Selepas membaca blog
Dr Mahathir Mohamad: SANUSI JUNID saya telah berkomen di sana:
Saya ingin menyentuh tentang pemikiran Yang Berbahagia Tan Sri Dato Seri Sanusi bin Junid itu sendiri.
Ada pihak yang mengkritik pemikiran beliau terutama beberapa cadangannya seperti menanam padi di atas bumbung rumah sebagai tidak lojik atau sesuai di negara kita.
Malah beliau dikatakan gagal dalam beberapa segi semasa menyandang jawatan Menteri Besar Kedah sedikit masa dahulu.
Saya ingin menyentuh tentang orang pintar atau genius secara umum dalam sejarah manusia. Biasanya ia adalah beberapa perkara berikut:
1) Orang pintar adalah terlalu sedikit
2) Orang pintar sentiasa dicemuh oleh masyarakat umum.
3) Orang pintar akan terbukti kepintarannya lama kemudian setelah masyarakat menyaksikan hakikat tentang perspektif sebenar dan lebih luas menerusi sejarah nanti.
4) Namun orang pintar selalu menghadapi cabaran besar atau gagal dengan banyak pada awal hidup mereka.
5) Orang pintar biasa tidak diterima oleh kampung halamannya sendiri, tetapi disanjungi oleh orang seberang laut.
Saya ingin menyentuh perkara (4) di atas sahaja. Menerusi kajian mengenai kejayaan Silicon Valley di California yang ramai pakar terpinga-pinga kenapa ia sangat berjaya sebagai satu bukti keusahawanan ICT yang tersendiri sehingga menjadi satu model ikutan dunia yang amat sukar untuk ditandingi.
Ada satu kesimpulan yang saya terbaca semasa di Cebu, Filipina membentangkan ide
ADempiere saya kepada kerajaan di sana (yang diterima lebih baik di sana daripada di sini). Tuan rumah telah menghadiahkan saya dengan sebuah buku ditulis oleh orang Filipina sendiri yang bertajuk ada perkataan 'Rice' atau beras.
Dalam buku tersebut dikisahkan bagaimana Silicon Valley berjaya:
1) Ia dianjurkan oleh sebuah Universiti secara serius, kreatif dan langsung, iaitu Universiti Stanford.
Begitu juga dengan MIT yang terbilang mencetuskan Boston Route 128 (Jika tak silap angka Route nya).
2) Sistem membenarkan kegagalan berulang.
Ah, di sini saya tertangkap dengan frasa 'membenarkan kegagalan yang berulang'. Ini kerana mereka sedar genius itu akan berani mencabar status quo dan akan kena gam berkali-kali dan gagal menembus pasaran sehingga akhirnya berjaya kerana pengalaman demi pengalaman yang dihadapinya.
Di sini lah amat berbeza dengan budaya kita di sini. Kita ingin mengejar MSC, tetapi tidak ada satu Universiti yang secara langsung melahirkan sumber di MSC atau CyberJaya. Bukan Universiti Lim Kok Wing (tiada kena mengena dengan maksud saya).
Saya telah mengemukakan cadangan Universiti sedemikian dua tahun yang lepas tetapi tidak difahami konsepnya oleh para pegawai di sana.
Saya berharap Sanusi Junid akan mengambil ide saya dan pergi gagal sekali lagi bagi pihak saya!
(Saya menulis topik ini di blog CheDet tetapi oleh kerana terlalu ramai komen berbuih-buih lautan di sana, mungkin topik saya yang saya kira amat penting ini tengelam atau 'gagal' sekali lagi mendapat perhatian umum maka saya mengulangi di sini dengan tambahan di
bawah (kena add value lah))
Budaya kita tidak suka kegagalan. Sekiranya seseorang itu gagal kita akan membankerapkannya dan payah untuk dia melangsaikan kebangkerapannya. Di sana USA, orang bangkerap atau digelar Chapter 12 di sana, akan diberikan peluang kembali dengan bergayanya kepada pasaran awam.
