Kami duduk di Kem Wardieburn dari tahun 1970 sehingga 1978 selepas berlakunya Peristiwa Hitam Mei 13. Sebelum itu kami duduk di Setapak iaitu di sebuah rumah besar disalah satu lorong di Air Panas. Rumah yang besar itu bukan kami sekeluarga sahaja yang menduduki. Ada beberapa keluarga termasuk tuan rumah, kesemuanya berbangsa Cina duduk sekali. Kami cuma menyewa sebuah bilik sahaja. Saya rasa kami masuk rumah itu pada tahun 1968 semasa saya berumur 7 tahun baru masuk darjah satu di Sekolah Jalan Kuantan (1) Jenis Kebangsaan Inggeris sesi pagi. Abdul Razak Baginda juga berada di sekolah yang sama tetapi setahun senior dari saya. Pada tahun 1969, saya berada di darjah dua.
Saya ingat lagi setiap tahun sekolah ada tiga semester. Semester pertama ialah dari bulan Januari ke bulan April. Semester kedua dari bulan Mei ke bulan Ogos. Semester tiga ialah dari bulan September ke bulan Disember. Setiap tahun kami pelajar akan diberikan kad lapuran untuk ditandatangani oleh ibu-bapa. Itulah saat paling ditakuti. Sekiranya terdapat markah yang rendah misalannya bawah dari 70/100 rotanlah jawabnya. Mesti dapat 90/100 atau lebih. Sebaik-baiknya 100/100. Bukan sahaja itu, kedudukan dalam kelas tidak boleh 2 angka, mesti 1 angka, yakni kedudukan dari 1 ke 9. Pada semester pertama saya entah macamana pulang ke rumah dengan kad lapuran yang tertera kedudukan saya sebagai 16 dalam kelas. Emak saya terus keluarkan rotan dan merotan saya sehingga saya terlindung di bawah meja. Semester ketiga saya mendapat kedudukan 15 dalam kelas. Kena rotan juga. Untuk semester kedua tiada keputusan. Ini kerana sekolah tergantung buat seketika. Ia bukan untuk menyelamatkan saya kena lebih rotan. Ia adalah peristiwa hitam yang korbankan ramai jiwa. Tetapi hari ini saya tidak ingat berapa lama kita cuti sekolah semasa darurat itu. Saya amat sedar yang kad lapuran saya kosong bagi semester kedua.
Yang lain lagi saya ingat adalah detik-detik pada petang Mei 13 itu sendiri, waktu malam dan keesokan pagi selepas itu, dan lepas itu sedikit saja yang saya ingat. Yang saya tulis sini ialah sekadar yang saya ingat.
Pada petang Mei 13, adalah hari selasa. Ini kerana setiap selasa waktu petang ada tayangan Short Gun Slade, iaitu cerita cowboy dalam televisen. Bilik kami tiada televisen. Saya berdiri di tepi jalan dari luar pagar rumah sebelah menjenguk ke dalam rumah jiran itu supaya dapat tertonton televisennya. Masa itu semua hitam putih. Saya berdiri seorang diri. Rumah-rumah kami stail rumah lama dua tingkat, sebelah dengan tempat simpanan terbuka papan-papan panjang untuk kilang papan. Rumah-rumah dan stor di tepi satu jalan kecil yang merupakan cabang terus turun dari kawasan tinggi jalan besar di seberang Pejabat Pos Setapak yang berhampiran Panggung Wayang Al-Hambra, iaitu Jalan Setapak. Tiba-tiba sebuah lori turun dengan laju menerusi jalan depan saya. Saya dapat lihat seorang berdiri di atas lori itu sedang menjerit dan melaung sambil menghayun sebilah parang. Saya tak ingat apa yang dia pekikkan. Cuma ia adalah dalam bahasa dialek Cina tempatan. Sebaik saja lori itu memintas rumah kita dan menghilangkan diri, suara-suara mula menjerit dari dalam rumah saya. Seterusnya saya berada di dalam rumah dan ramai penghuni sedang terkumpul dan mengejar sini sana. Kami kanak-kanak duduk di atas tangga memandang ke lantai ruang luas di bahagian dapur rumah. Orang dewasa sedang mengumpul paip-paip besi air yang panjang. Mereka mengasah hujung-hujungnya sehingga amat tajam sehingga merupai lembing. Mereka menyusun semuanya di atas lantai di sepanjang dinding. Kami rasa seronok macam berpesta pula kerana aktiviti tersebut nampak pelik dan riuh rendah. Orang dewasa berjaga dalam rumah dengan segala paip-paip tersebut yang sudah disusun dengan banyaknya. Malam itu saya pun tidur.
Pada keesokan pagi emak saya mengejutkan kami supaya berkemas kerana bapa kami sudah sampai. Saya keluar rumah dan nampak bapa saya sampai dalam sebuah landrover askar bersama 2 tentera berbangsa Melayu yang lain. Mereka kelihatan tenang dan macam kawan-kawan. Mereka membawa senjata api, dan bapa saya memegang mesingan. Yang lain meronda sekejap di luar jalan, sambil bapa saya masuk rumah dan kami memasukkan beg baju kami ke dalam landrover tersebut. Pangkat bapa saya waktu itu adalah korporal dan rakan-rakannya pangkat lebih rendah. Bapa saya tanya mereka tentang keadaan sekeliling rumah dan mereka jawab yang semua nampaknya aman. Kami pun semua menaiki landrover tersebut dan menuju ke Jalan Setapak atau Jalan Genting Kelang menuju Jalan Pahang.
Sampai sahaja di jalan tersebut, kami ternampak banyak roadblok oleh Police Field Force. Kenderaan kami terpaksa bergerak perlahan bukan sahaja kerana mengemudi sekeliling roadblok tersebut tetapi juga perlu mengelak banyak kereta yang sudah hangus terbakar disepanjang jalan Setapak menuju bulatan Hospital Besar sebelum belok kiri ke Jalan Gurney untuk memasuki kawasan Mindef iaitu Kementerian Pertahanan.
Kita nampak pada setiap kereta yang terbakar ada yang terbalik dan bertebiaran di situ ada kasut atau selipar dan jelas nampak yang berukuran saiz budak kecil. Terlintas dalam hati saya yang sesuatu mesti sudah terjadi kepada setiap penghuni kenderaan dan empunya kasut dan selipar tersebut. Tetapi saya tidak pasti apa yang terjadi. Tiada orang dewasa yang menerangkan kepada saya. Jika mereka terangkan pun tidak termasuk hati saya, kerana saya tidak ingat apa jua perasaan tentang apa yang sebenarnya telah berlaku. Saya cuma benar-benar meresapi apa yang berlaku lama kemudian dalam alam yang sudah jauh dewasa. Itupun kesedaran itu timbul secara sendiri dan bukan dari membaca apa jua teks mengenainya secara langsung.
