11 June, 2008

Kegagalan Sanusi Junid

Selepas membaca blog Dr Mahathir Mohamad: SANUSI JUNID saya telah berkomen di sana:

Saya ingin menyentuh tentang pemikiran Yang Berbahagia Tan Sri Dato Seri Sanusi bin Junid itu sendiri.
Ada pihak yang mengkritik pemikiran beliau terutama beberapa cadangannya seperti menanam padi di atas bumbung rumah sebagai tidak lojik atau sesuai di negara kita.

Malah beliau dikatakan gagal dalam beberapa segi semasa menyandang jawatan Menteri Besar Kedah sedikit masa dahulu.

Saya ingin menyentuh tentang orang pintar atau genius secara umum dalam sejarah manusia. Biasanya ia adalah beberapa perkara berikut:

1) Orang pintar adalah terlalu sedikit

2) Orang pintar sentiasa dicemuh oleh masyarakat umum.

3) Orang pintar akan terbukti kepintarannya lama kemudian setelah masyarakat menyaksikan hakikat tentang perspektif sebenar dan lebih luas menerusi sejarah nanti.

4) Namun orang pintar selalu menghadapi cabaran besar atau gagal dengan banyak pada awal hidup mereka.

5) Orang pintar biasa tidak diterima oleh kampung halamannya sendiri, tetapi disanjungi oleh orang seberang laut.

Saya ingin menyentuh perkara (4) di atas sahaja. Menerusi kajian mengenai kejayaan Silicon Valley di California yang ramai pakar terpinga-pinga kenapa ia sangat berjaya sebagai satu bukti keusahawanan ICT yang tersendiri sehingga menjadi satu model ikutan dunia yang amat sukar untuk ditandingi.

Ada satu kesimpulan yang saya terbaca semasa di Cebu, Filipina membentangkan ide ADempiere saya kepada kerajaan di sana (yang diterima lebih baik di sana daripada di sini). Tuan rumah telah menghadiahkan saya dengan sebuah buku ditulis oleh orang Filipina sendiri yang bertajuk ada perkataan 'Rice' atau beras.

Dalam buku tersebut dikisahkan bagaimana Silicon Valley berjaya:

1) Ia dianjurkan oleh sebuah Universiti secara serius, kreatif dan langsung, iaitu Universiti Stanford.
Begitu juga dengan MIT yang terbilang mencetuskan Boston Route 128 (Jika tak silap angka Route nya).

2) Sistem membenarkan kegagalan berulang.

Ah, di sini saya tertangkap dengan frasa 'membenarkan kegagalan yang berulang'. Ini kerana mereka sedar genius itu akan berani mencabar status quo dan akan kena gam berkali-kali dan gagal menembus pasaran sehingga akhirnya berjaya kerana pengalaman demi pengalaman yang dihadapinya.

Di sini lah amat berbeza dengan budaya kita di sini. Kita ingin mengejar MSC, tetapi tidak ada satu Universiti yang secara langsung melahirkan sumber di MSC atau CyberJaya. Bukan Universiti Lim Kok Wing (tiada kena mengena dengan maksud saya).

Saya telah mengemukakan cadangan Universiti sedemikian dua tahun yang lepas tetapi tidak difahami konsepnya oleh para pegawai di sana.

Saya berharap Sanusi Junid akan mengambil ide saya dan pergi gagal sekali lagi bagi pihak saya!

(Saya menulis topik ini di blog CheDet tetapi oleh kerana terlalu ramai komen berbuih-buih lautan di sana, mungkin topik saya yang saya kira amat penting ini tengelam atau 'gagal' sekali lagi mendapat perhatian umum maka saya mengulangi di sini dengan tambahan di bawah (kena add value lah))

Budaya kita tidak suka kegagalan. Sekiranya seseorang itu gagal kita akan membankerapkannya dan payah untuk dia melangsaikan kebangkerapannya. Di sana USA, orang bangkerap atau digelar Chapter 12 di sana, akan diberikan peluang kembali dengan bergayanya kepada pasaran awam.

Contohnya Donald Trump. Bank2 di sana tidak menutup dan melelong hartanya. Mereka pinjam lagi kepadanya kerana mereka sedar dialah yang paling pandai waktu itu dalam bidang tertentu. Bukan kerana mereka sayang duit yang sudah hilang!

Kita sering memberi tanggapan negatif terhadap orang yang gagal dalam eksperimennya. Itulah sebab tiada satu pun genius yang diiktiraf Malaysia akhirnya. Kita lebih suka iktiraf pengampu dan peniru jenama orang lain.

Kita kehilangan Vijay Singh dengan cara itu. Kita juga boleh dianggap kehilangan Michelle Yeoh. Dunia luar memanfaatkan mereka. Berapa lagi khazanah dan sumber modal insan termahal dunia yang kita bakal hilang nanti?

- gambar 1 - Juara squash dunia, Nicol David . Bolehkah kehebatan seseorang itu diulangi secara sistematik? Atau semata-mata dipolitikkan?

