08 July, 2008

Apabila botol dibaling ke arah PAS

Satu hari dalam perhimpunan PROTES pada Ahad yang lepas, saya telah membawa keluarga saya yang seorang isteri, 2 anak perempuan serta 2 anak lelaki memasuki Stadium di Kelana Jaya pada pukul 5 petang tidak tersangka akan menyaksikan satu kejutan. Dapat juga saya mengalami bersama-sama peristiwa anih dimana seorang penyanyi rockers Alak kena pukul selepas menyanyi sebuah lagu bernama 'Jilat' yang mengaksikan punggungnya.

Sampai sahaja kita ke perkarangan stadium isteri saya terus tertarik dengan gerai-gerai jualan lalu pergi 'shopping' pulak dia. Saya teramat sangat hendak datang pada hari itu untuk mengukur suhu dan suasana 'Protes Sejuta Rakyat'. Ingin sangat mahu tahu apakah berjaya ke tidak hasrat mengumpul seramai bilangan tersebut. Terlintas pula ingin berarak sekiranya boleh mengembalikan nostalgia semasa saya dulu pernah turun ke jalanan dan ditahan polis.

Saya memasuki stadium dengan perasaan agak hampa kerana cukup besar kekosongan padang maupun tempat duduk disekeliling. Masa itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tengah berucap. Saya berpusing badan balik keluar untuk mencari rombongan isteri supaya kita memasuki ke dalam dan duduk di atas padang yang luas dengan matahari mula terlindung semestinya cukup redup dan nyaman kepetangan yang agak berpesta. Harap-harap juga dapat bersua dengan kawan-kawan lama nanti.

Kami memilih tempat dalam kawasan penalti pintu gol sebelah kiri pintu masuk besar stadium. Selepas satu penceramah habis cuba membakar semangat hadirin yang saya jangka hanya 3 ribu orang, kumpulan rockers Bahagian Injin Kereta entah apa nama pasal tak dengar dengan mudah namanya. Kelihatan jauh di pentas tempat duduk pintu masuk utama seorang penyanyi perambut lebat panjang melompat dan menjerit lirik yang langsung tak dapat ditangkap.

Selepas beberapa buah lagunya yang saya anggap memang tidak akan diterima oleh hadirin yang kebanyakannya fahaman PAS, saya cuba buat releks dengan membaring atas padang serta menenung ke langit yang putih kebiruan menikmati suasana, dengan keluarga saya asyik bersosek sesama merka tidak kira dimana mereka berada.

Tiba-tiba kedengaran jeritan dari belakang stadium dan di depan pentas. Saya terbangun tertanya kat isteri apa yang sudah terjadi. Isteri dan anak perempuan sulong menjawab ternampak penyanyi menarik seluar panjangnya kebawah dan ternampak punggungnya yang berseluar dalam biru. Yang saya terperasan ialah jeritan 'Jilat'.

Keadaan bertambah kecoh apabila ternampak botol plastik dibaling kuat oleh penonton sehingga sampai ke atas pentas kugiran rockers dan ada botol-botol yang sampai lebih atas iaitu ke kawasan penceramah yang diduduki oleh penganjur dan pimpinan PAS.

Saya masih agak jauh dan tak dapat melihat siapa adalah siapa, cuma masih ada botol melayan ke atas mengena orang-orang yang berada disekeliling pentas. Ramai petugas di atas sana menjerit kembali meminta bertenang. Tetapi jeritan memaki dari bawah tetap melawan. Penyanyi sudah ternampak dikasari, ditarik dan terjatuh hilang dari pandangan.

Hishamudin Rais terus berucap memohon maaf serta cuba memberi alasan apa sebenarnya terjadi. Namun beberapa orang yang berdiri betul-betul di bawah dan depan pentas di atas trek stadium memaki balik seolah mahu memukul Rais yang jauh di atas pentas. Akhirnya Dr. Lo Lo mencapai mikrofon dan berucap menenangkan keadaan.

Peristiwa ini agak mengejutkan kerana perangai mereka yang memprotes dalam Protes ini tidak nampak orang yang sesuai untuk bersama Protes. Tetapi suara jeritan bantahan saya terdengar sekeliling stadium seolah hampir semua yang protes tingkah laku rockers itu. Sepatutnya mereka memberi peluang kepada penganjur membetulkan keadaan setelah disedari semua apa yang telah berlaku. Tetapi ada beberapa jaguh yang ingin menunjuk kehebatan mereka protes serta berlari menghampiri pentas dan cuba mahu menambah tumbukan ke atas tubuh badan rockers.

Itulah suasana yang boleh mengajar kita sesuatu. Untuk membaling sebuah botol ke arah sesiapa cukup senang dan pantas. Provokasi sedikit sahaja tangan dengan mudah tanpa usul periksa boleh memalingkannya. Dulu kita orang yang baling, sekarang kita yang kena baling.

Apabila kita sudah menjadi kerajaan dan menjadi penganjur, barulah kita tahu bagaimana begitu payahnya dan tidak mungkinnya bertindak serta-merta. Perlu masa dan sumber. Banyak tenaga diperlu untuk merancang, melaksanakan dan menjayakan keadaan. Sebagai pemerintah kita perlu bertenang, mengawal keselamatan dan mengerakkan program yang berangkaian begitu banyak belanja, tenaga dan masa. Tetapi bagi pemaling botol ia tidak perlu masa. Tidak perlu berfikir. Tidak perlu bertanggungjawab. Terus capai botol dan baling tidak kira kepala siapa yang terkena.

Ada seorang sahabat saya yang baru saya dapat kenal beberapa minggu yang lepas turut berada di sana dan beliau mempunyai kisah yang lebih rapat dengan suasana kejadian. Bolehlah membacanya di sini http://aminiskandar.wordpress.com/2008/07/08/protes-6708-pengalaman-penulis/

02 July, 2008

Satu Hari Dalam Kisah Sodomi

Menurut watak fiksen Sherlock Holmes, "When you have eliminated the impossible, whatever remains, however improbable, must be the truth." - Sekiranya anda sudah menolak semua hujah yang mustahil, maka apa yang tertinggal walau macamana tidak mungkin, adalah yang benar.

Jadi apa yang mustahil? Hmm... menarik. Daripada muka-muka pemimpin BN mereka nampaknya tidak tahu menahu. Maka ada dua kemungkinan. Satu ialah ada pihak lain berkomplot untuk mereka tanpa memberi tahu kepada mereka. Kedua ialah memang bukan dari pihak mereka!

Mengapa Washington begitu cepat memberi amaran kepada kerajaan? Pertama mungkin Anwar yang hubungi mereka serta merta semasa kes itu disedari tercetus. Kedua, mungkin Washington yang sudah tahu dan merancang sebelum itu!

