Sistem mahkamah yang diambil daripada Barat sering dikritik kerana seseorang peguam itu tidak boleh memihak kepada lawan walaupun anak guamannya salah dan penipu. Begitu juga dalam soal berpolitik. Jika awak PAS janganlah pergi sokong apa UMNO kata. Kena kutuk nanti. Pakai songkok pun tidak boleh. Itu songkok UMNO (terutamanya dalam tahun pertengahan 80an).
Jika awak UMNO jangan pergi sokong PAS. Kena ketuk nanti. Pakai serban tak apa. Orang UMNO tak berapa kisah pakaian. Kedua-dua parti ini pula ada persamaaan dari segi pendirian agama. Mereka sama-sama Islam dan amat sensitif kepada soal kepentingan Islam. Soal pergi tangkap orang berkhalwat, kedua-dua akan berebut pergi.
Hisap rokok tak kisah pula. Padahal orang Cina sensitif kepada ahli politik yang merokok. Kurang 'bersih' pandangan kepada masyarakat Tionghua kita. Pengalaman saya semasa dalam pejabat PAS ramai hisap rokok merata. Pejabat PAS dulu yang pernah saya kunjung bersepah dengan puntung rokok dari tangga bawah sehingga atas. Tidak melambangkan kecemerlangan syahsiah Islamik.
Walaupun merokok itu diterima sehingga ke para ulama merokok gudang garam pun tidak menjadi isu besar. Berpaip atau hisap cerut pun tak apa. Asal jangan hisap dalam lounge hotel dan memegang punggung wanita dalam keadaan mabuk. Orang UMNO pun jatuh hormat apatah lagi orang PAS.
Apakah apabila kita ahli PAS, maka PAS itu adalah suci dari hujung rambut sehingga hujung kaki? Orang yang bawa saya masuk PAS iaitu Abdul Razak Ayub al-Lubis sering bertanya dengan ayat tersebut. Itu yang menarik saya masuk PAS. Tetapi apabila hilangnya hak bertanya atau mengkritik sehingga tercemar imej yang suci pada PAS itu tidak boleh diamalkan maka itulah antara sebabnya saya rasa seolah tidak berparti walaupun menjadi Exco Pemuda PAS dulu.
Khalid Abdul Samad yang pernah menyandang jawatan AJK Agung PAS dalam tahun 1980an semasa saya ada, pada satu hari menarik diri dari AJK tersebut dan tidak bertanding semula. Saya tanya beliau 'mengapa?' - 'why, why, why?'. Beliau menjawab, "Nothing changed. I can do nothing in there. So why stay?".
Dalam bisnis pun sama. Seorang taukeh akan berdebat dengan jurujual dan tidak akan setuju dengan harga mana pun yang diberi. Satu hari saya sebagai pakar penasihat sistem komputer dalam sebuah syarikat awam berhad menyaksikan ketua pengarah saya seorang Datuk cina berbuat demikian terhadap satu syarikat pembekal lalu saya kesian dan cuba menasihati yang harga diberikan itu sudah memadai.
Datuk itu tanya saya balik, "Whose side are you on? (Awak sebelah pihak mana?)". Baru saya sedar, saya berkerja dengan syarikatnya, maka saya tidak boleh memihak kepada yang luar syarikat. Datuk itu pun menerangkan kepada pembekal itu dengan elok,
"I am on my side (Saya berada dipihak saya)". Dalam ertikata lain, "I am not on your side (Saya bukan memihak kepada kamu)."
Persoalannya apakah kita kena begitu? Bukankah dalam Islam itu terutama zaman Al-Malik al-Nasir al-Sultan Salah al-Din Yusuf ibn Ayyub, atau Saladin kepada Barat dan Salahudin kepada kita. menurut wayang Hollywood yang bukan muslim pun ditayangkan Salahudin sebagai begitu tinggi peradaban kemanusiaannya dengan tidak membunuh atau menyiksa atau memperhambakan musuhnya orang Kristian. Beliau dan tentera Islam tidak membalas dendam.
Bacalah kisahnya yang menakjubkan di sini: Saladin Story
Maka saya terfikir apakah orang Kristian yang menonton wayang itu akan memanggil pengarah wayang itu dan bertanya dengannya, "Awak ini sebelah pihak Islam ke?".
Jika pihak lawan boleh memihak kepada kebenaran sejarah selaku pihak kita, mengapa kita tidak boleh terbuka hati memihak kepada mereka selaku kebenaran yang ada? Apakah kita takut dan khawatir? Bukankah kita cuma melakukan apa yang pernah dilakukan sebelum ini?
Hanya hambaNya yang salih sahaja yang mampu melakukan hasanah dunya wa akhirat. Hanya yang mengenal Tuhannya.
Saya adalah generasi keempat dari China. Kini sebagai seorang muslim, Islam adalah addin muafakat dan penuh tanggungjawab. Kita tidak minta dilahirkan pelbagai kaum dan agama. Namun Allah jadikan kita sebagai Pendatang Dengan Izin kerana kita mengiyakan diri. Kini kita perlu bermuafakat sebagai PADI-Malaysia.
30 April, 2008
Al-Bible DiSokong Oleh Al-Quran
Bersambung lagi al-kisah nya kitab-kitab masyur lagi berukun bagi kita ialah bagaimana sebenarnya dengan adanya Al-Quran itu maka lebih terpiliharalah status 3 kitab wahyu sebelumnya iaitu Torah, Zabur dan Injil.
Ketiga-tiga kitab itu kini dikatakan termaktub di dalam bentuk Al-Bible. Namun termasuk juga dalam Al-Bible itu banyak surat dari Paul dan pihak lain selepas zamannya yang tidak dikira wahyu tetapi teks inspirasi. Teks tersebut tidaklah dirujuk dalam tulisan saya ini. Yang saya maksudkan dengan Al-Bible hanyalah wahyu Allah semata-mata.
Adapaun kita sudah sedia maklum bahawa ada beberapa ayat yang terubah dan ini tidak lagi saya ingin menyentuh di sini. Yang saya hendak sentuh adalah bahawa keimanan saya kepada Al-Bible lebih terpelihara dengan adanya Al-Quran.
Kisah Nabi Isa Al-Masih, anak Maryam kini adalah dikira sahih dan amat diyakini saya selepas saya muslim. Begitu juga kisah para anbiya yang lain. Seterusnya saya yakin tentang mesej sepanjang zaman bahawa Allah senantiasa hadhir dan tidak terputus dalam penguasaanNya yang mutlak.
Saya kini lebih teryakin tentang soal malaikat, mukzijat, dan banyak lagi kisah-kisah masyur kaum-kaum Firaun, Ad wa Thamud dan peristiwa penting dalam sejarah.
Sifat Al-Quran mempertahankan Al-Bible bukan sahaja termaktub dalam banyak ayat Al-Quran tetapi sifat dan sikap Rasulullah s.a.w. menjaga hak kaum Yahudi dan Nasrani juga cukup jelas. Baginda mempertahankan hak mereka dalam Piagam Madinah. Tabiat baginda terbawa-bawa sehingga zaman Islam selepas wafatnya baginda s.a.w telah diamati dan diteladani begitu baik terutamanya di Sepanyol dan di Darussalam, Palestin.
Zaman Islam Al-Murabit Sepanyol di Andalusia dengan Cordoba dan Al-Hambra begitu masyur dengan keamanan ketiga-tiga agama samawi itu dimana umat Islam hidup harmoni dan aman dengan umat Yahudi dan umat Nasrani. Apabila tentera Eropah dari utara menyerang dan memusnahkan kerajaan Al-Murabit itu, berakhir lah kerharmonian tersebut.
Begitu juga zaman Islam di Palestin dan ibukotanya, Darussalam atau Jerusalem. Selepas kuasa Kristian Eropah mengambil alih Palestin, hilanglah bandar aman itu sehinggalah kehari ini tiada satu hari yang aman baginya.
Sifat Islam sedemikian harus tertanam dalam sanubari setiap negara yang diduduki umat Islam termasuk Malaysia. Hendaklah kita di sini menjadi pelindung semua agama lain tidak kira Katholik, Protestan, Hindu, Buddha dan Tao. Biarlah mereka lihat betapa tinggi dan mulianya peradaban kita sebagai umat peninggalan Muhammad, Rasulullah s.a.w.
Sebelum kita ingin meroboh kuil atau tokong mereka, kita rujuklah secara sopan kepada pihak mereka, dan biarlah mereka merobohkannya dengan tangan mereka sendiri supaya tidak terbangkit sentimen keagamaan yang tidak sihat.
Sebuah perpustakaan keagamaan harus dibina untuk menyimpan kitab-kitab semua agama. IKIM harus mengeluarkan syarahan tulisannya kepada yang lebih memberi impak kepada masyarakat berbilang agama dinegara ini kepada lebih menerima Islam sebagai suci dan amat menyokong kebebasan beragama secara terhormat.
Tradisi fobia-memfobia serta sangsi-menyangsi antara satu sama lain adalah lucu dalam konteks sejarah yang kita boleh merujuk sebagai bukti bahawa ia bukanlah keadaan sebenar zaman kegemilangan Islam dahulu seperti zaman Salahudin Al-Ayubi yang kita pun dapat lihat dalam wayang masyur dari Hollywood bertajuk 'Kingdom of Heaven'.

29 April, 2008
Saya Sunat Umur 18
Saya tidak dapat mengelakkannya. Pihak Pejabat Pendafaran minta saya mendapatkan surat dari Pejabat Agama mengesahkan saya sudah berkhatan atau bersunat baru boleh diberikan kad pengenalan dengan nama Islam baru saya.
Saya diberitahu bahawa hukum sunat itu adalah Sunat dan tidak Wajib. Tetapi kerajaan waktu itu atau peraturan yang digunapakai telah menentukan bahawa ia adalah 'Perlu' dan tidak boleh dimaafkan bagi saya.
Saya pun bertanya dengan seorang Ustaz semasa kelas kuliah ceramahnya di Masjid Negara pada satu malam. Saya tulis soalan pada kertas kerana ramai jemaah waktu itu termasuk kaum wanita juga ingin bertanya pelbagai soalan agama. Jadi mereka menulis pada kertas dan menghantar masuk 'queue'. Maka saya pun teruslah hantar soalan bertulis saya ke dalam 'queue' tersebut.
Apabila sampai giliran kertas saya, Ustaz itu pun membacanya menerusi pembesar suara yang dipasang dekat lehernya.
"Apakah Sunat itu Sunnah atau Sunat?"
Ustaz itu terdiam sekejap cuba berfikir. Nasib baik saya tidak letak nama dan umur saya. Habis kedengaran nanti butir sulit saya sehingga belakang Masjid Negara nanti.
"Ini macam ... hmm..", Ustaz itu tiba-tiba menjawab seolah dia faham,
"Sunnah Nabi itu memang sunat hukumnya. Sudah jawab sebelum ini, buat dapat pahala, tak buat tak apa."
Tidak terjawab juga soal saya secara sepesifik yang diingini itu. Sepatutnya saya gunakan istilah 'berkhatan' dan bukannya 'sunat'. Baru lebih jelas. Tetapi jelas sangat, takut pula nanti Ustaz itu bertanya pula siapa yang menulis ini - dah sunat ke?
Saya pun dapat surat dari Pejabat Agama untuk dibawa ke Hospital Besar. Saya pergi dengan Osman Chua (yang kini Dr Falsafah dari UIA). Masa itu saya berumur 18 tahun. Osman pula lagi tua iaitu 37 tahun.
Para doktor yang menjadi tok mudim 3 orangnya mengelilingi saya yang berbaring di atas katil dalam bilik pembedahan. Ada yang memberikan komen yang saya tidak sanggup menceritakan di sini. Cukuplah menyatakan mereka amat simpati dengan saya dan berlawak supaya saya tidak cemas atas apa yang mereka terpaksa melakukan.
Saya pun merasa agak loyah dan pening-pening kerana ternampak darah. Nasib baik mereka tersedia dengan menghidangkan saya secawan milo. Saya cukup tidak bermaya buat beberapa ketika sehingga Osman Chua yang sanggup keluar ke jalan raya memanggil teksi untuk membawa kita berdua pulang ke IDP.