- gambar 2 - Vijay Singh yang berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia, lalu tidak diberikan kerakyatan kerana dasar sendiri yang tidak sama dengan dasar luar negara yang lihat pada keperluan penting dengan lebih kreatif. Akhirnya dia memusing seluruh dunia sebagai antara juara golf terbaik dunia sebaris dengan Tiger Woods, legenda golf yang masih hidup. Beliau pernah menyatakan bahawa beliau belajar golf semasa duduk di Malaysia.

- gambar 3 - ini dulunya gadis Ipoh mali tetapi tidak dijumpai oleh pengusaha tempatan sehinggalah pengusaha filem di Hong Kong mengenal bakatnya lalu nama beliau meletup semasa menjadi Bond girl dan akhirnya berlakon dalam pelbagai filem blockbuster Hollywood seperti Geisha dengan ZiYang dan Gongli (dalam gambar) dan Sunshine. Michelle Yeoh kini mendirikan hidup dengan boss Ferarri iaitu Jean Todt.

- gambar 4 - Daniel Bego, bertaraf ke2 dalam kejuaraan renang remaja dunia, bersama ibunya yang menghalang Daniel mengikuti satu pertandingan renang genting atas tanggapan ibunya yang para pengiklan mengeksploitasi anaknya demi keuntungan komersil semata-mata dan bukan kerana memajukan sukan untuk negara.

- gambar 5 - Shalin Zulkifli. Saya kenal ayahnya dengan rapat swaktu Shalin berumur 15 tahun, ayahnya beritahu saya tentang impiannya yang hendak duduk di Copenhagen, Denmark dengan anaknya sebagai pengusaha klinik juara bowling dunia. Akhirnya dia gagal dan Shalin gagal menjadi juara dunia - Itu Zul bagi tahu saya adalah matlamatnya yang dirancang rapi pada tahun 1990an lagi dan dia ingin keluar dari Malaysia mencapai impian tersebut kerana budaya di sini tidak mengizinkan itu dengan mudah.

- gambar 6 - Penulis yang lebih dikenali sebagai 'red1' dalam alam siber dikalangan komuniti Open Source ERP memberi ucapan di Linux Tag, Berlin pada pertengahan tahun 2007.

'red1' diamanahkan oleh komuniti sedunia itu menentukan hala-tuju dan nama projek ERP tersebut pada September 2006 semasa satu debat masyur dikalangan komuniti kerana agak kelam kabut tanpa seorang pemimpin waktu itu.

Akhirnya 'red1' memilih nama ADempiere.org dan memberi ADempiere.com kepada orang yang mencadangkan nama projek, iaitu Carlos Ruiz, Colombia.

ADempiere berjaya menjadi projek tercepat kedudukan pertama dalam SourceForge dan mengugat gergasi seperti SAP, Germany, tetapi beliau menganggap dirinya gagal menarik perhatian Malaysia supaya Kuala Lumpur menjadi Ibu Pejabat ADempiere Sedunia. Kini ADempiere ber-ibu pejabat di California dan Berlin di atas tajaan 'red1' bersama dengan ADempiere Council yang dipimpinnya.

14 comments:

SiR KinG TiGeR said...

Red1
Saya rasa Tan Sri Sanusi Junid tidak gagal dalam menjalankan tugas tugas nya sebagai Menteri Besar Kedah dahulu dan Presiden UIA, tetapi menjadi mangsa permainan politik yang kejam. Ingat idea TSSJ mengesa pekebun pekebun kelapa supaya menjual kelapa muda yang lebih mahal dari menjual kelapa tua yang semasa itu tak berharga langsung? Pernah orang lain memikirkan nya begitu? Saya kenal TSSJ semasa berkerja di Kedah dulu, kami selalu berbual bual , kadang dalam bahasa German (Deutch) kerana TSSJ fasih. Saya pernah tinggal diAustria, jadi memang saya boleh bercakap German,sedangkan TSSJ belajar sendiri? Tunggulah, mungkin lebih ramai lagi orang orang yang senasib dengan TSSJ, dendam politik? atau kita juga akan tahu apa akibat nya. Kita tak kan terikut dengan akal panjang nya !

Cik Lee said...

red1 : Abdullah Badawi boleh dikategorikan genius tak ? Dia boleh buat apa yang orang buat. tak gitu?

Mohd Radzian said...

Salam Saudara Red1,

Menyimpang dari topik. Memandangkan knowledge area is programming , boleh saudara berikan nasihat mengenai knowledge resource (book or website) yang baik untuk dibaca di dalam area programming VBA with Excel.

Thanks !

Redhuan D. Oon said...

Guten Tag Zeq!
Apasal tak bagi tau saya u boleh berbahasa Jerman? Bolehlah ajar dan latih kita praktis bertutur. Ini dah rugi.. sudah bayar habis roti canai banyak keping baru buka mulut :-)

Cik Lee,
Cukup melucukan sampai saya terketawa membaca komen anda. Ya, saya setuju, Pak Lah adalah genius terbaru kita. Satu hari nanti mana tahu lama zaman cicit-cicat kita ada orang terjumpa tulisan kami ini dan buat kajian apakah benar Pak Lah adalah geinus.