Keadaan jalan-raya sunyi sepi tiada kenderaan lain melainkan landrover kami sebuah sahaja yang berjalan dengan perlahan menuju perkarangan Mindef dimana kami akan duduk disana lebih kurang seminggu lamanya. Semasa di sana saya bersambung lagi perasaan seolah berpesta. Ini disebabkan oleh dua faktor. Yang pertama ialah kami tidak perlu pergi belajar ke sekolah. Kedua kita tidur dan makan secara satu kumpulan besar bersama dengan ramai keluarga yang lain dalam satu dewan besar. Tidur bersusun sepanjang lantai dewan macam stail askar, itu yang seronok. Ramai pergaulan dan bukan macam penjara bilik saya di Air Panas. Apabila sampai waktu makan kami beratur macam askar atau tahanan dengan membawa cawan tin kosong untuk di isi teh susu dan diberi roti 2 keping (itu sebelah pagi) dan nasi dan lauk pra-siap untuk tengah hari dan malam. Saya pun teringat sebatan rotan tidak berlaku langsung minggu tersebut dan kebebasan diberikan untuk merayau bermain dengan sesiapa yang ada disitu.
Selepas semua ini berakhir, saya berasa agak sedih kerana saya semestinya akan dikembalikan kepada alam sekolah dan rotan lagi. Kami duduk kembali di bilik di rumah Air Panas. Bapa saya cuba menyembunyikan mesingannya ke dalam beg baju tetapi tidak muat dan dia terpaksa kembalikannya. Keluarga kami dapat unit flet di Kem Wardieburn pada tahun 1970 dan kami pun berpindah meninggalkan suasana yang 100% sebangsa kepada suasana yang amat aman kerana suasana kem tiada ramai aktiviti peniaga dan rata-rata Melayu atau Iban.
Semasa di Kem, satu hari bapa saya bawa balik sebuah buku agak nipis yang bertajuk Lapuran Mei 13. Saya membacanya dan mula memahami apa yang tejadi tetapi ia tidak membawa impak yang sebenar sehingga alam lebih dewasa lagi. 9 tahun kemudin dalam kursus BTN, saya membidas sesiapa yang menggunakan Mei 13 sebagai taktik mengelakkan berdebatan mengenai hak masyarakat bukan bumiputra.
Selepas saya muslim dan menziarahi kubur ibu mertua ku di Danau Kota, saya ternampak tersusun satu baris perkuburan yang bersaiz kanak-kanak dan tertulis tarikh peninggalan mereka sebagai Mei 14, 1969. Saya mula sedar tentang signifikan tarikh tersebut. Saya mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk mula menyelami beratnya makna disebalik dua nombor dan satu bulan dalam hidup rakyat kita.
Selepas pilihanraya kecil Ampang Jaya di mana calon bagi pihak Semangat 46, Datuk Harun Idris (Allahyarhm ke atas arwah) bertanding dan kalah, saya berpeluang menaiki kereta beliau bersama-sama dari kediamannya di Jalan Duta ke Rengit di Johor kerana kita berdua akan berceramah. Saya mendapati Datuk Harun adalah antara manusia yang paling rendah diri padahal dia adalah seorang tokoh yang saya anggap sudah boleh jadi PM. Pada awal perjalanan kerana untuk manfaatkan masa bersama beliau yang cukup peramah yang melayani sesiapa saja, saya mulakan perbualan dengan mencuit secara berikut.
"Datuk, taukah datuk mengapa datuk kalah di Ampang Jaya?"
"Tak tahu. Kenapa?"
"Cina yang bagi tau saya. Mereka tak akan bagi tau Datuk. Saya Cina yang muslim, saya akan bagi tau Datuk. Menurut mereka Datuklah penyebab Mei 13"
"Ooh, ituu. Ah, macam ni ceritanya," Datuk Harun dengan tenang dan suara kebapaan pun menerangkan kepada saya kisah pengalamannya mengenai Mei 13 dan kami pun asyik berbual-bual mengenai sejarah itu, dan bukan sahaja itu tetapi banyak yang lain termasuk kes skandal tinju Muhammad Ali melibatkan beliau dan kes beliau masuk penjara, sehingga kenderaan limosinnya yang membawa kami selamat sampai ke tempat ceramah di Johor.
"Redhuan, nanti sekembali ke Kuala Lumpur, datanglah rumah saya", beliau mengajak. "Banyak bahan dan bukti tentang apa sebenarnya berlaku kepada politik masa itu. Awak tulislah buku yang awak minat.
Tetapi sedihnya saya tidak berdisiplin dalam hal janji ini dan tidak kembali berkunjung ke rumahnya sehingga beliau kembali ke rahmatullah. Saya terasa amat rugi selepas itu.
Dalam penglibatan saya dalam politik sebagai ahli PAS dari tahun 1984 ke 1995, saya mula mengetahui lebih lanjut dan mendalami tentang politik tanah air dari sudut yang unik, kerana saya dapat memasuki semua kampung-kampung dan semua dewan Cina untuk berceramah dan berdialog dengan kedua-dua kaum terbesar ini. Dari sana saya makin sedar isu-isu yang sebenar dan apa yang harus kita fokuskan dalam politik kita. Secara kesimpulan kita harus muafakat dan bertanggungjawab dalam segala percakapan dan tindakan kita dan menjurus ke satu kepimpinanan yang terpimpin oleh satu cahaya. Saya percaya cahaya itu adalah Cahaya Kesejahteraan untuk semua yang tertera dalam Ayat 13, Surah Al-Hujarat.
Saya adalah generasi keempat dari China. Kini sebagai seorang muslim, Islam adalah addin muafakat dan penuh tanggungjawab. Kita tidak minta dilahirkan pelbagai kaum dan agama. Namun Allah jadikan kita sebagai Pendatang Dengan Izin kerana kita mengiyakan diri. Kini kita perlu bermuafakat sebagai PADI-Malaysia.
30 March, 2008
Melayu Yang Saya Kenal
Seperti yang tersentuh dalam tulisan yang lepas, saya pernah tertanya semasa dibangku sekolah rendah lagi kenape saya tidak dilahirkan ke dalam sebuah keluarga berbangsa Melayu. Fikiran itu bukanlah tercetus menerusi tafakur secara sendiri tetapi secara terdorong oleh keadaan.
Semasa saya duduk bersama keluarga saya di blok flets Kem Wardieburn, amat sedikit keluarga berbangsa Cina dalam lautan kebanyakannya keluarga berbangsa Melayu atau berbangsa Iban dari Sarawak. Jiran yang sama bangsa dengan saya adalah perpangkat lebih tinggi dari bapa saya dan mereka duduk di blok apartment lebih mewah dan perlu jalan lebih kurang 10 minit untuk sampai.
Seperti yang telah diceritakan, kandungan rumah kita itu amat bising pada sekian waktu. Biasanya pada waktu jauh malam apabila ayah saya balik mabuk tanpa wang atau saya dihukum kerana tidak menuruti perintah. Ia tercetus selalunya dengan kenaikan suara emak saya samada terhadap bapa saya atau kepada kita masa itu 3 adik-beradik yang masih kecil.
