Semalam saya mengunjungi tempat dimana Anwar ditahan untuk disoal siasat di Ibu Pejabat Polis KL. Saya terpaksa parkir di Brickfields dan menaiki monorel dan turun di depan Masjid Bukhari dan SMK Victoria, sekolah lama saya. Semasa sampai ditempat luar IPPKL yang dikawal ketat oleh polis, kelihatan ramai penyokong Anwar menunggu diluar dan dalam keadaan aman dan terkawal.
Polis juga terkawal dan boleh dikatakan bersabar dan tidak mengambil tindakan ke atas perhimpunan tersebut yang jelas ditakrif sebagai haram kerana melebihi had Akta Polis yang tidak benarkan perhimpunan melebihi 7 orang tanpa permit.
Polis boleh memandang tindakan sekitar seribu penyokong Anwar yang berkumpul secara adhok itu sebagai perbuatan melanggar undang-undang tetapi banyak undang-undang yang terlanggar saban hari. Pada hari-hari yang sama ada berlaku ke s kecurian, ragut, hilang anak, kecolekan, jenayah seks, rasuah samada kecil berpangkat koporal maupun berpangkat tinggi. Apakah polis mampu menyelesaikan segala pelanggaran undang-undang pada hari itu?
Polis perlukan kerjasama dan persefahaman orang-ramai. Itulah sebab dalam Islam tidak ada konsep polis melainkan kerjasama orang-ramai. Jika menangkap seseorang yang salah dalam jenayah terhadap institusi keluarga seperti berzina, adalah dituntut diselesaikan dengan kehadiran sekurang-kurangnya 4 saksi yang berakhlak baik dan muslim menandakan betapa Islam memandang tinggi kepada institusi sosial dan awam dan bukannya institusi elit dan khusus seperti polis.
Begitu juga dengan askar untuk mempertahankan tanah-air adalah amat menuntut penglibatan orang-ramai jua. Dengan tidak ada institusi elit, maka tidak akan berlaku penyelewengan besar-besaran yang sering dikaitkan dengan polis. Tidak ada polis yang ada dalam dunia ini yang tidak korup.
Namun semalam saya mendapati polis amat berkerjasama baik, tidak melakukan penangkapan walaupun orang-ramai berhimpun dengan ramainya sehingga ked
ua-dua hala jalan terpaksa ditutup sepanjang petang dan malam. Semasa Tian Chua sampai untuk berucap tiba-tiba pegawai tinggi polis disitu menjadi semacam tidak sabar lalu mengumumkan yang polis akan menyuraikan perhimpunan secara kekerasan sekiranya tidak bersurai secara tersendiri dengan segera.
Pada malam pula saya berpeluang sekali lagi menyaksikan ucapan Tian Chua memang ada unsur mencucuk keadaan dengan memberi amaran kepada pihak berkuasa supaya berlaku adil. Saya kira ucapan sebegini tidak perlu kerana proses undang-undang masih berjalan. Saya memerhati segala berita dan detik menerusi segala saluran dan saya berpendapat yang proses undang-undang masih berjalan dengan baik dan perlu dibenarkan berjalan.
Tetapi dalam amalan demokrasi semua ini adalah perlu kerana perlu timbang-tara dan pemantauan kepada pihak kerajaan. Dalam Islam, Tian Chua tidak perlu berucap langsung kerana adalah tanggungjawab mutlak pemerintah muslim untuk menjamin keselamatan dan mempertahankan hak asasinya. Tidak ada polis yang akan menahannya. Perlu faham juga hak asasi Islam adalah berbeza tetapi kita bincang itu di lain masa.
Saya adalah generasi keempat dari China. Kini sebagai seorang muslim, Islam adalah addin muafakat dan penuh tanggungjawab. Kita tidak minta dilahirkan pelbagai kaum dan agama. Namun Allah jadikan kita sebagai Pendatang Dengan Izin kerana kita mengiyakan diri. Kini kita perlu bermuafakat sebagai PADI-Malaysia.
