat. Buat blog dan buka dan tunjuk balasan komen yang paling banyak. Buat roadshow dan beri ucapan yang akan dimuatkan dalam media alternatif. Guna kekuatan terbaik.

6) Beri apa yang rakyat mahu. Rakyat dahagakan kepimpinan. Karisma. Semangat. Suara. Penyelesaian. Jawapan. Kejutan.

7) Mesti mengemparkan supaya menarik paling banyak spekulasi dan misteri. Mahathir keluar Umno cukup mengemparkan dan menarik umum. Kini semua roadshownya pasti sold out. Mukhriz serang kabinet dari dalam pun cukup menghairankan. Apakah ia akan dipecat?

8) Ketepatan waktu. Sekarang harga tengah mendadak naik. Graf populariti BN tengah bawah. Hentam BN dapat markah. Sokong BN lawan arus.

Ada lagi satu taktik Sun Tze yang amat mudah digunakan tetapi amat licik dan berkesan. Katakan musuh berjanji nak bertempur dengan anda pada esok 12 tengahhari di padang bola. Pergilah samada sejam lagi awal atau sejam lagi lambat. Suruh dia berjumpa tidak dipadang bola tetapi di car park.

Kekuatan musuh bersedia pada kemuncaknya sepertimana dia merancangkan. Dengan mengubah waktu dan tempat musuh akan tidaklah ia pada kemuncak kekuatannya. Anda yang mengubahnya maka anda yang lebih tersedia. Kini MM memimpin isu dan tindakan memilih untuk menendang bola. Lawan tidak terjangka apa bola ingin dilakukan. Musuh sendiri telah terbaca gerak sendiri. Mereka sudah mengumumkan lapuran Lingam tetapi lambat bertindak seolah-olah belum terancang.

Bila mau pecat Mukhriz? Bila mau dakwa Mahathir?

Najib yang ingin berjumpa Mahathir pun teragak-agak bila waktnya. Pak Lah bagi ke? Mahathir mau jumpakah?

MM lontarkan isu baru yang mengubah kebolehan dan kesediaan lawan untuk bertindak mengikut sangkaan asal. Mahathir gunakan taktik sama handal pada tahun 1997. Cetuskan perkara yang akan menular sendiri yang tidak disangka-sangka. Dulu siarkan senarai semua kroni politik. Senarai itu sendiri menular memakan lawan.

Kini istiharkan gerak tinggalkan Umno. Semut-semut mula menular keluar tanpa diuruskan. Siarkan karangan menerusi blog. Pembaca dan pengkomen menular panjang dengan tersendirinya.

Mahathir juga terkenal sebagai minda yang geliga dan pantas mengubah taktik atau menguasai bidang baru. Blog dengan mudah menjadi medan barunya. Sudah dekat sejuta lawatan. Dia senantiasa jaga kesihatan. Kan dah kata jantungnya sudah repair dan cergas saja nampak? Tak tertidur atau mengantuk sikit pun. Suaranya jelas, menawan dan tetap lantang.

Inilah Mahathir yang boleh mengejutkan semua orang. Kejutan pertama dalam tahun 1981 apabila menarik Anwar. Kejutan kedua apabila memperbetulkan Raja. Kejutan ketiga apabila menendang Anwar. Kejutan keempat apabila menentang kuasa besar. Semua kejutan tersebut menempah maut politik. Beliau berjaya keluar dari semua cabaran itu dengan berjaya dan selamatnya.

Jadi apakah cabaran terbaru ini payah baginya? Payah juga dari mata kasar kerana dahlah tiada jawatan, parti pun tiada. Tetapi banyak angin meniup kencang untuk menangkap layar. Mahathir pun simpan banyak rahsia. Baru tunjuk sikit orang dah separuh gila.

Sabtu ini Mahathir berucap di Crown Princess Petaling Jaya 10.30 pagi. Saya nak pergi sana untuk membaca cuaca dan udara. Mau lihat hadirin yang turut bersama-sama. Suka ke, kuat ke, macam mane? Belum pernah dalam hidup bersalam dengannya.

Mahathir Ramalkan Kejatuhan BN

Dalam blog Dr Mahathir Mohamad: Pemimpin Pemusnah merupakan sekali lagi kemasinan mulut mantan Presiden Umno dan mantan PM.

Ada yang menganggap keputusan PRU12 yang lepas telah disebabkan oleh seruan Mahathir sendiri supaya bersikap lebih kritikal terhadap BN. Dengan Mahathir masih menyeru tanpa henti di sini akan membayangkan penentuan sekali lagi iaitu dalam PRU13 nanti BN akan kalah pada peringkat negara.

Saya ingin di sini mengimbas kembali detik-detik bermulanya krisis antara Mahathir dengan penganti Mahathir. Ini adalah kisah yang saya terbaca dalam akhbar perdana. Lepas itu apa salahnya saya turut main garam.

Permasalahan mula-mula timbul apabila Mahathir menyatakan yang pentadbiran Pak Lah tidak meneruskan beberapa inisiatif yang telah dipersetujui sebelum Mahathir menyerah jawatan PM. Mereka adalah:

a) Double Tracking Project telah diumumkan ditangguh disebabkan sumber kewangan. Mahathir bidas balik yang kerajaan dan Petronas banyak sekali wang. PakLah kata tak boleh sentuh duit Petronas macam tu. Nampak di sana hasrat baik tetapi kaedah berlainan. Mahathir balas bahawa tanpa mega projek, kontrektor Melayu sehingga pembekal hardware Cina dan pekerja India tiada aliran wang. Ekonomi terjejas, rakyat merungut. Jelas sekali tujuannya baik demi ekonomi dan kesejahteraan rakyat tetapi kerajaan tidak pragmatik macam Mahathir dulu iaitu mengalirkan kewangan tabung negara demi tujuan tersebut. Matlamat melembutkan cara.

2) Kereta Proton dan penjualan Agusta dan pertukaran ketua eksekutif Proton yang berkata AP kerajaan terlalu banyak sehingga menjejaskan kereta Nasional. Tengku Mahaleel ingin ditukar. Mahathir pertahankan. Kerajaan tetap pertahankan tindakannya dan tidak mendengar lagi nasihat Mahathir. Mereka kata Augusta itu tidak menguntungkan. Proton juga harus mencari untung sendiri. Mahathir bidas lagi yang dasar asalnya ialah ingin membangunkan industri automotif tempatan, bukan buat untung cepat dan jadi pengguna totok selama-lamanya.

3) Jambatan Bengkok. Mahathir selama ini mahu mengalahkan negara-negara lain sebagai lebih maju dan lebih bijak. Tetapi Singapura bersedia ingin saman Malaysia sekiranya menyentuh jambatan yang sedia ada kerana perjanjian yang sedia ada dulu lagi. Mahathir tidak kisah kerana tidak boleh terima kita tunduk kepada kuasa luar. Kerajaan kita kata buat apa teruskan jika akan kalah dimahkamah nanti. Mahathir kata itu, 'last straw'. Jelas di sini Mahathir sangat-sangat tidak boleh tahan sikap tunduk kepada orang luar.

Di sinilah bermulanya perang terbesar abad ini yang menyebabkan PRU12 menghilangkan 5 negeri. Kerajaan menuduh Mahathir memungkir janji tidak masuk campurtangan dalam pentadbiran. Mahathir menuduh balik yang mereka memungkir janji tidak mengabaikan dasar kerajaan sebelumnya. Percubaan cuba berbaik dengan Mahathir diusahakan. Mahathir kata ok, tetapi teruskan balik perkara tersebut di atas. Kerajaan masih enggan. Mahathir pun masih enggan hentikan kritikan.

Pembangkang membongkarkan video klip Lingam dalam internet. Kerajaan sangka ini peluang terbaik membongkarkan yang kerajaan sebelum ini korup dan tidak betul dan tidak patut diikuti dasarnya. Isu Lingam dimainkan dalam media perdana. Mendapat sambutan terhangat mengalahkan kes Altantuya. Bapa Altantuya menangis merayu jangan dilupakan kesnya.
Kes Lingam dimajukan sehingga ke Suruhanjaya Penyiasat. Mahathir dipanggil memberi keterangan. Mahathir buat-buat lupa padahal lain-lain perkara waktu British beliau ingat sangat. Kerajaan rasakan sudah cukup terbukti dasarnya tidak boleh lagi memihak kepada corak pentadbiran sebelum ini.

Parlimen dibubar dan PRU12 bermula. Mahathir suruh rakyat menerusi media alternatif supaya bersikap kritikal terhadap BN kali ini. Tun menyakinkan yang dia sendiri hilang tempat bersuara mengenai isu sebenar. Pihak lain kata zaman Mahathir sendiri dulu pun sama. Mahathir menafikan dan berikan contoh-contoh sendiri.

Mukhriz, anak dan proksi Mahathir ingin bertanding di Langkawi. Umno letakkannya di Jerlun yang dikatakan lebih payah untuk menang mudah daripada Langkawi. Keputusan PRU12 mengejutkan dengan kehilangan 4 lagi negeri. Mukhriz menang majoriti besar padahal Kedah kalah mudah kepada PAS. P. Pinang, negeri PM pula kalah teruk sekali kepada PR. Mahathir kata mana pernah PM dari negeri pembangkang. Mahathir suruh diadakan pertukaran pucuk pimpinan dalam Umno. Najib enggan lawan taukeh. Kuli sanggup. Mahathir berubah sokongan kepada Muhyiddin.

Umno mainkan kad perkauman untuk mendesak Melayu menyokong balik Umno. Mahathir mainkan juga kad perkauman bercampur kad merah untuk mendesak Melayu menukarkan pimpinan Umno. Kini Umno menuju pemilihan partinya Disember ini yang kempen menguatkan kem PakLah sudah bermula. Masa yang sama, kerajaan terima lapuran kes Lingam dan minta Mahathir turut dibicarakan atas dakwaan melanggar undang-undang. Keputusan payah dibuat setakat ini.

Mahathir buka blog chedet untuk mula membina sokongan menghadapi keadaan. Sambutan paling hangat disaksikan. Mahathir keluar dari Umno. Pihak lawan makin keliru. Semua orang menunggu tindakan seterusnya dari Mahathir yang masih boleh berpusing satu dunia mencanang isu-isu dan fikirannya.

Pembangkang berdiam diri dan fokus pada kerja mentadbir negeri supaya mendapat sokongan lebih untuk PRU13 nanti. Yang untungnya ketelusan yang terbaik untuk rakyat tetapi ekonomi diperingkat golongan bawahan semakin runcing. Mujur peringkat bawahan terlalu sikit dan rakyat kaya raya ini masih boleh bertahan dan belum sampai tahap kelaparan.

Mereka cuma kelaparan politik. Mau lihat siapa menang pemilihan Umno nanti. Dan sekarang ini untuk memenuhi kelaparan rakyat ini saya mengemukakan analisa futuristik berikut:

1) Paklah menang pemilihan Umno dan menyatakan inilah bukti yang dia tidak lemah.

2) PakLah sangka itu isyarat baik dan memanggil PRU13

3) BN kalah 3 lagi negeri iaitu Sabah, Terengganu dan Perlis.

4) PR mendapat majoriti mudah dan Anwar menjadi PM

5) Ekonomi pulih dengan baik sekali kerana kepercayaan baru dari pelabur luar terhadap bukti demokrasi tempatan.

6) Kerajaan baru menahan semua akaun berkaitan kerajaan silam kerana mengelakkan aliran dana keluar.

7) Suruhan DiRaja menyiasat dana yang sudah lari keluar.

8) Pertukaran banyak jawatan penting dalam kerajaan baru. Termasuk hakim-hakim.

9) Banyak kes baru dimahkamah yang menyaksikan kemungkinan penjara bagi ramai pucuk pimpinan yang lalu.