MR,
Selalunya saya cari buku yang mudah faham dengan contoh terbaik, tetapi memang payah berjumpa terutama untuk bidang saya bahasa Java. Cara belajar terbaik ialah menerusi hands on work.

SiR KinG TiGeR said...

Herrn rot1 - Red1
Guten tag ! ja, ich spreche ein bissen deutch, aber habe ich vergesen ! so lange nicht sprechen ! Kalau nak ditranslate kan, belanja teh tarik. Mamak... teh satu, meehoon satu! hehe bis morgan !

Danke !

DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor

Long Man said...

aiyaaaa.... ich spreche nicht deutsch laaaa... sprechen sie in englisch und malaisch only laaaa... meine deutsch spreche ist kaput...

bro red1,
pehhh... hebat jugak bro nih.... ingatkan orang biasa2 aje... masih ada masa nak berblog walaupun ada keje kat luar negara ye?... kalau orang lain atau genius yang lain dah tentu tido (saya tak maksudkan mana2 pemimpin ye;P)...

saya mengikuti blo0g bro since launch lagi... tapi itupun diintroduce oleh blog shekh telok intan masa bro bertikam lidah dengan dia pasal ustaz ashaari (apa la korang... itupun nak gaduh2)...

anyway tahniah sebab berjaya menjadikan saya untuk buka blog ni setiap hari... so far, hari2 ada cite baru macam MT, chedet n lain2... keep up die gut werken ehhhh the good work...

tschus...

cik lee: idea saudara boleh diperdebatkan. Ke tak perlu buang masa?

SiR KinG TiGeR said...

long

Aku pun dah lama tak bercakap deutch, belajar kat Austria tahun 1985/86. Kat Malaya ni ramai yang pandai cakap French, Deutch jarang jumpa. Aku kalau bercakap masih ok tetapi ejaan banyak dah lupa.

Aber, macht night ! Alles Gute

Cik Lee said...

long : itu statement acah keting jer. Tak payah buang masa nak bincang, boleh refer dekat blog al-husyein. Dia dah buat post mortem kepala Pak Lah. Boleh tengok apa yang keluar.

Su|tAnZ^ said...

tahniah mr red1....

yindanyan said...

Red1,

"Ada satu kesimpulan yang saya terbaca semasa di Cebu, Filipina membentangkan ide ADempiere saya kepada kerajaan di sana (yang diterima lebih baik di sana daripada di sini)...."

Terima baik di sana dari di sini????

Ini adat/hukum lazim orang merantau dan yg perlu jadi perantau. Orang Hakka, Teochew, Malbari, Jawa, Minang, Bugis dan lain-lain pun datang dari seluruh rantau Asia ke Malaysia dan berjaya di sini. Maka lebih baiklah kehidupan mereka di sini berbanding tempat asal mereka.

Orang eropah pun merantau ke Amerika dalam zaman wild, wild west dan menjayakan mimpi amerika mereka. Sekarang semua orang dari seluruh pelusuk dunia ingin merantau dan mimpi di amerika juga.Jika tidak tentu mereka dan pulang ke asal.


Tak menghairankan apabila sudah lama menetap di Malaysia maka semangat perantauan mungkin luntur maka perlu merantau ke tempat lain pula. Ini pun sebahagian dari proses keluar sarang atau potong tali pusat. Tak ada kena mengena dengan diterima di sini atau di sana. Cuma setengah orang perantauan atau proses potong tali pusat/keluar sarang itu tak perlu fizikal kerana mereka berjaya 'merantau jiwa raga' walau duduk setempat dan seterusnya berjaya dalam kehidupan mereka atau RASA/PERASAN BERJAYA sahaja..Sudah tentu makna berjaya juga pelbagai.

Teruskan perayauan anda fisabilillah tanpa rujukan orang sini atau sana dapat terima anda atau tidak. Beyond cartesian coordinates and time?

Di mana-mana pun Bumi Allah belaka.

Apapun kampung yg kekal bukan di sini.

wassalam

Yin & Yan

Gelombang Rakyat said...

Red1, hebat posting ini. Wow!

SiR KinG TiGeR said...

red1

Lama tak jumpa. Jom pergi kedai mamak. Aku dah ajak antimamak jumpa, dia tak mahu la !

Aku pun tak tido lagi, tengah belajar nak touch up blog. Masuk kan gambar gambar awek awek aku dulu. saja nak siyook2.

Tak pergi blog TDM ke?

Alles gute !

SiR KinG TiGeR said...

red1
nape lama tak menulis???

annasamat said...

assalamualaikum saudara red1
saya amat suka membaca artikel ini.
saya juga pernah gagal dalam hidup dan sekarang sedang bangkit..sedikit demi sedikit..tapi bukanlah nak jadi orang terkenal.. terima kasih artikel anda yang sentiasa bernas, sentiasa memberi semangat untuk saya.

saya tak pernah lupa lawat blog dr. mahathir dan anda.. saya amat meminati anda seperti dr. M .

boleh jadi wakil rakyat satu hari nanti .. mm red 1 kalau jadi wakil rakyat jangan lupa kami yang susah yep. :)