17 July, 2008
16 July, 2008
Kebaikan Berdebat Dengan Anwar
Ahmad Shabery Cheek kini lebih matang dan masyur selepas berdebat dengan Anwar. Tak usah kira yang dia menghampakan saya dari segi beliau berdebat. Jelas kalah kepada Anwar yang lebih tenang dan bersedia sebagai tokoh debat. Tetapi selepas ini ahli Kabinet junior ini akan dapat markah yang amat tinggi dari Kerajaan kerana merupakan tokoh pertama yang sanggup berdepan dengan Anwar secara langsung di khalayak jutaan penonton.
Md Shabery jelas menggunakan skrip yang disusun dari awal lagi. Dan jelas Anwar bersedia menghadapi skrip tersebut dari awal lagi. Iaitu jangan sentuh taktik pakai wang Petronas, tetapi beri fakta konkrit kira-kiranya yang menggunakan sumber pembekalan letrik. Ini taktik amat bijak yang menjangkakan pertahanan yang akan digunakan oleh Md Shabery. Anwar menangguhkan pusingan pertamanya dengan menyelesaikan soal turun 30 sen dan meninggalkan 20 sen lagi supaya dapat memperhatikan taktik serangan Md Shabery sebelum meyambung.
Dengan meninggalkan 20 sen itu sebagai helah pintu tangga keluar sekiranya perlu memakainya, yakni jika Md Shabery menyerang dengan angka-angka sendiri dari kerajaan. Tetapi jelas kawan saya yang berjawatan Menteri Penerangan ini tidak membaca taktik tersebut dan terus membaca skrip yang disediakan itu. Anwar nampak kesilapan itu dan menggunakannya untuk tumbukan simpanan kelak.
Tetapi Md Shabery melakukan kesilapan pada hujah awalnya yang cukup taktikal membunuh diri. Beliau melakukan hujah terbaik iaitu tentang corak perjuangan Anwar yang suka menentang dengan menyebut bagaimana Anwar menentang Tun Abdul Razak yang mengasaskan Petronas pada zaman 1974.
Saya kira itu peluru terbaik tetapi dengan mengeluarkannya pada awal debat dan bukan sebagai pemukul terkakhir yang tidak terbalas nanti, adalah memberi peluru kosong kembali kepada Anwar yang jauh lebih handal dalam soal perdebatan.
Anwar bukan sahaja tepis tetapi mengambil taktik pindah dari medan perangkap lawan dengan menyatakan bahawa beliau tidak akan melakukan taktik kotor menghentam peribadi dan akan fokus kepada isu turun harga minyak. Sekali gus Anwar menyelesaikan peluru hidup itu jadi mati, malah dapat peluru balas percuma dengan liciknya menyebut, "Saya tidak akan menyentuh yang anda dulu Semangat 46". Yalah, tak nak sentuh tetapi tersentuh juga. Itulah katanya taktik peluru balas free dan mematikan peluru lawan.
Md Shabery cuba sedaya upaya untuk mengaitkan peribadi Anwar sebagai tidak berwibawa, dan ada antara hujahnya amat baik dan tepat. Tetapi dengan teknik berdebat dimana kita tidak dapat menawan hujah secara karisma dan menarik hati penonton, maka Md Shabery sebenarnya lebih bersyarah daripada berdebat.
Anwar dapat dengan tenang mengfokus kepada isu dan menepis serangan lawan secara terkawal dan mengikut peluang alunan hujah. Md Shabery jelas tidak berdaya sedemikian sehingga tersekat suaranya sekurang-kurangnya pada tiga tempat yang saya dapat kira. Saya pun geling kepala mengakui Md Shabery ini sudah kalah.
Saya percaya Md Shabery tidak akan mahu mengulangi malam tadi atau berdepan sekali lagi dengan Anwar. Dulu saya pernah bagi tahu kat kawan-kawan yang sesiapa pun jangan beri mikrofon kepada Anwar. Tidak akan normal kembali iklim politik negara. Anwar boleh baca bahawa kebanyakan yang menentangnya adalah dari soal peribadi dan fitnah terhadapnya. Beliau mencari jalan mencerminkan karisma yang tertumpu kepada soal hati perut rakyat yang cukup sengsara waktu ini.
Hari ini, Anwar bersedia untuk ke balai polis. Beliau kini akan mendapat tumpuan terbesar dalam dan luar negara. Kekecohan beliau dari minggu lepas disebabkan kes tuduhan sodomi kian terkawal dengan kejayaan debat malam tadi. Tindakan kerajaan BN beberapa hari ini pula yang kecoh. Melakukan sekatan jalanraya oleh polis dan menghalang orang ramai termasuk Anwar dari mendekati Parlimen sejauh 5 km menampakkan kebimbangan terserius kerajaan BN.
