10 October, 2008

Tanya Teresa Tentang Agama


Semalam 4 ke 6 ptg di Hotel Midah, Kpg Attap, Kuala Lumpur, kami para pengawal media alternatif berpeluang berdialog dengan Exco Kanan Negeri Selangor, YB Teresa Kok, yang mengaturkan sesi dialog khas ini kerana ingin bertukar pendapat mengenai isu semasa dan sebab mengapa beliau dijadikan mangsa serangan dengan isu-isu sensitif seperti babi, azan dan skirt dalam masjid.

Selama perbincangan awal biasalah, akan disentuh sejarah isu-isu tersebut, macamana akhbar yang dikawal parti lawan memutar-belakangkan kebenaran demi survival agenda tersirat, bagaimana terlalu menjadi kejutan kerajaan negeri emas seperti Selangor boleh jatuh ke tangan pembangkang dan ada pula exco kanan yang berlambang roket, dan bagaimana segala usaha  maupun komplot inginkan merampas kembali negeri tersebut samada secara perang saraf maupun fitnah.

Mother Teresa ini menjadi mangsa mudah kerana MB Khalid Ibrahim tidak mudah dijatuhkan maupun tokoh-tokoh Pas yang lain. Di Perak dapatlah tangkap tikus besar disebabkan kawalan kucing-kucing terlalu banyak sekarang. Sikit saja silap gaplah jawabnya. Ini petanda baik dan harus diteruskan. Basmikan rasuah tak kira kuasa atau seks sehingga ke akar umbinya terutama di pihak kerajaan pemerintah.

Tetapi saya lebih tertarik tentang soal agama lalu saya pun bertanya ke Teresa,
"Apakah pandangan YB kepada Islam dan orang Islam? Apakah pandangan itu berubah selepas menerajui kerajaan?"

Teresa semacam termenung sekejap dan menyentuh sedikit sejarahnya. Rupa-rupanya dia memang biasa dengan subjek Islam sehingga mendapat A dalam STPM untuk subjek Sejarah Islam. Lepas itu di USM, beliau mengkaji Tamadun Islam selama setahun. 

Semasa beliau dalam Parlimen Seputeh sebagai pembangkang perhubungannya dengan semua MP yang lain amat baik dan mesra tidak kira parti atau kaum. Beliau akur dengan segala protokol agama sehingga semasa berdoa pun beliau menerima. Ada majlis yang beliau menjadi pengerusi beliau pun mengajak pegawai terkanan di situ untuk melakukan doa bagi pihak Islam.

Beliau bersetuju bahawa Islam itu harus dicontohi teladannya yang menganggap politik itu sebati dengan agama, dan ingin juga agama Kristian anutannya serius terhadap soal politik.

Beliau mengambarkan kehairanannya mengapa apabila menjadi kerajaan, tekanan kepadanya amat teruk sekali. Sehingga apa-apa yang dia tidak buat dituduh dia buat. Apa yang dia tidak cakap dituduh dengan terang tanpa silu.

Bloggers lain bersama saya pun bersetuju yang Teresa ini agak mentah lagi dalam soal politik terutamanya di Malaysia. Awak diterima bukan kerana awak baik dan berjaya. Orang akan cukup dengki apabila anda terlalu baik dan berjaya. Apabila tidak jumpa kelemahan, akan ditimbulkan skandal.

Akhirnya saya menasihati Teresa (kerana beliau memang meminta dinasihati) supaya berjumpa dengan para ulama yang baik iaitu bekas Mufti Perlis, Datuk Asri dan MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekiranya beliau ingin pergi, saya dan rakan-rakan sanggup temankan kerana ingin mendengar pandangan kedua-dua pihak, demi manfaat kita dalam mengejar pahala amal jariah.

- (gambar menunjukkan PendAtang Dengan Izin bersama Exco Kanan Kerajaan, Teresa semasa sesi bergambar, dan bersama dengan blogger lain)

4 comments:

小针 said...

Aku ada kat sana semalam.
http://tanteckchin.blogspot.com/2008/10/tomyamteresa-kok.html

burujerdi said...

Salam ukhuwwah,

Saya tertarik apabila orang yang berada di dalam sebuah parti yang terkenal chauvinis; cuba menunjukkan seolah-olah ia mengambil berat masalah-masalah kaum lain. Apakah sikapnya selepas memenangi PRU baru-baru ini sudah mencairkan kepekatan faham rasis beliau?

Gambar beliau bersama-sama rakan-rakan dalam satu upacara menanggalkan tulisan jawi dan menggantikannya dengan tulisan China dan Tamil sangat menyentuh dan mengguris perasaan. Sekurang-kurangnya, beliau tidak membuang tulisan jawi tersebut kalaupun hendak menambahkan papantanda jalan itu dengan tulisan China dan Tamil.

Apakah dendamnya terhadap Melayu dan Islam sudah luntur hanya dengan memakai baju kebaya?

Saya tidak rasis tetapi perkembangan politik semasa sangat mendukacitakan.

yindanyan said...

Red1,

pakaian dan senyuman Red1 dan Teresa
sama2 nampak menawan.
nampak dua-dua boleh berkawan.
apa lagi ajaklah dia ucap 2 kalimah syahadah dan ajak kawin bukan setakat berkawan aje.
dapatlah selesai banyak perkara.

TK
yindanyan

Pembekal Induk Cacing said...

Sikit promosi utk peminat induk cacing.

Syarikat saya Eko Harro Agrotech menawarkan cacing dengan harga yang lebih murah dari pelbagai jenis baka seperti Lumbricus Rubellus, Esenia fetida, dan African Night Crawler.

Sila datang segera sementara stok masih ada.

http://indukcacing.blogspot.com