Tetapi ada beberapa dari kenyataan Anwar yang cukup mendedahkan beberapa perkara. Pertama, mengenai cara dia memasuki kedutaan Turki. Beliau kata dirinya dijemput. Duta Turki kata tidak. Anwar balas yang mesti ada kuasa lebih tinggi dari duta yang membenarkan, kerana jika tidak, tak kanlah Anwar boleh masuk saja ke kediaman duta tersebut.

Mengapa Anwar ingin sangat menyatakan yang ia dijemput dan bukan dia yang meminta tanpa jemputan? Nampak sangat Anwar lebih mementingkan imej diri daripada imej duta. Katakanlah duta itu betul-betul jemput beliau, dan duta itu pula mengubah pendirian lalu tidak mengaku. Mengapa Anwar tidak mempertahankan kawannya yang sudah melindunginya dan telah mengambil risiko menyebabkan krisis diplomatik diantara kedua-dua negara? Mengapa menjatuhkan air muka duta tersebut? Bukan sahaja itu. Anwar kata 'ada kuasa lebih tinggi'. Jika adapun mengapa didedahkan? Ini membantu musuhnya mengenal strategi dan kekuatan dibelakangnya. Tetapi mungkin juga tidak ada kuasa tersebut. Mungkin sekali lagi Anwar cuba mempertahankan imej peribadi.

Mengapa Anwar mendedahkan dua lagi langkah yang dirancanginya? Pertama ialah rancangannya untuk membawa 4 ahli BN lompat pagar. Kedua ialah yang dia akan mengumumkan pilihanraya kecil untuk dirinya. Mengapa didedahkan begitu cepat? Kerana untuk membuktikan yang ini adalah perancangan BN sebagai langkah BN sabotaj segala itu? Katakanlah Anwar tidak dedahkan. Apakah tidak yakin rakyat bahawa tuduhan sodomi itu adalah palsu? Selalunya seseorang yang tidak salah hanya sekadar membuktikan alibi atau saksi yang menafikan bagi pihaknya sahaja. Cukuplah sekiranya anak atau isterinya atau beberapa orang awam mengesahkan dimana Anwar berada pada hari tersebut. Itu sudah cukup menuding jari kepada teori konspirasi musuhnya terhadap dia.

Firasat saya tuduhan sodomi itu semestinya palsu. Jika tidak maka pembacaan saya terhadap manusia itu memang out habis. Tetapi mengapa Anwar melatah kuat sangat sehingga terdedah rahsia lain? Saya percaya musuh sebenarnya hanya ingin tahu rahsia politiknya seperti berapa bilangan katak nanti yang merupakan lebih penting kepada survival BN dan bukan kes sodomi. Maka kes tersebut hanya merupakan cloth of the matador atau kain merah menipu lembu. Mereka tahu kelemahan Anwar yang mudah melatah lalu memainkannya dengan kes yang menghantuinya sebelum ini.

Maka dengan itu, kes sodomi ini tidak akan melekat dan Anwar tidak akan diapa-apakan. Musuh cuma mahu Anwar sendiri bocor rahsia. Rupa-rupanya Anwar hanya ada 4 anggota dewan, bukan 30 anggota yang diperlukan.

Rupa-rupanya juga Anwar banyak merujuk kepada kuasa lebih tinggi di luar. Sekiranya Cina komunis yang kena tangkap, percayalah sampai seksa mati pun dia tidak akan bagi tahu rahsianya atau rancangan Chin Peng ingin meletup ini ke atau sabotaj itu. Ini tidak. Tak ya tangkap ahli PKR untuk diseksa sehingga bocor rahsia. Cuma cuit ketua defactonya habis semua keluar. Semua tanpa diminta.

Mengapa Anwar tidak bertenang dan menghadapi sebarang kemungkinan? Katakanlah kemungkinan berikut:

1) Anwar ditangkap. Barulah dunia luar tahu dan Pak Lah tergolong dalam kategori Mugabe dan akan menghadapi tekanan dasyat dari pandangan dunia. Bukankah ini amat baik bagi karier Anwar?

2) Anwar diapa-apakan. Sekali lagi bukan sahaja dunia akan mengutuk kerajaan kita, tetapi besar kemungkinan rusuhan terbuka akan berlaku dan kerajaan lagi cepat jatuh.

Dengan itu, mengunakan cara Sherlok Holmes, kedua-dua kemungkinan itu payah berlaku. Ia sebenar tidak berlaku pada tahun 1998. Harus ingat, Dr. Mahathir hanya pecat Anwar kerana komplot Anwar ingin menjatuhkan PM secara terang-benderang dan Mahathir tidak melakukan apa-apa secara langsung seterusnya. Adalah orang lain yang mengapa-apakan Anwar. Orang itu pun sudah kena dakwa dan tersabit. Hukuman penjara ke atas Anwar pula adalah dikeluarkan oleh seorang hakim. Kini hakim itu pun sudah tidak beraksi atau mahu beraksi dalam gelanggan yang sama.

Bukan sahaja isteri Anwar mengingatkan 1998 jangan berulang. Orang-orang sekitar 1998 pun tidak ingin ia berulang atau sudah tiada lagi untuk berbuat demikian. Kena cari orang baru.

Saiful adalah orang baru. Tetapi cerita sodomi adalah cerita lama. Ada sesuatu yang tidak kena. Samalah semasa kes Mat Sabu ditangkap berkhalwat dengan isteri orang. Beliau enggaan menjawab soalan saya. Beliau ingin saya puas hati dengan hanya jawapan yang mereka itu berkomplot kerana serbu biliknya terlalu pantas - tak sampai beberapa minit. Soalnya apakah anda boleh seminit pun berdua-duaan dengan seorang bini orang lain? Jangan kata seminit, sesaat saya berdua-duan dengan sesiapa pun akan tertimbul tanda-tanya dalam diri saya sendiri yang saya ini cari pasal. Mana pergi pengiring? Mana pergi muhrim? Mana pergi akhlak agama?

Dalam kes Mat Sabu, dia salah dari segi objektif kerana mudah definasi khalwat dan telah ditangkap sedemikian. Macam melanggar lampu merah. Apabila polis nampak awak lintas lampu merah walaupun 3 pagi, anda dikira salah secara objektif. Dalam kes sodomi ia tidaklah objektif. Kerana tiada serbuan dan tiada tangkapan semasa kejadian, bukan macam dalam semua kes khalwat.

Dengan itu, perancang kes sodomi ini tidak berniat kes ini terbukti. Mereka hanya mahu Anwar melatah dan mendedahkan kelemahannya. Mereka mesti sudah ada bukti bahawa Anwar tiada cukup calun untuk lompat dan juga bergantung rapat dengan kuasa luar. Tetapi dengan BN mentomahkan dua fakta itu tidaklah berkesan. Lebih baik Anwar sendiri yang mengungkapnya. Itu namanya psikologi songsang.