Keadaan nampaknya 50 50. Apa-apa pun boleh berlaku. Selepas ini Anwar akan istihar bertanding salah satu kerusi parlimen. Beliau perlu pilih kerusi yang tidak berapa selamat untuk menaikkan suhu politik dan peluang mendapatkan keuntungan terbesar. Dengan mengubah undi majoriti kepada yang lebih majoriti akan betul-betul meletakkan pentadbiran Pak Lah pada tahap yang paling lemah.
Pakatan Rakyat juga perlu lebih praktikal dalam taktiknya untuk mengambil alih kerajaan. Cuba melakukan undi tidak percaya tidak berapa kena di Malaysia. Kotak undi adalah pilihan yang lebih realistik buat masa ini. Tetapi Anwar perlu mematikan hantu yang mengikutinya selama ini. Kes sodomi mesti diselesaikan olehnya dengan keputusan muktamad buat selama-lamanya. Beliau mesti sanggup menjunjung Al-Quran di depan beberapa mufti. Mata markahnya bertambah malam ini. Harus ditambah tanpa henti selepas ini.
Sekurang-kurangnya debat ini bukan sahaja menguntungkan kedua-dua pihak. Ia juga mengorak langkah dan budaya terbaru politik tanahair. Nampaknya politik jalanan boleh ditepikan selepas ini. Polis pun kurang perlu risau. Tak perlu cota dan air pedih lawan sorakan. Biar hujah lawan hujah, undi lawan undi.
13 July, 2008
Baiknya Badan Pencegah Rasuah
Dahulunya BPR itu tidaklah disegani. Ia diberi tanggungjawab untuk tangkap ikan tetapi yang ia dapat hanya ikan-ikan kecil sahaja. Ia tidak dapat berjumpa dengan ikan besar. Ia perlu rujuk kepada polis dan orang tertentu terlebih dahulu.
Tiba-tiba beberapa hari ini BPR menangkap ikan yang cukup besar iaitu Direktor General Jabatan Imigresen, Datuk Wahid Md Don dan Timbalannya Yusof Abu Bakar, serta ramai lagi anggota kanan sehingga ke pihak sindikit yang menghulur kepada mereka pun dijerat. BPR kini macam lebih bebas dan tidak tertakluk kepada peranan polis pun. Operasi mereka lebih mendalam dan penuh teliti.
Apabila ikan no.1 ditangkap terlebih dahulu, yang berpangkat rendah dibarisan depan akan lintang pukang dan menunggu sahaja di kandang yang bersalah. Jabatan-jabatan yang berkaitan pun akan turut terasa cili pedas dan seluruh jentera kerajaan akan dihantui tsunami BPR ini. Pihak Polis sudah tidak menjadi rujukan utama aktiviti anti-rasuah malah mereka pula perlu datang menghadap BPR. Ketua Polis Negara dan Peguam Negara kena pergi untuk disoal-siasat dan bukan boleh lagi menjadi ikan yang kebal.
Mengapa dan apa makna semua ini berlaku? Apakah Pak Lah melakukannya demi membuktikan yang dia adalah PM yang benar-benar memerangi rasuah? Atau apakah Pak Lah bimbang pada hari-hari akan datang kepimpinan beliau akan amat tercabar dan memerlukan nafas politik yang sebenar? Atau apakah memang Pak Lah sudah tiada masa dalam tempoh 2 tahunnya yang terakhir untuk melakukan apa yang memang dikehendakinya sebagai PM Mr. Clean? Atau ini cuma helah untuk memesong hati dan hasrat rakyat supaya jangan lagi menjatuhkannya?
Bagi masyarakat Cina yang amat sensitif kepada peranan Jabatan Imigresen dan juga jentera kerajaan yang lain dari menghakis hak mereka selama ini, mereka amat gembira menerima berita tangkapan ikan-ikan ini. Mereka tentu sekali akan memberi undi yang menyokong kembali BN dalam pilihanraya akan datang. Ada yang menganggap ia sudah lambat, tetapi mereka bukanlah berdendam, cuma mengira cukup untung yang kerajaan akan menjadi lebih bersih dan telus mulai sekarang.