Saya masih teringat keadaan Osman yang memegang kain pelekat dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi menahan teksi.
Sekembalinya ke asrama IDP saya mengikuti segala pantang larangnya. Kena guna minyak kelapa. Kena pakai kayu letak ditepi katil. Kena bangun sebelum ia bangun. Tidak boleh berlari. Tidak boleh makan telur dan udang.
Selepas beberapa hari saya rasa agak kering dan macam agak sembuh. Bosan pulak rasanya kerana terlalu banyak tidak berjalan keluar dari bangunan asrama. Satu petang kawan-kawan bermain bola di padang belakang bangunan dan saya pula gatal ikut bersama.
Satu keputusan yang kurang bijak dan berlawanan dengan perintah berkurung. Terlanggar sedikit kawan lain ada yang bagi tahu saya yang darah merah tengah keluar. Terpaksa pula saya diusung kembali masuk dalam dan naik lif ke tingkat 3 tempat katil.
Makin panjang pula hukuman penahanan. Kali ini tidak berani bergerak sehingga benar-benar pulih. Itulah ingatan saya, yang lebih-lebih lagi saya tidak ingat atau buat-buat tidak ingat. Tolong jangan tanya soalan tambahan. Komen pun tidak digalakkan.
Sekian terima kasih,
wasalam!

28 April, 2008
Konsep Imam Dalam Islam
Acap kali semasa berada dalam masjid untuk bersama-sama bersolat berjemaah saya perhati satu fenomina yang unik yang tidak berlaku di luar. Pemimpin jemaah sembahyang atau Imam itu tidak tetap dan senantiasa bertukar-tukar. Malah sesama makmum akan tolak menolak antara satu sama lain supaya mara ke depan untuk memimpin dalam solat.
Saya pernah diminta untuk menjadi Imam pada peringkat awal semasa saya baru mengenal Islam. Tentu sekali saya takut sekali berdiri di depan saf-saf yang lurus itu kerana bimbang sebutan saya mungkin tidak betul atau gerak geri saya tersilap.
Tetapi sesiapa yang berdiri di depan itu walaupun tersilap baca akan ada makmum dibelakang yang akan mengulangi kembali sebutan ayat dengan betul supaya Imam sementara itu dapat menyambung bacaannya kembali tanpa membatalkan solatnya.
Fenomina lebih suka orang lain jadi Imam dan bukan diri sendiri adalah satu perkara yang baru bagi saya yang tidak saya kenal sebelum memeluk Islam. Rupa-rupanya konsep pemimpin dalam Islam itu tidak sama dengan konsep Presiden Amerika Syarikat yang asyik bersyarah bahawa dialah presiden yang lebih baik dari lawan yang lain.
Dalam Islam senantiasa pemimpin itu mengaku dirinya kurang baik dan ingin sangat orang lain mengambil tempatnya. Malah adalah cukup terhormat akhlak dan wajah seseorang pemimpin yang turun dari tahta kerana takut kepada Allah dan bukannya takut kepada makhluk.
Dia tidak risau jika dia berundur itu akan berlaku huru-hara dalam saf-saf di masjid. Ini kerana ramai makmum yang tahu tentang tertib solat berjemaah dan mampu mengambil alih tempat itu dengan baik dan aman. Lebih-lebih lagi janji Allah dalam 'ayat seribu dinar' bahawa sesiapa yang bertakwa hanya kepadaNya dan bertawakal menyerah urusannya akan terselesai dengan sempurna. Maha benar Allah!
Alangkah cantiknya sekiranya jawatan Presiden parti atau Perdana Menteri dipegang oleh seseorang yang berakhlak sedemikian. Kejap-kejap mahu berundur dan disuruh saf lain mengambil tempatnya. Dapatlah dia rehat lebih dan bertafakur bebas dengan Allah daripada melayani karenah makhluk lain yang senantiasa ada yang asyik mengampu dan menipu.
Mengapa Kebebasan Bersuara?
Mengapa kebebasan bersuara dikatakan terhad di Malaysia? Dari mana puncanya tanggapan bahawa bebas bersuara itu akan membawa anarki atau kekacau-bilauan? Saya percaya ia datang dari zaman penjajahan british dulukala dimana jika rakyat yang dijajah itu bebas bersuara maka akan terbongkar rahsia penjajahan mereka.
Jika rakyat boleh bersuara, maka mereka akan bertanya kemana sedang dibawa semua bijih timah dan getah asli itu dan apakah wajar dan setimpal pampasannya? Malah banyak lagi yang akan ditanya seperti sewaan dan cukai kerana menduduki negara kita secara percuma, pampasan kerja 'outstation' dari negara asal India dan Cina sehingga ke Malaya ini di estet dan lombong timah, pencennya, gratuitinya, tiket penerbangan balik ke negara asal, serta kerakyatan sepenuhnya.
Semua tuntutan itu akan terjelma apabila ada kebebasan bersuara. Maka adalah jelas kebebasan itu bukan sahaja tidak ada malah didatangkan perundangan yang menyekat apa jua cabaran politik kepada kesewenangan penjajah dari terus menjamah dan menjajah tanah-air kita.
Kebebasan bersuara adalah fitrah manusia dan dianggap sunnah dalam alam ini oleh Allah SWT sekali pun (terutama sekali kerana ini adalah alamNya). Allah memberi manusia ilmuNya serta hak menyoal sekali. Syaitan pun bebas bertanya, malah bebas menolak. Padahal saya tidak menganjurkan bahawa manusia bebas menolak sewewenangnya. Kita tidak boleh 'equate' atau persamakan lagi hak bersuara dengan hak bertindak.
Islam meletakkan bahawa kita ada hak memasang niat buat jahat pun tetapi malaikat tidak akan rekodkan apa-apa dosa sehingga jelas berlaku amalan dosa itu. Kebebasan bertindak boleh mendatangkan mudharat dan sudah sedia ada hukum-hakam melarangnya seperti Akta Hasutan, Akta Polis dan Akta Berkhalwat.
Negara yang peninggalan penjajah British masa dulu yang gagal menyelesaikan kemerdekaan tanah-jajahannya sehingga berlaku penumpahan darah seperti Amerika Syarikat, Kanada, Indonesia (semasa berdepan dengan Belanda terpaksa bertukar tangan selepas penyelimbihan di Ambon) India (yang paling dasyat dalam sejarah semasa 'Partition Plan'), Malaya dan kepulauan seperti Singapura yang digunapakaikan Akta ISA.
Ini kerana penjajah apabila merampas satu jajahan akan memusnahkan khazanah asli anak jajahannya sehingga hak masing-masing di dalamnya akan terancam dan anak-anak jajahan terbiar berebut cebisan peninggalan nanti.
Kebebasan bersuara dalam Al-kitabun senantiasa diajak dengan seruan "Qul!" - Katakanlah! Kebebasan ini tidak terhad kepada kaum Yahudi atau para anbiya sahaja. Apa-apa yang pihak lain berkata, Al-kitabun semua akan dengan telus dan ikhlas menyiarkan kembali bagi renungan semua Insan sehingga akhir zaman. Malah Al-Quran merupakan akhbar yang paling terbuka kerana tidak saja disiarkan ucapan penentangnya malah yang tersembunyi dalam dada sesiapa sekalipun.
Contohnya ayat 'Abasa watawallaa' - yang Nabi memalingkan mukanya dari seorang tua, pun disiarkan ke dalam saluran perdana ini. Jika di Malaysia, tentu sekali akan ujud Akta Menghina Nabi dan Malaikat Jibrail dikenakan writ saman!
Apabila kebebasan akhbar itu kembali tanpa lesen, maka rakyat akan makin matang dan kepuasan secara fitrah kerana terlepas konkongan didada mereka, lalu proses penghayatan sebenar pembangunan modal Insan akan benar-benar bermula. Kerajaan boleh mengujudkan satu lagi "Commission for Freedom of Expression" tanpa segan pilu supaya teratur proses pembebasan tersebut.
Ini kerana terdapat adat dan adab yang perlu dikenalpasti dan dituruti supaya suara kita boleh didengar dengan jelas dan saksama. Cuba bayangkan keadaan apabila 27 juta rakyat ingin bersuara menjerit sekali gus!
Namun kebebasan itu akan mendatangkan lebih ramai tokoh yang bertanggungjawab ke hadapan untuk mengimbangi keadaan. Kita tidak harus risau dua tiga kerat suara yang akan menghasut. Pasti akan lebih ramai suara yang siuman dan budiman lagi beriman meratakan keadaan
Sekiranya Hindraf mahu berarak kelak saya percaya orang Melayu dan Cina yang akan melebihi mereka berarak nanti kerana mereka pun ada lagi banyak tuntutan terhadap British seperti London Metal Exchange itu harus kembali kepada Kuala Lumpur. Ini akan terbongkar apabila rakyat mengetahui dan berbincang secara bebas dan teratur dan menghalusi tentang isi memoranda Hindraf nanti.
HardTalk RTM Lawan Raja Petra
Semalam tepat jam 8.30 saya tunggu di depan kaca TV saluran RTM1 padahal rancangan BLOG yang keudara pada tepat 8.40 mlm. (Sedikit salah mengikuti pemberitahuan oleh blog malaysia-today.net) Itulah yang dinanti-nanti oleh golongan bloggers Malaysia, iaitu blogger utama negara, Raja Petra Kamarudin (RPK) diwawancara oleh Hasshim Abu Hanifah selama 20 minit mengenai isu-isu yang panas dan pokok kepada jemaah bloggers.
Selepas beberapa minit rancangan berjalan saya terasa yang ini hebat juga cara penyusunannya kerana agak bebas dan tidak nampak berat sebelah manapun. Penemu-bual pula memainkan peranan memprovok dan mengacu soalan agak ala Steven Sackur dari BBC Hardtalk. Oklah kira bagi kita orang Malaysia dapat menyaksikan perlawanan secara langsung tanpa sekatan dan potongan, dimana seorang seperti RPK boleh menyuarakan ketidak-puasannya yang amat sangat terhadap beberapa institusi kerajaan dari hujung rambut sampai hujung telinga pun jadilah.
(Link kepada bahagian seterusnya dalam Youtube - bah II dan bah III)
Kuasa eksekutif PM, Parlimen, Kehakiman, Kepolisan dan Kesuruhanjayaan habis dibelasah RPK. 'Steven Sackur' kita pula semacam berjumpa peninju Mike Tyson mula-mula Tyson belajar masuk gelangang. Hasshim kita pula yang tergagap cunggap sedikit padahal dialah yang memakai bidak catur berwarna putih.
Cuma kali ini pihak Hardtalk kita tidak dituduh prejudis oleh RPK sepertimana Mahathir minggu lepas menuduh pihak media salah sumber. Jelas strategi Hasshim kita berdepan dengan lawan ialah jangan bagi peluru lebih. Namun RPK dapat membalas kembali dengan cara ke'raja'annya tentang beberapa soalan kuntow oleh Hasshim. Antaranya apabila ditanya apakah RTM dan Kerajaan kini tidak cukup terbuka, RPK mengacu balik, 'belum pasti lagi, tengok dulu'. Bukankah banyak 'commission' baru dibentuk untuk menyiasat kes (nota kepada yang berbahasa baku - 'commission' di sini adalah jawatankuasa penyiasat, bukannya wang komisen), RPK berkata mana bebasnya jika jawatankuasa ini melapur diri kepada PM dan bukan dilantik diluar pengaruh PM?
Hasshim ada gunakan satu strategi selamat 'rope-a-dope' Muhammad Ali (kepada berbahasa baku, rope-a-dope itu bukan tali gantung tetapi menyandar ke tali macam Muhammad Ali tu yang seolah confident padahal berselindung pukulan balas) dimana ditanya RPK manakah satu contoh negara yang boleh dijadikan teladan sebagai kerajan bersih dan baik. RPK menjawab (jika tidak silap saya kerana RPK jawab pantas) 'Sweden' yang kepada saya agak payah untuk kita diMalaysia untuk membuat perbandingan objektif kerana negara itu di Eropah, jauh dan lain pula demografi politiknya kerana tiada Cina, India dan Ibannya.