Bagaimana pula sekiranya Anwar sendiri yang merancangkan? Jika begitu, maka tiada nampak apa-apa faedah kepada dirinya melainkan ingin campur tangan asing. Nampaknya itu tidak berlaku kerana kerajaan tidak melatah.

Begitu juga serangan dakwaan Raja Petra terhadap TPM dan isterinya. Tuduhannya itu kepada saya tidak lojik dan mesti bertujuan lain iaitu cuba mendesak satu tindakbalas emosi besar-besaran. Adalah amat payah membuktikan Rosmah ada ditempat kejadian pada saat kejadian melainkan ada gambar dan ada saksi yang sanggup mengaku. Lapuran bertulis tidak mengcukupi dan boleh dicabar.

Akhirnya tuduhan Anwar terhadap AG dan IGP juga sudah disiarkan dan amat menghampakan adalah ia bukanlah bertaraf tinggi seperti membongkarkan yang mereka cuba mengubah ujian DNA atau mereka cuba menyuntiknya dengan dadah misteri atau mereka cuba memaksa saksi kes.

Mereka dua ini membuat tuduhan seolah ia amat muktamad padahal kepada saya lebih muktamad ialah mendedahkan kes-kes sepertimana yang CheDet tengah mendedahkan. Dan CheDet tidak pun lari ke kedutaan Zimbabwe atau meminta jaminan dari Pak Lah jangan diapa-apakan dirinya yang sudah uzur.

Balik kepada kes Altantuya, dengan menggunakan lojik Sherlock Holmes, bapa Altantuya ada sebut tujuan anaknya datang Malaysia. Samada TPM ada bersama ARB ke tidak bukanlah isu kerana memang Najib rapat dengan Razak Baginda itu. Itu boleh diterima dan tentu pembangkang ingin dikait-kaitkan sangat.

Jika TPM ingin bunuh Altantuya takkanlah guna bodyguard sendiri dan masih hampir dengan rumah sendiri. Dan takkanlah polis berani membuka fail. Jadi apabila yang mustahil sudah diketepikan maka yang tinggal adalah satu. Kawan lama sekolah rendah saya itu sudah terlanjur dan tidak tahu mana nak dapat penyelesaian dan terus mencapailah pembantu polis yang juga rapat dengannya tanpa memikirkan imej TPM yang akan amat terdedah dengan perbuatannya.

Ini semua nampak lojiklah sekiranya cuba memakai topi inspektor Holmes dari England dalam kisah masyurnya. Tetapi di sini buat masa ini, kes-kes ini tidak boleh dispekulasi sedemikian rupa kerana tertakluk kepada larangan subjudice iaitu membelakangkan proses mahkamah yang sedang berjalan. Dengan itu anggaplah apa yang tertera di sini sebagai andaian dari sebuah novel dan tiada kaitan dengan sesiapa yang hidup maupun tidak.

30 June, 2008

Anwar Sepatutnya Berdepan

Saya pun cukup keliru dengan perkembangan terbaru yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerana tidak puas hati dengan maklumat pihak ketiga saya sendiri melakukan pertanyaan saya sendiri seberapa rapat yang boleh kepada sumber.

Saya mendapat maklumat bahawa titik-tolak peristiwa penting adalah didakwa seperti berikut:

1) Anwar dikatakan mempunyai bahan bukti untuk mengemukakan kes terhadap dua orang penting iaitu AG (Attorney General atau Peguam Negara) dan IG (Inspector General atau Ketua Polis Negara).

2) Musuh Anwar dalam BN merancang mencetuskan kes liwat yang baru terhadapnya.

3) Anwar menerima ugutan bunuh dari pihak lain.

Maka perkara (2) telah berlaku dan peristiwa berikut dibayangi mungkin dituruti:

a) Pihak polis akan menyoal pihak yang tertuduh iaitu Anwar.

b) Polis akan menahan Anwar untuk dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan 'boleh menganggu saksi penuduh atau proses penyiasatan' sepertimana yang pernah diguna-pakai sebelum ini sehingga menyebabkan beliau akan ditahan reman di penjara sehingga kes dibicara.

b.1) Ini akan menganggu segala perancangan pembangkang untuk 16hb September.

b.2) Ia juga akan mengalihkan perhatian umum dari kes Altantunya-Najib-Raja Petra dan krisis BN yang terbaru serta isu harga melambung naik.

Tetapi mengapa lari ke Kedutaan Turki? Oh ya, perkara (3) di atas. Soalnya apakah ugutan itu benar atau sengaja diada-adakan? Jika benar, mengapa memilih waktu ini untuk melakukan ugutan tersebut? Sekiranya akulah pembunuh upahan, apakah saya akan memberi amaran kepada sasaran saya? Bukankah lebih baik saya melakukan secara licik semasa keadaan aman dan tidak terduga akan dilakukan. Sekarang semua orang terjaga dan tertanya dan tersedia. Bukan bijak assasin macam ini.

Sumber terdekat kepada Anwar mendakwa mereka tidak boleh membenarkan Anwar masuk penajra atas apa alasan pun kerana peristiwa akan berulang sekali lagi sepertimana yang pernah berlaku hampir satu dekad yang lalu. Dan akhirnya peluang menjatuhkan kerajaan BN akan terlepas begitu sahaja kerana Anwar adalah satu-satunya pemimpin yang ada untuk melakukan demikian.

Kepada saya, seharusnya Anwar melakukan perkara berikut:
a) Keluarkan kenyataan berikut:
"Saya mengenal Saiful pada ... iaitu beberapa bulan yang lepas dimana beliau baru habis berkhidmat di Pejabat TPM dan kini menganggur lalu saya ambil dia bertugas sebagai pembantu kepada Setiausaha Peribadi saya.

Beliau telah menghilangkan diri sejak hari Rabu yang lalu tanpa diketahui mana beliau pergi dan buat. Hari Khamis yang lalu saya berada di sekian tempat bersama saksi sekian sebagai alibi saya bahawa saya tidak bersama dengan Saiful itu.

Hari Sabtu tuduhan beliau dilakukan dan maka saya berpendirian dan memohon dengan berikut:

i) Saya akan memberi kerjasama penuh kepada tuduhan palsu tersebut kepada pihak polis. Saya dan pihak saya juga tidak akan menganggu saksi atau penyiasatan yang bakal dijalankan.
ii) Tetapi pada masa yang sama saya sudah menyiapkan kes saman terhadap dua orang yang berkepentingan dalam pihak berkuasa iaitu AG dan IG.
iii) Maka saya miminta supaya Menteri Dalam Negeri bertindak memberi saya perlindungan dan jaminan serta tindakan supaya mereka berdua itu tidak boleh masuk campur dalam penyiasatan ke atas saya di atas sebab mereka itu berkepentingan.
iv) Saya memohon satu SuruhanJaya Bebas atau DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kes-kes tersebut.
v) Buat masa ini saya akan melakukan tahanan perlindungan diri (self imposed security exile) di kediaman saya dengan dilindungi oleh orang-orang saya yang masih akan membenarkan pihak Kementerian Dalam Negeri atau Suruhanjaya untuk berjumpa dengan saya tanpa mengambil saya untuk ditahan sehingga menganggu progam politik negara saya yang merupakan hak asasi teratas dalam amalan demokrasi berperlembagaan.
vi) Saya akan mengadakan sidang akhbar setiap hari di kediaman saya untuk memaklumkan keadaan.

