20 October, 2008

Maka Menanglah Anak Che Det

Sepertimana yang diramalkan dalam blog-blog awal saya, bahawa percaturan politik tanah-air hanya berkisar diantara dua gergasi ini sahaja iaitu Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim.

Jelas sekali sesiapa yang bukan diantara mereka akan lenyap ditelan sejarah begitu sahaja. Lihat betapa mudahnya Pak Lah hilang kuasa. Dan begitu cekapnya Mahathir merampas kuasa. Kini pengaruh sebenar telah bertapak semula, iaitu pengaruh Mahathir. Gergasi ini dengan mudah meletakkan gerak-geri dan hala-tuju Umno dan politik tanahair seterusnya.

Pak Lah sudah hilang pengaruh malah tidak boleh memesong satu undi dengan mudah pun hari ini. Tidak ada sesiapa yang ingin berdiri disampingnya dan lebih suka memilih berdiri dan bergambar disamping Che Det. Atau disamping anak Che Det, iaitu Mukhriz Mahathir, calon kesayangan pemuda sekarang.

Khairy sudah hilang punca. Tidak boleh berbuat apa-apa. Dengan segala jentera dan tentera penasihatnya, tidak dapat mengekalkan pun pencalonan dari kawasan selamat sendiri, seperti Bahagian PutraJaya yang tewas petanda malapetaka politik yang bakal menemuinya tidak lama lagi.

Jika KJ tercalon pun akhirnya untuk bertanding berdepan dengan Mukhriz, askarnya sudah ramai terkorban dalam perjalanan yang agak berliku ke pentas PWTC. Che Det sudah melangkah deras dan jelas bahawa semua agen Pak Lah hendaklah dihapuskan. KJ sebagai ahli kerabat Pak Lah sudah berada dalam kancah kehausan bilangan penyokong dengan kehadiran Che Det di tengah-tengah kancah tersebut.

Che Det adalah ahli strategi perang politik terhandal abad ini. Beliau tahu bila berundur dan bila menyerang. Dan apabila menyerang, sepertimana nasihat Sun Tze dalam kitabnya, The Art of War, hendaklah dipancung musuh-musuh yang pernah memusuhi anda dengan pantas dan ganas.

Kini Che Det dan anaknya boleh berjalan sini sana dengan mudah tanpa diboikot atau dipandang serong sebagai kerugian politik. Mereka dipandang mulia, dianggap cekal, disanjung tinggi, dipohon ampun.

1 comment:

Letting the time pass me by said...

Saya masih melihat keadaan politik Malaysia dengan berhati-hati.. tetapi saya rasa kemampuan analisis politik anda memang matang dan tepat.. almaklumlah anda pernah bekerja dengan ramai orang politik, termasuk DSAI..

Posting yang menarik,dan setiap kali anda menengahkan karektor Tun M, anda begitu yakin sekali dengan kemampuan Tun M... Saya kira kali in pun anda membuat analisis dengan tepat..

Apa pun, bak liga EPL, diatas kertas mungkin Arsenal akan dapat membelasah Hull, tetapi kadangkala bola itu bulat...

Dato' Mukhriz nampaknya telah jauh meninggalkan pencabar lainnya, tetapi angka 63 berbanding 36 dan 29....

Tetapi yang paling nyata didalam dunia politik ialah, kawan boleh menjadi lawan...

Saya memang menghormati Tun M, harapnya dengan kebangkitan semula "legasi" Tun M, Malaysia akan cemerlang semula..

Tetapi apa pun boleh berlaku, dan macam-macam boleh berlaku didalam perjalanan menghampiri tarikh pemilihan UMNO..