02 August, 2010

Berdepan Dengan ISA di Amcorp Mall


Semalam saya bersama dengan sahabat amat lama, Hayatul Kamil, membawa lilin dan semarak bersama untuk membantah 50 tahun I.S.A (Internal Security Act - Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang membenarkan orang politik yang kebetulan memerintah kita untuk menahan musuh politiknya tanpa bicara supaya mereka boleh terus memerintah tanpa disoal.

Sudah lama tidak bersama tunjuk perasaan sedemikian agak kaku tetapi setelah melihat wajah-wajah sahabat lama yang lain seperti Haris (kawan sekolah VI dulu) yang mengasaskan People's Parliament, Dr Kua Kia Soong, Dr. Nasir Hashim dan orang kanannya Selvam, Aidil Akhbar, member lama dari MicroMart Medan Mara 1990an, dan ramai lagi, cukup rasa nostalgia.

29 orang termasuk 8 wanita ditahan oleh polis secara berperingkat sebagai taktik untuk melemahkan semangat mereka yang hadhir. Saya perhati ia menggunakan hukum pertama dalam kitab Sun Tze's Art of War. Mula-mula mereka tangkap terus dan buat macam kasar terhadap ketua GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) Syed Ibrahim dan beberapa pemimpin malam anti-ISA itu. Lepas itu polis akan memberi amaran lagi supaya kambing bebiri yang ada itu lumpuh dan bersurai. Tetapi yang aneh, dan seperti dalam saf sembahyang orang Muslim, ada yang melangkah ke depan mengambil tempatnya. Ini yang ditakuti oleh musuh perang mengikut Sun Tze dan harus dikasari lagi supaya mesej itu sampai kepada lawan.

Maka ditangkap lagi saf depan lagi dan sekali lagi orang lain tampil ke hadapan untuk ditangkap. Agak lama taktik kami berkumpul semula secara spontan dalam kawasan Amcorp Mall untuk berbincang pemimpin dan tindakan seterusnya. Sampai satu tahap saya sangka sayalah giliran seterusnya. Akhirnya yang tertinggal iaitu lebih kurang 40 orang daripada kami duduk atas lantai dan berbincang dan lepas itu membuang undi apakah terus ditangkap atau jalan secara berpecah ke Balai PJ untuk berhimpun semula di sana dengan lilin untuk tunjuk sokongan moral kepada mereka yang ditahan (setakat 16 lelaki dan 8 wanita masa itu). Sampai di Balai baru saya teringat untuk mengeluarkan telefon bimbit dan mula merakamkan gambar-gambar di sini.

Tiga gadis di sini cukup mengkagumkan saya kerana trak-trak polis sudah habis kepong kami dan mereka yang lain telah dihalau dari depan balai dan ditangkap lagi 5 orang. Kami berempat ini tidak berganjak dan tertanya agak bila pula giliran kami. Namun kami tidak ditahan agaknya kerana kita hanya berjumlah 4 orang dan bukan berpuluh lebih yang dikejar, yakni melebihi had Akta Polis yang tidak membenarkan lebih dari 4 orang berkumpul.

Saya bertanya kepada gadis yang duduk ditengah. "Apa yang menyebabkan anda cukup berani berdepan dengan semua ini?". Jawapannya, "Kerana apa yang mereka lakukan kepada kami membuat saya tidak takut lagi".

Berbeza dengan pengalaman saya dalam tahun 1990an dalam PAS, kali ini mereka yang berani keluar atas isu penting adalah pemuda bandar berbangsa saya. Saya bertanya latar belakang mereka dan ada yang dari kolej tahun pertama dan tak pernah melakukan ini sebelum ini.

Semoga semangat ini berterusan untuk membina negara yang lebih khabar dari indah. Negara yang benar-benar mengikuti undang-undang dan memberi hak bicara kepada yang ditahan akan memberi keyakinan kepada pelabur untuk kembali kepada Malaysia. Lagipun akta sedemikian adalah haram dari segi Islam.

Ada peristiwa yang agak menyayat hati apabila Muslimah dalam video ini cuba ditahan dan anak-anak yang berpaut pada bajunya menangis kuat sehingga orang lain mengambil tempat ibu mereka untuk ditahan.

7 comments:

hkt hkt said...

WAH ANTA PUNYA ADA VIDEO GITU. CEPAT LAGI..

urkolog said...

sungguh menyedihkn melihat tanah air kembali berkocak dgn perhimpunan haram...tambah marah membara hati ini melihat kanak2 dimanipulasi sebegitu..sudah tahu perhimpunan ini tidak mendapat kebenaran dr pihak polis mengapa harus kanak2 tersebut berada disitu..menjadi frontline pula..apakah mereka tidak berfikir akan keselematan kanak2 tersebut..atau adakah ini caranya mereka mendidik generasi muda negara membenci pihak berkuasa...mengapa?? warummm ..... urkolog

zaidonn said...

bakar lilin untuk tujuan tertentu, ia menyamai agama tertentu yang pasti bukan islam.