Jadi sayangnya kepada pihak RTM, Hasshim tidak menekan minyak kerana banyak cara boleh memukul balik RPK disitu. Mengapa tidak Singapura, atau Indonesia atau India yang dikatakan hebat-hebat dan lebih sewaktu dengan kita?
Cuma satu peluru simpanan sahaja yang saya rasa Hasshim 'Sackur' memilih untuk menggunakan pada hayung-hayung getir dalam Hardtalk kita ialah apakah RPK sokong sistem politik 'Anarchism'? (Bagi mereka yang berbahasa baku, anarki itu adalah pemerintahan yang tiada struktur formal atau sistem kawalan apapun malah dibiarkan rakyat bebas menentukan segala-galanya). Di sana nampak RPK terkena tumbukan menghayung jauh kerana jelas RPK berfikir lebih panjang bukan macam selama pusingan awal tanpa berfikir panjang. Memanglah semasa hardtalk-hardtalk macam ini kita tak boleh ambil masa lama sangat berfikir. Tidak ada konsep 'timeout'. Tak boleh main taktik tali kasut longgar atau tukar bulu tangkis terpatah. Perlu spontan dan seolah cukup yakin dengan jawapan sendiri.
RPK cuba menjawab bahawa adalah silap taktik pihak pemerintah senantiasa menuduh keadaan huru-hara anarkisma akan berlaku seperti Mei 13 setiap kali rakyat meminta untuk perubahan dan kebebasan bersuara. RPK merujuk kepada blognya sendiri iaitu Malaysia-Today.net yang bebas tanpa sekatan tidak membawa sebarang huru-hara kepada rakyat jelata. RPK menganggap cara pemikiran itu sebagai ala komunis.
Namun begitu saya rasa itu saja peluru yang terbaik Hasshim kerana huru-hara adalah menakutkan kepada setengah-tengah penduduk kita yang sudah berumah-tangga besar dan mempunyai rumah besar dan harta tertanam dalam negara. Tetapi bukankah keadaan negara kita sekarang separa anarki dengan harga barangan makin melambung naik?
Pendapat saya ialah rancangan RTM memang sudah telus (seperti kata RPK 'for now' tetapi 'let's see how as time goes by') dan sekali lagi syabas kepada Menteri Penerangan baru yang jenis tidak mengosok punggung,
"Mad Shabery, you memang hero! Hmm.. espisod akan datang bolehkah jemput kita? Tak perlu sogok kan? kan?".
Yang saya risau lebih sekarang ialah isu kenaikan harga barangan tidak dapat diselesai oleh sekeras-keras cakap mana, kerana ia merupakan krisis peringkat global - yang saya percaya adalah lebih angkara golongan elitis Illuminati Dajjal yang mempermainkan sistem ekonomi dunia supaya biar kita semuanya makin terhutang lumpuh kepada sistem inflasi wang kertas dalam genggaman mereka..
Namun sebagai muslim wa mukmin kita harus insaf yang Allah Maha Segalanya di dalam genggamanNya dan pasti ini adalah ujian-ujian terkakhirnya apakah kita manusia memaut kepada makanan atau ArRazaq pada akhir zaman ini.

26 April, 2008
Guan Eng 2/3 Melayu, 1/2 muslim
Menurut perlembagaan Malaysia, seorang Melayu itu bukanlah pada bangsanya tetapi pada adat resamnya. Iaitu sekiranya dia itu boleh berbahasa Melayu, ikut adat-istiadatnya lalu beragama Islam maka Melayulah dia.
Oleh kerana Guan Eng belum beriman maka dia itu bolehlah dikira 2/3 Melayu. Harusnya orang Melayu yang lain tidak rasa sangsi taat kepada seorang pemimpin yang 2/3 Melayu kerana di Sarawak dulu orang bumiputera disana taat kepada seorang Raja yang bernama Inggeris, berbahasa Inggeris dan beristiadat Inggeris iaitu James Brooke.
Lebih-lebih lagi Guan Eng ini dikatakan sudah teringin mengikuti konsep politik Islam seperti yang pernah diamalkan oleh Umar Abdul Aziz, maka beliau bolehlah dikira setengah muslim pula. Cuma yang setengahnya lagi itu ialah buat alam akhirat dimana beliau tidak akan dapat buka akaun lagi selagi belum mentaati tauhid yang wahid serta memegang kepada kerasulan Nabi. Tetapi mana tahu itu boleh terjadi malam ini juga, kerana untuk menerima hakikat itu cuma cukup mudah iaitu dengan itikad di dalam hati, dan belum dihabak ke orang lain pun sudah dikira jatuh hukum muslim di depan Allah.
Sekiranya dengan tergerak hatinya untuk menerima kebenaran dan cahaya Ilahi, lalu markahnya naik ke 3/3 dan 2/2 maka masa itu juga beliau layak jadi Perdana Menteri. Senario politik tanah air tentu sekali amat berubah daripada sekarang. Akan berduyung-duyunglah agaknya ahli-ahli dari parti lain terutamanya Parti Gerakan seperti Lim Keng Yaik dan Koh Tsu Koon nanti.
Ini tidak mustahil kerana sudah pernah berlaku semasa jatuhnya Mekah kepada rombongan penyerang muslimin. Nabi mendapat wahyu lalu keluarkan perintah, bahawasanya sesiapa yang menyebut saja, "Tiada Tuhan lain melainkan hanya Allah" dia itu selamat dan tidak boleh diapa-apakan. Cukup mudah, amoi pun boleh baca, apatah lagi Lim Keng Yaik. Cuma pelat dia tu tebal sikit. Saya sikit tahu hokkien tak risau, faham juga apa dia nak habak nanti.
Kisah di atas ini cuma bersenda tanpa gurauan sahaja kerana ia tidaklah sesuatu perkara yang ganjil bagi Islam. Semua 10,000 sahabat Nabi yang mengepung Mekah dahulu tidak satu pun yang merupakan keturunan asalnya Islam. Mereka adalah mualaf belaka.
Yang berketurunan ahlul kitab dan penjaga Kaabah pula masa itu kehilangan punca dan sandaran. Namun mereka semua terima sahaja akhirnya Islam itu apabila sudah tidak ada lagi politik maupun suara untuk menentangnya. Islam itu rasional dan realiti semasa sampai bila-bila. Ia hanya menunggu masa.
Kaum yang terbesar Muslim hari ini bukanlah dari bangsa Arab maupun dari bangsa Nusantara, tetapi bangsa yang diIslamkan menerusi pengaruh luar sekali iaitu Babur Khan, keturunan Genghiz Khan dari Mongolia, yang menerima Islam selepas melanggar Baghdad dan meneruskan sehingga sekaligus benua India hari ini di campur semua umat yang terbawa oleh Khan-khan ini tak kira Babur atau Akhbar Khan adalah 450 juta (Pakistan + India + Bangladesh).
Idzajaa a nashrullahi wal fath - 'apabila datangnya pertolongan Allah yang Membuka', cukup terbukti dalam ayat itu tentang pembukaan, bukan perubahan. Perkataan 'apabila' bermakna when, bukan if.
Renong-renonglah kita. Doa-doakanlah, hari ini kalau Allah tidak berikan kita Karpal Singh, bagilah Lim Guan Eng pun jadilah.

Katolik dilarang sebut 'Allah'
Kerajaan Malaysia telah melarang Gereja Katholik menggunakan nama Allah lalu dijadikan satu isu oleh mereka sebagai menidakkan hak mereka dan terus disamannya kerajaan semalam. Isu ini agak baik untuk kita olah kerana terdapat peluang berdakwah yang baik.
Pertama, orang-ramai bukan Muslim akan hairan siapakah 'Allah' itu sebenarnya sehingga terlarang disebut oleh mereka. Apakah ia adalah Tuhan yang mereka juga sembah selama ini atau ia membawa maksud yang lain? Jadi sekiranya Allah itu Tuhan mereka juga, maka selama ini orang yang melaung 'Allahu Akbar!' adalah menggunakan nama Tuhan mereka jua.
Saya berspekulasi bahawa kerajaan melarang penggunaan istilah Tuhan dalam bentuk Allah (saya berspekulasi kerana saya bukan kerajaan), ialah mungkin kerana kebimbangan bahawa kitab Al-Bible yang tidak asli dari sudut Islam akan diterjemah dan disebar ke masyarakat Melayu untuk terbacanya lalu terpengaruh dengan makna Allah di dalamnya, lalu mereka memeluk agama Katholik.
Kita hendaklah sedar kita disuruh Allah supaya wajib beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-Quran lalu kitab Al-Bible adalah antara sumber yang dimaksudkan itu. Cuma Al-Quran telah memperjelaskan dimana silapnya tangan yang mengubahsuai ayat-ayat di dalam Al-Bible itu.
Namun kerajaan tetap bimbang dan ingin menjaga keimanan umat Islam supaya tidak dipermudahkan usaha Katholik memesong sesiapa. Kerajaan juga membuat larangan sebelum ini sekian lama iaitu tidak dibenarkan sesiapa dari agama lain berdakwah kepada umat Islam tentang agama mereka.
Saya turut prihatin bahawa kerajaan berniat bersih dan murni untuk menjaga keimanan umat Islam. Tetapi apakah tindakan kerajaan itu baik atau sebaliknya bagi umat Islam? Soal ini payah dijawab kerana kita tidak ada data tentang sejauh mana ketebalan iman umat Islam dan juga keilmuan umat Islam tentang perkataan 'Allah' itu.
Jika dilihat dari segi amalan orang Arab di Timur Tengah, mereka yang beragama Kristian Arab menggunakan nama 'Allah' dan frasa 'Allah mahaba' - Tuhan itu Kasih-Sayang. Malah dalam Al-Quran pun sering berdebat dengan mereka yang bukan muslim dengan istilah 'Allah' yang sama.
Ada satu ayat dimana Allah berfirman supaya Rasulullah s.a.w. bertanya dengan orang musyrik tentang, "siapakah yang menjadikan semua ini, waya qulluun Allah - lalu mereka menjawab, 'Allah'".
Juga dalam surah al-ikhlas yang amat masyur, "..Allahu Ahad.... lam yalid walam yuulad.." - Allah itu Satu, .. tidak beranak atau diperanakkan.. Ini adalah 'Allah' jua yang digunakan oleh Allah sendiri untuk memperjelaskan maksud 'Allah' sebenarnya, dan tidak melarang hak musyrik menggunakan sebutan 'Allah' sebagai anak Tuhan mereka. Jika dilarang maka Al-Quran akan menghadapi masalah teknikal yang besar kerana rata-rata musyrik di dalamnya asyik sebut 'Allah'.
Yang menjadi isu kepada Al-Quran adalah persepsi 'Allah' itu silap dalam pengertian orang yang tidak sahih ubudiyahnya kepada Allah. Maka kebimbangan kerajaan terhadap silap faham tersebut adalah terselesai oleh Al-Quran itu sendiri. Maka yang tinggal sepatutnya disuruh umat Islam supaya mengerti kembali maksud Al-Quran.
Larangan berdakwah kepada umat Islam juga membawa masalah teknikal kerana sifat Rasulullah itu antara yang 4 besarnya adalah sifat 'tabligh' iaitu 'menyampaikan'. Maka sering terdapat interaksi nabi dengan golongan penentangnya serta perdebatan berlaku antara mereka tentang siapa yang benar dan hujah pro dan kontra. Maknyanya tabligh berlaku secara aktif diantara mereka. Itu sifat Islam asliyah dan juga menjadi sifat selama-lamanya Islam itu - sentiasa berdebat dan bertabligh. Dan selalunya ramai lagi dari golongan lain masuk Islam daripada yang sebaliknya.