Satu pagi keesokan selepas salah satu peristiwa 'perang' di unit kami, kami tertinggal 3 adik-beadik tanpa ibu-bapa di rumah. Sayalah yang paling pemberontak akan cuba keluar rumah walaupun duduk-duduk sekaki di luar pintu depan. Tidak berani lebih dari itu kerana barangkali emak saya akan tiba-tiba balik dan tentu sekali sebatan rotan akan menyusuli tanpa bicara. Jiran sebelah saya, seorang makcik ternampak saya lalu jemput saya memasuki rumahnya dan dilayannya dengan secawan kopi dan sedikit kuih-muih. Sambil saya duduk minum-makan saya perhati keadaan rumah mereka dan anak-beranak lain yang hidup dalam keadaan jauh berbeza dengan saya yang hanya sebelah-menyebelah tembok dinding 2 unit flet kami. Anak-anaknya tidak dimarahi atau dipukul atau ditengking ke atas sedikit kesalahan pun. Malah mereka nampak begitu bahagia, amat berjiwa kampung dan hidup bermanja. Makcik tersebut pun sebut-sebut tentang peristiwa bising yang berlaku malam sebelum itu.
Oleh kerana saya tidak cukup dewasa untuk memahami keadaan dan tidak mampu menjawab punca sebenar ibu-bapa saya bergaduh sakan, makcik itu cuma boleh mengeluarkan kata-kata cuba menenangkan hati saya.
"...semalam tu ayah mabuk agaknya.. kesian... ni kopi ni... minumlah nak, "
Kata-katanya cukup tersumat dalam hati saya kerana saya masih ingat sampai hari ini. Saya tidak ingat wajah mereka tetapi saya ingat suasana berbezaan hidup kami dan kata-katanya.
Melayu yang saya kenal sering saya silap faham. Saya adakalanya menganggap mereka ini ketinggalan dan malas. Tetapi sering merekalah merupakan antara teman-teman yang paling bermakna dengan sikap yang lebih komunal dan ambil tahu. Malah kemasukan saya dalam Islam akhirnya terdorong apabila saya terjumpa lagi seorang sahabat semasa kursus Biro Tata Negara di Air Keroh, Melaka pada tahun 1979.
Masa itu merupakan enam bulan selepas doa saya kepada 'tuhan' yang ditulis di dalam buku catatan saya. Masa itu saya rasa bebas kerana dibenarkan oleh kedua ibu-bapa saya yang telah hidup hidup terpisah dan maka agak longgar kawalan tahanan politik ke atas pergerakan saya. Selama 10 hari saya bebas di kursus tersebut saya seolah memasuki syurga. Tidak ada pihak yang menengking saya maupun saya terbiar seorangan dalam rumah kosong.
Seleasai saja kursus tersebut, saya merasakan amat berat untuk kembali ke pangkuan rumah bapa atau emak. Saya mahu terus dalam perjalanan kemerdekaan yang saya dah kecapi sebagai seorang remaja berusia 18 tahun waktu itu. Saya dengan mudah dipelawa oleh seorang kenalan di sana supaya ikut dia balik berkunjung ke kampungnya di Semabok, Melaka. Apabila jejak kaki masuk kampung tersebut dan terdengar serta terhidu suasana kampung yang hampir tak pernah saya alami dalam hidup saya sebelum ini, saya makin terdorong untuk tidak kembali lagi ke neraka jahanam.
Ibu kawan saya itu juga cukup peramah kepada saya. Terus saya bertanya dengan kawan saya apakah boleh saya duduk dirumahnya!? Dengan mudah sahaja mereka semua menjawab "boleh!".
"Jadilah anak angkat ibu saya, tak pe", kawan saya sambung lagi. Ini semua agak menakjubkan dan merupakan faktor tarikan yang mudah mengalahkan faktor tolakan dari Kuala Lumpur. Saya terus membuat keputusan untuk berhijrah. Entah macamana datang kekuatan batin kepada sanubari saya sehingga saya terus membuat permohonan tukar sekolah secara berseorangan diri tanpa bantuan sesiapa. Saya pusing berlobi dengan bapa-bapa saudara kandung saya untuk mempengaruhi dengan berjayanya bapa saya supaya tanda-tangan surat pelepasan saya dari sekolah Victoria ke sekolah St. Francis Institute, Melaka sebagai taktik pindah sekolah. Sebenarnya saya suka sangat dapat mengecapi kehidupan baru di alam baru yang bagaikan langit dengan bumi.
Pada satu pagi setelah saya bangun di rumah kampung angkat saya itu, saya teringat lagi bagaimana bunyi ayam berkokok dan bau asap daun kering dibakar di luar rumah cukup menenangkan jiwa. Waktu itu saya bermula hidup sebagai seorang Melayu. Pada minggu berikutnya saya dengan rela hati yang terbuka luas pun memeluk agama Islam.

29 March, 2008
Selepas Saya Memeluk Islam
Saya pilih untuk tulis tajuk dengan istilah 'selepas' dan mengabaikan sedikit tentang 'kemasukan' saya dalam Islam kerana ingin lebih fokus pada soal yang releven bagi manfaat pembaca umum. Tetapi saya ingin juga memperbandingkan keadaan saya sebelum dan selepas memeluknya yang agak berbeza dalam beberapa segi. Sebelum saya memeluk Islam, saya cuma kenal dan fokus tentang soal krisis spiritual yang melanda hidup saya. Keadaan sekeliling dianggap sebagai satu jenis perangkap yang saya mesti lalui. Saya seolah dalam perigi yang dalam dan ingin sangat mencari satu inspirasi dalam hidup saya. Terdapat seribu satu perasaan terpendam yang mahu dilepaskan hampir serentak.
Selepas memeluk Islam, saya tersedar beberapa perkara mengenai hakikat dan makna menjadi seorang muslim, yang membuka minda saya - suka atau tidak. Inna mukminul al-ikhwan - Sesungguhnya orang yang beriman itu semuanya adalah bersaudara. Cukup sedap dengar, cukup enak rasa. Saya rupa-rupanya mewarisi jutaan umat mukmin yang lain sebagai adik beradik. Semua satu keluarga yang besar dan tentunya membuat saya rasa seronok dan bahagia. Mau jadi menantu pun boleh! Tetapi hakikatnya saya juga mewarisi segala jutaan permasalahan yang melanda umat Islam waktu itu. Keadaan umat Islam kucar-kacir selepas jatuhnya pemerintahan Khalifah Uthmaniah yang terakhir dalam tahun 1920an. Keadaan solidaritas umat begitu rapuh dimana pelbagai teori dan kumpulan baru bercakaran satu sama lain untuk mendominasi keadaan. Sejuta satu isu kelemahan umat Islam dalam hampir semua aspek kehidupan - dari ekonomi sehingga pencapaian teknologi. Yang paling ketara ialah umat Islam tidak bersatu langsung dan tidak mempunyai suara walaupun kerdil padahal mereka masih menguasai purata bilangan penduduk yang tinggi dan sumber ekonomi yang cukup besar dan bermakna.