Anwar seterusnya sepatutnya menjadi seberapa kelihatan dikhalayak ramai yang boleh atau visible dan bukan invisible sepertimana yang sedang berlaku sekarang. Biar perhatian dan tumpuan yang amat tinggi sekarang senantiasa berkhemah di rumahnya dan beliau sendiri menjadi jaguh contoh dunia.

Mugabe yang zalim di Zimbabwe telah didakwa membunuh 90 penyokong Tsvangirai, ketua pembangkang yang menarik diri dari Pemilu semula baru-baru ini. Tsvangirai tidak takut dibunuh walaupun ramai pengikutnya sudah dibunuh. Beliau juga tidak lari. Robert Mugabe yang kembali berkuasa pun tidak berani lebih lanjut kerana dunia sudah memberi perhatian yang besar terhadap kezalimannya.

Di Malaysia bagaimana pula keadaan kita? Apakah jenis pemimpin yang bakal menyelamat kita? Seorang yang berani seperti Tsvangirai atau Mandela atau Gandhi? Akan timbullah pemimpin yang sedemikian sekiranya keadaan memanggilnya.

Saya mengakhiri sesi minum tengah malam semalam dengan sumber terdekat itu dengan kata-kata berikut:

"We have to look beyond Anwar. Kita haruslah bersedia dengan barisan pelapis yang akan menyambung perjuangan sekiranya Anwar tersekat. Tetapi soalnya siapa? Wan Azizah, Tian Chua, Syed Husin Ali, Saifudin Nasution? Saya sanggup menyokong semua orang ini. Saya sudah pernah berjumpa dengan mereka dan yakin mereka ini amat berwibawa dan berkebolehan meneraju pembangkang tanpa Anwar. Tetapi sumber saya itu mengeling kepala.

Kepada saya pemimpin agung terbaik Islam datang dan pergi. Umat Islam tidak takut dan gentar. Jatuh satu imam, ramai makmum mara menggantikan tempat kosong sehingga tiada yang kosong atau terbantut dengan terlalu lama.

Kepimpinan harusnya juga bebas dari kes, isu dan bagasi lama. Pemimpin haruslah bangkit dikalangan umat bukan kerana dia itu masyur sebagai mantan TPM atau mangsa aniaya. Ia harus bangkit kerana ia adalah pemimpin yang disegani dan terbukti akhlak dan jiwa takut hanya kepada Allah sepanjang usia.

23 June, 2008

CheDet Tersekat

Banyak yang tergugat apabila http://www.chedet.com/ akhirnya kena hack teruk. Semua komen yang kita pos di sana kini tidak dapat dicari kembali. Saya lakukan search sehingga ke cache yakni simpanan backup oleh Google dan Yahoo pun mengembalikan "did not match any documents".

Menurut tim penjaga CheDet, mereka dituduh sebagai menjalankan kegiatan spam sehingga pelayan induk dan empunya blogspot sendiri pun enggan melayani CheDet. Yang saya fahami CheDet ada membayar yuran perkhidmatan kepada BlogSpot untuk mendapat layanan yang lebih baik berbanding kita yang menggunakan blogspot tanpa bayaran.

Itu sebabnya mengapa CheDet dapat meletakkan pelbagai link istimewa seperti berita terkini mengenai dirinya dan menyusun blognya dengan lebih menarik. Namun penghancuran ke atas CheDet tidak akan berhenti disitu. Saya percaya sesiapa yang mampu menghentikan CheDet beraksi dalam BlogSpot akan terus memburu CheDet sehingga dia hancur dalam alam siber.

Tetapi alam siber sepatutnya amat liberal dan anarki dan tidak mungkin ada kuasa yang boleh menghalang sesiapa untuk beraksi dengan apa cara pun. Saya pernah tulis beberapa tahun lalu bahawa alam siber merupakan alam Allah yang keberapa dalam siri alam yang Dia menjadi Rabbnya. Ini merupakan alam mutakhir dimana Allah menunjukkan kuasa mutlak serta prinsip bil Qalam dan Ma'Lam Ya'Lam yakni berdasarkan kuasa 'menerusi pena' atau penulisan dan kuasa ilmu mengatasi segala-galanya. Tentu sekali segala ilmu akan menjelma dan menjurus kepada ketauhidan Allah. Ini semua akan membuktikan Ayat Idzaja'a nashrullahi wal fath akhirnya.

Dari satu segi ada berguna juga nasihat Yin dan Yan sedikit masa dahulu supaya saya mengulangi karangan2 saya di CheDet.com dalam blog saya sendiri. Nampaknya sudah hilang semua kata-kata saya dan tidak pun disimpan dalam cache. Ini amat luarbiasa sepertimana saya menyentuh di atas, dan saya percaya ada sebab sabotaj oleh hacker luar untuk IP Hop atas CheDet.com sehingga BlogSpot percaya CheDet adalah hacker yang menyerang orang lain dan mematah balik kepada BlogSpot.

Tetapi BlogSpot tentu ada pakar yang bijak memikirkan bahawa CheDet disabotaj dan biasanya sabotaj seperti ini cepat dikenalpasti dan CheDet dilindungi mungkin dengan pindahan pelayan baru tetapi dibawah naungan BlogSpot. Atau sekurang-kurangnya BlogSpot ada backup dan kembalikan semua failnya yang hilang, dengan sedikit pembayaran.

Lagi satu cetusan dengan sabotaj yang disyaki ini adalah CheDet kini akan menjadi lebih masyur dan didahagakan. CheDet memecah rekod Malaysia sebagai blog politik yang paling hangat dan pantas menembus 2 juta pelawat unik. Melenyapkan semua itu dari rekod alam siber tidak dapat melenyapkan hati-hati insan yang sudah berpaut dan mengingatinya.

Sama juga kata-kata saya yang sudah hilang. Ia sebenarnya cetusan inspirasi dari Allah dan tentu sekali amat mudah bagi Allah untuk memberi inspirasi lebih baik kepada saya, hambaNya yang fana dan punah dan tiada ingatan ini melainkan Dia yang mengingati kita semua.