Memanglah akan ada orang Islam yang terpengaruh untuk masuk Katholik, dan sebaliknya. Itu sebabnya Nabi telah bersetuju dengan perjanjian Hudaibiyah yang mengambil kira hakikat bahawa sekiranya sesiapa yang lari dari Mekah ke Madinah (masuk Islam) maka hendak dikembalikan kepada Mekah (keluar balik), dan sekiranya ada yang lari dari Madinah ke Mekah (keluar Islam) maka tidak perlu dikembalikan.
Saya bukanlah suruh diujudkan balik Perjanjian Hudaibiyah yang sudah luput itu zaman Nabi tetapi sekadar membuktikan bahawa begitu aktifnya soal dakwah mendakwah diantara golongan Islam dengan yang bukan Islam. Cuma hasilnya senantiasa Islam yang menang.
Kini kita pula mendatangkan pelbagai hukum dan taktik politik untuk mempertahankan Islam apabila berdepan dengan bukan Islam tetapi hasilnya tidak jelas apakah umat Islam boleh menang.
Dengan melarang umat Katholik yang tidak ramai di sini supaya jangan guna nama 'Allah' adalah mendatangkan fitnah halus secara tidak langusng kepada semua kerana akan tersangka bahawa Tuhan mereka dan Tuhan kita adalah berbeza padahal tidak. Atau sumber kitab mereka dengan kitab kita berbeza padahal tidak. Yang berbeza dan silap adalah tafsiran dan persepsi. Dan penyelesaiannya adalah cukup mudah, yakni bagi tahu sahaja yang benar yakni maksud Suratul Ikhlas tadi. Dia beriman ke tidak terpulang kepadanya, menurut Allah, Dialah yang mengetahui dan akan menghukum mengikut itikad hati dan bukan pakaian luar.
Maka yang kita sepatut risau adalah apakah betul fahaman dan pegangan kita tentang siapa itu Allah atau apakah ia rapuh selama ini sehingga hendaklah dibendung dari tafsiran yang lain? Apakah boleh dibina tembok tinggi untuk menghalang orang kita terbaca atau terminum makna yang ganjil dan haram disekeliling kita pada bila-bila waktu? Apakah jika bekas Menteri Kabinet lari keluar negeri kerana dilarang meraba punggung wanita sini, dia tidak dapat memegang punggung wanita luar negeri? Gambaran bahasa je.
Sepertimana saya sudah sebut dalam blog awal saya, bahawa banyak lagi fahaman dan adat umat Islam kita hari ini yang agak songsang dan ketinggalan sehingga merugikan umat Islam itu sendiri dalam mencapai dakwah dan syiar yang sebenarnya.
Kita harus tahu bahawa sepertimana Al-Quran itu begitu suci kepada kita, begitu juga Al-Bible itu begitu suci kepada Katholik sehingga mereka tidak akan membenarkan istilah yang songsang di dalamnya. Maka dengan memanggil Tuhan dalam bahasa Melayu dengan bunyi arabi nya yakni 'Allah' adalah satu tindakan yang tinggi dan suci (bagi mereka). Ini akan merapatkan lagi mereka kepada Islam. Sepertimana sekiranya mereka menggunakan nama Isa, Musa, Yakub, Yahya, Yusuf, Ibrahim daripada Jesus, Moses, Jacoob, John, Joseph dan Abraham adalah lebih merapatkan mereka secara psikologi kepada Islam.
Apabila umat lain mendengar laungan azan atau istilah arab yang kita sering pakai selaku umat Islam mereka akan memahami maknanya lalu cahaya Allah mampu meresapi hati-hati mereka sepertimana Allah memerintahkan Nabi supaya disampaikan kepada semua walaupun satu ayat pun.
Dengan melarang penyampaian sedemikian saya khuatir adalah baik bagi umat Islam sedia ada tetapi boleh mendatangkan kemurkaan Allah subhanahu wata alaa. Kita harus sedar dan insaf bahawa Islam itu bukan hak kita tetapi hak Allah.
Banyak lagi polemik sosio-politik Islam yang tidak menjejak kaki kepada kebenaran yang dimaksudkan Allah wa Rasul tetapi cukuplah sekadar saya mempenakan di sini yang saya kira cuba mengeksploitasikan isu tersebut. Tulisan saya di sini mudah disalahtafsirkan dan boleh diambil tindakan. Tetapi sebaik-baiknya diberikan ruangan berdialog kepada saya kerana saya bertanggung jawab dan berniat suci demi bebaikan dakwah dan bukan berniat mengugat keimanan sesiapa. Jika tersilap saya akan menarik balik dan digantikan dengan hujah yang lebih baik. Tetapi saya kira rugi jika berdiam sahaja padahal peluang terbuka luas untuk kita berdakwah. Tidak kira isunya hijab ke, kahwin lebih ke, raba punggung ke, Guan Eng masuk syurga kerana mahu jadi Umar A.Aziz ke, tak kira apa, kita guna semua peluang yang ada.
Pada ayat selepas Ayatul Kursi disebut, "Tiada paksaan di dalam Ad-Din (Islam), yang terang adalah jelas mengalahkan selainnya (kegelapan kepalsuan).
Wallahu aklam!
Redhuan D. Oon

24 April, 2008
Razak Baginda Yang Saya Kenali
Saya mula kenal Abdul Razak Baginda dalam tahun 1970, waktu saya belajar dalam darjah 3, di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (1) (Inggeris) Jalan Kuantan, Setapak, Kuala Lumpur dekat Tasek Titiwangsa. Abdul Razak setahun lebih tua dari saya menduduki darjah empat.
Masa itu saya tidak kenalnya sebagai Razak Baginda tetapi dengan panggilan 'Abdul Razak' sahaja dan saya rasa dia itu bin Abdullah. Lama kemudian apabila namanya muncul sebagai Razak Baginda saya masih tidak sedar dialah kenalan sekolah rendah saya yang lama hilang kerana sepertimana disebut di atas saya tidak mengenal 'Razak Baginda'. Apabila tersiar gambar dia di media masa dahulu sebagai seorang pakar analisa strategi ketenteraan barulah saya cam wajahnya walaupun sudah agak lama tidak terlihatnya.
Semasa saya darjah lima dia jadi ketua pengawas sekolah dan saya juga dilantik sebagai pengawas dibantu pencapaian peperiksaan saya sebagai pelajar terbaik seluruh darjah empat sebelum itu. Saya mengenal Abdul Razak sebagai seorang yang outspoken, pintar bertutur dalam bahasa Inggeris dan bukan sahaja itu tetapi bertuturan dia itu amat British atau lebih disebut sebagai aristokratik. Nada agak anggau tetapi sopan. Susunan ayatnya biasaya terdengar dikalangan pelajar universiti, tetapi di sekolah rendah lagi beliau dapat bercakap sedemikian.
Malangnya semasa darjah lima saya dipecat oleh Guru Pengawas kerana berketawa bersama dengan rakan-rakan lain semasa guru tersebut sedang mendisiplinkan pelajar. Guru itu yang berbangsa India memecat saya dengan cara kejam iaitu menarik tali leher saya dari leher saya sehingga tertanggal dan hanya cakap, "You are sacked!" Itu peristiwa yang agak memalukan saya di depan khalayak kelas saya.
Abdul Razak kemudiannya berjumpa dengan saya untuk menenangkan saya yang dia akan have a word dengan Guru Pengawas, tetapi tiada panggilan dari dia selepas itu atau ternampak tali leher saya - not a single word to this day.
Pada tahun darjah lima saya perolehi kedudukan kelima dalam darjah, dan kemudiannya dalam darjah enam saya peroleh kedudukan keempat lalu dijemput oleh Jabatan Pendidikan supaya mengambil tempat tingkatan satu di Victoria Institution, yaitu sekolah budak cerdik dan elit masa itu.
Saya tidak berjumpa dengan Abdul Razak Baginda selepas itu. Apabila saya mengenalpasti bahawa pakar strategi itu adalah dia, saya ada cuba menghubunginya pada tahun 2000 menerusi internet. Saya buat search dalam internet dan terjumpa web situs nya dengan id emelnya. Saya pun hantar satu mesej ringkas kepadanya waktu itu,
Saya tidak menerima sebarang jawapan emel kembali dari mana-mana pihak. Apabila kes Altantuya terjadi dan disabitkannya dalam satu dakwaan oleh pendakwaraya di mahkamah, saya amat terkejut dan tidak tersangka dia yang berkelakuan begitu sopan dan cerdik boleh terkena kes sedemikian.
Saya berdoa dan berharap dia tidak bersalah dan dia diadili dengan baik. Sama-sama kita tunggu hasil kes itu nanti.

"Dear Razak,
Hope you remember me. I am the boy who got sacked by the
Prefect Master in Standard 5 of Jalan Kuantan. I go by the name Daniel Oon. If you do, hope you give me a reply here, and all the best!"
Saya tidak menerima sebarang jawapan emel kembali dari mana-mana pihak. Apabila kes Altantuya terjadi dan disabitkannya dalam satu dakwaan oleh pendakwaraya di mahkamah, saya amat terkejut dan tidak tersangka dia yang berkelakuan begitu sopan dan cerdik boleh terkena kes sedemikian.
Saya berdoa dan berharap dia tidak bersalah dan dia diadili dengan baik. Sama-sama kita tunggu hasil kes itu nanti.
Melayu Baru Belajar Bergaduh
Menurut (Allahyarham) Dr. Ali Shariati, seorang pujangga sosiologi masyur zaman sebelum revolusi Iran, yang antara penulisannya turut diminati Ahmad Shabery Cheek dan juga saya terutama tulisannya mengenai fahaman politik barat yang punah dan satu teori menariknya iaitu:
"Manusia akan maju setelah melakukan hijrah" - Most civilizations arrived at the heels of a migration lebih kurang kata-katanya yang saya masih ingat terbaca dalam tahun awal 80an.
Mualaf awal Islam zaman Mekah di bawah Rasulullah s.a.w mencapai kemajuan setelah berhijrah ke Yathrib yang kemudian menukar namanya ke Madinah. Orang Cina maju semua setelah meninggalkan kampung asal mereka. Begitu juga orang Padang, Acheh, Jawa, Pasai, India dan Mongol.
Kaum yang duduk setempat akan ketinggalan dalam kemunduran secara relatif dengan kaum yang pernah berhijrah. Ini teori yang saya lihat kebenarannya secara umum. Sering apabila saya berkenalan dengan seorang amoi atau kawan baru saya akan bertanya tentang asal usulnya. Ini untuk menentukan apakah dia bercampuran darah dengan mana-mana suku-kaum masyur atau kaum pendatang.
Macam Noor Hidayat Noordin yang bergambar di sini yang saya berkenalan semasa di program dinar MMU, Melaka beberapa hari lepas. Saya tak pasti apa bangsanya pada mulanya. Saya pun tanya dan dia memberitahu yang ayahnya adalah dari datuk Jawa dan nenek India. Ibunya adalah dari campuran Cina dan Australia.
Mengapa hijrah itu penting bagi mentukan kemajuan sosio-politik satu-satu kaum? Ini mungkin kerana hijrah memutuskan kita dari pegangan jumud dan pasif kepada bumi kampung halaman kita lalu membuka jiwa kepada keluasan alam Allah yang sebenar. Itu mungkin sebabnya antara asnaf penting adalah musafir. Rezeki lebih pun dikhaskan kepada sesiapa yang berhijrah atau bermusafir keluar dari kampungnya.
Ada kisah dan pepatah Melayu yang saya belajar dulu iaitu 'Anak Melayu Merantau Di Negeri Orang', lalu seorang lelaki yang masih remaja diberi oleh bapanya sedikit bekalan dan Quran lalu disuruh tinggalkan rumah mencari pengalaman hidup.
Pengalaman Melayu masih agak muda dan baru. Malah sejarah Melayu itu tidak pasti bermula bila. Yang saya belajar dulu ialah teori Param s/o Wara (Param anak lelaki Wara) seorang Hindu dari Palembang yang memeluk Islam lalu lari sehingga Melaka dan menjadi raja pertamanya. Itu dalam tahun 1404 barangkali. Tetapi pengalaman kerajaan Melayu pertama tidak lama cuma 106 tahun yakni tamat pada 1511 apabila Portugis datang menyerang.