Di Malaysia itu sendiri, terdapat kaum Melayu yang bersifat muslim nasionalis (UMNO) yang dominasi pemerintahan sebagai parti komponen tunjang kepada Barisan Nasional (Perikatan) yang telah memerintah tanpa henti sejak merdeka dari British lagi. Ia pula ditentang oleh parti pembangkang Parti Islam seMalaysia (PAS) yang dikatakan memperjuangkan Islam tanpa kezaliman kaum ke atas kaum yang lain. PAS menolak UMNO kerana UMNO itu perkauman, dan perkauman itu tidak ada dalam Islam, kata PAS.
Disamping itu, pada tahun 1980 semasa saya memeluk Islam, juga merupakan era kebangkitan Islam 1400 Hijrah, iaitu satu abad baru yang sering dianggap sebagai membawa tajdid hadhari atau pembaharuan ketamadunan kepada Islam. Masa tu lah zaman Imam Khomeini yang kembali membebaskan Iran dari cengkeman Amerika Syarikat, dan seterusnya meniupkan semangat fahaman Shia ke seluruh dunia. Masa tu lah zaman USSR melanggar Afghanistan, zaman Maududi di Pakistan, zaman Ikwanul Muslimin oleh Hassan alBanna di Mesir, zaman Muamar Ghadafi di Libya, zaman Yasser Arafat di Palestin, zaman Tabligh dari India, zaman Al-Arqam di Sg Penchala, dan zaman Anwar Ibrahim dari ABIM.
Pendek kata, suka atau tidak, saya terpaksa peka dan terima keadaan saudara-mara saya yang lain dalam Islam. Saya tidak sedar sebelum masuk Islam tentang begitu banyak perkara yang melanda sejarah dan warisan Islam. Saya baru tau rupanya tanah besar Cina lagi ramai umat Islam dari bumi Malaysia. Dan Islam sampai di Cina 600 tahun lebih awal dari Melaka rupanya. Saya baru tau bahawa Soviet Union juga ada 4 wilayah yang muslim. Saya baru tau bahawa Mongol lah pengerak paling hebat menjadi India kaum muslim yang terbanyak semasa zaman Moghul. Semua sejarah ini membuka lembaran yang amat unik dan mencabar kerana kebetulan saya adalah berbangsa Cina dan amat terpaut kepada warisan saya kerana legasi bangsa yang hebat dari Tanah Besar Cina lagi - yang berusia 5 ribu tahun dengan segala sejarah agungnya. Seolah-olah saya terkeluar dari satu timba ribuan rasa kepada satu lagi tempayan yang tiada sempadan mahunya.
Keadaan kesan krisis spiritual yang mengelombangi hidup saya pada saat memeluk Islam mendorong saya untuk terjun dibawa oleh apa jua arus yang ada. Saya ingat lagi bahawa pada hari-hari saya memeluk Islam saya dikelilingi oleh pelbagai kumpulan yang aktif mengenai soal Islam. Saya masuk Islam di Semabok, Melaka. Nah, di sana ada pejabat Abim, saya pun kerap mengunjungi sahabat di sana. Dekat Jasin pula ada penempatan Al-Arqam, saya pun berpeluang menziarahi dan disuruh berikan ceramah perdana saya di sana. Di sebelah bandar Melaka pula ada Masjid Tengkera yang merupakan pusat tabligh, saya pun dapat chance ikut keluar ke jalan Allah. Sungguh aktif saya dibuatnya. Kadang-kadang tertanya pula hati nurani saya. Apakah saya yang memeluk Islam ke atau ada kuasa lain yang memilih saya supaya masuk Islam pada saat itu yang amat tepat kerana pelbagai pelajaran saya kutip dalam langkah-langkah awal hidup saya sebagai muslim. Keadaan ini mendorong saya terus meninggalkan bangku sekolah di Saint Francis Institute (SFI), Melaka, dan terus mengembara 100% menuntut ilmu Pencipta dan Ad-dinNya. Pada masa itu poket saya pun tidak ada wang. Tetapi betul sangat janji Allah. Kamu meninggalkan kampung halaman mencari Daku, nescaya malaikat di langit mengembangkan sayap mereka menaungi kamu, ikan-ikan di laut berdoa buat kamu, rezeki keluarga yang kamu tinggalkan terjamin, rezeki kamu terjamin, mati kamu adalah hidup syuhada, jalan kamu adalah fisabilillah.
Keluarga yang saya tinggalkan amat terkejut saya sanggup tinggalkan sekolah Victoria di Kuala Lumpur untuk belajar di sekolah yang lebih mundur yang tidak ada pun subjek sains biologi. Lantaran pula keluarga angkat saya di Melaka terkejut apabila saya meninggalkan mereka untuk mengikuti Tabligh, tanpa sumber pendapatan terjamin selepas itu. Apa jadi dengan impian saya ingin lanjutkan pelajaran ke bangku Universiti? Saya yang terkenal dengan suka lawan orang ada saje jawapan pantas. "Ilmu Allah lebih mulia dari ilmu dunia". Saya masa itu terlalu yakin dengan ayat dan doa yang saya sempat terbaca. Saya yakin dengan kuasa Allah Subhanahu wata'Ala. Tidak lagi dengan kuasa makhluk. Saya diselamatkan dari ambang kematian suicidal kepada cahaya, maka semestinya kepada saya tidak ada pilihan melainkan menghabiskan jalan ini tanpa henti.
Jika saya imbas kembali detik-detik waktu itu dalam sejarah saya, saya sendiri akan termenung serta bingung macamana saya boleh berani sampai sedemikian. Jika di suruh saya buat hijrah macam itu lagi hari ini tentu sekali saya akan fikir panjang-panjang. Tetapi saya masih ingat lagi dengan jelas bahawa masa itu tidak ada kebimbingan langsung dalam hati saya. Cuma semangat yang berkobar-kobar, bahawa Islam lah jawapannya. Yang lain tidak penting. Tawakallah kepada Allah, Dialah sebaik-baik pengurus.
Kata-kata yang sedemikian seolah datang dari seorang gila atau madzub, yang tengelam dalam dadah agama, seperti Mao Zedong pernah sifatkan agama ketuhanan itu. Alhamdulillah, peristiwa kemasukan saya dalam Islam sudah berlalu hampir 28 tahun. Macam-macam kumpulan agama sudah saya lalui. Tariqa pun ada, pengajian dipondok pun ada, hijrah kelilingi bumi Sumatera dan Jawa pun ada. Masuk politik pun ada, kena tangkap polis kerana demonstrasi pun ada. Jadi pemangku editor Harakah pun ada, jadi pekebun pun ada. Macam-macam orang dari seluruh dunia saya dapat jumpa. Tetapi saya tidak lupa tentang tanggungjawab saya sebagai rakyat di sini yang sudah mendirikan sebuah keluarga 2 puteri dan 2 putera bersama seorang (one only) isteri selama 18 tahun sejak 1989.
