30 January, 2009

Dapat Pengiktirafan dari Asia e-University

Alhamdulilah, projek antarabangsa yang saya pelupori, ADempiere yang sering mendapat kedudukan terulung di tangga no.1 termasuk hari ini, kini diiktiraf oleh sebuah universiti iaitu Asia e-Universiti yang baru tertubuh dianggotai oleh 30 buah negara di Asia.

Selama ini saya agak sedih kerana sebagai rakyat hasil pendidikan di Malaysia yang dapat mencapai projek yang terkemuka ini tidak diberi perhatian oleh mana-mana institusi tempatan berkaitan. Bukan kerana inginkan nama, kerana jika dah masyur di luar negara, tidaklah sangat ingin turut masyur dalam negara yang lebih terhad pula. Cuma merasa rugi kerana khazanah projek tersebut boleh dimanfaat oleh semua IKS terutamanya dari sektor pembuatan dan perdagangan antarabangsa.

Terutama dalam waktu sekarang yang seluruh dunia sedang mengalami kegawatan ekonomi serta ramai siswazah akan menganggur. Projek ERP tersebut mampu memberi kepada siswazah satu sistem yang sudah siap sedia untuk dipasang pada IKS dan mendapat keuntungan lumayan kepada siswazah lepasan nanti dari segi jangkamasa panjang. Ini kerana IKS nanti tidak perlu membayar royalti atau lesen tinggi kepada pembekal perisian ERP luar negara terutamanya SAP B1 yang merupakan hasil kerja syarikat Israel yang kita tengah ingin sangat memboikot.

Asia e-Universiti akan menawarkan kursus lanjutan Asian Executive Master in Open Source Software ERP yang dikeluarkan oleh saya sebanyak 10 modul dan akan mula pengajian secara atas talian pada bulan Mac ini. Modul pertamanya sedang dalam proses di sini: http://red1.org/aaa/WebEconomy.zip

Saya berharap kerajaan akan lebih prihatin dan memberi sokongan lebih jitu kepada Universiti berkenaan dengan menarik Kem. Sumber Manusia, MDec dan SIMIDEC untuk membiayai siswazah nanti supaya dapat mengikuti kursus master ini dan dibiayai terus untuk mengambil projek awal dari kalangan IKS terpilih sempena manfaat dari latihan praktikal nanti. Agensi kerajaan berkenaaan dikatakan ada banyak dana ke arah tujuan tersebut samada untuk membantu siswazah lepasan postgraduate atau IKS yang ingin sistem ERP yang canggih untuk menurunkan kos operasi mereka dan meningkatkan sistem sokongan ICT seperti yang mampu dilakukan oleh ERP projek ADempiere ini.

Projek ERP sedemikian bukan sahaja amat berguna bagi meningkatkan industri dan modal insan tempatan tetapi adalah merupakan satu jenama "Made In Malaysia" yang mahal harganya serta amat diidam-idamkan oleh semua lapisan selama ini. Kini terpaksa ditempatkan projek ini beralamat di Berlin, Jerman kerana sokongan dari Eropah terlalu baik berbanding Asia.

Sekiranya ada permintaan rasmi dari kerajaan, tentu sekali ia boleh dipertimbangkanoleh komuniti projek saya supaya memindahkan pusat tersebut ke Malaysia.

6 comments:

yindanyan said...

Tahniah Red1.

Apapun tidak perlu bersedih.
Rakit, bas, keretapi, kapalterbang, roket,unta, microsoft, linux masing-masing ada tempatnya.
Dalam pendidikan ada pengajian berbentuk am (universal/university) dan berbentuk khusus (profesional/speficity).

Jimmy Choo terkenal kerana merantau ke luar negara. Datuk neneknya merantau dari Cina dan dia merantau ke Barat.Adat merantaulah yang memberi kelebihan dan kekuatan kepadanya dan kepada kebanyakan perantau zaman berzaman. Saudara pun merantau ke alam siber dgn linux dan akhirnya berjaya dalam melalui perantauan/perayauan tersebut. Maka jadilah anda seperti Jimmy Choo. Apa pun tak semua kejayaan itu semestinya berakhir dengan membuat universiti.

Kalau kita di atas LRT tak perlu minta semua penumpang keretapi naik LRT pula. Teruskan usaha profesional tuan tanpa sedih kerana orang kampung seperti kami masih lagi mahu naik keretapi universiti.

yy

Kamal said...

Alhamdulillah....dan tahniah kepada Bro!...manusia merancang, berusaha, bertungkus lumus etc etc....tetapi Allah swt, Maha Pencipta, Yang Menentukan...your job is to do the best you can...and from now on, you'll definitely be tested...and tested...and tested...Success is when you are doing your best! Salam.

Unknown said...

Salam alaik. I saw your comment from Mahathir's blog. You are really a great man leading a worldwide Open Source ERP Project called ADempiere. Well, Im an University of Malaya student. Im using nick "owlz" in chedet.cc. You can refer my posting in Hanan's topic. Im a software engineering student, speciality in JSP (Java Server Pages) and PHP in system development. I dont know why do I hate Microsoft products such as ASP and VB even aaalll dotNET stuff. Perhaps they are Jewish rooted. Hahaha!! -Joke- Well, its really nice to meet a good muslim like you, brothers.

Redhuan D. Oon said...

Salam kembali Sdr Owlz,
Ya, saya cari dan nampak komen sdr no2 di sana! Must be hell of a timing which i can never achieve!

Anyway i truly appreciate your kind comment here and it certainly boost my temperamental spirit this morning.

Actually UM and UTM is in progress to setup incubator projects based on ADempiere. Please do join in and send me an email at red1(at)red1.org before hand to get your contact so i can pass you more details.

In UM I have made connections with PUSMAL, and in UTM with SKIT and FPPSM.

UUM was one of the earliest universities to contact me, but no word from them for 2 years. Perhaps its too far north :)

Peace!
red1

pesfreak said...

nice project...tahniah bro...
sy ni dlm ERP field jugak..
tp sbg tester jer la..utk SAP HR

yindanyan said...

Tuan Red1,

Capitalism is about mass production and hence the need for mass education for mass consumption in mass democratised deen.

The guilds which were various Particularities/Specialities in
communities lost out to Universities in that capitalism wave paving the way for universally democratised brains.

Democratised brains can readily be bombed because they think in boxes
and got walled around just like the jews and the egyptians walling up the palestines while the rest of the world donate to further buffering their own nation states through palestine from the pest.

By the way, do you see your area in ICT as guild based or university based or both
or none of the above? There is no need for you to answer the question. You may if you want.

More important than the answer is I think you can be good because you
are good and not because others are bad.Thus whether UUM, UTM, UM, Harvard, Oxford or MIT
accepts RED1 Institute or not should not be a problem since you are already good out there globally. However we should not democratise or do a mass
acceptance of your 'products' or services.

Be special because you are special while remembering others are also
special on their own terms. Having ability of being beyond time has its own challenges like seeing and defining others are slow to change. True as Kamal said - you will be tested. Not just you, in fact everybody including myself.And the test is also about - the minute I say I've got
it is also the minute where I've lost it - since nothing is ours.

Continue to be special and do without democratised hopes and you will always be among the special ones.

It is not also about Asia or Europe recognition.

Continue the journey. Do without attachment to Asia or Europe to UM or MIT!

wassalam