Rasuah adalah penyakit politik yang amat mendalam dan membawa kesan yang menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat dan bukan sahaja kepada jentera pentadbiran kerajaan. Rasuah boleh membunuh kebaikan agama dan membawa bala Allah kerana rosaknya mukabumi yang disebabkan oleh rasuah.
Bagi Pakatan Rakyat ia pula perlu mengekalkan identitinya sebagai Kerajaan Alternatif yang boleh mengatasi prestasi Kerajaan BN. Dr. Mahathir menuduh PR sebagai berkepentingan dengan tidak mencabar Pak Lah kerana status quo yang ada amat membina suara protes untuk terus dan bertambah protes. Tetapi dengan Pak Lah menjadi PM yang lebih baik, akan menghakis strategi tunggu dan ambil ini.
Apakah akan lebih telus dan anti-rasuah jika ia dapat memerintah? Apakah PM baru PR ada kebolehan yang lebih luar biasa dari apa yang makin diperlihatkan oleh Pak Lah? Bolehkah PR hidup selesa dalam piawaian baru dimana semua mata akan memandang tanpa henti ke dalam akuarium yang penuh dengan ikan-ikan baru?
Pak Lah mungkin merancang lagi kebaikan seperti ini secara senyap dan teratur. Akan kita lihat apakah ia adalah kebenaran atau ilusi. Ramai akan menunggu pukulan bola dari kandang yang dia menjadi orang no.1 di dalamnya. Tendangan yang baik akan memberi mata yang baik. Tendangan silap selepas ini mungkin menjadi yang terakhir.
Walau macamanapun, hamba dengan rendah hati amat berterima kasih atas keberanian Direktor General BPR, Datuk Seri Utama Ahmad Said Hamdan. Tahniah juga kerana dapat pingat barunya semalam.

11 July, 2008
Apakah Kebaikan Australia?
Saya tidak faham mengapa kita perlu berbaik sangat dengan Australia pada ketika ini. Padahal PM kita yang lalu telah pernah berperang mulut dengannya. Australia bukanlah rakan komersil atau kuasa yang boleh disanjungi atau disegani jika berbanding dengan China, Iran, India, Russia ataupun Indonesia.
Dan mengapa keluarga Anwar Ibrahim amat sangat mahu PM Australia mengunjungi beliau? Nurul Izzah menyifatkan keputusan Kevin Rudd enggan berjumpa dengan Anwar sebagai satu 'snub'. Cukup senada politik kita dengan lagu kumpulan Caburetor tempoh hari.
Kepada saya fokus dan matlamat perjuangan 'nationhood' kita amat menyimpang dan terpesong dari 'aqidah kenegaraan' sebenarnya. Australia tidak mempunyai rekod etnik yang baik, kerana mereka menindas kaum asli di sana sejak menjejak kaki lagi di sana.
Dr. Mahathir dahulu telah membidas sifat sombong dan angkuh mereka kerana rapat dengan USA dan bermain peranan sebagai polis kuasa besar bagi rantau Asia. Apakah mereka ini sudah buang tabiat dan ingin berbaik-baik pula?
Saya rasa Australia lebih memerlukan kita daripada kita memerluknnya. Saya tidak pernah ke Australia. Waktu sekolah menengah saya pernah idam-idam ingin pergi belajar secara percuma waktu itu tetapi gagal kerana duit tambang kapal pun tiada mencukupi.
Kini saya lebih sedar tentang hegemoni politik dunia dan amat merasakan bahawa kita seharusnya memandang ke dalam terlebih dahulu dan menyedari kekuatan pada diri kita sebelum kita pandai-pandai keluar menjualkan tubuh badan kita.
Saya menyaksikan lapuran berita suntuk sehari semalam mengenai apa yang kita bakal memberikan kepada Australia, dan apa yang Australia bakal melakukan bagi kita. Apakah professor dan universiti mereka itu berharga sangat sehingga kita memandang lebih tinggi ke mereka?
Mengapa kita tidak teroka habis-habisan potensi dengan negara jiran yang serumpun dan senada seperti Thailand, Filipina dan terutamanya Indonesia yang kelima kayanya dalam dunia dari segi sumber bumi?