Scenario di atas mungkin berlaku kerana cara CheDet mainkan kad-kad merahnya. Mahathir ini 'all-the-way' dan 'go for broke' - tidak toleh belakang maupun takut risiko. Maka hanya dua kemungkinan sahaja dalam otak Mahathir. Pemberontakan majoriti pewakilan dalam Umno yang saya kira tidak mungkin kerana semasa zaman beliau pun bukan majoriti yang faham beliau. Jadi kemungkinan satu lagi adalah yang di atas.

Dalam otak saya (berapa banyak otak lah) jika tidak terpengaruh oleh mulut masin CheDet, ialah kerajaan ini masih akan bertahan kerana jiwa Melayu itu mudah bersatu dalam keadaan genting sangat macam ini. Yang penting ialah Pak Lah mesti mainkan kad merah sendiri. Hmm.. lain kali lah saya tulis ayat dalam kad tersebut. Ini kurang sihat, nak minum air bercampur sikit garam, petua dari abang angkat saya dari Semabok tu, seorang pengamal Homopati.

26 May, 2008

Kuasa Besar Mainkan Harga Beras

Dalam satu artikel ekonomi internet business.timesonline.co.uk, harga beras dikatakan akan menjunam jatuh kembali tidak lama lagi. Ini kerana selama ini Jepun yang dipaksa membeli beras Amerika Syarikat walaupun tidak memerlukannya telah menyebabkan begitu banyak beras sehingga 1.5 juta tan gred tinggi akan mengekspotkannya. Kebanyakan beras menjadi rosak dalam stor simpanan Jepun. Akhirnya stok lebihan itu dijadikan makanan untuk binatang ternakan di sana.

Jepun memang mengeluarkan beras sendiri sehingga 100% keperluan rakyatnya selama ini. Dasar paksa beli beras Amerika itu disebabkan dasar WTO dan juga kerana Jepun kalah kepada Amerika selepas Perang Dunia Kedua tidak memberi Jepun apa jua pilihan. Harga dunia naik mendadak kerana Amerika Syarikat kekurangan pengeluaran beras panjang yang menyebabkan negara Arab tidak dapat membeli beras darinya sehingga menempah habis beras dari Thailand. Ini membawa kesan rangkaian sehingga Thailand menaikkan harga beras dan mengelak menjualnya kepada lain-lain negara seperti Malaysia yang sebelum ini membelinya dengan harga rendah.

Tetapi apa yang kita baca hari ini bukanlah sebab ini dan itu, tetapi sebenarnya permainan licik kuasa besar dan institusi raksaksa seperti WTO untuk menjatuhkan kuasa membeli dan ekonomi umat Islam dan dunia ketiga secara terancang. Oleh kerana mereka tahu negara-negara lebih lemah dan reaksioner seperti Malaysia tiba-tiba membeli stok berlebihan pada harga tinggi maka mereka ingin menurunkan kembali harga beras. Ini semua saja mau mengetatkan lagi gengaman maut mereka selama ini.

Percayalah, apabila Amerika Syarikat keluar dari bumi Iraq, mereka akan menjatuhkan harga minyak untuk membankerapkan Iraq dan Timur Tengah sekali lagi sepertimana mereka melakukan pada tahun 1973 apabila membebaskan petro-dollar daripada sandaran emas. Minyak kini tinggi melangit kerana Amerika Syarikat menduduki Iraq yang kaya minyak. Mereka dapat menjualnya pada harga tiga kali ganda untuk mengaut balik keuntungan lumayan. Mereka juga memperlagakan puak-puak pejuang di sana supaya keadaan senantiasa tidak stabil dan meminta tentera Amerika kekal lebih lama dari perlu sehingga cukup menyedut keluar atau meletakkan hukum yang semua minyaknya hendaklah dikawal oleh kuasa besar untuk sekian lama selepas itu.

Ia juga bersifat serampang dua mata dimana anak-anak pejuang diajak berani bunuh diri dan mengurangkan bilangan dan keupayaan tentera umat Islam.

(gambar menunjukkan semasa Saddam Hussein membakar telaga-telaga minyak Iraq untuk mengelak kuasa besar menguasai bekalan minyak dunia sepenuhnya)

25 May, 2008

Buat Apa Undang2?

Kali ini saya paling banyak komen sehingga 3 kali berturut-turut di Dr Mahathir Mohamad: THE RULE OF LAW dan di sini sekalli lagi ingin menyentuh tentang 'gunanya undang-undang' atau dengan lebih tepat lagi 'tiada gunanya undang-undang'.

Dalam pembacaan saya mengenai sejarah, ada satu teori tentang tekanan sosial dimana sekiranya rakyat mengalami terlalu sangat kesusahan menyara hidup maka mereka akan cari apa jua alasan untuk memberontak dan mengulingkan kerajaan.

Dalam sejarah Mesir misalnya, Presiden Gamal Abdel Nasser menghadapi rusuhan rakyat apabila subsidi roti ditarik menyebabkan kenaikan harga roti. Dalam zaman Anwar Sadat pun sama. Naik saja harga roti, presidennya kena tembak mati oleh pelampau gerakan Islam.

Kini harga barangan sedang naik dan terus naik seolah-olah tiada apa kuasa yang dapat menghalangnya. Bukan naik sedikit tetapi naik mendadak. Bukan naik satu dua barangan tetapi naik hampir semua barangan. Minyak naik menyebabkan semua kos pengangkutan dan harga barangan yang diangkut turut megalami tekanan untuk naik. Kenaikan harga beras dan tepung menyebabkan banyak kos makanan turut ikut naik.

Apa jua kawalan oleh kerajaan tidak akan berkesan kerana tekanan dan kuasa bekalan dalam pasaran akan menyebabkan sumber kekurangan atau berlakunya pasaran gelap nanti. Suka tidak suka isu harga makanan adalah amat kritikal sehingga undang-undang macamana ketat pun tidak akan membendung tindakbalas sosial nanti.

Ambil contoh kes jenayah. Undang-undang cukup ada tetapi kes jenayah mengunakan senjata api, merompak, mencolek, dan menipu secara terancang berlaku jua seolah-olah pihak berkuasa tidak berkuasa.

Penguatkuasaan tidak cukup berkesan sekiranya tekanan untuk melakukan jenayah lebih tinggi daripada kawalan yang terhad terhadapnya.

Sekarang apakah pihak berkuasa merasakan lebih mudah untuk mendakwa Mahathir misalnya? Saya rasa tidak kerana Mahathir sudah menyatakan dalam blognya yang nampak jelas adalah beberapa peluru darinya yang diatur siap menunggu pembicaraan.

Satu adalah mengenai kes lobi yang termasuk juga oleh para hakim kepadanya semasa menyandang jawatan PM dahulu. Maka sekiranya adalah benar hampir semua hakim besar adalah hasil tangan atau pilihan Mahathir apakah mereka sanggup berdepan dengannya di mahkamah nanti?

Mereka ingin mendakwa Mahathir sebagai termakan lobi Lingam tetapi mereka sendiri akan dihujah olehnya sebagai turut menjadi bukti hasil dari lobi.

Peluru lagi satu ialah tentang 'spirit of the law' kerana 'rule of law' yang Mahathir maksudkan dalam blognya adalah lebih utama sekiranya dituju kepada PM dan bukan mantan PM yang sudah tidak berkuasa dan tidak mampu melakukan rasuah terbesar waktu ini.

Semangat perundangan adalah untuk menjaga keharmonian dan kemajuan negara dan maka Mahathir boleh berhujah apakah tidak maju negara semasa pentadbirannya? Apakah sekarang lebih maju atau lebih tertekan?

Mahkamah ada satu prinsip yang bermaksud "Mischief Rule" atau 'apa permasalahan yang patut diselesaikan oleh perundangan?'. Law tidak boleh bertujuan untuk diikuti secara tersurat semata-mata tanpa memahami tujuan tersirat sebenarnya, yang semestinya membawa kebaikan dan bukan keburukan nanti.

Seorang mantan PM yang sudah banyak berjasa malah menggunakan sistem untuk memajukan keadaan dengan pantas sekali dan menaikkan kerajaan yang ada hari ini adalah merugikan masa dan dana negara sekiranya dibicarakan. Setiap hujah Mahathir nanti akan membongkar setiap kaedah dan tindakan yang dia lakukan yang tidak menuruti hukum tetapi menguntungkan hampir setiap ahli kabinet yang ada sekarang.

Itu sebab saya mati-mati percaya yang tiada siapa yang berani memanggil Mahathir ke mahkamah. Tempoh hari itu yang Mahathir menjawab, 'tidak ingat' adalah taktik pura-pura beliau. Mahathir memasang perangkap. Dengan namanya tersenarai untuk disiasat adalah berita gembira baginya.

Mahathir sedang berusaha menjatuhkan kerajaan yang sedia ada tahun ini, bukan tahun depan atau PRU13. Dengan memberi nafas dan ruang untuk namaya disebut-sebut dalam media perdana akan menguatkan pengaruhnya.

Dengan tidak menyebutnya lagi akan menutup jalan dan ruang baginya kembali beraksi dalam arena politik. Tetapi anda tidak dapat berbuat demikian. Mahathir ada lagi beberapa bom tangan buatan sendiri bersiap sedia.

Dulunya semasa kes isu Raja Melayu 1983 saya terdengar satu analisa yang dihadapkan kepada Raja-raja Melayu,

"Tuanku mahu tahan 5 bulan atau 5 tahun? Sekiranya setuju dengan Mahathir maka 5 tahun. Sekiranya tidak maka 5 bulan!"

23 May, 2008

Singapore Kiasu

Hari ini dalam sejarah pada pukul empat petang akan disiarkan secara langsung keputusan International Court of Justice dari The Haque (ntah mana tu) tentang isu tuntutan bertindih antara Malaysia dengan Singapura terhadap beberapa pulau yang duk dekat dengan Johor tetapi jauh dari Singapura. (Ntah apa nama pulau-pulau tu tetapi yang wa ingat peta tu la.. tak dekat pon dengan Singa-pura-pura tu. Pulau dia konon).

Yang saya tahu dan terbaca ialah asalnya Pulau itu Johor punya, tetapi zaman British dulu Singapura minta izin untuk letak Rumah Berapi sana kerana takut kapal-kapai tengah lalu tak nampak Singapura lalu terlanggar dia atau terlanding kat Pulau Batam atau Pulau Bintan yang jauh lagi besar dari Singapura.

Kini Singapura mempunyai penduduk yang majoriti bangsa saya yakni Cina. Satu penyakit Cina ini (mengutuk bangsa sendiri tak apa, jangan kutuk bangsa orang lain. Tak baik) ialah mereka akan ada satu jenis sikap 'kiasu' atau dalam bahasa hokkien bermakna 'takut kalah'.

Itu tak apa. Asal jangan 'kiasi' - takut mati. Kiasu itu amat masyur dilabelkan ke atas orang Singapura mungkin kerana mereka itu ramai tetapi terperuk dalam satu pulau kecil lalu mesti bersaing hebat demi untuk survival mereka. Lebih-lebih lagi kerajaan mereka lagi diktator daripada kita. Cubalah kutuk Lee Kuan Yew sikit kat sana. Tak sampai Pulau lain kannn.

Pernah sekali (saya jarang pergi sana) selepas berbelas tahun pada awal 2000an saya mengunjungi sekejap sehari balik dan kat stesen MRT (macam LRT la tu cuma lebih sikit) saya perhati seorang nyonya tua mau masuk ke dalam gerabak koc MRT tetapi ditolak-tolak sehingga terkeluar oleh orang-orang lain dengan kasarnya. Sungguh kesian dan menjerit-jeritnya marah terhadap yang sama bangsa dan kerakyatan dengannya. Padahal koc gerabak sampai setiap 10 minit atau lebih kurang. Jika kat Malaysia dah mula dah perangai tu berleluasan tetapi tidak sampai tahap menolak seorang nyonya keluar dari koc.