Sehingga 1957 apabila merdeka, Melayu itu masih tidak boleh dianggap tua, malah masih terkejut kerana kenkangan 400 tahun penjajahan kepada minda dan sanubarinya sehingga tidak biasa dengan soal berperang dan menuntut kebebasan berfikir secara tersendiri. Nak buat 'jarum patah' pun disoal oleh Sultan Johor waktu itu.
Maka kaum Melayu itu masih dalam pra-metamofosis sosio-politiknya dan perlu melalui beberapa siri hijrah dan peperangan sebelum dapat mencapai kematangan dan kemajuan sepertimana yang biasa dilalui oleh semua kaum besar dunia.
Saya agak zaman Mahathir ini sudah menolak Melayu itu ke kancah politik perdana sehingga disegani dan disanjungi dunia dibeberapa tempat dan dalam beberapa keadaan. Hendaklah proses ini dimangkin dan digalakkan sehingga Melayu itu dapat 'come of age'.
Pergaduhan terbesar berlaku zamannya iaitu dengan Raja maupun dengan rakyat. Mahathirlah yang menjadi Atilla dan Rasputin yang menendang beruang itu terbangun dari kesaljian politik. Masa itulah orang berani panggil dengan nama shit dan p*k*m*k. Melayu sudah mula berontak terhadap dirinya.
Budaya tempurung dan subsidi perlu dilepaskan dari mencengkam minda dan jiwa. Hendaklah dihidu udara bebas dan bersih sebelum dapat berdiri tegak sebahu dengan semua. Akan berlaku banyak lagi goncangan dan kejutan politik yang menyelongkar tali-perut terbelit psiki kaum sendiri sebelum dia dapat benar-benar merdeka dan bersuara tersendiri.
Budaya yang matang bergaduh tidak akan lihat kepada siapa yang bergaduh tetapi apa isu yang digaduhkan. Kaum Skandinavia seperti Jerman dan Swiss maju kerana mereka tak kisah kulit awak hitam legam. Yang mereka kisah jika awak bijak dan cakap lojik. Kita di Asia masih lihat pada siapa lu yang bercakap itu. Dan jika tidak suka dengan percakapannya masih ada yang melatah dengan, "Pergi mampussslaaa luuu!".
Islam meletakkan satu tuntutan yang lebih tinggi bagi kita. Bukan sahaja kita perlu bertutur baik dan berhikmah, kita perlu juga mengamalkan apa yang kita katakan.

Mengapa Saya Masuk Kuil Melayu?
Sebelum saya memeluk Islam, saya memandang orang Melayu dan agamanya sebagai lembab lalu tidak tertarik untuk mengkajinya semasa saya menelaah begitu banyak buku mengenai falsafah dan agama dalam khutubkhanah yang mampu tertelaah oleh saya zaman bangku sekolah di Victoria Institution dahulu.
Pernah dalam pemilihan jawatan Kelab Interact (anak Kelab Rotary) di sekolah, ada kempen senyap kita orang Cina supaya jangan naikkan calon 'bumiputera'. Kepada saya itu adalah racist kerana saya akan bangkang seorang calon berdasarkan kelembapan pemikirannya dan falsafah pegangannya, dan bukan kerana warna kulitnya semata-mata. Namun saya percaya rakan Cina saya yang lain ada yang juga begitu yakni mereka anti-bumiputera kerana sifat orang Melayu yang dianggap malas dan kurang berkebolehan dalam bidang akademik secara perbandingan dengan kita lalu amat tidak setuju yang dasar negara memihak kepada mereka secara tidak meritokrasi.

(Gambar menunjukkan saya - paling kiri, bergotong royong di Zoo Negara mungkin tahun 1977, tingkatan 4, Kelab Interact, VI)
Dalam keadaan imej yang amat negatif, saya pula menkaji Islam pada akhir tahun 1979 iaitu semasa menduduki tingkatan enam bawah. Masa itu saya amat aktif dalam gerakan gereja sekolah iaitu Christian Union. Apabila perkiraan saya minat kepada Islam bukanlah kerana politik semasa tetapi semata-mata kerana inginkan kebenaran, saya turut bertemu dengan senior saya dalam Christian Union lalu bertanya pendapat mereka tentang Al-Quran dan Islam. Tentu sekali mereka itu terkejut besar dan terus mengecam ayat-ayat yang saya baca.
Saya teringat saya membawa terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris lalu membaca dari Surah Al-Baqarah,
"This is the book, sure without doubt, guidance for those who fear. That are those who believe in the Unseen, and who stands in prayer, and gives out what We give onto them".
Senior saya, Oon Meng Kar (sama Oon tetapi tak sama keluarga) yang kini adalah seorang pakar pedaetrik yang lama dalam Kementerian Kesihatan lalu beberapa tahun ini keluar dan jadi swasta. Beliau terjumpa saya 6 tahun lepas setelah 22 tahun tidak jumpa dan cerita kepada saya tentang diskriminasi kaum dan kroni dalam kementerian kesihatan sehingga dia yang cukup tinggi kemahirannya sentiasa dilangkah oleh orang bawah yang kurang kemahiran. Inilah yang dikatakan rasuah jawatan atau kronisma).
Dia selepas mendengar terjemahan ayat yang saya baca terus berkata yang ini adalah tiruan dari kata-kata Nabi Musa dalam Bible. Kerana saya juga banyak membaca dan menghafal Al-Bible maka saya pun tanya dia dimanakah dalam Bible ada ayat sedemikian. Beliau terus diam. Lalu saya sambung membaca,
"Tunjuklah satu surah yang sama dengannya.. nescaya kamu tidak mampu.."
"Yang kafir, samada kamu beritahu atau tidak beritahu, mereka tidak akan percaya.."
Jelas ayat itu menerangkan keadaan hati mereka waktu itu. Saya cukup sedih kerana mereka kawan-kawan saya yang amat rapat dan senantiasa tolong saya malah memberi saya wang apabila tengok keadaan saya yang miskin dalam keluarga yang porak peranda.
Dengan meninggalkan mereka dan memasuki alam Melayu kerana rata-rata orang Islam adalah Melayu meninggalkan saya satu perjuangan supaya memperjelaskan Islam kembali dalam kacamata yang sebenar. Itu sebabnya Wan Nazru, abang angkat saya dari Kelantan bagi tahu saya,
"Do not be a Malay". Janganlah aku menjadi seorang Melayu yang bukan contoh terbaik secara umum sebagai seorang Muslim, tetapi saya menjawab bahawa ia tidaklah mungkin hitam putih begitu. Bagaimana saya mahu jadi Muslim yang 100% bukan Melayu padahal saya terpaksa bercampur gaul rapat dengan mereka?
Saya terpaksa pakai kain pelekat macam Melayu, dengan baju Melayu, songkok Melayu, makan makanan Melayu, jika tidak mamak sahaja. Bila nak kahwin pun kebanyakan calon-calon yang sesuai waktu itu pun dari kalangan orang Melayu. Jadi bagaimana saya mahu elak 'masuk Melayu'?
Maka saya dalam dilema sendiri. Jika Mahathir tulis 'The Malay Dilema', saya patut tulis, "The Masuk Melayu Dilema'! Maka saya percaya polemik mengapa kawan-kawan saya tidak turut saya masuk Islam ialah bukan salah Islam tetapi salah persepsi mereka terhadap Islam dan saya ingin berjuang memperbetulkan imej tersebut.
Tetapi ini meletak saya pada tangga negatif atau turun tangga sebelum saya dapat bermula! Sepatutnya saya bermula dari tangga kosong, iaitu kain putih yang tidak ada cacat cela di atasnya. Tetapi sori sangat, saya tak dapat kain macam itu. Saya diberikan kain Islam yang sudah comot dalamnya lalu saya kena bersihkannya terlebih dahulu sebelum saya dapat tunjuk kain itu kepada kawan-kawan saya.
Mereka mudah terima Buddha, atau Hindu atau Kristian tetapi mengapa tidak Islam. Emak saya pun marah pada saya pada hari pertama saya berjumpa balik dengan dia setelah Muslim,
"Kita orang Cina ada banyak kuil boleh masuk. Apasal awak masuk kuil Melayu!?".
Stigma Melayu-Islam itu begitu kuat. Bagi orang luar Malaysia ia pula stigma Arab-Islam. Sekiranya Islam itu dibawa oleh orang Rom maka Vatican City hari ini akan bernama Vatican Madinah dan Pope pula bernama Khalifah Benedict!
Orang Melayu kita tidak akan membantu keadaan jika mereka asyik reaktif dan terlalu cepat melatah apabila dikritik Melayu itu. Saya tahu masyarakat kita amat sensitif. Pernah semasa Mat Sabu ditahan daerah di Kuala Pilah, dia dibelakang tabir menyuruh orang sana menyusun ceramah supaya saya boleh sentiasa turun bermain tembak botol kicap dengannya. Ceramah yang dia suruh dia sendiri tidak boleh turun kerana langgar perintah tahanan Restricted Order. Setelah habis ceramah baru saya boleh balik cerita kat dia apa yang terjadi.
Satu malam saya balik dengan cerita terkejut,
"Mat, mat... aduh.. saya tercakap silap Mat! Saya mengecam kes BMF Bank Bumiputera dan cerita yang mangsanya orang Melayu sendiri iaitu Jalil yang terbunuh di HongKong, dan untungnya orang Cina macam George Tan... dan ada seorang hadirin dari dalam gelap semak tempat ceramah menyuarakan kembali,
'Saudara! Jangan sebut Melayu. Sebut Umno tak apa... Ini kampung Melayu. Awak Cina!'"
Terus Mat Sabu berseronok,
"Aiya! Sayang wa takde! Saya cukup suka apabila orang nak baling telur busuk kat wa! Sayang, sayang rugi saya tak boleh keluar sana! Saya akan terus rampas mikrofon dan memekik balik mangkuk hayung tu!"
Yalah, senang bagi Mat Sabu yang berbangsa Melayu. Bagi saya walaupun sama Islam dengan tuan-tuan dan puan-puan tidaklah semudah itu. Saya selalu berhati-hati apabila bertutur selepas itu di depan khalayak ramai. Kedua-dua belah pihak amat sensitif. Tetapi dakwah kita macamana pulak? Bagaimana kita mahu hilangkan prejudis bukan Islam kepada kita? Kita boleh berdakwah kepada mereka tetapi mereka dilarang oleh undang-undang daripada berdakwah kepada orang Islam. Apakah mereka akan suka kita berdakwah kepada amoi-amoi mereka dan tarik mereka masuk Islam, lalu tidak dikembalikan kepada pangkuan mereka semasa Tahun Baru Cina dan tak boleh lagi makan bersama-sama malah tak boleh lagi dipanggil dengan nama keluarga mereka?
Segala prejudis ini sepatutnya tidak ujud malah sepatutnya mereka akan lebih suka amoi-amoi mereka masuk Islam sekiranya mereka tahu Islam begitu cantik dan baik kepada semua Insan. Tetapi Islam perlu kepada petunjuk yang dipikul oleh manusia sebagai contoh. Kaum Quraish pun pernah minta Nabi Muhammad s.a.w untuk tunjuk malaikat turun dari langit atau kitab jatuh dari sana, tetapi Islam meletakkan bahawa Islam hanya boleh dibawa oleh manusia itu sendiri. Produk Islam bukanlah ukiran masjid dan tarian sufi tetapi seorang Insan, yang terbaik akhlaknya.
Sekarang siapa pewarisnya yang saya boleh ambil sebagai contoh itu?
23 April, 2008
BBC HardTalk Lawan Mahathir
2 hari lepas BBC HardTalk telah cuba mendatangkan cara temu-bualnya yang masyur dengan soalan 'keras' dan bertalu-talu ke atas Dr. Mahathir tetapi Mahathir pula yang cuba memberi beberapa pukulan maut balik ke Steven Sackur.