Apalah yang ada pada Australia? Penduduknya pun sama ramai dengan kita. Tak seperti Indonesia yang mencecah 220 juta orang. Kita memasarkan apa kepada mereka? Apakah kita perlu menjadi deputy kepada deputy Sherif USA ini? Apakah kita ingin mengenakan Singapura kerana terasa dengki yang pulau kecil itu sapu beberapa batu dari lautan kita? Apakah kita mahu tunjuk punggung ke sesiapa lagi selepas ini?

08 July, 2008
Apabila botol dibaling ke arah PAS
Satu hari dalam perhimpunan PROTES pada Ahad yang lepas, saya telah membawa keluarga saya yang seorang isteri, 2 anak perempuan serta 2 anak lelaki memasuki Stadium di Kelana Jaya pada pukul 5 petang tidak tersangka akan menyaksikan satu kejutan. Dapat juga saya mengalami bersama-sama peristiwa anih dimana seorang penyanyi rockers Alak kena pukul selepas menyanyi sebuah lagu bernama 'Jilat' yang mengaksikan punggungnya.
Sampai sahaja kita ke perkarangan stadium isteri saya terus tertarik dengan gerai-gerai jualan lalu pergi 'shopping' pulak dia. Saya teramat sangat hendak datang pada hari itu untuk mengukur suhu dan suasana 'Protes Sejuta Rakyat'. Ingin sangat mahu tahu apakah berjaya ke tidak hasrat mengumpul seramai bilangan tersebut. Terlintas pula ingin berarak sekiranya boleh mengembalikan nostalgia semasa saya dulu pernah turun ke jalanan dan ditahan polis.
Saya memasuki stadium dengan perasaan agak hampa kerana cukup besar kekosongan padang maupun tempat duduk disekeliling. Masa itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tengah berucap. Saya berpusing badan balik keluar untuk mencari rombongan isteri supaya kita memasuki ke dalam dan duduk di atas padang yang luas dengan matahari mula terlindung semestinya cukup redup dan nyaman kepetangan yang agak berpesta. Harap-harap juga dapat bersua dengan kawan-kawan lama nanti.
Kami memilih tempat dalam kawasan penalti pintu gol sebelah kiri pintu masuk besar stadium. Selepas satu penceramah habis cuba membakar semangat hadirin yang saya jangka hanya 3 ribu orang, kumpulan rockers Bahagian Injin Kereta entah apa nama pasal tak dengar dengan mudah namanya. Kelihatan jauh di pentas tempat duduk pintu masuk utama seorang penyanyi perambut lebat panjang melompat dan menjerit lirik yang langsung tak dapat ditangkap.
Selepas beberapa buah lagunya yang saya anggap memang tidak akan diterima oleh hadirin yang kebanyakannya fahaman PAS, saya cuba buat releks dengan membaring atas padang serta menenung ke langit yang putih kebiruan menikmati suasana, dengan keluarga saya asyik bersosek sesama merka tidak kira dimana mereka berada.
Tiba-tiba kedengaran jeritan dari belakang stadium dan di depan pentas. Saya terbangun tertanya kat isteri apa yang sudah terjadi. Isteri dan anak perempuan sulong menjawab ternampak penyanyi menarik seluar panjangnya kebawah dan ternampak punggungnya yang berseluar dalam biru. Yang saya terperasan ialah jeritan 'Jilat'.
Keadaan bertambah kecoh apabila ternampak botol plastik dibaling kuat oleh penonton sehingga sampai ke atas pentas kugiran rockers dan ada botol-botol yang sampai lebih atas iaitu ke kawasan penceramah yang diduduki oleh penganjur dan pimpinan PAS.
Saya masih agak jauh dan tak dapat melihat siapa adalah siapa, cuma masih ada botol melayan ke atas mengena orang-orang yang berada disekeliling pentas. Ramai petugas di atas sana menjerit kembali meminta bertenang. Tetapi jeritan memaki dari bawah tetap melawan. Penyanyi sudah ternampak dikasari, ditarik dan terjatuh hilang dari pandangan.
Hishamudin Rais terus berucap memohon maaf serta cuba memberi alasan apa sebenarnya terjadi. Namun beberapa orang yang berdiri betul-betul di bawah dan depan pentas di atas trek stadium memaki balik seolah mahu memukul Rais yang jauh di atas pentas. Akhirnya Dr. Lo Lo mencapai mikrofon dan berucap menenangkan keadaan.