Kat Indonesia saya perhati Cina apabila jadi minoriti hanya 5% cukup baik dan sopan. Sebiji teloh percakapan macam orang tempatan Indon dengan bisa dan gambangnya. Cukup tiada terasa perbezaan ras atau warna kulit dan budaya bangsa. Begitu juga di Kelantan. Murtad habis tulisan dan bahasa Cinanya.

Kat pantai barat Malaysia, Cina yang tidak terlalu minoriti, kiasu mereka adalah mengikut nisbah penduduk. Kiasunya 30% sahaja.

Jadi saya rasa yang Allah memang berkati tanahair kita dengan nisbah penduduk yang memang sempurna. Melayu 60%, Cina 30%, India 8%. (maaf jika silap nisbah poin poin decimalnya). Cukup cantik dan seimbang kerana Melayu itu ramai-ramai dengan perangai releks steady dan slow tetapi biar selamat amat penting bagi kesejahteraan dan kestabilan negara. Yang Cina pula dengan berkejar macam lipas kudong sini sana menguntungkan sumbangan tabung cukai negara tetapi tidak sampai terbalik dibuat ahlong nanti. Yang India dengan warna ungu dan merah jambu keretanya cukup menghiburkan dan memberi kelainan rasa. Tetapi sekiranya terubah nisbah itu iaitu lain-lain bangsa dengan lain nisbah, ntah apa akan berlaku, mungkin lain budaya kita. Ntah jadi kiasi, atau kiapra nanti.
(gambar 1 - jauhnya Pulau itu dari Singapura berbanding tanah Johor tetapi ditukar pula namanya kepada Pedra Banca macamlah orang tak perasan.
gambar 2 - Lihatlah Singapura dari seberang. Kecik sesak kan?)

22 May, 2008

Polarisasi Kaum

Dikatakan sekolah jenis Cina dan jenis swasta menyebabkan berbezaan kaum makin ketara di negara kita. Kita tidak boleh buat apa-apa terhadap SRJK Cina kerana ia adalah hak orang Cina yang amat sensitif yang amat mempertahankan keujudan mereka. Tetapi kita boleh lakukan beberapa perkara untuk memperbaiki keadaan.

Langkah pertama yang sudah diambil oleh ramai keluarga bukan Cina iaitu menghantar anak-anak mereka ke SRJK tersebut. Saya dan abang angkat saya hantar semua anak kami ke SRJK Cina. Lepas itu kami hantar ke SMK biasa. Cuma langkah ini perlu ditekankan dengan lebih serious supaya lebih banyak SRJK Cina dan besar pula nisbah bukan Cina dalamnya. Ini akan merapatkan jurang perbezaan antara Cina dan bukan Cina. Kaum Cina juga amat mengalu-alukan kehadiran kaum-kaum lain dalam sekolah mereka. Juga sebagai SRJK, subjek agama sudah pun boleh diambil kira diadakan untuk mana-mana SRJK yang terdapat pelajar muslim. Dengan lebih perhatian dari kaum muslimin, akan lebih prihatin sama sendiri. Dengan itu berkuranglah polarisasi kaum diperingkat akar umbi.

Langkah kedua ialah menjadikan satu syarat kepada masyarakat Cina supaya mengambil bahagian dalam aktiviti dan kerjaya yang kini hampir tiada langsung masyarakat mereka. Contohnya dalam pangkat rendah polis, tentera, bomba dan lain-lain perkhidmatan awam. Dengan meletakkan ini semua dalam satu rangka dasar akan mengekalkan kepelbagaian warna budaya tanpa menghilangkan hak masing-masing serta menjadi kekuatan unik negara kita. Pada masa yang sama keharmonian kaum makin terjalin.

Kini keadaan amat serius kerana sudah ada beberapa tempat persekolahan swasta yang menggunakan habis bahasa bukan Malaysia dan setiap kaum campur hanya sesama mereka sahaja. Hendaklah diadakan aktiviti yang membuka setiap mereka untuk berganding dan bersaing secara terbuka yang memperkayakan masing-masing.

Kaum Melayu harus terbuka dan menguasai bahasa-bahasa asing serta memasuki bidang yang dikuasai kaum lain secara alibaba tetapi secara rasmi. Iaitu secara terancang dan bukan main lepas tangan sahaja macam alibaba sebelum ini. Jika lembaga pengarah boleh campur ali dan baba mengapa wokshop, kebun dan industri bawahan tidak boleh turut dialibabakan?

Saya rasa cukup baik jika orang Melayu semua boleh faham bahasa Mandarin. Akan bertambah kebolehan mereka berurusan sehingga ke negeri China. Berbalik kepada SRJK Cina, ikut hati, kalau boleh diwajibkan semua anak-anak kita pergi SRJK Cina sahaja. Terus diperkuatkan SRJK Cina dengan beberapa subjek pilihan agama dan diajak anak Cina turut pilih jika mahu. Buatlah rangkaian pembekalan makanan halal yang lebih teratur serta tempat solat khas disediakan memandangkan nisbah tinggi anak-anak muslimin di dalamnya.

Ini cuma ide saya kerana ada ide lain yang mengatakan baik tukar saja SRJK semua kepada Sekolah Wawasan. Itu saya setuju juga tetapi ia mungkin mengambil masa lama dan kaum Cina amat takut ia akan membunuh hak mereka untuk berbahasa ibunda mereka pada peringkat SRJK.
(gambar anak lelaki bongsu saya, Mohamad Nasem Oon di SRJK Cina Kuang)

'A Pain In The Ass'

Dalam blog Dr Mahathir Mohamad: "Duri dalam daging" saya terfikir juga apa makna peribahasa itu dalam bahasa Inggeris.

Saya rasa ia mungkin bermakna 'A pain in the ass' yang membawa makna nakal. Apabila kita mengungkapkan begitu kepada kawan-kawan ia bermaksud perli dan bukan mengutuk. Kita berkata begitu secara seloroh dan biasanya dalam senda gurau. Sekurangkurangnya itulah cara saya akan berkata kepada kawan dalam percakapan.

Tetapi dalam bahasa Melayu, oleh kerana ia bukan bahasa utama saya maka saya kurang pasti apakah ia bersifat perli semata-mata atau membawa erti yang lebih mendalam atau menyakitkan. Maklumlah duri dalam daging.
Saya ada terbaca seorang pengkomen di sana menyatakan ia membawa maksud hiprokrit atau munafik. Jika begitu maka tuduhan itu cukup berat terhadap seorang mantan PM yang membawa perubahan kemajuan terbermakna kepada Malaysia yang tidak patut dan tidak kena.
Negara selamat dari bencana hari ini kerana Mahathir. Umno selamat hari ini kerana Mahathir. Umno menang besar dulu kerana Mahathir. Umno dapat PWTC dan sapu kontrek besar-besar kerana Mahathir. Kroni-kroni sakan habis sehingga Zahid dan Anwar dulu pun tersenarai sebagai benefactor utama juga adalah kerana Mahathir.

Beliau membawa kebaikan kepada semua sehingga tiada Cina yang saya kenal yang tidak sukanya. Kini Melayu pula yang membencinya amat menghairankan saya. Dan tidak ramai suara lain dalam Umno yang menyokongnya juga amat pelik. Jika dalam MCA dah baling chopsticks dan cawan teh cina. Jika dalam MIC sudah baling kerusi dan meja.

Mungkin DNA kita berbeza. Saya bimbang sampai bila saya tidak mungkin memahami jiwa orang Melayu. Saya berharap mereka sekurang-kurangnya masih bersaudara dengan saya tanpa kira perbezaan kaum. Saya berdoa prinsip agama itu mengalahkan segala-galanya.

Mengikut Islam, seseorang yang mengkritik itu adalah digalakkan. Banyak hadis tentang nabi berdebat dan berhujah dengan lawan walaupun duri dalam daging. Nabi tidak censorkan mereka. Yang berpuak-puak selepas itu adalah golongan pengikut yang nabi sendiri pun sudah ramalkan.

Dalam Malaysia kita, jiran dan lawan kita yang cemburu dengan kejayaan kita duk menyaksikan cerpen dan kempen politik kita. Mereka mesti turut tertanya-tanya bagaimana the great Mahathir Mohamad can be considered as a Pain In The Ass by his own party he saved through miraculous deeds.

Debat Chedet, Pak Lah dan Anwar

Saya telah memberi komen kepada blog terkemuka dan terpanjang dalam sejarah kita iaitu blog http://www.chedet.com/ pada topik pengumuman keluar dari umno sebanyak dua kali.

Kali yang kedua baru tadi selepas subuh ialah untuk mencadangkan Tun berdebat terbuka dengan Pak Lah dan Anwar Ibrahim supaya rakyat dapat mencari kesefahaman politik dan tidak terumbang-ambing dalam keadaan 'stalemate' yang ke sana pun tidak, ke sini pun tidak.

Tentu sekali ia akan merupakan debat paling agung dalam sejarah tanahair, satu-satunya yang menentukan hidup mati mana-mana pihak maupun hala-tuju yang lebih jelas selepas ini. Tetapi bukankah Islam ajak kita bermuafakat? Jadi tidak semestinya satu menang yang lain mati. Harus setuju untuk tidak setuju. Kemudian buatlah penyelesaian di atas pentas bersama. Barak Obama boleh memuji melangit Hilary Clinton 2 hari lepas kenape kita tidak boleh? Rakyat akan dapat bermuafakat dengan lebih telus dan jujur.

Apakah kita menyokong status quo yang ada dengan tidak cuba sabotaj sehingga PRU13? Atau kita melakukan BERSIH 'etnik Umno' yang lebih besar sehingga Umno jatuh kedebuk dan izinkan PR mengambil alih buat sekarang sehingga PRU13? Atau kita menyatakan sokongan untuk Mahathir kembali ke Umno jadi PM tetapi dengan syarat?

Rakyat perlu penjelasan dan dah terlalu tension dibuat semua orang. Kepimpinan negara semacam satu Trinity. Bapa pun tidak, anak pun tidak, emak pun tidak. Kita perlu ada tauhid jua dalam pengnakhodaan kapal ini.

Rakyat juga ingin melakukan satu analisa SWOT - Strength, Weakness, Opportunity, Threat terhadap ketiga-tiga tokoh yang ada sekarang. Lebih-lebih lagi negara kita juga harus lakukan SWOT terhadap dirinya.

Kita sudah tidak berada ditahap yang sesihat pada tahun 2003 semasa Mahathir meletakkan jawatan dalam kerajaan serta menyerahkan kepada PakLah dalam keadaan terbaik masa itu. Yang sedihnya Mahathir dilabelkan sebagai penyebab segala apa bencana yang berlaku dalam maupun luar negara untuk tahun 2008.

Semasa Mahathir menjadi PM, kami dilanda krisis dunia lebih teruk dari kejatuhan nilai matawang kertas pada tahun 1997 sehingga Indonesia, Thailand dan Korea sengsara seketika. Tetapi kita pantas mengatasinya. Saya percaya sekiranya Mahathir ada, beliau dapat mengatasinya lebih baik lagi kerana sebab yang jelas iaitu beliau sendiri sudah meletakkan beberapa program negara yang tidak diteruskan. Beliau tentu sekali akan teruskan kembali malah menambah dengan beberapa lagi ide baru yang tentu sekali beliau akan sibuk mengkaji kembali daripada duduk pertahan kerusi.

Mahathir semasa pentadbirannya dikenali sebagai seorang yang kuat membaca, berfikir dan membincang dan yang sekelilingnya pula terkenal dengan kuat berlobi, mengampu dan meraba punggung.

Inilah analisa awal SWOT saya yang diminta salah seorang pembaca blog saya. Untuk berlaku adil kepada pihak lain, saya tidak dapat memberi analisa terhadap PakLah atau Anwar. Yang penting kepada saya, ialah rekod yang telah tercapai. Kini Pak Lah pun sudah rasa, Anwar belum lagi. Apa salahnya selepas debat secara sihat ini kita semua pakat-pakat biar Anwar juga rasa sekejap tetapi jua dengan syarat yang sama:

1) Kebebasan akhbar mesti diberikan sepenuhnya tanpa lesen atau arahan campurtangan dari KDN dalam apa jua keadaan pun. Biarlah pembaca menilai sendiri dan tidak membeli atau membacanya tanda protes dan biar dia tutup sendiri tanpa berita.