Mahathir ditanya siri soalan yang sudah dijangka iaitu mengapa dia inginkan Pak Lah berhenti dan mengapa pemerintahannya dulu banyak berlaku kes-kes kekejaman. Semua jenis tikaman kenyataan yang menyusuli dengan cepat sebelum tetamu HardTalk di London boleh menjawab cuba ditepis oleh Mahathir dengan bersungguh-sungguh walaupun tergagap-gagap di sini sana.
Memang Mahathir arif dengan taktik Steven Sackur yang masyur dengan soalan dan kenyataan balas yang cuba memerangkap sesiapa yang duduk bertentangan di meja temubual tidak kira dia itu George Bush atau Salman Rushdie. Kali ini Dr. Mahathir menerima pelawaan temubual dengan harapan menaikkan markahnya dimata dunia sebagai mempunyai penyelesaian kepada kemelut politik tanah-air.
BBC dan media barat pada masa yang sama cuba membalas dendam kepada Mahathir yang sebelum ini cukup anti-Barat dan sering memberi pukulan masyur 'own medicine' kepada kuasa besar yang senantiasa mengecamnya sebagai tidak demokratik dan diktator.
Steven Sackur mulakan temubual dengan satu soalan mudah tetapi nyata ada perangkapnya,
"Mahathir, apakah keputusan pilihanraya terbaru ini tanda awal kejatuhan kerajaan BN?"
Mahathir bersikap berjaga-jaga dengan, "Tidak semestinya, sekiranya tindakan diambil termasuk PM meninggalkan jawatannya.."
Sackur, "Awak mahu PM Abdullah ditendang keluar?"
Dr. M, "Tidak sekeras itu maksudnya, tetapi dia boleh meletak jawatan.. saya pernah turun waktu saya,.. kerana PRU yang lepas menyaksikan ramai penyokong BN berpaling ke pembangkang walaupun mereka tidak suka pembangkang sebagai menghantar mesej kepada kerajaan yang ada".
Sackur, "Dollah Badawi yang menyatakan awaklah antara kecelakaan yang menjatuhkannya, (terketawa kecil Mahathir terdengar ini),.. menembaknya dari tepi gelanggang dalam 2, 3 tahun kebelakangan ini".
Dr. M, "Saya tidak fikir demikian. Saya tidak nampak mengapa saya tidak boleh mengkritik salah-laku olehnya."
Sackur, "Salah-laku apa?"
Dr. M, dengan ketawa kecil lagi, "Mula-mulanya kerajaan berjanji akan melenyapkan korupsi, tetapi kerajaan didapati korup".
Sackur, "Awak yang sedang menghancurkan parti awak sendiri, dan ini yang dipercayai oleh ahli parti awak sendiri".
Dr. M, "Saya rasa ia kadang-kala amat perlu. Saya adalah seorang doktor, jika saya terjumpa penyakit parah pada satu anggota, saya akan potong anggota itu sebelum ia boleh merebak."
Sackur, "Tetapi Dollah Badawi sudah menyatakan beliau akan berundur bila tiba waktunya, tetapi apakah mesej anda pula ialah dia tidak ada masa lagi, dia mesti berundur sekarang?"
Dr M, "Dia perlu berundur sekarang, kerana ia akan ambil masa untuk parti memulihkan keadaan sebelum PRU akan datang."
Sackur, "Tetapi hari ini kita lihat ketidak-puasan hati sebenarnya bukan dengan Dollah Badawi tetapi dengan sistem yang ada, iaitu yang ideologi yang anda pertahankan untuk negara kamu?"
Dr. M dengan suara lebih tinggi kali ini, "Sistem ini sudah berada di sana selama 50 tahun ini, dan berjalan dengan cukup baik... cukup berjaya 50 tahun ini".
Sackur, "Sekarang Pakatan Pembangkang sudah berjaya menyatakan tidak mahu lagi sistem perkauman yang ada dimana anda mempergunakan dengan berjayanya selama 22 tahun pemerintahan anda."
Dr. M, "Saya rasa itu adalah analisa khayalan pengkritik luar negara! Yang menjadi punca sebenar adalah ketidak-puasan hati penyokong kerajaan terhadap kerajaan yang ada.
Sackur, "Ini saya mahu baca kenyataan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Penang, dan kamu harus ingat, 5.. negeri besar dan makmur dikuasai pembangkang... beliau berkata, 'Kita mahu membina satu Penang yang adil untuk semua orang.' Apakah kamu telah membina Malaysia untuk semua orang?"
Dr. M nampaknya sudah panaskan badan dan agak lancar, "Memang saya ada. Jika kamu lihat Malaysia hari ini, semua orang menikmati taraf hidup yang lebih mewah dan baik, antara negara yang paling cepat bertumbuh dalam dunia, semua kaum lain memperolehi juga. Tentulah semua pembangkang akan cari modal... dan membuat rekaan.."
Sackur, "Ini bukan rekaan, Dasar Ekonomi Baru kamu yang mengutamakan kaum Melayu dalam banyak cara, dari pemberian jawatan tinggi, tempat universiti, kepada peluang perniagaan, pembelian stok, rumah, saya tidak tahu mana akhirnya, begitu banyak sekali cara yang kamu telah melaksanakan satu sistem yang tidak seimbang!"
Dr. M, "Tak! Ini adalah sistem yang sudah terlaksana oleh orang sebelum saya.."
Sackur, "Tetapi kamu sudah menggunakannya selama 22 tahun! Anda ada banyak peluang untuk menukarnya".
Dr. M, "Ya, memang saya ada peluang untuk menukarnya sejak peninggalan penjajah British yang mengakibatkan ketidak seimbangan terdahulu! Dan jika kita tidak membetulkannya tentu akan tercetus lagi satu peristiwa Mei 13."
Sackur, "Tetapi 18,000 rakyat berbangsa India telah keluar ke jalan raya menyatakan tidak ingin lagi hidup di bawah sistem perkauman itu."
Dr. M, "Mengapa ia berlaku sekarang? Mengapa tidak waktu zaman saya PM? Ramai yang tidak setuju dengan saya dapat menunjuk perasaan..."
Sackur, "Tetapi kamu telah menahan mereka yang lawan kamu dan humban mereka dalam penjara".
Dr. M, "Siapa?"
Sackur, "Ratusan dari mereka."
Seterusnya Dr. M bertekak sebelum Sackur sempat menyatakan habis tentang beberapa lapuran barat menyatakan sedemikian. Mahathir bertegas, "Inilah masalah media barat ni, awak semua buat lapuran ini lepas itu menganggapnya sebagai kebenaran. Ia sebenarnya bukan kebenaran."
Dr. M sekali lagi mengulangi, "Bagi tahu saya. Siapa mereka itu yang beratusan yang dipenjarakan?"
Di sini nampaknya Mahathir seolah-olah terjumpa lubuk kerana Sackur tidak dapat memberi sebarang nama dan mahu topik perkauman diselesaikan dulu. Ini mungkin kerana Mahathir semasa persiapan sebelum temu-bual ini sudah terhidu dan mengesan yang senarai nama tidak ada.
Sackur, "Saya mahu akhiri soal (perkauman) dengan kenyataan Anwar Ibrahm, kawan lama kamu dan kemudiannya musuh, yang dia akan menjayakan satu sistem yang memihak kepada semua yang perlu bantuan tanpa kira kaum."
Dr. M dengan sengih, "Ini adalah opurtunisnya dia. Dulu dia berada dalam kerajaan begitu lama dia tidak mengadu apa-apa, dia tak buat apa-apa. Kini sudah kat luar dia .."
Sackur, "Yalah, kamu yang letak dia dalam penjara!"
Dr. M, "Tidak, itu bukan sebabnya dia dipenjarakan. Ia adalah ke atas tuduhan sodomi, penyalah-gunaan kuasa. Dia di adili dalam mahkamah selama 9 bulan dengan 9 peguambela."
Sackur, "Tuduhan palsu, ini yang saya dapat.. yang dikatakan oleh ramai pihak.. Amnesty International, kumpulan hak asasi manusia, saya tengah tengok senarai di sini ni... dari kerajaan Kanada, White House, Kehakiman Dunia, semua begitu prihatin yang Anwar tidak diberikan keadilan yang luhur dari mahkamah kamu."
Dr. M, "Ya, awak bebas berkata demikian.."
Sackur menyampuk dengan pantas, "Tak! Bukan saya kata. Pihak-pihak ini berkata".
Dr. M dengan agak marah, "Tetapi, apakah rekod negara-negara itu? Inilah negara yang sama menahan orang tanpa bicara. Di Guantanamo Bay, di sini dalam UK, tanpa kebenaran undang-undang."
Sackur, "Jadi, kira OK lah kamu gunakannya (ISA) selama 22 tahun?"
Dr. M, "Kami gunakan di bawah undang-undang sah negara."
Sackur, "Awak guna undang-undang ISA peninggalan penjajah, awak kata ini adalah sah?"
Dr. M, "Tidak. Kita dapati keadaan negara kita agak tidak menentu, mudah bagi tercetusnya keadaan perkauman, dan jika kita tidak menahan orang dari mempromosikan kebencian kaum."
Sackur, "Macam ni, kamu sudah beberapa tahun sudah tinggalkan kerajaan. Apakah kamu sudah menyesal yang Anwar boleh kembali dan membuktikan..."
Dr. M, "Kenapa harus saya menyesal? Dia dibicara menurut proses yang ada menurut undang-undang. Jika ia tidak bersalah, tentu dia tidak akan dibicara.."
Sackur, "Jadi dia akan kembali menghantui kamu. Ada maklumat yang beberapa ahli parlimen akan menyeberang ke Anwar...".
Setakat ini temubual masih belum sampai separuh masa, tetapi Mahathir nampak macam tidak berputus asa dalam perlawanan hujah demi hujah yang dituju kepadanya. Pada satu ketika Dr. M naik baran apabila Sakur sekali lagi menyebut tentang tahanan beramai-ramai. Mahathir meminta sekali lagi nama-nama mereka yang ditahan dari Sackur dan terus serang balas dengan merujuk keadaan perkauman di UK sendiri yang baru sahaja selesai di Ireland Utara.
Sackur pula terus menekan dengan ucapan Mahathir semasa di OIC yang lebih memihak Osama bin Laden dimana Mahathir menyebut bahawa mengapa dunia Islam yang 1 billion lebih boleh kalah dengan beberapa juta sahaja rakyat Israel. Mahathir mempertahankan bahawa itu adalah kebenaran tetapi dia tidak setuju dengan keganasan ekstremis agama dimana-mana.
Mahathir terus menikam bahawa Barat memang ekstrim dan ganas, dan mencabar balik Sackur untuk menafikannya. Antara serangan keramat Mahathir apabila dia digambarkan sebagai lebih memaut kepada sistem feudal ialah, 'Feudal awak kata? Bawah feudal sejak dulu banyak keamanan dunia. Ia bukanlah sistem tetapi tokoh pemimpin yang tak baik. Kezaliman pun berlaku dengan demokrasi. Bukankah demokrasi telah menjatuhkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki sehingga terbunuh 200 ribu manusia?"
Secara kesimpulan saya, Mahathir diberi peluang seluas-luasnya untuk menjadi wira dunia Islam dan ketiga dan akan memaut sentimen anti-Barat dan anti-Yahudi kepadanya. Itupun Sackur cuba menyerang kenyataan Mahathir sebagai Anti-Semetik lalu Mahathir tanya, "Anti Semetik menurut siapa? Kan istilah ciptaan Yahudi", ujar Dr. Mahathir.
Sebagai rakyat Malaysia, saya bangga dengan Dr. Mahathir yang berkontroversi tebal itu di dalam temubual ini. Beliau pada saat yang perlu dapat menunjukkan kehebatan anak watan sini yang mampu bertarung di medan debat mana pun yang Barat mampu lontarkan ke kaki kita. Dahulunya kita memandang begitu tinggi sekali ke piawaian bekas penjajah kita yang dibimbangi tidak dapat ditandingi atau ditolak.
Hari ini sudah tidak ada perbezaan atau garis intelektual diantara dunia pertama dan dunia ketiga bagi kita. Kita sendiri yang mampu menyelesaikan permasalahan kita tanpa pendapat atau campur-tangan kuasa luar.