Peristiwa ini agak mengejutkan kerana perangai mereka yang memprotes dalam Protes ini tidak nampak orang yang sesuai untuk bersama Protes. Tetapi suara jeritan bantahan saya terdengar sekeliling stadium seolah hampir semua yang protes tingkah laku rockers itu. Sepatutnya mereka memberi peluang kepada penganjur membetulkan keadaan setelah disedari semua apa yang telah berlaku. Tetapi ada beberapa jaguh yang ingin menunjuk kehebatan mereka protes serta berlari menghampiri pentas dan cuba mahu menambah tumbukan ke atas tubuh badan rockers.
Itulah suasana yang boleh mengajar kita sesuatu. Untuk membaling sebuah botol ke arah sesiapa cukup senang dan pantas. Provokasi sedikit sahaja tangan dengan mudah tanpa usul periksa boleh memalingkannya. Dulu kita orang yang baling, sekarang kita yang kena baling.
Apabila kita sudah menjadi kerajaan dan menjadi penganjur, barulah kita tahu bagaimana begitu payahnya dan tidak mungkinnya bertindak serta-merta. Perlu masa dan sumber. Banyak tenaga diperlu untuk merancang, melaksanakan dan menjayakan keadaan. Sebagai pemerintah kita perlu bertenang, mengawal keselamatan dan mengerakkan program yang berangkaian begitu banyak belanja, tenaga dan masa. Tetapi bagi pemaling botol ia tidak perlu masa. Tidak perlu berfikir. Tidak perlu bertanggungjawab. Terus capai botol dan baling tidak kira kepala siapa yang terkena.
Ada seorang sahabat saya yang baru saya dapat kenal beberapa minggu yang lepas turut berada di sana dan beliau mempunyai kisah yang lebih rapat dengan suasana kejadian. Bolehlah membacanya di sini http://aminiskandar.wordpress.com/2008/07/08/protes-6708-pengalaman-penulis/

02 July, 2008
Satu Hari Dalam Kisah Sodomi
Menurut watak fiksen Sherlock Holmes, "When you have eliminated the impossible, whatever remains, however improbable, must be the truth." - Sekiranya anda sudah menolak semua hujah yang mustahil, maka apa yang tertinggal walau macamana tidak mungkin, adalah yang benar.
Jadi apa yang mustahil? Hmm... menarik. Daripada muka-muka pemimpin BN mereka nampaknya tidak tahu menahu. Maka ada dua kemungkinan. Satu ialah ada pihak lain berkomplot untuk mereka tanpa memberi tahu kepada mereka. Kedua ialah memang bukan dari pihak mereka!
Mengapa Washington begitu cepat memberi amaran kepada kerajaan? Pertama mungkin Anwar yang hubungi mereka serta merta semasa kes itu disedari tercetus. Kedua, mungkin Washington yang sudah tahu dan merancang sebelum itu!
Tetapi ada beberapa dari kenyataan Anwar yang cukup mendedahkan beberapa perkara. Pertama, mengenai cara dia memasuki kedutaan Turki. Beliau kata dirinya dijemput. Duta Turki kata tidak. Anwar balas yang mesti ada kuasa lebih tinggi dari duta yang membenarkan, kerana jika tidak, tak kanlah Anwar boleh masuk saja ke kediaman duta tersebut.
Mengapa Anwar ingin sangat menyatakan yang ia dijemput dan bukan dia yang meminta tanpa jemputan? Nampak sangat Anwar lebih mementingkan imej diri daripada imej duta. Katakanlah duta itu betul-betul jemput beliau, dan duta itu pula mengubah pendirian lalu tidak mengaku. Mengapa Anwar tidak mempertahankan kawannya yang sudah melindunginya dan telah mengambil risiko menyebabkan krisis diplomatik diantara kedua-dua negara? Mengapa menjatuhkan air muka duta tersebut? Bukan sahaja itu. Anwar kata 'ada kuasa lebih tinggi'. Jika adapun mengapa didedahkan? Ini membantu musuhnya mengenal strategi dan kekuatan dibelakangnya. Tetapi mungkin juga tidak ada kuasa tersebut. Mungkin sekali lagi Anwar cuba mempertahankan imej peribadi.