2) Gantung sementara Akta yang mengancam keselamatan rakyat individu yang ikhlas berjuang untuk politk tanah-air. Akta seperti ISA dan AUKU terutamanya menggembalikan aktiviti perdebatan terbuka dalam kampus supaya penjernihan semula minda politik generasi muda boleh dipulihkan.

3) Saling hormat-menghormati antara parti lawan dengan tidak membenarkan bahasa menghasut atau menfitnah tanpa fakta dikemukakan secara afidavit atau aduan polis terlebih dahulu.

4) Teruskan balik Projek Jambatan Bengkok. Dengan Singapura tiada kompromi. Apatah lagi dengan kuasa lebih besar.

5) Jangan robohkan mana-mana institusi orang lain dan biarkan mereka runtuhkan sendiri. Termasuk kuil Hindu. Biarlah orang hindu robohkan sendiri. Kita cuma ajak dia berbincang secara budibicara baik. Saya amat percaya mereka akan faham sekiranya mereka menghalang pembangunan atau kemudahan awam. Jika tidak biar saya berunding dengan mereka. Saya pernah perjuangkan kes orang India yang dianiaya iaitu kes Kanaperan-Maryanne dan tentu sekali saya dengan mereka dapat berunding tanpa prejudis.

Ia termasuk juga jangan cuba melakukan pembersihan etnik terhadap Umno itu sendiri oleh puak Anwar. Saya dengar yang Anwar masih tidak mengisi borang Keadilan dan tidak mahu menjadi Presiden Keadilan yang mungkin bermakna beliau masih mengharapkan kembali kepada Umno. Ini tidak boleh. Biar BN menjadi pembangkang sementara tetapi tiada katak sperti Ibrahim Ali dibenarkan melompat. Mahu berpolitik lanjut biarlah tunggu sehingga PRU13.

Islam meletakkan satu peradaban yang amat tinggi yang terbukti zaman murabitun di Kordoba dan Andalusia di Sepanyol dan juga Sallahudin Al Ayubi di Darussalam. Kini adalah peluang bagi kita menggunakan kaedah Islam untuk membuktikan kepada rakyat jelata betapa indah dan selamatnya Islam serta mempertahankan keamaman semua kaum dan agama lain yang tidak sama dilakukan oleh pihak lain.

Saya amat malu sebagai seorang Cina mualaf menyaksikan Melayu lawan Melayu tak habis-habis. Sudah, sudahlah.. lu olang mau galuh, pi galuh mampuslaa. Olang Cina tada masuk campur, tapi wa olang muslim wa manyak sakit hati.
Ini adalah peluang sekali lagi yang amat baik dan besar dari Allah SWT sendiri. Tetapi ia harus bermula secara sivil, dan bukan tohmah-mentohmah. Bola terletak dikaki PM yang memerintah sekarang.
My dearest beloved most honourable Prime Minister. Please do the right thing. Make us proud as the previous PM has done. Go in peace or hold a debate and fight like a true leader.

Amen.
But if you ask me, i think Pak Lah will have to call for PRU13 soon and go for it.
(graphics - top, during happier days; bottom, showing unofficial popularity trend among the big 3).

21 May, 2008

Mengapa Barat Menjajah Melayu

Kuasa Barat sudah tidak dapat menguasai Jalan Sutera yang panjang dari Eropah ke China dan Nusantara yang kaya dengan rempah, sutera dan sumber asli, yang kebanyakannya dikuasai oleh golongan Muslimin. Maka syarikat anjuran Yahudi telah membiayai Eropah untuk mengharungi jalan alternatif menerusi lautan Atlantik sehingga Lautan Hindi dan seterusnya melepasi Lautan China Selatan.

Sepanjang Jalan Sutera di darat, terdapat begitu banyak kaum muslimin, dari Turki, ke Afghan, ke Uzbek, ke Sinkiang, semuanya kuat-kuat Islam mereka dan mereka berdagang jua dan tinggalkan untuk Barat harga tinggi kerana mereka duduk di penghujung jalan Barat dan bukan di tengah atau di Timur.

Jalan laut dengan susah payah mereka melepasi Cape of Good Hope di Afrika Selatan dan kemudiannya di Goa, India dan akhirnya kapal pertama dari Portugese sampai ke Melaka. Tentu sekali mereka yang datang dengan meriam dan topis besi mudah mengalahkan Melayu yang menghunus keris dan berselendang. Kesultanan Melaka pun akhiri riwayat di sana sampai sekarang.
Kepada Barat , Tanah Melayu ini hanya merupakan jambatan mereka menuju China dan akhirnya British dapat memalukan China dengan mencandukan rakyatnya dan merampas Hongkong dan Macau (oleh Portugis). Kini kedua-dua maruah China itu sudah dikembalikan melainkan Taiwan yang masih degil memihak ke Amerika Syarikat.

Di Nusantara ini kuasa-kuasa Barat menjamah tubuh badan muslimin dengan rakus dan mengeluarkan segala mutiara dan khazanah isinya sehingga selepas 400 tahun boleh dikatakan penjajah berjaya menperkayakan diri mereka dan kita tertinggal lesu dan lemah tanpa sehelai kain menutup maruah lagi. Kita tidak mengakui dapat menjadi secerdik mereka. Kita ditanam dengan fahaman pesimis, fatalis dan defeatis sehingga perlawanan Thomas Cup baru ini saya masih menonton kelemahan jiwa dalam sanubari psiki kaum kita.

Barat walaupun memberikan kemerdekaan kepada kita hanyalah pada kertas sahaja dan tidak sebenar-benarnya melepaskan tangan atau campurtangan atau sembunyitangan dalam segala urusan eko-politik kita terutamanya dari segi kewangan dan perdagangan. Mereka memaksa semua negara menandatangani perjanjian yang berat sebelah dengan bertopengkan WTO dan PBB.

Sesiapa yang menentang mereka akan dijatuhkan. Mereka akan membiayai boneka baru untuk menjatuhkan. Mereka sogok macam-macam yang halus-halus dan mereka menguasai segala jentera dunia termasuk kawalan harga barangan keperluan menerusi permainan konglomerat dan konsurtium mereka. Jenama mereka masyur dan dipercayai oleh dunia terutama umat Islam seperti Coca-Cola, MacDonalds, Nestle, KPMG dan IBM. Mereka yang menentukan takrif dan taraf kita, samada kita ini diberi hak atau tidak.

Mahathir merupakan pemimpin muslim moden yang pertama mempersoalkan semua ini dan erti kemerdekaan. Beliau mungkin ada darah mamak yang banyak pandai cari peluang dan raut untung, tetapi perangai ini menguntungkan kita senegara dan umat Islam sedunia dan dunia ketiga sejagat. Jika ada Cina tongsang yang pandai lagi kikis balik barat itu maka kita harus angkat dia jadi PM.

Saya ini tidak boleh kerana terlalu baik hati dan mudah tersinggung kata. Orang macam Pak Lah pun tak boleh. Kena ada bangsa yang ada campuran DNA mamak atau Cina.

Sekarang Barat makin parah dan makin bernafsu memandang Mahathir hampir-hampir menyatukan beberapa perkara seperti dasar mereka pecah dan perintah dengan memperlagakan Singapura dengan kita sebagai satu kuasa besar dan mengancam. Jambatan Bengkok yang dirancang oleh Mahathir merupakan langkah terbijak untuk membuka Selat Tebrau kepada laluan kapal dagang tanpa bersinggah di Singapura.

Rancangan MSC merupakan bandar baru yang boleh menggantikan kehebatan projek Singapore One, tetapi sayangnya menterinya dulu tidak meninjau strategi sehingga habis, tetapi lebih suka meninjau punggung sehingga habis.

Mahathir tidak menggunakan kedudukannya untuk mencari wanita, bersikap sombong maupun menunjuk-nunjuk, walaupun begitu ramai yang dengki dengannya dan menawarkannya macam-macam. Tetapi tidak boleh dibayang Mahathir sedemikian rupa. Ramai ahli kabinet lain boleh. Ramai orang kepercayaan Mahathir apabila diberi jawatan lupa pula perjuangan.

Perjuangan yang belum berakhir hendaklah kembali kepada pangkalnya, iaitu perjuangan menentang penjajahan yang masih berterusan sehingga kini. Kuasa barat mencari jalan memasuki semua wilayah yang ia belum menduduki atau memasuki seperti Myanmar, Korea Utara, Syria dan Iran. Kini tidak tinggal banyak untuk Zionis untuk mendabik dada yang mereka itu lebih berkuasa dari Allah, yang sudah melaknat mereka kerana memperdagangkan ilmu wahyu Allah malah berani menukar kataNya.


Allah adalah pragmatis kerana memberikan hak dan amanah kepada kita berserta ilmu fikir untuk menyelesaikan cabaran ini. Allah menguji kita. Tetapi Allah bukan bermain-main dengan kita. Ayat Allah jelas,

"Kami tidak mencipta segala ini untuk sukan... Kami cipta dengan Kebenaran".

Kita rakyat di sini perlu sedar tentang suasana alam dan politiknya yang sebenar. Ini adalah sejarah Islam. Tiada yang selain darinya. Dengan tamatnya perjuangan ini, maka kiamatlah dunia. Tanda-tandanya sudah jelas. Allah bertanya kepada kita mengenai kita, bukan kita bagi pihak lain.

What have you done? What are you in this world? What is your excuse? Tolong check balik segala hujah minda kita sebagai rehearsal depan Allah nanti. Saya boleh jawab,

"Saya sudah beri amaran tentang bagaimana Islam asalnya bukan ini, dan saya sudah beri keterangan tentang bagaimana saya mengamalkannya. Hukumlah saya atas amalan saya dan bukan amalan orang lain. Sesungguhnya saya tunduk hanya kepada ilmu yang Engkau kurniakan yang fitrah, yang tertulis - mengajar saya insan dengan Pena, mengajar apa yang saya tidak ketahui".

19 May, 2008

Peluang Terakhir Pak Lah

Dengan perginya Mahathir dari Umno, dan kebimbangan lebih ramai lagi akan turut mengikut langkahnya, ini merupakan tindakan pukulan paling hebat kepada pentadbiran kerajaan hari ini. Ini juga merupakan peluang terbaik Pak Lah untuk menamatkan pengaruh Mahathir dengan berdepan dengan semua keahlian Umno dan mencari jalan mempengaruhi mereka supaya jangan meninggalkan Umno.

Tetapi apakah ahli Umno ingin dengar kata-katanya? Pak Lah mestilah melakukan sesuatu yang paling betul kali ini. Sekiranya tidak, maka exodus keahlian Umno akan memaksa beliau hilang kekuatan pengaruh politik dan mengajak lagi banyak kritikan terbuka kepada pentadbirannya.

Tindakan Mahathir itu tidak membantu Pak Lah malah memaksa Pak Lah untuk tidak senang dan tidak boleh berdiam diri membiarkan begitu sahaja. Bagaimana jika keahlian Umno keluar Umno secara berduyun-duyun sebagai taktik protes terbaru yang diperkenalkan oleh Mahathir?

Sebagai langkah lawan balik atau reaktif Pak Lah cuma dapat mengetatkan lagi jentera kerajaan untuk mengasingkan tindakan Mahathir sebagai tidak siuman dan tidak baik bagi negara. Sekali gus mengambarkan tindakan Mahathir itu sebagai membawa kepentingan diri sendiri yang bertujuan untuk mencetuskan huru-hara dalam Umno. Jentera media perdana perlu pula memadamkan berita mana-mana ahli Umno keluar sebagai tidak penting dan berita remeh.

