13 July, 2008

Baiknya Badan Pencegah Rasuah

Dahulunya BPR itu tidaklah disegani. Ia diberi tanggungjawab untuk tangkap ikan tetapi yang ia dapat hanya ikan-ikan kecil sahaja. Ia tidak dapat berjumpa dengan ikan besar. Ia perlu rujuk kepada polis dan orang tertentu terlebih dahulu.

Tiba-tiba beberapa hari ini BPR menangkap ikan yang cukup besar iaitu Direktor General Jabatan Imigresen, Datuk Wahid Md Don dan Timbalannya Yusof Abu Bakar, serta ramai lagi anggota kanan sehingga ke pihak sindikit yang menghulur kepada mereka pun dijerat. BPR kini macam lebih bebas dan tidak tertakluk kepada peranan polis pun. Operasi mereka lebih mendalam dan penuh teliti.

Apabila ikan no.1 ditangkap terlebih dahulu, yang berpangkat rendah dibarisan depan akan lintang pukang dan menunggu sahaja di kandang yang bersalah. Jabatan-jabatan yang berkaitan pun akan turut terasa cili pedas dan seluruh jentera kerajaan akan dihantui tsunami BPR ini. Pihak Polis sudah tidak menjadi rujukan utama aktiviti anti-rasuah malah mereka pula perlu datang menghadap BPR. Ketua Polis Negara dan Peguam Negara kena pergi untuk disoal-siasat dan bukan boleh lagi menjadi ikan yang kebal.

Mengapa dan apa makna semua ini berlaku? Apakah Pak Lah melakukannya demi membuktikan yang dia adalah PM yang benar-benar memerangi rasuah? Atau apakah Pak Lah bimbang pada hari-hari akan datang kepimpinan beliau akan amat tercabar dan memerlukan nafas politik yang sebenar? Atau apakah memang Pak Lah sudah tiada masa dalam tempoh 2 tahunnya yang terakhir untuk melakukan apa yang memang dikehendakinya sebagai PM Mr. Clean? Atau ini cuma helah untuk memesong hati dan hasrat rakyat supaya jangan lagi menjatuhkannya?

Bagi masyarakat Cina yang amat sensitif kepada peranan Jabatan Imigresen dan juga jentera kerajaan yang lain dari menghakis hak mereka selama ini, mereka amat gembira menerima berita tangkapan ikan-ikan ini. Mereka tentu sekali akan memberi undi yang menyokong kembali BN dalam pilihanraya akan datang. Ada yang menganggap ia sudah lambat, tetapi mereka bukanlah berdendam, cuma mengira cukup untung yang kerajaan akan menjadi lebih bersih dan telus mulai sekarang.

Rasuah adalah penyakit politik yang amat mendalam dan membawa kesan yang menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat dan bukan sahaja kepada jentera pentadbiran kerajaan. Rasuah boleh membunuh kebaikan agama dan membawa bala Allah kerana rosaknya mukabumi yang disebabkan oleh rasuah.

Bagi Pakatan Rakyat ia pula perlu mengekalkan identitinya sebagai Kerajaan Alternatif yang boleh mengatasi prestasi Kerajaan BN. Dr. Mahathir menuduh PR sebagai berkepentingan dengan tidak mencabar Pak Lah kerana status quo yang ada amat membina suara protes untuk terus dan bertambah protes. Tetapi dengan Pak Lah menjadi PM yang lebih baik, akan menghakis strategi tunggu dan ambil ini.

Apakah akan lebih telus dan anti-rasuah jika ia dapat memerintah? Apakah PM baru PR ada kebolehan yang lebih luar biasa dari apa yang makin diperlihatkan oleh Pak Lah? Bolehkah PR hidup selesa dalam piawaian baru dimana semua mata akan memandang tanpa henti ke dalam akuarium yang penuh dengan ikan-ikan baru?

Pak Lah mungkin merancang lagi kebaikan seperti ini secara senyap dan teratur. Akan kita lihat apakah ia adalah kebenaran atau ilusi. Ramai akan menunggu pukulan bola dari kandang yang dia menjadi orang no.1 di dalamnya. Tendangan yang baik akan memberi mata yang baik. Tendangan silap selepas ini mungkin menjadi yang terakhir.