Mengapa Anwar mendedahkan dua lagi langkah yang dirancanginya? Pertama ialah rancangannya untuk membawa 4 ahli BN lompat pagar. Kedua ialah yang dia akan mengumumkan pilihanraya kecil untuk dirinya. Mengapa didedahkan begitu cepat? Kerana untuk membuktikan yang ini adalah perancangan BN sebagai langkah BN sabotaj segala itu? Katakanlah Anwar tidak dedahkan. Apakah tidak yakin rakyat bahawa tuduhan sodomi itu adalah palsu? Selalunya seseorang yang tidak salah hanya sekadar membuktikan alibi atau saksi yang menafikan bagi pihaknya sahaja. Cukuplah sekiranya anak atau isterinya atau beberapa orang awam mengesahkan dimana Anwar berada pada hari tersebut. Itu sudah cukup menuding jari kepada teori konspirasi musuhnya terhadap dia.
Firasat saya tuduhan sodomi itu semestinya palsu. Jika tidak maka pembacaan saya terhadap manusia itu memang out habis. Tetapi mengapa Anwar melatah kuat sangat sehingga terdedah rahsia lain? Saya percaya musuh sebenarnya hanya ingin tahu rahsia politiknya seperti berapa bilangan katak nanti yang merupakan lebih penting kepada survival BN dan bukan kes sodomi. Maka kes tersebut hanya merupakan cloth of the matador atau kain merah menipu lembu. Mereka tahu kelemahan Anwar yang mudah melatah lalu memainkannya dengan kes yang menghantuinya sebelum ini.
Maka dengan itu, kes sodomi ini tidak akan melekat dan Anwar tidak akan diapa-apakan. Musuh cuma mahu Anwar sendiri bocor rahsia. Rupa-rupanya Anwar hanya ada 4 anggota dewan, bukan 30 anggota yang diperlukan.
Rupa-rupanya juga Anwar banyak merujuk kepada kuasa lebih tinggi di luar. Sekiranya Cina komunis yang kena tangkap, percayalah sampai seksa mati pun dia tidak akan bagi tahu rahsianya atau rancangan Chin Peng ingin meletup ini ke atau sabotaj itu. Ini tidak. Tak ya tangkap ahli PKR untuk diseksa sehingga bocor rahsia. Cuma cuit ketua defactonya habis semua keluar. Semua tanpa diminta.
Mengapa Anwar tidak bertenang dan menghadapi sebarang kemungkinan? Katakanlah kemungkinan berikut:
1) Anwar ditangkap. Barulah dunia luar tahu dan Pak Lah tergolong dalam kategori Mugabe dan akan menghadapi tekanan dasyat dari pandangan dunia. Bukankah ini amat baik bagi karier Anwar?
2) Anwar diapa-apakan. Sekali lagi bukan sahaja dunia akan mengutuk kerajaan kita, tetapi besar kemungkinan rusuhan terbuka akan berlaku dan kerajaan lagi cepat jatuh.
Dengan itu, mengunakan cara Sherlok Holmes, kedua-dua kemungkinan itu payah berlaku. Ia sebenar tidak berlaku pada tahun 1998. Harus ingat, Dr. Mahathir hanya pecat Anwar kerana komplot Anwar ingin menjatuhkan PM secara terang-benderang dan Mahathir tidak melakukan apa-apa secara langsung seterusnya. Adalah orang lain yang mengapa-apakan Anwar. Orang itu pun sudah kena dakwa dan tersabit. Hukuman penjara ke atas Anwar pula adalah dikeluarkan oleh seorang hakim. Kini hakim itu pun sudah tidak beraksi atau mahu beraksi dalam gelanggan yang sama.
Bukan sahaja isteri Anwar mengingatkan 1998 jangan berulang. Orang-orang sekitar 1998 pun tidak ingin ia berulang atau sudah tiada lagi untuk berbuat demikian. Kena cari orang baru.