Pak Lah mungkin tidak perlu bertindak sekiranya dia masih mempunyai jiwa yang dapat dirasai oleh seluruh keahlian Umno yang berjuta itu. Sebagai seorang PM, dia amat berkuasa, dan boleh kekal mengharungi sedikit jeritan dari sudut jauh nun di Kedah sana.

Cabaran sebenar kepada Pak Lah sebenarnya adalah cabaran ekonomi yang melanda negara. Jika harga barang keperluan asas kekal tinggi dan terus naik maka mana-mana kuasa politik boleh tumbang. Dalam keadaan sedemikian seseorang pemimpin yang ingin berkuasa hendaklah melakukan kekejaman politik atau kejutan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada memikirkan bencana ekonomi tersebut.

Mengikut maklumat luar, harga tetap akan naik termasuk harga minyak yang sudah tidak dapat bertahan sesaat lagi pada angka sekarang. Rakyat akan hilang daya ketahanan dengan kuasa membeli yang menyusut. Sekiranya berdiam sahaja akan memaksa kerajaan memberi konsensi lebih banyak yang akan melemahkan kedudukan dan tabungnya sendiri. Jangkaan masa panjang negara tidak nampak sihat.

Keadaan boleh menjadi lebih teruk dan dengan tiba-tiba. Samada Pak Lah ada jawapannya atau lepaskan saja jawatan kepada Timbalannya. Lepas itu Najib boleh memikirkan jalan samada ajak dan pujuk Mahathir masuk balik Umno dan menjadi penasihatnya. Selepas itu biarlah Mahathir memerintah secara belakang tabir. Itu saja jalan nampaknya. Najib atau sesiapa tidak boleh duduk senang dalam keadaan ekonomi negara begitu rapuh dilanda krisis sedunia yang seakan-akan sama teruk zaman kejatuhan nilai duit kertas 1997 dulu.

Mereka perlu seseorang yang pernah mengharunginya dengan berjaya iaitu Mahathir.

Selesai Perjuangan Mahathir


"Mahathir letak semua jawatan dalam Umno"

Saya terima berita yang menarik tetapi tidak mengejutkan ini daripada isteri saya sebaik sahaja pulang rumah dari pekan Sg. Buluh kerana membeli lauk-pauk disebabkan isteri mengistiharkan dapur tidak berasap. Puncanya bukanlah isteri bersedih atau ingin mencuba dasar keadilan bagi kaum wanita tetapi tekanan air ke rumah saya di hutan dalam Kuang ini sentiasa rendah sangat sehingga berjam-jam tidak terbitnya air dari paip dapur.

"What posts? He has no post! He has left Umno?", saya memohon penjelasan lanjut dari isteri saya yang memang bukan kelayakan kewartananan itu.

"That is what i hear. 'Letak semua jawatan'", tegas isteri yang tidak nampak apa bezanya 2 perkara yang saya timbulkan itu.

Saya pun terus memeriksa saluran alternatif kerana berita perdana tidak ke udara pada jam 2 petang. Malaysia-today.net ada ternampak berita yang sedemikan. Kemudiannya saya check Yahoo! dan confirm dari AFP yang memang beliau keluar dari Umno.

Tidak sempat saya nak menganalisa implikasi kabinet suruh Peguam Negara mengkaji tindakan ke atas mantan PM yang turut tersebut dalam kes video Lingam, dah Mahathir yang masyur dengan kata-kata 'perjuangan yang belum selesai', meletupkan sebiji bom tangan buatan dirinya sendiri.

Yang saya memang menduga sepertimana tulisan saya yang paling awal dalam blog ini mengenai gergasi Malaysia ini ialah yang Mahathir ini merupakan politikus paling handal abad ini dan tidak mudah Pak Lah atau Anwar atau sesiapa pun melainkan Yahudi yang mampu menundukkannya.

Saya rasa Mahathir sedang merancang gerak-geri politiknya untuk sajian umum. Saya tidak percaya Peguam Negara berani mahu berikan mikrofon kepada insan yang bernama Mahathir dalam kotak kandang OKT - orang kena tahan. Macam-macam akan terbongkar dari mulutnya yang tidak akan menuruti senarai protokol maupun kronologi kejadian nanti. Tahap Mahathir bukan dato dan datin. Tahapnya dari YAB sehingga DYMM.

Adapun pemberhentian dari Umno adalah untuk mengutarakan satu kenyataan politik paling dasyat yang boleh dibayangkan setakat ini. Iaitu bahawa perjuangan Melayu ini yang belum selesai pada zaman beliau menjadi PM kini sudah tamat. Bukan selesai tetapi gagal. Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa tidak gunanya dia berada dalam Umno kerana orang bukan Melayu sudah tidak ingin apa yang diperjuangkan oleh Umno. Mahathir menyebut perkara yang saya tidak berani sebut di sini takut-takut saya melanggar Akta Hasutan.

Mahathir sebut tidak apa kerana dia itu mantan Presiden Umno. Saya ini Cina yang sudah murtad bahasa Cina dan masuk Melayu pula tetap tiada hak menyebutnya. Cukuplah kita baca atau dengar akhbar rasmi nanti sebutir-sebutir ayat yang Mahathir ungkapkan. Pada teorinya Mahathir boleh kena dakwaan Akta Hasutan sekali lagi sehingga double charge. Tetapi saya rasa tidak. Ramai lagi Melayu yang mengungkapkan lagi kesat terhadap ketuanan Melayu dan Kesultanan Melayu yang dibiarkan begitu sahaja.

(hmm.. tadi saya kata takut sebut. Tetapi apa nak buat, sudah tersebut pada ayat yang lepas! Tak pe lah. Harap-harap saya boleh gunakan alasan saya Cina murtad dan masuk Melayu untuk kekebalan politk).

Pertama. Mahathir has nothing to lose. Jika mau kalah memang beliau tiada apa lagi nak buat. Hidupnya sudah sampai penghujungnya. Semua usaha terakhirnya untuk negara yang belum selesai tidak dihargai seperti Dinar, Open Source, Subjek dalam Inggeris, Jambatan Bengkok, Proton, Dwi-landasan dan mengurung Anwar dalam lokap.

Tidak lama lagi pula akan terbit kes Mahkamah Dunia mengenai tuntutan bersama sebuah pulau kecil dengan Singapura. Mungkin Mahathir sudah agak keputusannya dan ingin memulakan rentetan isu bagaimana Melayu itu sudah hilang hala-tuju dan akan tamat perjuangan asalnya.

Umno dulu terkenal dengan menentang Malayan Union. Tetapi ia juga terkenal dengan muafakat dengan MCA dan MIC untuk mencapai kemerdekaan. Kedua-dua parti itu pun sudah sampai penghujung perjuangannya dengan hampir tiada kerusi yang mencukupi maupun pemimpin yang selamat dan sihat.

Mahathir merasakan cara menyelamatkan Umno ialah dengan membersihkan kerusi penggantinya yang disangka bersih. Pengganti baru pun tidak dapat ditentukan Mahathir dengan tepat. Daripada Najib, kini pula Muhyiddin. Dengan terkeluar dari Umno, Che Det kini sudah membatalkan haknya bersuara dalam Umno. Beliau sekarang tidak boleh lagi menyatakan calon pilihannya.
Tetapi sebagai bukan ahli Umno apakah Mahathir pula berhak menghentam Umno dengan hentaman paling sinisnya? Apakah dia kini boleh mengeluarkan kata-kata yang menjatuhkan Umno tanpa takut dipecat? Apakah juga dia bersedia untuk dikenakan tindakan Akta ISA?

Jalan yang tinggal untuk Mahathir seterusnya ialah untuk mengeluarkan peluru-peluru yang mengejutkan. Seperti bahagian tertentu Akta Hasutan itu baik dimansuhkan kerana sudah tidak ada apa lagi untuk dihalang oleh akta tersebut. Ada lagi beberapa akta yang berkaitan dan saya lihat itu cara Mahathir mungkin menggunakan sekiranya dia dihadapkan ke Mahkamah. Iaitu tentang kesahihah semua akta tersebut dalam menyoalkan tindakannya sebagai Perdana Menteri dahulu.

Sains politik ialah satu jenis seni untuk mencapai satu kebaikan untuk satu tujuan tertentu. Dalam seni itu, segala cara adalah halal selagi ia membawa ke matlamat tersebut. Mahathir nampaknya bersedia menggunakan segala-gala taktik yang boleh dicapainya yang dia sudah terhafal dan hafiz menggunakannya. Mahathir pernah menyoal semua kuasa yang ada di tangan manusia. Daripada hak demokrasi, kuasa raja, kebebasan, keadilan, kronisma, fahaman ulama kepada mana-mana kuasa dunia pun.

Mahathir dikatakan berpemikiran pragmatik iaitu guna apa yang boleh diguna atau potong apa yang tidak guna. Sekarang Umno dan agenda Melayu sudah tidak boleh diperjuangkan lagi olehnya. Maka tinggalkanlah saja. Tetapi ini bukan satu tindakan akademik. Ia adalah tindakan yang amat politikal. Ia bertujuan untuk memghasilkan sesuatu. Mahathir mahu supaya sekurang-kurangnya apabila dia mati nanti yang perjuangannya yang tidak selesai berkubur dengan dirinya sendiri. Sekurang-kurangnya dia tinggal sebagai satu legenda yang degil sehingga hembusan terakhir.

Tindakan Mahathir macam tindakan militan berani mati. Tindakannya menampar muka habis mereka yang tertinggal dalam Umno sekarang. Kini mereka serba-salah. Apakah mereka harus buat dengan ungkapan berani mati ini? Apakah Mahathir ingin tubuh parti baru macam Onn Jaafar dulu? Beliau mesti sudah arif bahawa tidak akan pergi mana parti selain Umno yang sakti itu.

Mahathir mahu menentukan tempatnya dalam sejarah. Bahawa Melayu mencapai bintang dilangit dizamannya dan hilang metosnya di bumi pada kejatuhannya. Selepas ini tiada lagi suara yang mampu melaung tentang perjuangan kaum ini dengan benar-benarnya. Generasi akan datang akan lupa kata-kata saktinya.

Soalan saya, apakah Melayu itu bersedia untuk hilang hak paling istimewanya? Apakah mereka tahu pun apa makna tersirat dalam hak tersebut? Apakah ia adalah sistem kuota masuk IPTA? Atau potongan harga peratus dan kuota pembelian hartanah? Atau beberapa Akta hiasan yang memberi mereka kekebalan? Atau ia lebih dari itu?

Saya bukan Melayu. Saya tidak mempunyai hak. Tidak guna saya mengucapkannya.

Tidak Ingat Ini Hari Vesak

Seperti biasa bangun awal-awal, solat tahajud 5.20 pagi dan mengetuk PC bimbit kerana banyak kerja tertunggak dari http://www.adempiere.org/ yang perlu edit dokumen terbaru dari Mario Calderon, El Salvador yang merupakan seorang bekas pakar SAP yang berbini Jerman, boleh 3 bahasa.
6 pagi waktu nak solat berjemaah dengan anak-anak, Liyana pun bagi tahu saya hari ini cuti kerana Hari Vesak. Selepas solat saya pun bertanya kat anak-anak,

"Vesak itu untuk Buddha kan? Baik saya cerita sikit tentang Buddha ini.

Buddha yang saya ingat bukanlah nama sebenarnya tetapi gelaran atas kejayaan seorang Putera kerajaan India zaman dekat 2 ribu tahun dahulu iaitu 500 sebelum masihi. Namanya adalah Siddharta Gautama dan dia dilindungi ayahnya, Raja masa itu supaya Siddharta tak dapat lihat atau berjumpa apa-apa orang tua, sakit atau cacat.