Contohnya Donald Trump. Bank2 di sana tidak menutup dan melelong hartanya. Mereka pinjam lagi kepadanya kerana mereka sedar dialah yang paling pandai waktu itu dalam bidang tertentu. Bukan kerana mereka sayang duit yang sudah hilang!
Kita sering memberi tanggapan negatif terhadap orang yang gagal dalam eksperimennya. Itulah sebab tiada satu pun genius yang diiktiraf Malaysia akhirnya. Kita lebih suka iktiraf pengampu dan peniru jenama orang lain.
Kita kehilangan Vijay Singh dengan cara itu. Kita juga boleh dianggap kehilangan Michel
le Yeoh. Dunia luar memanfaatkan mereka. Berapa lagi khazanah dan sumber modal insan termahal dunia yang kita bakal hilang nanti?
- gambar 1 - Juara squash dunia, Nicol David . Bolehkah kehebatan seseorang itu diulangi secara sistematik? Atau semata-mata dipolitikkan?
- gambar 2 - Vijay Singh yang berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia, lalu tidak diberikan kerakyatan kerana dasar sendiri yang tidak sama dengan dasar luar negara yang lihat pada keperluan penting dengan lebih kreatif. Akhirnya dia memusing seluruh dunia sebagai antara juara golf terbaik dunia sebaris dengan Tiger Woods, legenda golf yang masih hidup. Beliau pernah menyatakan bahawa beliau belajar golf semasa duduk di Malaysia.
- gambar 3 - ini dulunya gadis Ipoh mali tetapi tidak dijumpai oleh pengusaha tempatan sehinggalah pengusaha filem di Hong Kong mengenal bakatnya lalu nama beliau meletup semasa menjadi Bond girl dan akhirnya berlakon dalam pelbagai filem blockbuster Hollywood seperti
Geisha dengan ZiYang dan Gongli (dalam gambar) dan
Sunshine. Michelle Yeoh kini mendirikan hidup dengan boss Ferarri iaitu Jean Todt.
- gambar 4 - Daniel Bego, bertaraf ke2 dalam kejuaraan renang remaja dunia, bersama ibunya yang menghalang Daniel mengikuti satu pertandingan renang genting atas tanggapan ibunya yang para pengiklan mengeksploitasi anaknya demi keuntungan komersil semata-mata dan
bukan kerana memajukan sukan untuk negara.
- gambar 5 - Shalin Zulkifli. Saya kenal ayahnya dengan rapat swaktu Shalin berumur 15 tahun, ayahnya beritahu saya tentang impiannya yang hendak duduk di Copenhagen, Denmark dengan anaknya sebagai pengusaha klinik juara bowling dunia. Akhirnya dia gagal dan Shalin gagal menjadi juara dunia - Itu Zul bagi tahu saya adalah matlamatnya yang dirancang rapi pada tahun 1990an lagi dan dia ingin keluar dari Malaysia mencapai impian tersebut kerana budaya di sini tidak mengizinkan itu dengan mudah.
- gambar 6 - Penulis yang lebih dikenali sebagai 'red1' dalam alam siber dikalangan komuniti Open Source ERP memberi ucapan di Linux Tag, Berlin pada pertengahan tahun 2007.
'red1' diamanahkan oleh komuniti sedunia itu menentukan hala-tuju dan nama projek ERP tersebut pada September 2006 semasa satu debat masyur dikalangan komuniti kerana agak kelam kabut tanpa seorang pemimpin waktu itu.
Akhirnya 'red1' memilih nama ADempiere.org dan memberi ADempiere.com kepada orang yang mencadangkan nama projek, iaitu Carlos Ruiz, Colombia.
ADempiere berjaya menjadi projek tercepat kedudukan pertama dalam SourceForge dan mengugat gergasi seperti SAP, Germany, tetapi beliau menganggap dirinya gagal menarik perhatian Malaysia supaya Kuala Lumpur menjadi Ibu Pejabat ADempiere Sedunia. Kini ADempiere ber-ibu pejabat di California dan Berlin di atas tajaan 'red1' bersama dengan ADempiere Council yang dipimpinnya.