Sesungguhnya ini adalah sebahagian dari rahsia Islam, yakni 'menyerah kepada kekuasaanNya". Kita tidak mungkin dapat menyerah sekiranya kita ini mengaku masih ada ilmu dan harta. Kita tidak akan dapat Islam sekiranya masih mengaku ada dalam diri kita apa jua daya atau fikir yang bebas dan tersendiri.

- (gambar menunjukkan peta internet yang digunapakai oleh lebih satu billion insan dan akan digunakan oleh semua orang di semua tempat dalam semua keadaan menerusi semua peralatan termasuk sudu dan jamban. Ia adalah alam mutakhir yang menuju muktamad Allah menguasai saluran mesej terakhirNya kepada semua Insan tanpa sekatan, pada satu saat pembukaan yang dinanti-nantikan)

- (Islam bermakna menyerah kepada kuasa Allah. Tiada kompromi dalam prinsip itu walaupun apa kehendak sesiapapun. Segala akan kembali kepadaNya sebagai Penentu yang Hak. Terima hakikat itu dan sujudlah dalam ertikata syumul terutama dalam jiwa dan minda maupun raga. Dalam alam ini kita ikhtiar menurut ayat seribu dinar yakni hanya dengan Takwa dan Tawakkal, lain adalah urusanNya).

18 June, 2008

Kerajaan Selangor Lebih Terbuka

Maaf peminat setia seperti DatOK Zeq, kerana lama tidak melayani permintaan anda. Saya cukup sibuk kerana beberapa minggu ini satu Task Force Tanah telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan saya kebetulan kenal dengan salah satu Pengerusi Bersama nya iaitu Datuk Dr. Nik Mohd Zain, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Galian dahulu yang meminta saya membantu dalam hal-hal seketariat di Bangunan SSAAS, Shah Alam.

Satu lagi Pengerusi Bersama ialah Dato Dr. Tan Kee Kwong yang saya juga amat berbesar hati kerana dapat berkhidmat dengannya. Ini kerana beliau adalah anak kepada seorang tokoh politik tanahair yakni, Tan Sri Dr. Tan Chee Khoon (1919-1996. Pengasas Parti Gerakan, Ketua Pembangkang 1964-78) .

Saya pernah berjumpa dengan Dr. Tan Chee Khoon semasa berkhidmat di pejabat Anwar Ibrahim pada tahun 1981, dimana isu Akta Pertubuhan kian hangat dan saya hantarkan beberapa poster kepada Dr. Tan sendiri di kliniknya di Chow Kit masa itu.

Namun, anaknya Dato Dr. Tan Kee Kwong merupakan pengerusi parti Gerakan bagi Wilayah Persekutuan dan bekas Timbalan Menteri Tanah dahulu kini dikontroversikan kerana dituduh oleh parti Gerakan sebagai berkerjasama dengan kerajaan PR secara tidak menerusi tata-tertib partinya, dan telah memberinya surat tunjuk sebab untuk dijawabnya. Nampaknya beliau bersedia menghadapi segala keadaan demi ingin terus berkhidmat untuk kepentingan rakyat kerana isu tanah ini amat besar dan berat dan sudah tertangguh kian lama.

Saya juga sudah membuka blog baru iaitu http://taskforcetanah.blogspot.com/ tetapi urusan di sana adalah lain dari sini. Ini kerana tata-tertibnya adalah memerlukan kita melakukan tugas secara menyimpan rahsia prosedur dan akan menunggu kenyataan rasmi dari Pengerusi Bersama kelak.

Tetapi secara umum saya telah berjumpa dengan pelbagai pihak di Bangunan SSAAS termasuk Menter Besar, Setiausaha Politik MB, Ahli-ahli EXCO dan Pegawai2 tertinggi lain sehingga DO dan DE (hehe.. gurau je.. mana ada DE lah), yang saya dapati semangat mereka semua adalah baru, senantiasa bermuafakat dan lebih terbuka dan berani demi kebaikan semua.

Harap-harap ini akan berterusan dan akan berjaya Task Force Tanah ini nanti. Oh ya.. sesiapa yang ingin membantu Seketariat ini dan berkerja dengan saya di Tingkat 5 (bukan tingkat 4) bolehlah kemukakan emel dengan biodata serta tujuan ingin bantu ke saya di taskforcetanah@gmail.com

Nanti saya akan poskan gambar-gambar orang-orang tertentu ke dalam blog ini. Bagilah beberapa hari, kerana saya tak pandai pakai kamera dalam telefon nokia baru ini (saje beli kerana mau ambil peluang bergambar di merata nanti). Juga orang yang dikenali itu tentu tidak senang jika saya terus snap gambar mereka tanpa berkenalan lebih lanjut lagi. :-)

Dengan menyajikan peristiwa secara bergambar nanti tentulah lebih menarik. Saya juga tidak ingin lari dari fokus Islam sebagai penentu segalanya. Maka saya akan bertanya yang digambarkan itu sedikit tentang pendapat mereka tentang KeTuhanan, Islam dan sistem politik yang paling sesuai bagi insan, sekadar untuk bertukar fikiran secara terbuka.

11 June, 2008

Kegagalan Sanusi Junid

Selepas membaca blog Dr Mahathir Mohamad: SANUSI JUNID saya telah berkomen di sana:

Saya ingin menyentuh tentang pemikiran Yang Berbahagia Tan Sri Dato Seri Sanusi bin Junid itu sendiri.
Ada pihak yang mengkritik pemikiran beliau terutama beberapa cadangannya seperti menanam padi di atas bumbung rumah sebagai tidak lojik atau sesuai di negara kita.

Malah beliau dikatakan gagal dalam beberapa segi semasa menyandang jawatan Menteri Besar Kedah sedikit masa dahulu.

Saya ingin menyentuh tentang orang pintar atau genius secara umum dalam sejarah manusia. Biasanya ia adalah beberapa perkara berikut:

1) Orang pintar adalah terlalu sedikit

2) Orang pintar sentiasa dicemuh oleh masyarakat umum.

3) Orang pintar akan terbukti kepintarannya lama kemudian setelah masyarakat menyaksikan hakikat tentang perspektif sebenar dan lebih luas menerusi sejarah nanti.

4) Namun orang pintar selalu menghadapi cabaran besar atau gagal dengan banyak pada awal hidup mereka.

5) Orang pintar biasa tidak diterima oleh kampung halamannya sendiri, tetapi disanjungi oleh orang seberang laut.

Saya ingin menyentuh perkara (4) di atas sahaja. Menerusi kajian mengenai kejayaan Silicon Valley di California yang ramai pakar terpinga-pinga kenapa ia sangat berjaya sebagai satu bukti keusahawanan ICT yang tersendiri sehingga menjadi satu model ikutan dunia yang amat sukar untuk ditandingi.

Ada satu kesimpulan yang saya terbaca semasa di Cebu, Filipina membentangkan ide ADempiere saya kepada kerajaan di sana (yang diterima lebih baik di sana daripada di sini). Tuan rumah telah menghadiahkan saya dengan sebuah buku ditulis oleh orang Filipina sendiri yang bertajuk ada perkataan 'Rice' atau beras.