Setiap hari membuka lembaran baru bagi saya. Tentu sekali saya sebagai manusia akan lalai dan mengharapkan teguran dari saudara saya sendiri. Tentu sekali saya terjumpa mutiara dan ingin sekali berkongsi dengan saudara jua.
Saya stop sekejap di sini. Maklumlah banyak kerja kertas kerja tertimbun. Projek dah ada, kertasnya pulak belum siap. Malam ini pula Macma (Persatuan Cina Muslim Malaysia) yang saya sama-sama tubuh dulu tetapi abaikan selama ini sudah maju dan menjadi wakil kepada mesyuarat agung tahunan Perkim (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia yang alMarhum Tunku Abdul Rahman tubuhkan). Malam ini ada dinner. Nasib baik ada orang jemput. Dapatlah catchup dengan kawan-kawan lama. Ya, Redhuan Oon sudah kembali. I have returned.

28 March, 2008
Fahaman Atheis Bawa Saya Rapat Dengan Islam
Athiesma bermakna tidak percaya kepada Tuhan maupun satu kuasa ajaib yang menyeluruh dalam hidup kita. Saya walaupun dilahirkan dalam keluarga yang beragama Kristian, mula terhakis kepercayaan saya kepada agama tersebut kerana ia tidak dapat menjawab banyak persoalan yang melanda jiwa dan otak saya. Semasa saya berada dalam darjah enam saya suka belajar dan telah mengisi satu borang belajar secara menerusi pos mel atau surat menyurat untuk mazhab Katholik, iaitu satu cabang penting dalam agama Kristian. Oleh kerana sumber itu dalam akhbar inggeris mengajak saya memohon untuk dapat pelajaran percuma itu, maka saya pun menulis memohonlah. Mereka hantar saya bab-bab agama Katholik menerusi pos lebih kurang setiap minggu dan saya mengikuti sepenuhnya sehingga dapat kelulusan dari sumber Katholik itu. Mereka hantar saya sehelai sijil dimana di dalamnya diperakui saya ini lulus dengan cemerlang agama Katholik.
Tetapi saya tidak berhenti di situ. Saya masih tertanya-tanya dan ingin meneroka lagi mana-mana sumber yang mengajak saya bertanya. Tidak ada sumber lain dalam akhbar zaman itu yang dari agama Hindu, Buddha atau Islam. Di dalam rumah saya ada disimpan kitab Bible. Boleh dikatakan saya terhafal banyak bab dalam kitab tersebut. Saya tau ayat mana yang mengatakan manusia ini semua berdosa dari zaman nabi Adam lagi. Saya tau ayat mana yang suruh kita sayang kepada jiran kita macam diri sendiri. Tentang Tuhan sayang dunia ini sehingga menghantar anak tunggalnya untuk diimani oleh sesiapa yang inginkan keselamatan akhirat. Saya bukanlah cari sangat keselamatan akhirat. Saya cuma nak cari keselamatan dunia. Saya kebingungan mengapa saya lahir ke dunia ini. Mengapa pula dilahir sebagai lelaki? Mengapa dilahirkan berbangsa Cina? Mengapa tidak berbangsa Melayu yang hidup senang releks sahaja? Cina ni susah. Asyik rotan anak.
Oleh kerana tidak ada sumber lain waktu itu, saya mula menganuti pemikiran atheis. Sebagai seorang atheis yang tidak percaya tuhan, bermakna tidak perlu berdoa, kerana tidak ada tuhan yang akan dengar doa tersebut. Jika ada apa-apa mau tau, siasat sendiri sehingga dapat. Jika tak dapat, tunggu je lah. Mana tahu, satu hari nanti ada fakta baru keluar yang boleh menerangkan tentang kejadian alam ini.
Namun saya tidak kekal lama sebagai atheis. Jiwa itu apabila dah mula bertanya-tanya akan sentiasa tertanya hebat sehingga diluar kawalan diri kita sendiri. Perlu juga satu minuman spiritual baginya. Saya mula mencari lebih mendalam menerusi lorong-lorong dalam kawasan perpustakaan. Saya dapat jawatan Penolong Librari di sekolah Victoria. Saya dapat banyak buku mengenai agama Buddha, Tao atau Zen. Amat kurang waktu itu mengenai Islam atau Hindu. Semua agama saya mau terokai. Mana tau mana yang betul. Tak akan tau sehingga diterokai dulu. Dengan itu saya menjadi lebih rapat dengan agama Buddha dan Tao. Dalam ajaran tersebut banyak mengajak bertafakur secara alami atau menyeluruh. Itu dinamakan prinsip Ying dan Yang. Ada jantan, ada betina. Ada hitam, ada putih. Semua benda ada oppositenya. Saya pun berfikir waktu itu saya akan akhiri hidup saya sebagi sami buddha di atas gunung Nepal satu hari nanti.
Namun akhirnya tidaklah begitu. Apabila berlaku krisis dalam keluarga, saya menjadi agak panik dan serius tentang kemana harus saya bertanya untuk mendapatkan jawapan nekad. Saya buka diari saya dan menulis kata-kata yang ditujukan kepada tuhan, seolah-olah mengaku diri tuhan itu ujud dan boleh memberi jawapan pulak kembali ke saya. Enam bulan kemudian saya memeluk Islam iaitu pada tanggal 12hb, Januari, 1980. Hidup saya mengambil arah dan arus yang cukup menarik selepas itu. Sehingga hari ini saya kira hala tuju perjalanan saya belum selesai. Namun banyak soalan hidup saya terjawab menerusi beberapa potong ayat Al-Quran. Misteri kejadian alam dan manusia lebih jelas sekarang.
Hanya saya seorang sahaja dalam keluarga saya yang memeluk Islam. Saya tidak berapa sanga pula ingin mengajak yang lain mengikuti saya. Pernah adik setahun muda dari saya sendiri tanya saya tentang pilihan saya. Saya cuma jawab bahawa ia adalah perjalanan hidup yang personal dan private. Masing-masing kubur masing-masing. Engkau, engkau, aku, aku. Cuma kebetulan kita adik beradik di alam ini. Itu lebih merupakan kebetulan. Yang penting engkau harus bertanya, mengapa engkau ujud, dan mula mencari jawapannya. Orang lain tak mungkin menemui jawapan tersebut buat engkau. Itu dah lebih dari 20 tahun dahulu. Masa itu beliau mengalami sakit jiwa kerana putus kasih dengan girlfriendnya yang merupakan seorang pramugari. Dengar khabar lari ikut airline pilot. Adik saya cuba buat yoga dan bertapa untuk menghilangkan peritnya. Tak lama kemudan dia sembuh agaknya kerana dah tak nampak beryoga maupun bertanya lagi pasal agama. Tahun lepas adik perempuan saya pula yang mengalami krisis dalam hidup sehingga hampir-hampir mau membunuh diri. Terpaksa saya pula cuba memberi kaunseling kepadanya. Tidak dapat elak dia bertanya pula tentang Islam. Saya jawablah apa yang saya boleh. Tetapi saya tetap dengan prinsip saya, bahawa mengenal Islam itu hendaklah personal dan private, bukan kerana peer pressure atau ajakan orang semata-mata. Jika anda mau, anda akan tau dan ambilnya. Jika sekadar main-main seolah Islam itu ubat sakit jiwa maaflah, saya kurang setuju ia diperlakukan sedemikian. Akhirnya adik saya terbiar begitu sahaja tidak memasuki mana-mana agama. Kawan-kawan kristian dia pun pening macamana nak layan permasalahannya. Satu hari mungkinkah mereka jumpa jalan atau tidak, saya tidak tau. Kerana kepada saya, kita tidak mungkin dapat mengenal Allah. Adalah terpulang kepada Allah samada Dia ingin memberi kita hidayah atau tidak.