Maka semua orang dalam kawasan istana adalah sihat-sihat, muda-muda dan cantik-cantik. "

Saya pun menuding kat peti TV sebelah kita dan berkata yang itulah apa yang disajikan dalam TV hari ini, dan iklan semua tempat dengan wajah dan gaya hidup senang-lenang supaya kita tidak sedar tentang hakikat pendeknya umur dan pertemuan dengan Allah. Saya pun bersambung cerita,

"Maka apabila Siddharta satu hari terlepas keluar dia terkejut besar sehingga tidak henti tanya-tanya tentang kenapa begitu keadaannya di luar. Dia pun sedar itulah realiti dan bertekad mencari jawapannya lalu meninggalkan istana, keluarga dan bakal tahtanya dan tidak kembali selepas itu sehinggalah dia mencapai Nirvana dan digelar Buddha".

Naquib menyampuk yang Buddha itu Cina. Saya jawab balik,

"Bukannn. Dia itu asalnya India. Tetapi penemuan dan ajarannya mempengaruhi sangat sehingga menjadi agama rasmi Korea, Jepun, Thailand dan sebahagian besar China. Tetapi tidak di negaranya sendiri iaitu India. Ini kerana Buddha itu asalnya dari Hindu. Kan India dah Hindu? Maka mereka kekallah dalam kehinduannya."

Saya pun terangkan yang mungkin dia salah satu nabi kerana terdapat 124,000 nabi dan ada ayat dalam Al-Quran yang setiap zaman dan setiap kaum akan dihantar seorang yang memberi amaran.

Ameera anak sulong saya pun bertanya,

"Jadi Buddha itu muslim ke?"

Soalan dari Ameera ini kadangkala membuat saya terhenti berfikir dan hampir-hampir tidak terjawab kerana tidak terfikir akan muncul bentuk soalan sedemikian. Pernah semasa Ameera berumur tadika lagi apabila saya mulakan siri kuliah saya mengenai tauhid dia pernah tertanya,

"Siapa jadikan rumput?"

Mengapa dia tidak tanya soalan canggih sikit seperti 'Siapa jadikan kapal terbang, kereta, aircond, internet?'

Saya pun cuba menjawab yang sekiranya apa yang Buddha ajar itu adalah menjurus kepada ilmu, tauhid dan akhlak mulia serta tidak menyekutukan Allah maka boleh dianggap muslim dan juga kerana tiada nabi lain yang menyeru selain darinya waktu zamannya.

Oklah, cukuplah ketagihan sekejap memblog ini. Dokumen yang berjela ini tiada orang nak edit. Juga duk tunggu-tunggu surat dan tiket dari kerajaan Nigeria yang akan sepatutnya singgah ke Berlin 27th Mei ini untuk bersama kontinjen Jerman dalam Expo LinuxTag. Ikut hati tidak berapa yakin mahu berjalan kerana pihak Nigeria tu terlalu lambat maklumbalas dan tarikh sudah dekat. Sudah solat istikharah. Tawakal kepada Allah yang sebaik-baik pengurus.
(gambar menunjukkan majlis sambutan pemusnahan patung buddha terbesar di Afghanistan oleh puak Taliban. Menjadi kontroversi besar kerana selama ini tidak disentuh patung-patung raksaksa tersebut. Turut diingatkan juga yang ikut kajian, Buddha pernah menegur pengikutnya jangan membuat patung dan menyembahnya).

17 May, 2008

Umur Israel 60, Kisahnya Bukan

Baru-baru ini Israel meraikan ulangtahun penubuhannya yang ke 60 tahun sejak tertubuh pada tahun 1948. Umur dan sejarah Israel sebenarnya adalah jauh lebih lama iaitu 3,400 tahun yang merangkumi zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak yang merupakan bapa kepada Bani Israel atau lebih dikenali dengan Yahudi. Nabi Ismail adalah anak pertama Nabi Ibrahim merupakan bapa kepada kaum Arab pula.

Dengan itu Yahudi dan Arab itu adalah bersaudara dan bangsa sepupu. Tetapi akhirnya merekalah yang paling berperang antara satu sama lain kerana Yahudi itu merampas sekeping tanah dari Palestin dan namakan dirinya Israel dengan pertolongan semua kuasa Barat masa itu yang sebelum itu menghancurkan kekhalifahan Islam Turki untuk laluan mudah hasrat tersebut.

Mengapa Israel perlu ditubuh secara rampas dan dalam abad yang lepas ini? Mengapa Israel tidak bernegara padahal sejarahnya cukup mantap, panjang dan bersejarah? Jika orang Melayu, mereka ada negara bernama Tanah Melayu. Orang Indonesia pun ada negara sendiri. Begitu juga orang Cina atau orang India. Masing-masing ada negara yang berdaulat yang tidak perlu dituntut dari tanah orang atau negara lain.

Sebenarnya puncanya bermula dari perhubungan istimewa Bani Israel dengan Allah itu sendiri. Bani Israel dianggap sebagai kaum pilihan Allah dan senantiasa dijanjikan dengan The Promised Land atau Bumi Suci Yang diJanjikan. Bani Israel cukup lain disisi Allah sehingga mereka didatangi para anbiya dan rasul yang tercatat dalam kitab wahyu Allah. Bani Israel cukup lain dari yang lain sehingga Allah menyelamatkan mereka dengan memisahkan satu Lautan Merah bagi mereka. Cukup special sehingga Allah turunkan tiga kitab kepada Rasul Yahudi dan dalam bahasa mereka iaitu Musa, Daud dan Isa (alaihi salatul wasalam) dengan kitab Torah, Zabur dan Injil.

Jika orang Melayu mengelar diri mereka bumiputera, orang Yahudi boleh mengelar diri mereka sebagai Syurgaputra. Janji Allah kepada mereka paling hebat sehingga akan dijanjikan The Promised Land. Di sinilah masalah Israel tercetus dan berpunca.

Bani Israel ini apabila mengetahui yang Allah membuat janji tersebut, mereka mula cuba mentafsirkannya dengan cara sendiri. Mereka bertanya,

"Aina al-Arḍ ul-Muqaddasah?" - Dimanakah tanah suci tersebut? Apakah tempat ini yang mereka tengah duduk itu iaitu Palestin sekarang Tanah Suci yang dijanjikan? Mereka merasakan tidak. Malah mereka sangka mestilah apa yang Allah janjikan itu pasti lebih hebat dari apa yang ada sekarang. Apakah tanah itu bukan di atas bumi ini atau lebih merujuk kepada Akhirat? Entah apa yang Yahudi itu fikirkan tetapi mereka pun rasa tidak.

Maka mereka pun berpindah pergi mencari mana Tanah Suci tersebut. Mereka merasakan mesti kawasan di lembah Sungai Nile yang amat subur dan hijau itu. Mereka sampai saja sana, Firaun yang berkuasa di sana terus menangkap mereka dan jadikan mereka hamba.

Sehinggalah Nabi Musa dilahirkan dan dibesarkan dalam Istana Firaun barulah mereka berpeluang melarikan diri menerusi Lautan Merah itu dan kembali kepada tanah asal mereka di Palestin. Tetapi mereka ini degil masih tidak puas hati yang tanah bumi dipijak tetapi hasil kurniaan Allah juga. Mereka ingin menyerahkan tanah itu dan pergi mencari yang lain. Mereka pergi ke Jerman. Hitler menyepak dan mencincang mereka.

Akhirnya mereka rasakan macam neraka duduk di atas bumi ini dan ingin kembali kepada tanah Palestin. Tetapi sudah terlalu lambat, negara mereka sudah tidak ujud sepertimana negara lain ujud. Maka itulah punca sejarahnya mereka terpaksa merampas balik tanah itu dari Palestin seolah menyesal tidak mengakunya dari dulu lagi malah seolah perlu memperkosa anak orang lain untuk mendapatkan keturunan sendiri yang mereka sendiri hilangkan.

Bukan sahaja itu yang mereka dustakan dari Allah. Mereka juga mendustakan janji Allah mengurniakan mereka seorang Al-Masih atau Messiah. Apabila Nabi Isa a.s. datang dan mengistiharkan dirinya sebagai Al-Masih mereka juga menolak hakikat itu. Sampai hari ini jika kita tanya Yahudi mereka kata Al-Masih masih belum menjelma.

Tetapi apabila kita tanya mereka apakah tanah yang mereka duduk itu dari Allah ke secara rampas, mereka akan kata bukan. Malah mereka akan kata tanah suci mereka sebenarnya dari Sungai Nile di Mesir sehingga Sungai Tigri di Iraq! Itulah Israel sebenarnya. Kata merekalah.

Jadi apa orang Islam buat terutamanya orang Arab yang tanah mereka ditengah-tengah itu dirampas oleh kaum luar? Mereka berperang tetapi asyik kalah. Sehingga satu hari Dr Mahathir terjumpa Yasser Arafat dan bertanya dengannya,

"Sudah berapa lama awak berdepan dengan Israel?"

Yasser menjawab, "50 tahun"

Mahathir, "Apakah anda berjaya mengusir mereka?"

Yasser, "Tidak. Sudah cuba macam-macam secara kekerasan pun tetapi tidak mampu".

Mahathir, "Berapa tahun lagi awak rasa perlu cuba sehingga dapat?"

Yasser, "50 tahun lagi kot. Saya pun sudah mati masa itu".

Mahathir, "Sesungguhnya jika awak guna taktik yang sama 50 tahun yang lepas untuk mengalahkan mereka dan gagal, awak dengan taktik yang sama masih akan gagal untuk 50 tahun lagi!"

(sumber semasa Mahathir membuat ucapan bersama Fahdil Nor Presiden PAS dalam satu majlis khas yang saya saksikan menerusi TV 10 tahun dulu).

Mahathir pun memberi ide dan pendekatan yang baru untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Negar-negara begitu menghormati pandangan Mahathir dan saya merasakan beliau betul dalam pendekatannya yang lebih pragmatik dan menyoalkan kepunahan cara lama yang terbukti gagal berturut-turut seperti meletupkan diri dan mengganas. Tetapi sayangnya kuasa yang didalangi Yahudi menentang Mahathir secara halus dan menjatuhkannya.

Kini Mahathir bukan berdepan dengan Pak Lah atau Anwar sahaja. Beliau diawasi oleh Bani Israel. Mereka tidak akan membenarkan mana-mana negara mengamalkan muamalah Madinah dengan kekhalifahan umat sejagat maupun wang emas serta perdagangan terbuka.

Malah semalam saya tertonton dari Al-Jazeera yang memaparkan perancangan jahat kuasa besar menguasai semua produksi makanan dan melimpahkannya ke India contohnya untuk membankrapkan petani kecil di sana supaya terpaksa menerima program IMF dan FAO yang menawarkan benih janin diubahsuai (genetically modified food) yang kononnya lebih berkhasiat dan cepat. Sebenarnya mereka mengawal dunia dalam satu program Genome DNA menerusi Google.

Siasatlah siapa kuasa belakangnya. Tetapi yang mencetuskan fikiran dalam saya ialah 2 hari lepas saya mencari maklumat tanda-tanda besar akhir zaman dan terjumpa ayat Gog dan Magog atau Yajuj dan Majuj yang seakan-akan nama Yahoo!, Google dan Microsoft. Dajjal dikatakan semacam Google yang mata satu yakni nampak seluruh dunia sekali gus.
Dan yang menangkap minda saya ialah tentang taktik Allah nanti menaikkan Mahdi untuk menyelamatkan dunia. Akan diberikan kepada Mahdi itu satu perkara dalam satu malam dan keesokan hari kuasa Mahdi itu tersebar luas ke seluruh dunia menghancurkan Dajjal itu.
Selama ini saya sudah mengesyaki taktik itu adalah virus dan alam terakhir nanti adalah alam siber. Ia seolah-olah magic kisah-kisah ini tetapi bukan. Allah tidak mencipta semua ini untuk main-main atau tanpa Haq dan Ilm. Sesungguhnya Allah atas segala itu setiapnya amat berkuasa.

16 May, 2008

Kelemahan Sistem Pendidikan

Bagi saya yang berpendidikan Inggeris sama dengan Razak Baginda semasa di SRJK Jalan Kuantan dulu dan kemudiannya bersambung ke Victoria Institution yang bahasa pentadbirannya juga dalam bahasa Inggeris, adalah begitu bernasib baik untuk saya dapat menguasai Anglais sehingga orang putih Ireland pun takut mau edit tulisan saya dalam projek ADempiere yang saya jadi pemimpin globalnya.