Dalam buku tersebut dikisahkan bagaimana Silicon Valley berjaya:

1) Ia dianjurkan oleh sebuah Universiti secara serius, kreatif dan langsung, iaitu Universiti Stanford.
Begitu juga dengan MIT yang terbilang mencetuskan Boston Route 128 (Jika tak silap angka Route nya).

2) Sistem membenarkan kegagalan berulang.

Ah, di sini saya tertangkap dengan frasa 'membenarkan kegagalan yang berulang'. Ini kerana mereka sedar genius itu akan berani mencabar status quo dan akan kena gam berkali-kali dan gagal menembus pasaran sehingga akhirnya berjaya kerana pengalaman demi pengalaman yang dihadapinya.

Di sini lah amat berbeza dengan budaya kita di sini. Kita ingin mengejar MSC, tetapi tidak ada satu Universiti yang secara langsung melahirkan sumber di MSC atau CyberJaya. Bukan Universiti Lim Kok Wing (tiada kena mengena dengan maksud saya).

Saya telah mengemukakan cadangan Universiti sedemikian dua tahun yang lepas tetapi tidak difahami konsepnya oleh para pegawai di sana.

Saya berharap Sanusi Junid akan mengambil ide saya dan pergi gagal sekali lagi bagi pihak saya!

(Saya menulis topik ini di blog CheDet tetapi oleh kerana terlalu ramai komen berbuih-buih lautan di sana, mungkin topik saya yang saya kira amat penting ini tengelam atau 'gagal' sekali lagi mendapat perhatian umum maka saya mengulangi di sini dengan tambahan di bawah (kena add value lah))

Budaya kita tidak suka kegagalan. Sekiranya seseorang itu gagal kita akan membankerapkannya dan payah untuk dia melangsaikan kebangkerapannya. Di sana USA, orang bangkerap atau digelar Chapter 12 di sana, akan diberikan peluang kembali dengan bergayanya kepada pasaran awam.

Contohnya Donald Trump. Bank2 di sana tidak menutup dan melelong hartanya. Mereka pinjam lagi kepadanya kerana mereka sedar dialah yang paling pandai waktu itu dalam bidang tertentu. Bukan kerana mereka sayang duit yang sudah hilang!

Kita sering memberi tanggapan negatif terhadap orang yang gagal dalam eksperimennya. Itulah sebab tiada satu pun genius yang diiktiraf Malaysia akhirnya. Kita lebih suka iktiraf pengampu dan peniru jenama orang lain.

Kita kehilangan Vijay Singh dengan cara itu. Kita juga boleh dianggap kehilangan Michelle Yeoh. Dunia luar memanfaatkan mereka. Berapa lagi khazanah dan sumber modal insan termahal dunia yang kita bakal hilang nanti?

- gambar 1 - Juara squash dunia, Nicol David . Bolehkah kehebatan seseorang itu diulangi secara sistematik? Atau semata-mata dipolitikkan?

- gambar 2 - Vijay Singh yang berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia, lalu tidak diberikan kerakyatan kerana dasar sendiri yang tidak sama dengan dasar luar negara yang lihat pada keperluan penting dengan lebih kreatif. Akhirnya dia memusing seluruh dunia sebagai antara juara golf terbaik dunia sebaris dengan Tiger Woods, legenda golf yang masih hidup. Beliau pernah menyatakan bahawa beliau belajar golf semasa duduk di Malaysia.

- gambar 3 - ini dulunya gadis Ipoh mali tetapi tidak dijumpai oleh pengusaha tempatan sehinggalah pengusaha filem di Hong Kong mengenal bakatnya lalu nama beliau meletup semasa menjadi Bond girl dan akhirnya berlakon dalam pelbagai filem blockbuster Hollywood seperti Geisha dengan ZiYang dan Gongli (dalam gambar) dan Sunshine. Michelle Yeoh kini mendirikan hidup dengan boss Ferarri iaitu Jean Todt.

- gambar 4 - Daniel Bego, bertaraf ke2 dalam kejuaraan renang remaja dunia, bersama ibunya yang menghalang Daniel mengikuti satu pertandingan renang genting atas tanggapan ibunya yang para pengiklan mengeksploitasi anaknya demi keuntungan komersil semata-mata dan bukan kerana memajukan sukan untuk negara.

- gambar 5 - Shalin Zulkifli. Saya kenal ayahnya dengan rapat swaktu Shalin berumur 15 tahun, ayahnya beritahu saya tentang impiannya yang hendak duduk di Copenhagen, Denmark dengan anaknya sebagai pengusaha klinik juara bowling dunia. Akhirnya dia gagal dan Shalin gagal menjadi juara dunia - Itu Zul bagi tahu saya adalah matlamatnya yang dirancang rapi pada tahun 1990an lagi dan dia ingin keluar dari Malaysia mencapai impian tersebut kerana budaya di sini tidak mengizinkan itu dengan mudah.

- gambar 6 - Penulis yang lebih dikenali sebagai 'red1' dalam alam siber dikalangan komuniti Open Source ERP memberi ucapan di Linux Tag, Berlin pada pertengahan tahun 2007.

'red1' diamanahkan oleh komuniti sedunia itu menentukan hala-tuju dan nama projek ERP tersebut pada September 2006 semasa satu debat masyur dikalangan komuniti kerana agak kelam kabut tanpa seorang pemimpin waktu itu.

Akhirnya 'red1' memilih nama ADempiere.org dan memberi ADempiere.com kepada orang yang mencadangkan nama projek, iaitu Carlos Ruiz, Colombia.

ADempiere berjaya menjadi projek tercepat kedudukan pertama dalam SourceForge dan mengugat gergasi seperti SAP, Germany, tetapi beliau menganggap dirinya gagal menarik perhatian Malaysia supaya Kuala Lumpur menjadi Ibu Pejabat ADempiere Sedunia. Kini ADempiere ber-ibu pejabat di California dan Berlin di atas tajaan 'red1' bersama dengan ADempiere Council yang dipimpinnya.

07 June, 2008

Tun Salleh Abbas Yang Saya Kenali

Apabila membaca blog CheDet mengenai Tun Salleh, teringatlah dulunya dapat juga kita berkenalan dengan bekas Ketua Hakim Negara itu.

Masa itu lebih kurang akhir 1980an. Saya pun baru mendirikan rumahtangga dan menduduki flets E8, Taman Melati, Setapak.

Satu hari semasa di Harakah, kami dikunjungi saudara Dollah Kalbi yang membawa isterinya yang bukan Melayu tetapi dari kaum Singh. Kemasukan Islam isterinya amat ditentang oleh keluarganya sendiri dan tentu sekali menjadi kes besar dikalangan kita sehingga ke mahkamah dan tidak kurang juga menjadi kes politik yang ingin sangat dimainkan oleh DAP waktu itu.