Kita tidak berkuasa menukar agama orang lain. Itu pun Al-Quran meletakkan 'Tiada paksaan di dalam Ad-din. Yang terang adalah mengalahkan yang lain.' Ia adalah obvious. Jika orang tidak terima, kita tidak hairan. Kita masih menjalani hidup kita dengan gembira dan aman damai. Yang penting ialah jangan kita sengsara atas perkara yang diluar kawalan kita. Kita harus ikhtiar atas perkara yang dalam kawalan kita. Kepada saya perkara itu adalh ilmu dan perjalanan hidup kita. Mungkin saya ini tidak cukup ilmu bathin sehingga tidak dapat menguasai hati nurani adik-beradik saya. Tetapi saya cukup menunjukkan contoh yang seberapa baik kepada suku sakat saya. Apabila ada seorang datuk sebelah emak saya jatuh sakit, saya biayai dia di rumah orang tua sehingga dia meninggal dunia. Apabila ada seorang pakcik saya sebelah bapak sakit jantung dan tiada wang, saya tolong bayar duit doktornya. Apabila hari Tahun Baru Cina, saya bawa isteri dan anak-anak duduk dengan emak saya. Sering hanya kami sahaja yang menemani dia pada hari tersebut. Adik-beradik yang lain ada sahaja hal. Emak saya mula sedar yang anak sulungnya sahaja yang taat.
Pernah emak saya hairan saya masuk Islam. Dia kata Cina banyak agama. Buddha pun ada, orang putih pun ada, mengapa saya pilih agama orang Melayu? Tetapi kemudiannya dia kata dia ingat yang negeri Cina pun ramai dan lebih dulu masuk Islam daripada Malaysia. Akhirnya dia bukan sahaja terima saya masuk Islam malah menyiapkan tempat untuk saya solat! Makanan saya pun dia jaga supaya halal khas untuk saya. Cuma waktu berpuasa dia cukup panik. Dalam bahasa hokkien dia akan bagi tau saya, "Awak sudah banyak kurus, buat apa puasa lagi? Tak makan nanti lagi kurus! Jangan bimbang makan di dalam gerai kita ini. Tak ada orang lain nampak!"
Saya jawab, "tak kira nampak ke tidak, puasa itu wajib, dan tak memudaratkan. Saya tak boleh makan sehingga berbuka".
Emak saya balas, "Makan! Boleh makan! Ada orang melayu sembunyi kat gerai saya makan!"
Itulah yang lucu. Payah saya mau terangkan tentang amalan Islam kepada emak saya padahal orang Islam yang lain pecah curfew.
Satu hari saya merancang mau kahwin. Emak saya pula tanya bangsa apa yang saya mau ambil dari sebagai isteri. Saya jawab tak kisahlah, bangsa apa pun. Emak saya pula kata, "Melayu tak boleh. Awak tak ingat 513?". 513 bermakna Mei 13.
Entah macamana calon untuk saya kahwin itu pulak susah saya cari dari kalangan bangsa Melayu maupun kaum polynesia yang lain. Maklumlah kebanyakannya ketot berbanding dengan saya yang 6 kaki 2 inci tinggi. Akhirnya saya kahwin dengan orang putih afrika. Kepada saya, pada awalnya agama Islam itu ganjil dan membingbangkan akhirnya apabila saya makin menyelaminya tidaklah begitu sama sekali, malah sudah menjadi sanubari hidup saya sekeluarga, dan sentiasa tidak kering gusi untuk saya mengkhabarkan kisah-kisah menarik sepanjang perjalanan hidup kami.

Fahaman Materialisma Cina Baik Untuk Malaysia?
Bapa saya adalah dari suku-bangsa Hokkien yang lahir di Pulau Pinang pada tahun 1939. Emak saya adalah dari keturunan Shanghai yang lahir di Pulau Singapura pada tahun 1941. Saya berpeluang mengenal dua bahasa ibunda, iaitu bahasa Hokkien dari bapa saya dan bahasa Kantonis dari ibu saya.
Cina ini dimana jua dalam dunia tercipta dengan satu keistimewaan. Mereka ini suka berniaga. Bidang perniagaan mereka tiada had. ABJJ - Apa Boleh Jual, Jual. Apa Boleh Jalan, Jalan. Apa Boleh Jamin, Jamin. Sebab utama mereka suka berniaga ialah minat yang tinggi kepada kekuasaan wang itu.
Tetapi yang peliknya saya sebagai anak jati Cina tidak pulak tertarik dengan budaya suka berniaga. Malah saya cukup benci mengira wang! Sampai sekarang, apabila saya dapat wang atau kontrek kerja, saya sering membelanjakan wang saya macam air. Nasib baik saya ada seorang isteri yang tolong saya kira. Saya anggap wang itu alat semata-mata dan bukan objek yang boleh membawa kebahagiaan. Bukan bermakna Cina yang lain itu tidak ingin perkara spiritual. Mereka mahu tetapi mesti ada wang baru hati tenteram. Mereka akan simpan wang dalam bank, bursa saham, dalam maupun luar negara. Mereka akan beli hartanah dan apa jua aset yang boleh memulangkan wang dengan banyak. Semestinya mereka terjerumus dalam sistem berunsur riba.
Cara hidup sedemikian cukup menekan jiwa saya semasa saya kecil lagi. Saya menyaksikan perbualan ibubapa saya dalam bahasa Kantonis tentang pentingnya wang dalam hidup. Dan cara-cara mendapatkan wang itu. Bapa saya percaya satu cara ialah dengan pergi mengunjung ke tempat judi dan emak saya pula amat percayai empat nombor ekor. Apabila adik perempuan saya lahir pada tahun 1967, dia semasa masih berusia beberapa bulan sahaja dilatih mencabut nombor. Nombor yang dia cabut iaitu tiga nombor saya masih ingat-ingat lagi saya rasa adalah 6, 3 dan 8. Ibubapa saya terus membeli nombor itu dan menang pula nombor itu saya rasa tempat ketiga dan jumlahnya ialah tiga ratus ringgit. Cukup besar waktu itu, hampir sama banyak dengan gaji bapa saya selama dua bulan yang berpangkat korporal dalam tentera.