Walau macamanapun, hamba dengan rendah hati amat berterima kasih atas keberanian Direktor General BPR, Datuk Seri Utama Ahmad Said Hamdan. Tahniah juga kerana dapat pingat barunya semalam.

4 comments:

Conspiracy Theorist said...

Red1,

Kalo betoi, alhamdulillah..tahniah macam saudara kata tapi saya lihat ini sebagai taktik mengkaburi mata..heheh...macam history repeating itself lak..masa mula2 dulu PLah jd PM dato' Khasitah kena(kira ikan besaq gak la) pas tu senyap dan tubuh sayap baru(org depa)..jgn2 yg kena ni pasai tak mau dengaq cakap & nak makan ngan gang depa saja, geng PLah pun tak syok la..BPR itself needs reform..most of those involved r ol clique..hopefully i'm wrong(kalo puak2 bawahan(d backbone) punya info tak betoi la)

PLah to me is power crazy base on dis excerpt whch he says "I'm used to making history that leaders before me had not achieved.

"The 2004 general election was the best but the 2008 result was the worst which no leader before me had achieved," he said...
huh..wat history..bagi semua bangsa brtelagah sesama sendiri dan melaga2kan bangsa Melayu sendiri..tak sedaq diri camni susah la bro..tak tau nak kelasifikasi PLah ni masuk golongan apa dah..sejak tahun 2004 lagi dah mula sifat dengki untk menjatuhkn Tun M..tak salah dengaq pandangan org yg dh 22thn mentadbir negara dengan aman dan damai.. d economy woz improving wen Tun M handed d corridors of power to PLah but no, he screw up big time..cancel double tracking project wch cost more den a billion woz stupid as money had been thrown to d implementation.. lepas tu bawa masuk 10 foreign ppl frm all over d world to sit on d economic advisory board for wat?? oh..reason coz dis ppl can advise d country on d era of globalization?? dis ppl r not seasoned ppl as dey r goin thru globalization demselve,..duh..amenda la tu..hrmm..d rest is history as u can see rite now n of coz d coming situation mite be worst if bro AnWar is arrested soon for sodomy charge..i gess dats unavoidable as thr will b proof once d report is out..sepandai2 tupai melompat akhir nya jatuh ke tanah juga.. may Allah forgive me and all of us who have sinned.. hopefully it's not true but i believed d truth will prevail and yes the truth hurts...salam bros.

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWar!!

p.s. nampak bila PLah brcakap macam angkuh dan riak je bro..entah le..heheh..apo nak dikato..(,")

CUCU TOK KEDU said...

Sdr ku!

Entahlah ....

Ini semua untuk memutus ubat sembelih kambing hitam!

Rakyat sedang menunggu tindakan Pak Lah terhadap kes Rafidah Aziz sejak zaman Mahathir hingga zaman Pak Lah, habuk pun BPR tak sebut!

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

Letting the time pass me by said...

Terlampau banyak isu didalam pemerintahan sekarang yang akan membuatkan sebarang langkah-langkah kerajaan akan dipandang dengan berhati-hati oleh pengkritik Pak Lah...

apakah kita akan melihat suatu reform BPR yang benar-benar telus, atau apakah ini semua sebagai smoke screen untuk menutup atau mengaburi kepincangan politik semasa???

Ade banyak kes-kes panas yang masih lagi belum diteliti dengan sempurna dan ini sememangnya menimbulkan tandatanya tentang keikhlasan dn ketelusan BPR...

Apa pun, kita tengok sahajalah perkembangan terbaru nanti....

Nevada said...

tidakkah kita lupa bahawa rekod perjalanan kemasukan altantuya ke malaysia hilang dalam rekod imegresen kita? dan adakah dakwaan rasuah keatas ketua pengarah imegresen, boss no.1 imegresen itu ada kaitan dgn hal ini, walau didakwa diatas sebab2 yg lain? adakah ini satu gerakan paklah keatas najib???