Temubual dalam Youtube :-
Bah 1
Bah 2
Bah 3

22 April, 2008
Cara Kreatif Membawa Kesedaran Dinar
Pensyarah Islamic Finance di Multimedia University, Melaka, Ustaz Abdul Halim Abdul Hamid, memberikan kebebasan kepada kelas sesi-nya yang terdiri daripada 120 pelajar Fakulti Business & Law yang kebanyakan berbangsa bukan Melayu supaya memilih samada mahu mengikuti syarahan kelas atau melaksanakan projek yang berbentuk seminar dan expo untuk memperkenalkan subjek konspirasi pembankan terbesar dunia.
Tentu sekali mereka memilih untuk menjayakan program Seminar & Exhibition Week - Dinar & Dirham, The Real True Money yang bermula semalam sehingga esok, yang dirancang dengan kawasan pameran serta siri syarahan oleh jemputan dari luar. Pada esok hari Umar Fernando Vadillo dari Sepanyol yakni tokoh yang membawa dinar kembali ke dunia akan menyampaikan ucapannya.
Suasana dalam dewan besar MMU adalah cukup rancak dan riuh-rendah yang tidak boleh dibayangkan oleh saya yang tidak pernah suka duduk dibangku universiti kerana kebosanan yang dibimbangi bakal menimpa saya. Tetapi kaedah kreatif ustaz tersebut cukup memeranjatkan saya yang hampir give-up dengan sistem pendidikan tanah-air.
Ada juga persembahan tiga kaum terbesar iaitu dari Melayu, Cina, dan India. Yang dari India pula mendapat sorakan terbanyak kerana Bollywood pulak dibuatnya.
Rupa-rupanya ada juga pensyarah yang kreatif cuba lain dari yang lain, lalu memberi semangat dan empowerment kepada pelajarnya mengalami perkara yang mungkin pelajar lain tidak perolehi sebelum ini - iaitu merancang dan menjayakan satu program yang terpenting bagi perjuangan Islam abad ini iaitu penghapusan sistem riba wang kertas menerusi wang emas.
Saya terbeli 3 dinar emas buatan Jakarta pada tahun 2002 yang berharga RM140 sekeping yang kini berharga RM550 sekeping. Saya tercicir satu dinar semasa musafir kat Kuala Lumpur. Dengan 2 dinar tertinggal maka kini ia bernilai RM1100 dengan modal pembelian asal sejumlah RM420 = wa ala untung RM680.
Kesedaran dinar yang tercetus secara senyap oleh gerakan Murabitun sedunia Shaykh Abdul Qadir As-Sufi menjadi lebih rancak pada tahun 1993 apabila Fernando Vadillo, seorang pelajar ekonomi Sepanyol memeluk Islam atas ajakan Shaykh tersebut dengan nama Umar lalu mencetak dinar pertamanya di Sepanyol. Kemudian ia tercetak di Dubai dan kemudian di Jakarta dan akhirnya selepas beberapa kali kunjungan Umar ke Mahathir dan Anwar Ibrahim (yang tidak menerimanya), krisis mata wang 1997 menyedarkan Mahathir tentang kebenaran mesej Shaykh itu.
Umar Vadillo pernah cerita ke saya yang sudah berapa keping dinar emas diberi kepada pimpinan negara begitu sahaja tanpa balasan. Sehingga ke Nik Abdul Aziz yang menolaknya dengan, "Jika orang 'Chin' terima maka mudah kita laksanakan".
Umar Vadillo juga beritahu saya yang ucapan Shaykhnya mengenai "La HauLaa Walaa Quwwata'illa Billah' adalah benar, kerana puas dia mengelilingi seluruh dunia dari tahun 1993 atas arahan Shaykhnya yang hanya berkata, "Bawalah dinar kembali kepada dunia!" tanpa memberikannya apa-apa bekalan selain ilmunya.
"Akhirnya pertolongan Allah itu datang dengan krisis matawang Asia!", ujar beliau yang menasihati saya supaya jangan melihat apa-apa yang berlaku dalam alam ini sebagai bencana atau kemalangan. Tetapi tunggulah nasrullahi wal fath - pertolongan Allah dan pembukaan besar.
"There is no accident. Allah planned it all, kulli syain qudraa" (atas segala setiap satu itu amat berkuasa).
Semoga para pelajar kelas ini yang sungguh mesra dengan tetamu mereka mendapat kecemerlangan dan kebaikan dalam hidup mereka yang terbentang luas di depan.

21 April, 2008
Projek Dinar Oleh Pelajar MMU
Apabila siang tadi saya memasuki dewan MMU, Melaka untuk mengikuti satu program dinar, saya agak terkejut yang menyambut saya adalah amoi-amoi cantik serta pandai pula menerangkan kepada saya tentang konsep dinar dalam sistem kewangan dunia serta sistem pemBANKan dunia.
Pameran yang mereka siapkan cukup lengkap sehingga meliputi kegunaan duit emas oleh Tanah Besar Cina dan Tanah Melayu zaman silam.
Salah seorang daripada mereka, iaitu Jacqueline (kiri memakai baju putih) dapat menerangkan kepada saya faedah mengenai dinar yang ada nilai berbanding dengan wang kertas yang tidak ada nilai yang disandarkan. Pelajar tahun kedua itu dalam aliran Business & Law, Multimedia University, Melaka, melihat kelas Islamic Finance yang didudukinya bagi semester ini amat menarik kerana dia dapat mengenal jenis pembankan yang diamalkan oleh bank islam
Namun pensyarahnya telah mengajar mereka tentang bahayanya apabila masih bersandarkan sistem wang kertas yang sudah ditarik keluar dari perjanjian Bretton Woods pada tahun 1971 oleh Amerika Syarikat kerana telah mencetak terlalu banyak kertas kosong yang tidak boleh ditebus dengan emas lagi. Maka dunia tertipu dengan memegang terlalu banyak kertas dollar dan AS pula dapat memegang segala komoditi dunia terutamanya minyak dari Timur Tengah.
Saya terus berbual dengan amoi dari Kuala Terengganu ini mengenai pandangannya tentang bagaimana dia memilih jurusan itu serta rancangan kerjayanya.
Apabila saya mengajaknya dan rakan-rakannya untuk menulis tentang pandangan mereka tentang banyak perkara semasa, mereka pula amat bersemangat untuk menyumbang nanti
Pameran yang mereka siapkan cukup lengkap sehingga meliputi kegunaan duit emas oleh Tanah Besar Cina dan Tanah Melayu zaman silam.
20 April, 2008
Rasuah Jawatan
Islam meletakkan prinsip bahawa sesuatu tugas atau jawatan hendaklah diberikan kepada yang ahli atau pakar yang berpengalaman dengannya.
Al-amanul lil ahli - Amanah itu kepada yang ahlinya
Masalahnya saya anggap terdapat banyak jawatan penting dalam negara kita yang tidak diberi kepada mereka yang ahlinya. Contohnya orang Cina adalah yang terpandai dan tercekap dari segi perniagaan. Mengapa wakil Cina tidak diangkat sebagai Menteri Kewangan? Dahulunya Tan Siew Sin diangkat sebagai Menteri Kewangan yang pertama. Selepasnya tiada lagi wakil Cina untuk jawatan tersebut.
Mungkin kerana peristiwa Mei 13 merugikan Cina sehingga hilang wakil untuk jawatan tersebut. Mungkin jawatan itu tidak diurus dengan baik oleh mereka. Tetapi dengan keadaan sekarang dimana terlalu banyak jawatan penting hanya dipegang oleh wakil dari bangsa Melayu itu sendiri akan melemahkan keadaan negara dan Melayu juga kerana negara akan mengalami brain-drain atau kehilangan kepakaran dan kepandaian dari kaum Cina yang kian tidak percaya dengan taraf mereka sebagai rakyat Malaysia. Mereka kini anggap diri mereka sebagai rakyat kelas kedua selepas Melayu.
Ini perasaan yang turut saya rasai. Tetapi selepas saya masuk Islam, orang Melayu sendiri yang beritahu saya yang mereka kebanyakannya pun rasa mereka turut menjadi rakyat kelas kedua bersama-sama dengan rakan-rakan Cina yang lain! Ini kerana kebanyakan jawatan yang penting dan berpengaruh diduduki oleh kroni tertentu yang selalunya tidak berapa cerdik dalam tugas dan tanggungjawab mereka.
Misalnya dalam MDEC itu yang dahulunya MSC, saya tidak tahu dari mana kebanyakan pakar-pakar itu didatangkan. Mengapa tujuan MSC asalnya begitu murni iaitu untuk mencipta barangan buatan sendiri dari segi innovasi ICT seperti 7 aplikasi induk flagship kini tinggal sebagai badan pasif yang hanya mengagungkan satistik berapa banyak mat salleh dan mat india mereka ambil bekerja dari luar negara?
Nama MSC pun bertukar secara aplojetik kepada MDEC. Slogan MSC yang begitu mengumbeerakan saya iaitu "Malaysia's Gift To The World" (Hadiah Malaysia Kepada Dunia) sudah bertukar kepada yang lain yang cukup tidak mengumbeerakan.
Saya begitu tertarik dengan konsep mencipta ide sendiri dan ekspot kepada dunia sebagai hadiah sehingga saya terangkat sebagai ketua projek global yang membuktikan kini saya mampu menghadiahkan kepada dunia. Tetapi apabila perkara ini disampaikan kepada pengurus besar dalam MDEC, tiada satu dari mereka yang mengendahkan cadangan saya supaya diujudkan sebuah Universiti Open Source atau Universiti Redhuan Oon supaya mengimbangi Universiti Lim Kok Wing yang tidak sebenarnya menjadi hadiah kepada dunia kerana masih memperagungkan subjek dan produk dari luar negara.
Ada satu kali saya sepatutnya ada mesyuarat dengan seorang pegawai kanan MDEC tetapi kerana PM atau Bill Gates nak jumpa mereka, maka dengan pantas mereka hilang kerana puak-puak tu lebih penting daripada seorang kerdil dari Kuang.
Itu sebabnya apabila saya perhati bahawa keanggotaan projek saya dari Jerman menjadi bertambah kuat saya telah mengesyorkan kepada mereka untuk menubuhkan Persatuan ADempiere Jerman terus dengan pejabat dan taliannya supaya saya boleh berpindah kepada sana secara rasmi secepat mungkin:
ADempiere Deutschland e.V.
Nahmitzer Damm 32
12277 Berlin
Germany
Phone: +49-30-69203854-0
Fax: +49-30-69203854-9
Saya tentu sekali lebih berbangga berpusat di CyberJaya secara rasmi. Tetapi dengan jawatan MDEC itu di isi oleh mereka yang tidak kedepan dalam perkembangan terbaru dunia saya rasa kezaliman akan berlaku kepada para innovasi seperti saya.
Itu sebabnya saya rasakan rasuah itu boleh berlaku secara perjawatan. Sekiranya pegawai di situ bukan saja amat arif tentang perkembangan terbaru malah kekal semangat asal kejadiannya iaitu untuk memberi keutamaan kepada hasil kerja tempatan daripada bangga dengan Oracle, Microsoft atau IBM, tentu hasil kerja saya tidak akan terus terhampa dan akan diambil oleh negara asing.
Ini adalah contoh yang saya cukup terasa dari yang terkena kat tubuh badan saya sendiri. Saya memang tidak ada ijazah kedoktoran atau termasuk Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang kuat dengan jaringan rangkaian kroninya. Atau saya ini mendapat biasiswa kerajaan atau mempunyai talian keluarga dan persahabatan dengan orang yang memegang jawatan berkenaan dalam kerajaan.
Itu sebabnya saya kini setuju pula dengan kawan-kawan saya yang bumiputera, cerdik dan berwibawa tetapi tidak mendapat peluang menduduki jawatan penting dalam institusi kerajaan, bahawasanya mereka itu pun tertindas.