Apabila kehabisan wang, emak saya akan bergaduh dengan bapa saya, kerana seringkali bapa saya menghabiskan wang gajinya di meja judi. Apabila berjudi tidak ada hadnya. Jika menang round pertama, akan dihabiskan round seterusnya. Jika menang besar, tidak akan rasa puas. Akan judi sampai habis. Saya kenal dua orang Cina yang membunuh diri selepas kalah berjudi di casino Genting Highlands.
Amalan ibubapa saya itu bukanlah tertakluk kepada mereka sahaja tetapi merupakan tabiat pokok dalam sebahagian besar masyarakat Cina di seluruh dunia. Mereka amat mengagungkan duit dan kaedah mendapatkannya dengan cepat walaupun memperjudikannya. Mereka percaya dengan soal ong atau nasib. Untuk memenuhi tabiat judi ini mereka akan mengerakkan wang dengan pantas kerana mahu bersaing untuk mendapat pasaran terbaik, lalu mengaut keuntungan. Dengan itu, dimana ada Cina, di situ ada wang dan semestinya kemajuan.
Kita lihat diseluruh dunia banyak negara yang mempunyai penduduk Cina akan mengalami pasaran yang agak efisien dari segi ekonominya. Di rantau ini misalannya, orang Cina walaupun minoriti terutamanya di Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina dan juga Malaysia menguasai ekonomi tempatan kerana kehebatan mereka menguasai pusingan wang. Untuk mereka kekal mengaut hasil perpanjangan mereka mengharapkan negara yang mereka duduki itu adalah stabil dan aman. Dengan itu kita lihat minoriti Cina tidak mendatangkan masalah kepada negara tuan rumah walaupun terpaksa diasimilisasi ke dalam bahasa tuan rumah atau tukar nama mereka seperti yang berlaku di Thailand, Vietnam dan Indonesia.
Di Malaysia pula masyarakat Cina cukup bernasib baik. Tidak disuruh untuk menukar nama mereka. Malah dapat pula sokongan kerajaan untuk sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. Masuk Islam sekarang pun dah tak perlu tukar nama atau tambah 'bin Abdullah' kerana fatwa dari Mufti Perlis baru-baru ini. Contohnya Sdr Ann Wan Sen. Beliau masuk Islam tetapi tak tukar namanya. Justru itu, masyarakat Cina ramai juga yang memilih memeluk Islam atas kehendak sendiri samada minat kahwin dengan anggota masyarakat Islam yang lain atau sebab mengenal agama Allah tanpa tujuan lain.
Boleh dikatakan Cina di negara ini cukup bahagia bergaul dengan semua kaum kerana disamping mendapat pasaran besar kerana mereka cuma 30% untuk mengaut pasaran 100% yang mana kaum-kaum lain tidak sehebat mereka dan mendatangkan apa-apa saingan yang significan langsung. Mereka tentu sekali akan memastikan politik tanah air kekal sedemikian buat selama-lamanya.
Falsafah hidup Cina ini yang cekap berniaga dan materialis ini adala baik dalam konteks masayarakat majmuk kerana ia boleh mengembangkan nilai-nilai keusahawanan serta berkira dalam soal duit kepada orang lain. Banyak pemimpin negara termasuk Dr. Mahathir yang belajar banyak dengan Cina. Saya percaya Dr. Mahathir pernah baca buku strategi dari Cina seperti Sun Tze's Art Of War yang bukan sekadar mengajar strategi perang tetapi juga strategi politik dan berniaga. Dr. Mahathir dikatakan mengamal fahaman pragmatis yang merupakan lebih mirip dengan cara pemikiran Cina.
Kaum Cina saya ini saya percaya akan meletakkan keuntungan berniaga sebagai matlamat utama hidup mereka. Mereka tidak akan melakukan apa-apa yang mengancam pasaran perniagaan mereka. Ini adalah baik untuk politik tanahair kerana menjadi polar kestabilan dan pertumbuhan ekonomi. Cina mahu rakyat semua ada kuasa membeli kerana jika tidak tiada orang yang akan beli barangan yang mereka susah payah bawa untuk dijual. Mereka juga ingin keadaan stabil supaya orang-ramai keluar dan melakukan pembelian.
Namun begitu tidak bererti Cina tidak mempunyai kehendak atau otak politik yang melebihi dari sekadar soal ekonomi. Sebagai blok pengundi yang minoriti tetapi bersatu, mereka ingin melihat Malaysia seberapa maju makmor yang boleh disamping menjadi negara penaung yang sesuai bagi cucu-cicit keturunan mereka. Untuk maksud itu mereka peka dengan perkembangan politik tanahair dan akan mengundi kearah menguntungkan diri mereka secara khusus dan juga negara secara umum.
Saya percaya fahaman materialisma Cina secara umum adalah baik untuk negara tetapi ada juga unsur negatif kepada kaum muslim pula yang tidak seharusnya terlalu material tetapi seimbang antara material dan spiritual. Saya juga rasa sedih sedikit yang kaum saya telah menjadi terlalu material sehingga mengabaikan hak fitrah mereka kepada unsur spiritual yang mereka sebagai makhluk insan tetap perlu jua. Dengan itu ternampaklah peluang bagi kita terus hidup dengan masyarakat majmuk ini tetapi menawarkan kepimpinan yang peka tentang keperluan mereka secara menyeluruh.

Saya Mendapat Manfaat Dari DEB Secara Tidak Langsung
Saya dilahirkan di Singapura sebagai Daniel Oon Poh Shin pada tanggal 16hb Oktober, 1961. Saya dapat mengikuti pendidikan sekolah rendah aliran Inggeris sehingga menjadi pelajar terpilih ke Sekolah Menengah Victoria Institution, Kuala Lumpur pada tahun 1974. Keluarga saya agak miskin kerana ayah saya cuma seorang juru elektrik yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia, Unit Semboyan yang berpangkat paling tinggi Sarjan sebelum beliau bersara awal dalam tahun 1979. Ibu-bapa saya telah berpisah pada pertengahan tahun itu disebabkan pergaduhan dalaman yang berpunca dari cara hidup bapa saya yang suka duduk di meja judi dan arak. Saya sebagai anak sulong terpaksa mengharungi hidup hampir seorang diri kerana tidak mendapat apa jua bantuan atau sumber kewangan luar bagi saya meneruskan pendidikan saya ke universiti.