Saiful adalah orang baru. Tetapi cerita sodomi adalah cerita lama. Ada sesuatu yang tidak kena. Samalah semasa kes Mat Sabu ditangkap berkhalwat dengan isteri orang. Beliau enggaan menjawab soalan saya. Beliau ingin saya puas hati dengan hanya jawapan yang mereka itu berkomplot kerana serbu biliknya terlalu pantas - tak sampai beberapa minit. Soalnya apakah anda boleh seminit pun berdua-duaan dengan seorang bini orang lain? Jangan kata seminit, sesaat saya berdua-duan dengan sesiapa pun akan tertimbul tanda-tanya dalam diri saya sendiri yang saya ini cari pasal. Mana pergi pengiring? Mana pergi muhrim? Mana pergi akhlak agama?
Dalam kes Mat Sabu, dia salah dari segi objektif kerana mudah definasi khalwat dan telah ditangkap sedemikian. Macam melanggar lampu merah. Apabila polis nampak awak lintas lampu merah walaupun 3 pagi, anda dikira salah secara objektif. Dalam kes sodomi ia tidaklah objektif. Kerana tiada serbuan dan tiada tangkapan semasa kejadian, bukan macam dalam semua kes khalwat.
Dengan itu, perancang kes sodomi ini tidak berniat kes ini terbukti. Mereka hanya mahu Anwar melatah dan mendedahkan kelemahannya. Mereka mesti sudah ada bukti bahawa Anwar tiada cukup calun untuk lompat dan juga bergantung rapat dengan kuasa luar. Tetapi dengan BN mentomahkan dua fakta itu tidaklah berkesan. Lebih baik Anwar sendiri yang mengungkapnya. Itu namanya psikologi songsang.
Bagaimana pula sekiranya Anwar sendiri yang merancangkan? Jika begitu, maka tiada nampak apa-apa faedah kepada dirinya melainkan ingin campur tangan asing. Nampaknya itu tidak berlaku kerana kerajaan tidak melatah.
Begitu juga serangan dakwaan Raja Petra terhadap TPM dan isterinya. Tuduhannya itu kepada saya tidak lojik dan mesti bertujuan lain iaitu cuba mendesak satu tindakbalas emosi besar-besaran. Adalah amat payah membuktikan Rosmah ada ditempat kejadian pada saat kejadian melainkan ada gambar dan ada saksi yang sanggup mengaku. Lapuran bertulis tidak mengcukupi dan boleh dicabar.
Akhirnya tuduhan Anwar terhadap AG dan IGP juga sudah disiarkan dan amat menghampakan adalah ia bukanlah bertaraf tinggi seperti membongkarkan yang mereka cuba mengubah ujian DNA atau mereka cuba menyuntiknya dengan dadah misteri atau mereka cuba memaksa saksi kes.
Mereka dua ini membuat tuduhan seolah ia amat muktamad padahal kepada saya lebih muktamad ialah mendedahkan kes-kes sepertimana yang CheDet tengah mendedahkan. Dan CheDet tidak pun lari ke kedutaan Zimbabwe atau meminta jaminan dari Pak Lah jangan diapa-apakan dirinya yang sudah uzur.
Balik kepada kes Altantuya, dengan menggunakan lojik Sherlock Holmes, bapa Altantuya ada sebut tujuan anaknya datang Malaysia. Samada TPM ada bersama ARB ke tidak bukanlah isu kerana memang Najib rapat dengan Razak Baginda itu. Itu boleh diterima dan tentu pembangkang ingin dikait-kaitkan sangat.
Jika TPM ingin bunuh Altantuya takkanlah guna bodyguard sendiri dan masih hampir dengan rumah sendiri. Dan takkanlah polis berani membuka fail. Jadi apabila yang mustahil sudah diketepikan maka yang tinggal adalah satu. Kawan lama sekolah rendah saya itu sudah terlanjur dan tidak tahu mana nak dapat penyelesaian dan terus mencapailah pembantu polis yang juga rapat dengannya tanpa memikirkan imej TPM yang akan amat terdedah dengan perbuatannya.
Ini semua nampak lojiklah sekiranya cuba memakai topi inspektor Holmes dari England dalam kisah masyurnya. Tetapi di sini buat masa ini, kes-kes ini tidak boleh dispekulasi sedemikian rupa kerana tertakluk kepada larangan subjudice iaitu membelakangkan proses mahkamah yang sedang berjalan. Dengan itu anggaplah apa yang tertera di sini sebagai andaian dari sebuah novel dan tiada kaitan dengan sesiapa yang hidup maupun tidak.

Subscribe to:
Posts (Atom)