Saya turut mampu berbahasa Melayu sepertimana yang saya menulis ini walaupun dengan sedikit cacat-cela (sering dikoreksi oleh sahabat dari Paya Jeras) kerana terdapat beberapa subjek dalam bahasa Melayu semasa sekolah rendah lagi iaitu subjek Tawarikh, Ilmu Alam dan Bahasa Malaysia.

Selepas Peristiwa Mei 13 dasar kerajaan mengambil kaedah nasionalis negara lain seperti di Jepun, Thailand dan Indonesia yang berpegang kuat kepada satu bahasa satu bangsa. Secara umum dasar satu bahasa nasionalis masih mampu bersaing sekiranya cerdik pandainya menguasai bidang sains dan teknologi berperingkat dunia.

Namun sejak kebelakang ini tahap pencapaian dunia makin melonjak terlalu pantas kedepan dan bahasa Inggeris itu menjadi bahasa yang terlalu universal dan termaktub sebagai bahasa zaman Internet. Jepun dan Thailand yang tidak berbahasa Inggeris masih mampu bersaing diperingkat antarabangsa, tetapi kawasan Nusantara ini mengalami ancaman kerana generasi barunya tidak petah dalam bahasa komunikasi termasyur ini.

Malaysia ini kira mujur ada PM sebelum ini seperti Mahathir yang mampu membawa Malaysia ke pentas peringkat dunia pertama (first world) dan dihormati ramai sehingga orang Indonesia pun ada tegur saya semasa saya musafir di sana,
"Dulunya negara bapak datang ke kami untuk menuntut kedoktoran. Kini kami pula yang pergi Malaysia untuk belajar itu. Sudah terbalik!"

Dengan tiadanya Mahathir, arkitek sebenar Malaysia moden, negara kita mula mengalami zaman kejatuhannya. Bahasa Melayu yang sepatutnya maju tidak mencapai tahap yang disegani. Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) tidak mampu mengeluarkan buku yang mencukupi untuk mengejar perkembangan sains dan tekonologi dunia.

Kita tidak cukup penulis maupun penterjemah untuk mengalih-bahasakan ilmu yang sedia ada dari Inggeris, Jerman atau Perancis ke dalam Bahasa Melayu. Akhrinya rakyat kita yang berbahasa Melayu tidak mampu bersaing dengan kuasa luar dan asing kerana kandungan ilmu yang ada dalam bahasa kita tidak setaraf atau sehebat yang ada pada mereka.

Saya pernah dengar sasterawan negara, A. Samad Said pernah naik bengang dengan DBP kerana masalah royaltinya. Saya terbaca isunya lagi di sini. Ini adalah keadaan yang amat sedih sehingga Mahathir sebelum beliau meletak jawatan sudah melakukan tindakan yang drastik iaitu mengarahkan subjek Sains dan Matematik ditukar kepada bahasa pengantara Inggeris dan bukan lagi Bahasa Melayu yang berlaku sejak 1970 lagi.

Selepas 30 tahun dasar bahasa kebangsaan tertanam dalam sistem pendidikan dan dengan tiba-tiba dicabut sahaja atau dikembalikan kepada zaman sebelum ini adalah amat mengejutkan dan kini ramai NGO Melayu meminta supaya kembali kepada menggunakan Bahasa Melayu untuk subjek-subjek tersebut.

Saya rasa tidaklah jadi masalah bertukar balik tetapi apakah cukup buku dan majalah sokongan dan menarik dalam bahasa Melayu yang menarik kepada para pelajar kita? Yang menjadi masalah lebih besar sebenarnya ialah generasi baru kita terutamanya yang luar bandar dan berpendapatan rendah tidak mampu menguasai perkembangan dunia yang kebanyakannya dalam bahasa asing dengan baiknya.

Kelemahan dalam bahasa Inggeris begitu ketara bagi masyarakat luar bandar yang kebanyakannya masih bangsa Melayu meletakkan satu tembok penghalang untuk mereka maju ke peringkat dunia yang menggunakan bahasa Inggeris.

Negara membangun yang lain seperti India, benua Afrika, Filipina dan Singapura menggunakan bahasa Inggeris dengan lumrahnya. Mereka sudah jauh memotong kita dari segi kebolehan menyediakan modal insan yang berbahasa Inggeris.

Kini raksaksa baru Asia seperti China, Vietnam dan Thailand mula menguasai Inggeris disamping mempunyai penterjemahan yang mencukupi dalam bahasa tempatan. Indeks kebolehan kita akan makin meleset dan mundur.

Ada seorang kawan akauntan bertauliah memberitahu saya bahawa semua ini adalah salah DBP. Kepada saya tidak adil juga meletakkan semua kesalahan ke atas DBP. Apakah sekiranya DBP keluarkan banyak jodol hebat-hebat akan terbacakah rakyat kita?

Apakah rakyat kita suka membaca secara semula jadi? Kepada saya tidak secara relatif dengan bangsa lain. Maka apakah mereka itu akan menjadi masyarakat yang berfikir? Tentu sekali tidak secara purata berbanding masyarakat lain. Apakah kita membaca subjek sekolah saja? Jangan kata baca subjek yang luar dari kurikulum sekolah. Yang ada dalam kurikulum pun tidak terkejar.

Ada seorang kawan bekas BBMB dengan saya dulu pernah ambil Masters di UK dan kembali beritahu saya yang beliau nampak kedai buku di England penuh sampai beratur dan supermarket berkeadaan lenggang, terbalik pula dengan keadaan di sini. Perpustakaan Negara kita yang terletak di Jalan Tun Razak pun dalam keadaan yang tidak sehebat British Council yang terletak di Jalan Ampang.

Itu sebabnya saya merasakan kurikulum kita terlalu banyak dan tidak bermutu akhirnya. Hendaklah lebih kepada konteks bertafakur dan tidak membuang masa menghafal semata-mata. Akhirnya pelajar kita menjadi ulat dan sayur - jumud dan lesu dibuatnya minda mereka.

Sistem pendidikan kita juga adalah hasil peninggalan sistem penjajah. Perlu ada kaji-semula dan dilihat kehebatan kaum Melayu yang lebih kepada pertukangan berasaskan tangan seperti automotive, pengkomputeran dan eksperimen. Semasa saya berada di Cape Town, Afrika Selatan saya kagum dengan kehebatan Melayu disana yang rata-rata maju dalam bidang pertukangan halus masing-masing.

Tetapi sistem vokasional kita membazirkan tenaga muda-mudi kita dengan memulakan kurikulum teknikal pada peringkat selepas PMR dan bukan semasa sekolah rendah. Begitu juga kandungan vokasional kita tidak menjurus kepada subjek yang menarik dan tersendiri seperti pertukangan seni halus, fesyen, masakan, dan semestinya bidang kesukaan saya iaitu Epistemology dan Metaphysics.

Akhirnya saya meninggalkan alam persekolahan semasa umur 19 tahun dan mengendalikan sistem pendidikan sendiri iaitu The University of Life yang tidak henti-henti sehingga akhir hayat.

(gambar hiasan suasana di gedung buku kesukaan saya kerana boleh duduk selesa baca tanpa membeli)

Mujur Kamu Lahir Islam

Saya tengah bersembang dengan seorang sahabat yang merupakan seorang insignieur handalan bahagian geoteknik yang senior yang bumiputra yang muslim dan yang amat sedar tertarik dengan soal cabaran kepada umat Islam hari ini.

Kami berbincang tentang soal masalah murtad dikalangan mereka yang dikatakan masuk Islam kerana kahwin dan tidak kerana keikhlasan kepada Allah. Lalu saya terunggap kepadanya,

"Mujurlah orang Melayu kita ini lahir Islam!" Maksud saya ialah begitu senang nampaknya bagi kaum Melayu kerana tidak perlu peluk Islam kerana sudah lahir dalam keluarga Islam.

Tetapi soalnya apakah kita yang lahir Islam tidak perlu belajar, mengenal, mendalami hatta 'memeluk' Islam dengan pelukan yang kuat atau sekali lagi peluk Islam sekiranya tidak pernah faham sebelum ini?

Apa sekiranya kita ditentukan Allah yang bebas dalam pilihannya dimana Allah menentukan kita dilahirkan sebalik apa keadaan sekarang? Bagaimana sekiranya kita tidak dilahirkan dalam keluarga beragama Islam? Atau kita dibesarkan oleh kaum kufur? Apakah kita sendiri boleh mencari jalan kembali kepada agama Allah yang sebenarnya?

Bagaimana sebagai seorang yang lahir sebagai seorang beragama Kristian atau Buddha atau tidak beragama anda mungkin sampai kepada kebenaran tersebut? Apakah anda akan tafakur sedalam-dalamnya tentang kejadian anda? Atau anda akan menunggu sahaja kilat hidayah daripada langit. Buat masa ini biarlah saja dulu. Entah apa hendak jadi kepada anda itu.

Hari ini kita menganggap diri kita sudah selamat kerana lahir-lahir saja sudah dengar azan. Apakah kita menurut Islam yang wajib kita pelajari terutamanya apabila akil baligh kemudiannya? Apakah ada sedikit sayang dan kasih dalam hati kita kepada kekasih Allah dan seterusnya kepada yang Al-Wadud, Yang Maha Mengasih?

Apakah kita ada rasa terpegun dan cukup insaf tentang hakikatnya kita ini dimasukkan Islam atau kita ini sebenarnya masih belum Islam tetapi tengah diuji atas keislaman kita? Dan selagi kita tidak mengorak langkah kepada ilmu Allah itu maka tidaklah dikira kita ini Islam lagi?

Apakah anda mendirikan solat sembahyang siang dan malam dan berdoa kepada Yang Maha Pencipta tanpa menyekutukanNya dengan mana jua perkara lain seperti tangkal dan manusia? Mereka itu semuanya bersifat wahm yakni ilusi! Apakah dalam hati anda tiada sedikit pun ingin berjumpa denganNya?

Akhir sekali apakah kita yakin seyakin-yakinnya bahawa di Padang Masyar Allah esok kita tergolong sebagai muslimin yakni tunduk kepada Allah dan hukumnya atau kita ini sebenarnya adalah Islam hanya pada label dan ritual dan tidak sebenarnya ada apa-apa yang dikatakan dalam jiwa yang lekat Islam atau spiritual yang sebenarnya? Tentu sekali kami berlindung dengan Allah dari semua keadaan seumpama itu dan mengharapkan hidayahNya yang senantiasa ke atas kami hamba-hamba yang tidak mengetahui melainkan sedikit yang Allah kurniakan.

Sesungguhnya kepada Allah lah segala pengembalian itu dan kepada Allah segala kebenaran itu. Amin!

(gambar hiasan - solat berjemaah oleh saudara kita di Jerman yang telah memeluk Islam
gambar 2 - mereka berdoa ditengah-tengah pasar Jerman untuk melakukan dakwah memanggil manusia kepada Allah wa Rasul demi menjadi khairatul ummah fi Madinah Al-Munawwarah. Semoga Allah mengabulkan doa mereka dan mengolongkan mereka dalam kalangan mereka yang salihun)

15 May, 2008

Allah Yang Maha Cantik

Kecantikan wanita senantiasa mempegun lelaki insan, sekurang-kurangnya saya yang boleh mabuk jika tidak jaga-jaga menonton kecantikan tersebut. Akhrinya saya sedar ia tidak lain tidak bukan ialah kerana kehebatan Allah itu sendiri sepertimana dalam ayat,

"Huwal laahul Khaaliqul Baari 'ul Musawwiru lahul 'Asmaa-'ul-Husnaa: yusabbihu lahuu maa fis-samaawaati wal-'arz: wa Huwal-'Aziizul-Hakim." (Sura 59: ayat 24)

Musawwiru bermaksud yang Maha Membentuk (The Fashioner) yakni Allah adalah yang mencantikan segala rupa bentuk yang kita saksikan dalam diri dan di luar diri kita. Kecantikan wanita itu adalah semata-mata rupa bentuknya dan tidak ada unsur silap mata atau keajaiban pada dirinya sendiri. Segala bentuknya itu mengikut formula dari DNA yang Allah berikan turun-menurun dari Bani Adam lagi tanpa suntikan yang lain selain dari Allah.