Saya amat berminat dengan sains, sejarah manusia dan falsafah. Saya ingin sekurang-kurangnya menjadi seorang penyelidik sains atau sejarawan dalam alam universiti sekiranya saya dapat menuntut habis-habisan. Kerana saya dikira bukan bumiputra saya tidak mendapat bantuan kerajaan untuk belajar ke luar negara. Rakan sekelas saya, Khairiltitov saya dengar beliau dapat belajar ke Amerika Syarikat padahal jika tak silap saya dia cuma dapat MCE (SPM) gred 2. Saya bukan sahaja dapat gred 1 tetapi terpaksa mengejar poin cognix serendah bawah 9 poin untuk layak naik ke tingkatan enam bawah pada tahun 1979. Adik saya yang kemudiannya gagal memperolehi gred dan poin yang sedemikian terpaksa mencari pembiayaan pendidikannya sendiri iaitu ke TAR (Kolej Tunku Abdul Rahman).
Ibu kamilah yang cuba menanggung kami menerusi perniagaan kecilnya di tepi jalan Ampang depan Kelab Lumba Kuda. Kami bantu ibu kami menjual rokok sehingga dapat menanggung saya selama beberapa tahun dari tingkatan 3 sehingga 6 bawah itu.
Kehidupan kami sudah cukup sederhana tetapi telah ditambah susah kerana tabiat buruk judi dan minuman keras yang dibenarkan oleh budaya semasa masyarakat Cina. Saya masih ingat menerima kain baju dan seluar sekolah secara derma dari jiran Cina yang lain sewaktu kami duduk di Kem Wardieburn dari tahun 1970 ke 1979. Oleh kerana saya agak tinggi lampai, seluar yang didermakan itu tidak cukup panjang dan perlu di lepaskan kain pada bahagian kelepet kaki.
Namun begitu dengan keadaan ibu-bapa saya sering bertelagahan mengenai isu wang, mereka masih cukup tegas tentang kebebasan anak-anak mereka. Kita empat adik beradik tidak dibenarkan keluar rumah untuk bermain atau menjalankan apa jua aktiviti ko-kurikulum sekolah selain dari pelajaran untuk peperiksaan semata-mata sahaja. Kami diterap dengan nilai ekstrim konfucius Cina yang mementingkan buku pelajaran di atas segala-galanya. Kami akan dirotan sekiranya terjumpa bermain di luar rumah. Saya diberikan kerja rumah yang berat dan memaksa saya berdepan dengan buku sepanjang hari. Sekiranya saya dapat markah merah atau kedudukan dalam kelas lebih dari 10 (walaupun kelas darjah itu paling top seluruh sekolah) saya akan dirotan dengan kuat sekali.
Tabiat saya yang hidup seolah dalam penjara rumah ingin sangat mencari buku bacaan yang lain dari sajian yang amat membosankan di sekolah. Yang sedihnya kami tidak mampu membeli buku lain dan maka perpustakaanlah menjadi tempat kesukaan saya yang ibubapa benarkan saya melawat. Masa itu tidak ada komputer PC maupun internet. Saya mampu membaca dengan banyaknya semasa di British Council selama beberapa jam setiap jumaat saya ke sana waktu solat jumaat yang saya tidak hadir dalam tahun-tahun 1974 ke 1979 semasa di Victoria Institution.
Apabila sampai tingkatan enam bawah saya mengikuti kurikulum biologi mathematik lanjutan dan bercadang ingin terus belajar sehingga ke bangku universiti. Tetapi keadaan kewangan, keluarga serta spiritual makin menekan saya sehingga akhirnya saya berhijrah seorang diri ke Melaka dan memeluk agama Islam di sana. Sehingga sekarang saya tidak berpeluang kembali ke bangku pengajian tinggi melainkan sekejap sahaja apabila termampu dengan duit yang ada, atau masa lapang yang ada. Namun dengan cabaran hidup yang sedemikian rupa telah menanam satu jenis jatidiri yang tidak mudah dikalahkan atau ditakut-takutkan oleh mana-mana pihak. Saya cukup degil dan anti-establishment dan sering mengeluarkan hujah-hujah menentang kerajaan sejak dari bangku sekolah lagi kerana dasar yang saya anggap tidak adil kepada rakyat berbangsa Cina. Saya berusaha seorang diri sebagai seorang mualaf untuk menyara hidup dan berasa amat beryukur bahawa bukan sahaja saya dapat berbuat demikian tetapi saya berjaya tanpa sehelai ijazah maupun bantuan dari mana-mana pihak. Kini saya telah menjadi seorang pakar ICT dan mengetuai sebuah projek Open Source global yang masyur, mendapat jemputan menjelajah ke negara-negara maju maupun membangun sebagai seorang penceramah dan penasihat sehingga ke peringkat kerajaan mereka.
Di sini lah ingin saya menyatakan bahawa kejayaan saya adalah berpunca secara tidak langsung dari Dasar Ekonomi Baru. Dengan dasar itu negara menjadi stabil dan saya dapat merancang satu kerjaya dan perjalanan hidup yang panjang, makmur dan membina dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Tanpa menerima bantuan secara langsung dari kerajaan saya terbina semangat berkobar-kobar untuk membuktikan kepada diri dan yang lain. Dengan dasar yang stabil, negara menjadi makmur dan saya mengecapinya sehingga dapat menggunakan pelbagai kemudahan seperti sistem internet yang canggih lagi murah untuk melakukan projek Open Source saya ke seluruh dunia tanpa henti, dan juga mudah terbang sini sana dari lapangan terbang tercanggih di dunia.
Keadaan negara ini yang berbilang kaum dan penuh dengan polemik juga mencetuskan bahan pemikiran bagi saya sepanjang masa yang membina falsafah hidup saya supaya lebih pragmatik, realistik dan berjuang, tanpa kira keadaan maupun halangan.
Dalam blog khas ini saya ingin mengajak kepada satu idealisma yang saya percaya bukanlah baru iaitu muafakat umat sejagat sepertimana yang ditiup dalam Ayat 13, Surah Al-Hujarat di dalam Al-Quranul Karim. Bersama dengan ramai insan yang lain di dunia yang fana ini saya turut juga ingin satu politik yang membina, positif, berdisiplin, bertanggungjawab dan menjurus kearah bagaimana kita boleh mendapat manfaat maksima di dunia tanpa sempadan ini. Saya akan mengimbas kembali banyak peristiwa penting dalam hidup saya serta pelajaran yang bakal ditimba darinya. Antaranya yang saya rasa agak penting ialah Peristiwa Mei 13 dimana saya berumur 8 tahun waktu itu, penglibatan saya dalam parti PAS dan CCC dalam tahun 1985, dan penglibatan saya dalam pelbagai bidang menarik seperti ICT dan pembangunan sumber manusia. Saya tidak berniat memaksa idealisma saya ke atas mana-mana pihak maupun bersikap tidak santun. Saya cukup memegang kepada prinsip agama Islam yang saya nikmati iaitu bahawasanya ilmu pengalaman yang ada pada kita cuma setitik sahaja dari lautan Ilahi. Sekurang-kurangnya kita bertafakur, berkongsi dan terbuka untuk ditegur dalam apa jua keadaan pun. Semoga menerusi cara blog ini kita dapat berbuat demikian.
Salam!
Redhuan D. Oon

Subscribe to:
Posts (Atom)