05 October, 2008

Teori RAHMAN sekali lagi

Dulu pernah orang kata yang PM-PM negara kita ini menurut giliran huruf-huruf dalam nama RAHMAN iaitu R bagi Tunku Abdul Rahman, A bagi Abdul Razak, H bagi Hussein Onn, M bagi Mahathir, A bagi Abdullah Ahmad Badawi dan N bagi Najib.

Selepas itu apakah akan tamat tiada lagi PM dari Umno? Atau apakah akan berulang kembali RAHMAN iaitu:

R bagi Razaleigh, A bagi Anwar Ibrahim, H bagi... 

Maklumat terbaru ialah Anwar Ibrahim memang ada 32 nama dan senarai nama sudah dimaklumkan kepada YDP Agung, tetapi tidak mendapat sambutan beberapa Raja Melayu kerana tiada parti Umno dalam Kerajaan Campuran baru. Selagi tiada Umno selagi itu Raja Melayu tidak merasakan senang. Ini kerana jasa Umno terlalu besar buat Raja-raja Melayu sehingga matinya Umno akan tamatlah bukan sahaja stau legasi sejarah tetapi juga matinya semangat Melayu tulen.

Maka apabila pihak Anwar berjumpa dengan Tengku Razaleigh bagi menjemput beliau pula menjadi PM dalam Kerajaan Campuran baru itu maka suasana pula berubah. Kuli adalah anak raja dan juga adalah tokoh politk Umno yang amat senior dan matang. Dan sekiranya Kuli masih mempertahankan Umno simbolik selaku calon PM dalam senarai nama yang baru, lebih cerah peluang ia direstui Raja-raja.

Dengan perkembangan atau perkiraaan sedemikian rupa, maka tokoh teratas Umno jadi panik dan akan mempercepatkan peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada Najib, secepat mungkin diketahui dalam sebulan ini.

Apabila Najib naik seketika menjelang pencalonan kepimpinan Umno bulan Mac tahun depan akan berlaku cabaran yang serius dari Kuli sendiri. Pihak PR pula tidak sabar dan tidak rela tunggu dan lihat kerana bimbang Umno bersatu kuat kembali dengan kemenangan jelas mana-mana calon nanti.

Surat menamakan Kuli sebagai PM mungkin diperolehi terlebih dahulu dan maka naiklah Kuli ke tahta idamannya. Ada yang merasakan Anwar boleh menyandang jawatan TPM sementara dan menjelang setahun dua lagi naiklah juga akhirnya. Kuli tentu akan berunding yang kuli setianya iaitu Ahmad Shabery dinaikkan pula jadi TPM selepas Anwar nanti.

Tetapi saya merasakan lebih baik Anwar ambil peluang menunjukkan kebesaran jiwanya dan tidak mengambil kesempatan sedemikian. Lebih baik dia menjadi Senior Minister duduk dibelakang dan berdamai dengan Mahathir yang diambil menjadi Ministerial Advisor. Semua yang berumur 60 ke atas selepas ini baik bersara dan memberi peluang menaikkan tokoh-tokoh pelapis seperti Saifuddin Nasution, Ahmad Shabery,  Mat Isa Nasharudin, Husam Musa. 

Kementerian Kanan pula seperti Kewangan dan Dalam Negeri patut diberi kepada kaum Cina seperti Lim Guan Eng dan anak Karpal. Kit Siang pun bersara lebih baik baginya.

Dengan itu akan aman damai negara kita buat lebih lama dari seketika. Saya akan main peranan sebagai pembangkang yang baru pula. Sekiranya tidak dimansuhkan akta yang selama ini dilaung-laungkan sebagai zalim maka siaplah kita kerjakan kerajaan yang baru.

Apakah sejarah akan berulang dan berpusing? Tak lama lagi kita akan tahulah jawapannya.

1 comment:

Letting the time pass me by said...

Bersempena dengan kedatangan Bulan Syawal, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua pembaca-pembaca blog yang budiman jika terdapat sebarang kesalahan atau tersinggung kata. Almaklumlah, kekadang tu bila beri komen tu tak toleh kiri kanan. Diharapkan kedatangan bulan Syawal kali ini akan dipenuhi dengan keberkatan dan keinsafan....