Dollah Kalbi bersama-sama dengan kita dibawa seorang kawan lain berjumpa Tun Salleh Abbas yang pada masa itu sudah terpecat dan menduduki rumahnya di Jalan Aman, off Jalan Ampang. Mereka ajak saya ikut kerana saya dikatakan petah bercakap dan boleh bantu Dollah Kalbi mengemukakan kesnya kepada Tun Salleh untuk mendapatkan nasihatnya dari segi undang-undang.

Ini kerana Dollah Kalbi merancang untuk menahan isterinya daripada diambil oleh keluarganya sendiri tetapi dia perlu tahu apakah betul atau salah dari segi undang-undang.

Setibanya ke rumahnya, kami dapati Tun Salleh memakai trek suit macam orang kampung lalu dia mengiyakan bahawa memang dia habiskan masanya di kebun kampungnya di Besut, Terengganu. Hari itu barangkali dia bercuti di Kuala Lumpur.

Sebelum kita mahu buka mulut Tun Salleh terus menerpa,"Tak yah tunjuk fail. Just tell me what it is".
Kami pun masuk tajuk sepantas mungkin. Tun Salleh dengar dengan diam sekejap lalu agak dengan tiba-tiba juga dia menjawab,"I am not a lawyer. Long time. Been a judge, sitting up there. Wouldn't be able to advice. ... You cannot win. Not in Mahathir's court".

Begitu sahaja, agak hampa kita, lalu saya yang diutuskan khas ke situ tidak akan membiarkan keadaan itu berlalu.

Saya pun mula dengan, "Tun, jika tidak silap saya, pernah terdengar kisah Tun semasa dipecat di depan Mahathir, Tun Salleh ada cabar balik Mahathir dengan berkata, 'I shall fight you till the end'. Betul ke?"

Seperti caranya sebelum itu, Tun Salleh diam seketika memandang ke orang yang bertanya dan dengan tiba-tiba berkata, "Yes, i did fight till the end. I was fired. Now leave me to my farm. Leave me to die."

Sebelum kami meminta diri berangkat Tun Salleh bagi tahu saya,"You. Are you a candidate of PAS?"
Saya menjawab, "Yes, i was, i fought against Daim Zainuddin in 1986 under PAS ticket. But Tun, for you to commend me. Can i quote you on this?"

Tun pun mengangguk, "Yes".

Selepas masa berlalu, dan pada satu malam ceramah PAS di Markaz Tarbiyah, Taman Melewar, saya duduk-duduk mengikuti ceramah dari luar bangunan bersama khalayak ramai, ternampak duduk tepi saya menyandang kat tembok bersama pendengar lain adalah Tun Salleh! Saya agak terkejut keadaannya selamba sahaja dan berdiam diri dan pakaiannya sebiji orang kampung dengan ketayap tua ala PAS pula.

Saya terus memperkenalkan diri saya yang pernah berjumpanya lalu mengajaknya naik ke pentas kerana pasti orangramai mahu mendengar ucapannya. Beliau tunjuk isyarat enggan dan balik ke stailnya yang diam separuh muram sepertimana wajah pertama kali saya berjumpanya.

Saya tidak menerima keadaan itu dan pergi berasak-asak mengharungi ribuan hadirin sehingga sampai ke pentas dimana Abdul Malek Husin atau kami sering panggil dengan AMH tengah bersama duduk di pentas ceramah. Setelah dapat bercakap dengan AMH, dia pun cepat-cepat menghantar satu rombongan untuk merayu dan mengiringi Tun Salleh naik ke pentas. Rupa-rupanya Tun Salleh itu kena pujuk baru sudi.

Tetapi memang simple, straighforward, dan down to earth orangnya.

06 June, 2008

Tawakallah Kepada Allah, Bukan Harga


Lihatlah rintihan rakyat merata ... dalam blog CheDet

Mengapa kita berebut ke stesen minyak seolah petang itu satu-satunya petang sahaja dalam hidup kita dan esok akan berlaku kiamat? Apakah ia akan menyelamatkan kita dari harga yang tidak akan sekali-kali turun? Apakah boleh kita lari sekiranya betul yang hari kiamat pada hari esok?

Apakah salah pemerintah atau spekulator minyak dunia? Apakah salah Yahudi atau salah kuasa imperialis buat perang di Iraq? Apakah salah bumi atau salah Pencipta bumi?
Apakah salah PRU12 atau kerajaan BN? Apakah kita ketagihkan janji ahli politik yang menjanjikan turun harga? Apakah boleh turun balik? Berapa sen? Sepuluh? Dua puluh? Tiga puluh? Jika ya pun, apakah duit kita kekal nilai yang sama? Apakah kadar inflasi rendah bermakna nilai wang kertas mempunyai kuasa membeli yang tinggi?

Kita sudah seolah hilang punca. Meronta-ronta meminta sesiapa. Tak kira Datuk Seri ke Tun pun tak apa. Tak sedar tiada yang lain yang Maha Kaya.

Kita masih lagi berfahaman negara kebajikan. Masih lagi mengharapkan subsidi kerajaan. Kita masih lagi merosakan muka dan isi bumi. Masih lagi menzalimi diri. Tidak sedar yang itu adalah pemberian Ilahi. Yang tetap menguji, dan tetap menanti. Apakah kita beriman kepada rezeki? Yang mana rezeki sudah dijamin tetapi iman kita belum lagi. Sehingga satu hari nanti, dimana tiada lagi erti. Melainkan yang bangun sebelum pagi. Menghadap Allah yang Maha Penjadi.

Bumi muslim amat kaya. Hati muslim amat berdaya. Muslim itu amat berjaya. Tetapi ilmunya masih jahiliyah. Masih memegang kad lapuran dunia seperti SPM dan diploma. Tidak sedar izajah Allah. Yang bertanya bukan kepada apa dan mengapa. Tetapi kepada diri sudah buat apa.

- gambar bawah menunjukkan istilah bahasa Cina untuk 'kekayaaan'. Simbol tengah kanan adalah simbol 'mulut' iaitu makanan. Simbol kanan bawah adalah 'tanah' iaitu simbol harta sebenar yang tidak boleh jatuh nilai intrinsiknya seperti duit kertas. Simbol kiri bermakna 'mewakilkan' atau mampu diterjemahkan ke dalam bentuk lain. Maaf sekiranya salah, kerana saya tidak pakar tetapi main agak saja. Sekurang-kurang saya sampai separuh jalan, mengharapkan yang lain menyambungnya pula. -

03 June, 2008

Bolehkah Cina Hilang di Malaysia?