Apabila kita mengubah sedikit bentuknya maka hilanglah kecantikan tersebut dan kita pun sangka wanita itu hodoh padahal Allah menarik sifat musawwirnya sahaja. Wanita itu tidak lain tidak bukan hanya cermin kepada bayang-bayang cahaya Allah yang Maha Cantik Lagi Mencantikkan (Musawwirul Husnaa). Comotnya sikit saje cermin itu, maka cahaya itu tidak kelihatan sesempurna itu.

Kemuncak kecantikan wanita itu ialah apabila cermin itu bersih tanpa perhiasan, kincu atau makeup. Malah cermin itu licin tanpa penutup dan bebas membalikkan kecantikan dari Allah dan itu adalah kemuncak persembahannya kepada yang Allah subahanahuu wata'alaa jadikan.

Lelaki inginkan wanita itu pada fitrahnya yang tidak berpakaian lain dari apa yang sediakala.
Sebagai fitrah insan yang Allah jadikan sebaik-baiknya, lelaki dan wanita itu apabila sampai akil baligh yakni dalam umur sekitaran 13 ke 16 sudah boleh mendirikan rumahtangga. Inilah amalan orang dulu-dulu sejak zaman Nabi Adam. Tetapi hari ini fahaman berasaskan pendidikan masonik menganggap semua unggapan ini purba dan tidak sesuai. Maka timbullah segala gejala sosial dan psikologi dimana insan itu sudah hilang akal kesiumanannya sendiri.

Ramai yang tidak menyedari kecantikan itu daripada mana lalu menyembah cermin itu sendiri lalu murtad dari menyembah yang sebenarnya. Ramai yang menyembah cermin addin Allah iaitu Islam itu sendiri, yakni ritualnya dan lupa tentang Allah, yakni spiritualnya.

Islam itu hanya addinul fitrah dan jalan pertukaran janji jual-beli kita denganNya dan bukanlah matlamat hakiki. Sesungguhnya Allah akan menyedarkan kita sekiranya kita lupa. Jika tidak di dunya ini maka akan pasti di akhirah nanti.

Dalam Al-Baqara ayat 152
"Remember Me and I shall remember you. Be grateful unto Me and deny Me not." - Ingat kepada Daku nescaya Aku ingat kepada kamu. Bersyukur kepada Daku dan jangan kufur kepada Daku"

(gambar atas - Muslimah baru Jemaah Murabitun di Potsdam, Jerman yang kebanyakan mereka memeluk Islam di bawah Shaykh Abdal Qadir As-Sufi)
gambar bawah - Salah satu majlis perkahwinan jemaah Murabitun di Potsdam)

14 May, 2008

Saya Cina Murtad

Minggu lepas saya dapat menghadap temanku dari Paya Jaras kerana kali ini notis untuk berjumpa tidaklah short notice. Kali ini saya mengunjung ke pejabat beliau di Mutiara Damansara. Oleh kerana sudah dekat waktu maghrib, beliau ajak saya bersolat dulu di Surau berdekatan sebelum kita minum-minum sambil berbual-bual penuh.

Selepas solat, kami berjalan ke sebuah restoran melayu yang hanya berdepan dengan surau lalu mencari tempat duduk yang sesuai. Saya perhati disekeliling kami ramai 'couple' muda-mudi yang berstail pakaian yang menunjukkan mereka ini pelajar IPTS agaknya. Mereka pula duduk secara berpasang-pasangan yakni seorang lelaki kepada seorang perempuan. Mereka itu melayu muslim nampaknya kerana calon perempuannya memakai tudung kepala dah raut wajah ayu melayu.

Tetapi stail pakaian adalah menutup kepala sehingga sehelai rambut tidak kelihatan tetapi rupa bentuk badan iaitu tentu sekali mengikut DNA ciptaan dari Allah, malah mewah juga kelihatan kawasan ketat walaupun masih sopan bagi mata orang Cina. Saya tidaklah merenung sangat kat para couple tersebut kerana terdapat juga pelajar yang berkedudukan di meja-meja sekeliling kita secara tidak berpasangan. Ada yang sekelompok gadis melayu pada satu meja secara tanpa seekor kumbang menghinggap kat mereka.

Yang berpasangan lengkap pula tadi ada yang lelakinya nampak dari luar negeri tetapi macam dari negara muslim timur tengah. Yang menarik lagi pandangan ialah cara mereka duduk iaitu agak rapat-rapat dan percubaan bersentuhan pun ada.

Mengapa asyik pula saya memandang ke aktiviti sedemikian? Maklumlah, kita ini tertarik dengan kontradiksi dan paradox sosial dan agama. Hadis kata tutup rambut, kita tutup. Quran yang jauh maksum kata tutup rupa bentuk badan, tetapi hanya Allah yang tahu, bagaimana tergodanya saya kadang-kadang dengan rupa bentuk gadis melayu hari ini.

Quran juga kata 'tundukkanlah pandangan kamu' dan maka jahatnya saya terkata semua yang di atas tanpa teguran. Alhamdulilah, mujurlah saya tegur diri saya di sini.

Apabila sampai berita perdana, kaca TV separuh raksaksa yang digantung oleh pengusaha restoran pun memaparkan tajuk berita iaitu kes murtad seorang wanita Cina yang dapat memenangi kesnya kerana membuktikan yang dia itu tidak pernah kenal dan mengamalkan Islam. Suami barunya dari Iran juga telah hilangkan diri selepas 4 bulan mutaah, agaknya. Saya sebut 'mutaah' kerana saya faham juga sikit tentang amalan orang Syiah Iran. Saya sebut agaknya ialah kerana saya bukan saksi perkahwinan itu. Saya cuma cuba agak kerana musykil bagaimana boleh meninggalkan isteri selepas 4 bulan dan tidak ditarbiyahkan isteri baru dari agama lain kepada Islam.

Kan sedih? Kahwin dengan orang lelaki yang kononnya Islam? Entah cara itu nikah ke kahwin kontrek. Lepas itu lelaki itu tidak dibicara. Yang dibicara ialah nyonya yang gedempul sikit ni. Jika dia tidak segedempul itu dan secomel gadis-gadis yang duduk pada meja-meja lain dalam restoran itu, tentu sekali saya melancarkan jihad menyelamatkan nyonya itu daripada murtad.

Tetapi saya ingin bertanya. Apakah dia itu betul-betul murtad? Selalunya hukum murtad ialah untuk mereka yang sudah Islam secara sah. Maka tertimbul soalan apakah dia itu betul-betul Islam sebelum ini? Apakah pengalaman seks kontrek selama 4 bulan itu adalah pengalaman dan pengajaran Islam? Apa yang dia dapat belajar melainkan enaknya hubungan seks? Sembahyang masih cara Buddha dan makan masih cara bantai?

Terlayang pula fikiran saya kat pasangan yang baru menguasai satu meja sebelah kami yang juga berfesyen yang saya gambarkan tadi. Agak mesra cara 'coupling' mereka dan amat menjaga konsep tutup rambut sampai habis tetapi tidak perlu menyembunyikan rupa bentuk buah dada, lengkuk perut dan kebulatan punggung. Issh.. jahat sekali mata saya ini!

Tetapi otak saya cuba memberi rasional ke atas kejahatan saya. Apakah mereka itu juga betul-betul Islam? Macamana saya tahu mereka itu Islam? Saya ada tanya kad pengenalan ke? Mana tahu, orang Indon Batak yang beragama Kristian? Saya pernah naik bersama kereta puteri Deli ke Beras Tagi dulu dan ternampak orang rupa Melayu dan bersongkok melayu tetapi mengunjungi gereja dan gadis mereka berpakaian sister nun. Supir kereta pun beritahu saya mereka itu orang bangsa batak Kristian yang biasa makan babi. Patutlah nampak banyak gerai yang tertera perkataan, "Kedai panggang babi" sepanjang jalan tetapi orang sewarna kulit kita duduk makan-makan dalamnya.

Berbalik pula kepada gadis rupa Melayu tadi, oops! takle takle... nanti jahat lagi pandangan saya. Kena main imaginasi pula. Oleh kerana mereka itu tidak menuruti hukum dari Al-Quran tetapi hanya hukum dari sebuah hadis sahaja, apakah saya boleh anggap mereka itu seagama dengan saya? Atau apakah mereka itu daripada mazhab baru seperti Ahmadiah atau Bahai yang mengaku dari Nabi Muhammad tetapi diisithar sesat dan fasiq oleh jumhur ulamak?

Allahu Akbar! Lagi silap besar saya. Kan saya sudah letak perlembagaan dalam blog saya bahawa Allah tidak akan tanya saya tentang orang lain tetapi Allah akan tanya saya tentang apa saya lakukan? Astaghfirullah! Baik saya kutuk diri saya sekarang.

Saya ini sebenarnya adalah Cina murtad. Dulu-dulu memanglah emak saya rotan saya sehingga saya terhafal semua perkataan bahasa Cina dalam buku dan saya dapat tempat pertama 2 tahun berturut untuk subjek POL (pupil's other language) yakni bahasa Cina malah mengalahkan rakan lain yang berbahasa mandarin sepenuhnya. Saya pula berbahasa Hokkien dan Kwantung di rumah tetapi lebih kepada bahasa Inggeris dan Melayu kerana duduk berek tentera di Kem Wardieburn.

Tetapi setelah meninggalkan rumah ibubapa dan masuk Islam akhirnya saya murtad Cina pulak. Tak ingat kebanyakan hafalan saya dulu. Nama saya dalam bahasa Cina pun saya hampir-hampir lupa. Mujurlah ibu saya masih hidup lalu dia tulis sekali lagi nama saya bagi saya hafal kembali iaitu Wen BauXin, yang sama 'seh' dengan Wen JiaBao iaitu Perdana Menteri China sekarang.

Itulah kerana saya insaf atas kemurtadan saya terhadap bahasa Cina yang mana semasa saya berdialog dengan kaum saya dalam majlis-majlis anjuran PAS-CCC (Chinese Consultative Council) yang ditubuhkan oleh kami Cina dalam PAS pada tahun 1985 dulu, saya telah dikecam kerana tidak boleh berbahasa Mandarin.

"Awak Cina murtad!" Kamal Koh memberi amaran kepada saya. "Nanti awak bangun bercakap, Cina mesti marah awak!

"Ya, saya murtad Cina ini ialah kerana dasar kerajaan yang menafikan hak kejadian fitrah saya dari Allah!", disambut tepukan sorak dari hadirin Dewan Perhimpunan Kabilah Kung Tsai, di Taiping yang penuh dengan Cina-cina pada salah satu majlis dialog itu.

"Tetapi saya boleh berbahasa Melayu sehingga Mahathir tidak boleh menafikan mesej saya hari ini untuk keadilan kepada kita!", tepukan makin kuat-kuat kawan-kawan Cina kita.

Dengan itu, saya menasihati kawan-kawan pembaca di sini. Hantarlah anak-anak anda ke SRJK Cina sepertimana saya dan ramai lagi Melayu yang lain telah hantar anak-anak kami. Tuntutlah hak kebebasan mampu menguasai tujuh bahasa yang dikurniakan Allah yang juga menganjurkan kita berdakwah kepada semua InsanNya di atas mukabumiNya.
(gambar hiasan di atas:
1 - Amoi sembahyang dalam kuil Cina
2 - Contoh pakaian secara kontroversi yang saya maksudkan. Maaf sekiranya menganggu pembaca budiman lagi beriman :) )