Mengheret anak kecil ke majls jalanan yang tidak sihat tumbesaran anak kecil tidak baik. Jiran saya penagih dadah, juga punya anak kecil. Anak jiran saya juga menangis dan merayu-rayu pada polis bila polis ingan menahan bapa mereka.

saya punya ramai rakan bangsa bukan melayu yang berpendapat mereka terinaya. Tapi siapa yang menginaya mereka? mereka tidak punya jawapan. kerana hati mereka cuma ada kebencian tanpa sebab.

Jika berterusan begini, orang yang dibenci akan punya banyak sebab membenci mereka pula.

Moga Allah terus melindung iman dan memberi tenang dihati dan hati diberkati dengan kesabaran.

MC_Shaharul said...

zaid.oon,anda x mengerti apa arti kebebasan bersuara dlm setiap negara?adakah negara ini negara kuku besi?apakah lg cari utk menunjukkn protes terhadap kezaliman,berbagai2 cara hendak menunjukkan protes ada yg dgn cara memasang lilin,dgn bunner2,dgn cara bersuara,adakah anda terfikir knp perhimpunan itu berlaku??knp anda tidak mahu mencari apakah punca perhimpunan protes rakyat terhadap kerajaan,adakah mereka turun kerana suka2??knp mereka sibuk2 turun dijalanan,lbh baik mereka duduk dirumah menonton tv,jaga laki bini,berseronok2 dgn anak2 seperti yg anda lakukan skrg,tnpa menghiraukn org2 disekeliling anda yg telah di zalimi slama bertahun2 lamanya,adakah anda tlah mengkaji akta zalim ISA ini??adakah anda membabi buta trus menyokong akta ini shaja..kmudian anda memaki hamun kpd penunjuk2 perasaan ini yg mengerti n fahami akta zalim ini...teruskanlah berseronok melihat bangsa2 n rakyat senegara anda ini trus dizalimi,suatu hari anda akan tahu apakah erti disebalik perjuangan mereka!!!!

urkolog said...

kebebasan ada batasnya..kebebasan yg total akan mengundang bahaya..

jika benar mahu berhimpun atas nama apa sekali pun, lakukan dgn tertib. mengapa tidak diadakan di kawasan lapang dan tertutup? bukankah pihak polis pernah membenarkn stadium pj untuk dijadikn perhimpunan anti ISA suatu masa dahulu.mengapa mahu diadakn di tempat awam. bukankah ini mengganggu kententeraman org lain.menganggu hak kebebesan org lain.

mr mc shahrul pernah kah ada melihat akta ISA itu, pernahkah ada membaca dan memahami mengenainya? apakah ada tahu bagaimana prosedur sesuatu penahanan ISA itu jika ia mahu dilaksanakan ke atas seseorg individu?...saya pernah membacanya. amat rumit prosedur untuk mendapatkn perintah tahanan ISA ini sebenarnya. banyak kelulusan dan penilaian yg diperlukan untuk melaksanakannya. boleh saudara berikn contoh atas dasar apa ia dikatakan zalim. saya akui setiap perkara yg baik jika disalahgunakan akan buruk akibatnya.

pokok pangkal jika tidak bersalah mengapa mahu gentar dgn ISA tersebut.....

sheikh teluk intan said...

Salam semua,

Kalau kerajaan hendak tahan 1juta orang kerana mengancam keselamatan negara, tahanlah tapi hadapkan ke hadapan pengadilan terlebih dahulu. Ini yang rakyat kehendaki.

Memang kebebasan ada hadnya. Tetapi cuba fikirkan, terdapat juga kekuasaan dan kerakusan penguasa yang sesungguhnya digunakan tanpa had untuk menekan suara rakyat yang melihat kezaliman sebagai kezaliman bukannya melihat kezaliman sebagai tindakan yang perlu dihormati.

Dan alangkan pandirnya cara kita berfikir bila kita katakan:" saudara tidak perlu risau dengan ISA kalau saudara tidak membuat salah". Mengapa kita tidak pernah bertanya, ISA ini sesuaikah dengan prinsip keadilan sejagat, apatah lagi Islam?

urkolog said...

salah satu prinsip Islam...mencegah lebih baik dr mengubati...

ISA digunakan untuk pencegahan..yakni diyakini dgn bukti2 yg kukuh bahawa tindakan penahan sesuatu individu itu adalah perlu untuk menjamin keselamatan dan kestabilan negara...oleh itu sebelum sesuatu perkara itu menjadi buruk maka tindakan telah diambil dahulu.

pendakwaan dimahkamah pula bila mana sesuatu jenayah itu telah berlaku..pendakwaan tidak boleh dilakukan jika jenayah tidak berlaku..

pd hemat sy ISA perlu dikekalkan tetapi penambahbaikan harus dilakukan pd perkara2 tertentu yg dianggap tidak memuas hatikn segelintir pihak...

dlm muamalat Islam sekiranya sesuatu perkara itu memberi kebaikan kepada hak majoriti
maka ia mengatasi hak segelintir minoriti