Saya sering dengar dari kalangan masyarakat Cina ingin tidak lagi digelar sebagai Cina tetapi Malaysian. Ini adalah gejala yang agak mengelirukan dan mencuit hati saya. Mengapa Cina tidak mahu lagi digelar Cina? Bukankah mereka dilahirkan Cina dan akan mati sebagai orang Cina?

Saya tidak minta dilahirkan. Saya tidak minta dilahirkan sebagai lelaki. Saya tidak minta dilahirkan sebagai orang Chin. Selepas saya mengenal Islam saya sedar yang kelahiran saya, dan kelahiran saya sebagai lelaki dan kelahiran saya sebagai bangsa sekian-sekian adalah penentuan Allah sepertimana dalam Ayat Surat Al-Hujarat yang menjadi panduan blog PADI saya ini.

"Sesungguhnya kami (Allah) yang menjadikan kamu dari lelaki dan wanita... kepada pelbagai warna kaum dan lidah bahasa, supaya engkau boleh berkenal muafakat.."

Dengan Cina merasakan mereka di bumi Malaysia ini amat bertuah dan amat mencintai Malaysia sehingga mereka merasakan baiklah mereka dianggap sebagai rakyat Malaysia sahaja secara terus dan tidak lagi dilabel sebagai kaum suku negeri suku seperti yang diamalkan sekarang.

Mereka ada yang tegur saya apabila saya memanggil diri atau mereka dengan cara, 'kita orang Cina Malaysia' atau, 'we Malaysian Chinese'. Mereka mau saya cakap, "Saya orang Malaysia, sudah. Itu keturunan Cina itu tidak ingat lagi, jangan ungkit lagi'.

Tetapi saya mahu ungkit juga. Ini kerana sekiranya kita kaji di Indonesia yang kuat amalkan Indonesian Indonesia, yang Cina sana tidak lagi diberi nama Cina tetapi nama Indonesia belaka, saya ingin bertanya kepada Cina sini,

"Inginkah awak semua tidak lagi bernama Cina?" Bukan sahaja itu. Apakah anda ingin tidak lagi ada SRJK Cina macam yang berlaku di sana? Atau tidak lagi ada MCA sepertimana yang antimamak sebut berlaku di Thailand dan Indonesia?

Tetapi saya nak tanya juga, "Apakah di Indonesia sekarang tidak ada lagi sentimen kepada Cina sebagai puak kaum luar dan masih belum benar-benar diserap atau diperakui oleh Indon Pribumi sebagai Indons? Jawapannya adalah tidak. Cina sana macamana pekat doktrin Indonesian Indonesia pun mereka masih dianggap sebagai Cina.

Semasa dalam huru-hara reformasi akhir 90an dahulu, Cina sana diasingkan sebagai musuh dan dibelasah, dibunuh, dibakar, ditendang, dirogol. Adik ipar saya sekarang dulunya adalah amoi Indon. Dia dari keluarga Cina Hakka dan dihantar sembunyi ke Australia untuk elak diapa-apakan oleh keganasan reformasi waktu itu. Di Australialah amoi itu kenal adik kandung saya sendiri yang kebetulan tengah mengambil masters nya di sana. Akhirnya mereka mendirikan rumah tangga balik ke Indonesia dan sekarang menetap di Jakarta.

Lagi satu ialah gambar kempen di bawah ini. Mengapa masih digunakan bahasa Cina lagi oleh calon Indon pribumi? Ia adalah untuk menarik undi dari kaum Cina. Jelas sekali warna kulit ras itu tidak akan dapat hilang walaupun macamana kita gosok kulit kita dengan sabun atau samak pun.

Warna kulit kita adalah pemberian Allah. Ia adalah tanda kebesaranNya. Terimalah wahai hamba Allah sekalian.

01 June, 2008

Gus Dur, Thaksin Adalah Cina Tulen

Bukti Melayu Malaysia tidak racist sepertimana beberapa blogger yang berkomentar dalam The Racist Card ialah hakikat rakyat serumpun yang menduduki negara-negara jiran terdekat kita terpaksa menghilangkan nama Cina dan kebudayaan Cina mereka secara rasmi.

Di Indonesa mereka terpaksa asilimisasi secara total sehingga Gus Dur atau Abdurrahman Wahid, mantan presidennya sebenarnya keturunan Cina tulen. Beliau mengaku dirinya keturunan Tan Eng Hian, pengasas kerajaan Demak yang menukar namanya kepada Raden Patah.

Begitu juga Thaksin Shinawatra, mantan pemimpin Thailand adalah seorang Cina Hakka. Beliau juga teringin cari balik akar umbinya yang hilang di sini.

Bangsa Cina di kedua-dua negara jiran tersebut bukan sahaja tidak dibenarkan menyimpan nama asal keturunan mereka, tetapi juga tidak dibenarkan mempelajari atau menggunakan bahasa mereka secara rasmi. Mereka terpaksa belajar secara persendirian dan dengan bayaran wang sendiri.

Di Malaysia segala itu tidak berlaku malah SRJK Cina disediakan oleh kerajaan dan dipertahankan oleh MCA. Ramai anak-anak Melayu pun turut bersekolah di SRJK Cina kerana ingin menguasai bahasa bangsa terbanyak dalam dunia itu.

Pendek kata, negara kita ada kebaikannya lebih dari negara orang lain. Dengan itu, beberapa rakyat bukan Melayu di sini yang tidak nampak hakikat itu sebenarnya tidak mengenal malah tidak sedar tentang kebaikan tersebut dan hanya merasakan negara lain yang lebih hijau dari negara sendiri.

Saya sebagai keturunan Cina merasakan mereka itu harus cuba menjengok keadaan suku-sakat kita di negara-negara lain hatta di Barat dan Australia untuk mengetahui dengan lebih mendalam dan benar tentang apakah mereka memperolehi kebaikan dan layanan sebaik begini.

Memang orang Cina negara jiran dapat menjadi pemimpin negara akhirnya. Tetapi mereka terpaksa membayarnya dengan harga yang mahal iaitu tidak boleh memperjuangkan hak kebangsaan Cina secara khusus sepertimana yang kita dapat berbuat demikian di sini. Aquino, mantan Presiden Filipina pun adalah separuh Cina. Tetapi di sana slogan mereka tidak boleh berbahasa Cina.

Dengan itu saya ingin memberikan semangat sokongan jitu kepada rakyat Malaysia supaya mempertahankan status quo yang ada dan cuma memperbaikinya dimana boleh secara bersantun dan teratur. Tidak perlulah kita melaungkan istilah human rights yang tidak berasas itu.

- gambar bawah menunjukkan Thaksin melawat perkuburan nenek moyangnya di Guanzhou -

- tentang gambar Gus Dur di atas, minta maaf, itu gambar yang sempat saya terjumpa semasa buat search dalam yahoo. Tidak ada kena-mengena dengan sesiapa yang belum mantan maupun sudah -