Dengan memberi jawatan kepada mereka yang rapat sahaja dengan pemerintah tetapi bukan atas kepakaran dan ketepatan pencapaiannya adalah satu rasuah yang lebih besar. Rasuah wang makan sekali. Rasuah jawatan makan selama jawatan itu dipegangnya.
Jika mereka rasa tidak cukup melayu yang ada untuk memegang jawatan sedemikian penting kepada alam siber yang jauh lebih kaya buat kita, maka adalah lebih baik serahkan MDEC itu kepada orang MCA atau DAP.
Itu sebabnya saya secara peribadi bersuka apabila dengar yang JJ itu tidak lagi menjadi menteri disitu. Orang Sarawak pula. Lagi saya tidak kenal. Tetapi pegawai kanan MDEC saya masih kenal dan mereka masih asyik melayan tokoh-tokoh luar negara dan pembesar-pembesar lebih daripada rakyat sendiri yang jauh lebih memerlukan khidmat dan kehormatan mereka.
Saya menaip di sini supaya harap-harap mereka terbaca kepedasan kata-kata di sini yang cukup tidak berdiplomatik tetapi tetap bertanggungjawab sampai bila-bila.
Hari ini saya sudah tidak perlu anda. Saya akan keluar negara. Bukan kerana durhaka. Tetapi untuk membuktikan bahawa bumi Allah itu luas dan rezeki berada dimana-mana.
Sudah cukup hidup kita asyik mengharapkan pemberian kerajaan dan hidup secara subsidi. Mana pergi kemaluan kita? :-)

Moral atau Ubudiyah?
Maaf kerana teriklan majalah sebelum ini. Persoalan yang ingin disambung seterusnya ialah tentang apakah tujuan Islam didatangkan kepada kita sebenarnya? Bukankah Allah itu Maha segalanya sehingga merangkumi semua soal kejadian sepertimana sering dikatakan dalam Al-Quran sebagai kulli syain qudra?
Maka apakah segala dosa itu pun dipertanggungjawabkan kepada Allah? Ini antara persoalan yang padri kristian tidak boleh jawab semasa saya tengah melalui perjalanan kritikal spiritual saya sebelum terjumpa Islam. Kepada kristian, agama itu adalah soal moral semata-mata. Sains dan lojik tidak penting atau diutamakan. Sekiranya kita boleh buktikan tuhan itu tidak ujud, mereka tidak akan terima, kerana memang tidak boleh buktikan keujudan zat Allah secara saintifik. Saya makin kritikal kerana saya tidak dapat menerangkan keujudan saya sendiri yang akan fana tidak lama lagi.
Falsafah kristian itu mengajar saya secara songsang atau reverse psychology tentang beberapa perkara yang harus ada pada tuhan itu sekiranya saya terjumpanya. (Saya gunakan 'tuhan' dengan huruf kecil kerana sifat mengakui keujudan Allah akhirnya dan tidak dengan fahaman yang lain yakni 'tuhan' yang semasa belum mengenalNya). Tuhan mesti Maha Segalanya, dan maha bertanggungjawab atas segala ciptaanNya. Maka Allah Maha Mengetahui yang saya pun tengah tulis ini dan dapatlah berikan makna mengapa kezaliman boleh berlaku dan iblis boleh berontak terhadapnya.
Padri tidak boleh memuaskan pertanyaan saya yang bertalu mengapa seorang miskin yang melakukan kejahatan untuk hidup boleh dinerakakan sedangkan dia tidak minta untuk dilahirkan miskin. Padahal seorang yang dilahirkan kaya juga tidak meminta sedemikian lalu mendapat pendidikan baik dan berkelakuan baik, apakah markahnya di depan Allah itu adalah lebih baik dari si-miskin yang malang itu? Saya cerita ini bukan spekulasi tetapi nyata kita terjumpa di India (saya ada pergi sana sekejap) dan Indonesia dan Thailand di mana jelas ramai kisah anak-anak gadis dijual demi menyara hidup keluarga.
Itu sebabnya Allah dan RasulNya mengistiharkan perang ke atas riba yang menyebabkan keadaan ini, dan tentu sekali riba yang dimaksudkan itu bukan sekadar bunga interest dalam sistem pembankan tetapi meliputi ekonomi kufur yang berinflasi dan berspekulasi wang kertas yang telah menipu kita selama ini.
Semasa kemuncak atheisma saya, begitu banyak persoalan sehingga apakah lojik boleh dibakar perbuatan manusia yang harus dan fana ini dalam neraka yang baqa? Ini juga persoalan dalam buku Fritjof Schoun yang akhirnya beliau memeluk Islam. Akhirnya seorang ulama tempatan iaitu Ustaz Ghazali Din (sudah arwah, Allahyarham), yang menerangkan kepada saya tentang janji Allah sejajar dengan Iradah kehendakNya.
Selepas mengamati banyak hujah jawapan dari Al-Quran dan ajaran dan tulisan para ulama saya dapat memahami tentang tujuan sebenar kejadian kita dan kedudukan Allah. Sekiranya seluruh alam ini muslim tunduk kepadaNya tidak akan bertambah kepadaNya sebesar biji sawi pun. Sekiranya seluruh alam kufur tidak mengenal Allah tidak rugi kepadaNya sebesar biji sawi pun. Secara konsisten Islam mengajar bahawa tujuan manusia dijadikan bukanlah untuk membodek Allah atau mempertahankan Islam tanpa memahami KehendakNya. Sekiranya Allah kehendaki nescaya kita ini satu kaum, bermakna perpaduan bukan considerationNya.
Kita dijadikan untuk memperhambakan diri kepadaNya secara terus dan telus. Tujuan kristian tidaklah sama dengan tujuan Islam. Mereka sangka yang penting jaga moral, iman, pakaian, lahiriah dan batin diri dan tidak perlunya ilmu tauhid itu mereka mendalami. Dalam gereja kita saksikan mereka beryanyi, berdoa dan menjerit kerana ingin memasukkan semangat Ruh Qudus dalam jiwa dan inginkan perasaan high demi merasakan keujudan tuhan itu.
Saya dapat membuat perbandingan yang tujuan Islam yang sebenar bukanlah untuk moral akhlak semata-mata. Bukanlah sejauh mana wanita kita menutupi aurat dengan 1001 syarat dan lelaki pula cuma dengan satu syarat sahaja. Saya sedar yang Islam bukanlah satu projek sosial dimana kita lahir kat dunia ini dan mendapat ijazah lepas itu cari kerja gomen, dan ambil loan rumah dan kereta lalu berkahwin dan bersambung seterusnya anak cucu kita and so on and so on.
Hari ini ramai umat Islam hidup tidak berbeza falsafah hidup mereka dengan yang bukan Islam - just to let their lives pass by :-) - oh-oh, please forgive my pun bro!
Sering semasa saya panik dalam kegelapan dan kecarian spiritual dan membelik-belik Al-Quran kerana merayu kepada Allah tentang mana rezeki dan mana hidayah dan mana penyelesaianNya, saya terjumpa banyak ayat yang tidak ada dalam pegangan orang Islam disekeliling saya. Apabila terjumpa ayat tentang rezeki yang ia memang sudah terjamin buat saya dan saya harus musafir untuk menuntutnya, saya pun pernah musafir ke Cape Town, Afrika Selatan dimana saya terkejut yang mereka asalnya Melayu dari Maluku, Sulawesi dan Makasar yang dibuang Belanda ke sana. Islam mereka begitu murni dan mengejutkan (lain episod lah ana citerkan nanti).
Jadi apakah Iradah Allah sebenarnya? Apakah ia harus menepati lojik dan lojik macamana? Apakah api mesti senantiasa membakar sesiapa yang tersentuhnya? Ini penting kerana kita adalah tercipta olehNya dan tidak terkeluar dari genggamanNya. Ini penting kerana kita asyik hidup seolah kita bebas dariNya dan tersangka dengan hanya menunaikan yang lumrah akan cukuplah buat kita.
Kita harus membaca kembali Al-Quran bukan untuk bunyi bahasa tetapi untuk maknanya yang sebenar. Ia mengalak kita melihat, mencari, berfikir dan sedar. Banyak ayat yang mendakwa ada yang yukazzibubiddin, yakni mendustakan agamaNya (memohon perlindungan dari itu dengan Allah). Iaitu mereka yang tidak jaga yatim, tidak beri makan para miskin, dan yang mempersoalkan nikmat Allah sehingga Allah boleh bertanya berulang-ulang:
Fabi aii yi'alaa i rubbikumaa tukazdzibaan - Dan mana diantara nikmat-nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan? Jika mahu shortcut kita harus tanya sepertimana Shaykh saya pernah bertanya,
"Why don't you fall in love with Allah?".

19 April, 2008
Akhbar Bebas Dan Lucah
Pada tahun 2001, semasa saya dalam musafir perjalanan bas dari Medan ke Jakarta, yang menelan masa berhari-hari perjalanan, saya dapat menyaksikan hasil pasca reformasi di sepanjang jalan.
Bas yang dinaiki amat moden kepunyaan pengusaha Cina (seperti biasa), tetapi jalannya, amat repot dan rosak. Ada lubang sebesar kereta Proton Perdana, dan ramai penduduk sepanjang jalan hanya berdiri ditepinya kerana mahu bas kami tersekat lalu memberi mereka sedikit ongkos untuk mereka bantu tolak atau letak batu penahan supaya bas tidak terbalik.
Maka pemandu bas sering menghulur 2 ribu rupiah atau lebih kepada penduduk kampung sepanjang jalan, kerana kerepotan adalah hampir setiap setengah kilometer. Perjalanan kita memang dari petang ke pagi ke petang balik baru sampai. Itupun sampai ke Pekan Baru sahaja kerana singgah bermalam di rumah kontek kepada kontek.
Saya pun berbual dengan kontek,
"Saya tabik anda semua, hidup begitu sabar dengan keadaan macet, repot dan senantiasa kena hulur".
Jawapan yang diberi kepada saya, "Sebelum reformasi, semasa zaman Suharto tidak ada sedemikian, pak! Dulu Suharto seorang sapu tetapi jalan elok kerana kroninya sudah efisien rangkaiannya untuk buat kerja. Gambang saja. Sekarang ada sejuta Suharto! Entah siapa yang ambil uang semua itu. Uang sudah ambil, tetapi kerja tidak buat."
Semasa bersinggah di kawasan rehat dan rawat saya perhati rak gerai buku penuh dengan majalah yang lebih terdedah dari yang ada di tanah-air. Lalu saya bertanya lagi ke kontek,
"Waduh! Apakah begini majalah panas boleh di Indonesia? Di Malaysia pasti sudah kena tarik KDNnya".
Kontek, "Tidak Pak! Dulu tiada kebebasan akhbar. Tidak boleh buka sini sana. Sekarang sudah demokrasi penuh."
Saya teringat semasa Majalah Playboy ingin buka cawangan di sana ramai yang protes lalu pengurusan majalah tersebut memberi jaminan tidak akan siar wanita yang bugil seratus peratus sepertimana yang diamalkan di Barat. Ia akan siar dengan pakaian yang sopan dan tidak menjatuhkan maruah wanita.
Maka keluaran mereka yang awal saya copy/paste di atas. Masih agak sopan.
Yang terbaru di sebelah kanan ini sudah mula menghilangkan kesopanan tersebut. Sudah mula terdedah dan pasti akan lebih laris jualannya.
Entah apa yang akan lebih terdedah dalam keluaran seterusnya sedikit masa lagi. Tidak beranilah saya hendak mencopy/paste yang kemudiannya.
Dahulunya di Malaysia gejala mendedah sikit-sikit adalah amat popular. Itu semua sebagai taktik pelaris jualan kerana ingin bukan keuntungan tetapi mengelak dari kerugian kerana kos cetak adalah tinggi dan pembaca tidak seramai Indonesia. Lebih-lebih lagi rakyat Malaysia kurang membaca bahan yang bersifat intelek. Mereka suka gosip mengumpat atau dedah.
Kini di Malaysia agak terkawal bahan yang tidak sopan di rak-rak kedai buku dan majalah. Payah jumpa yang sedemikian dan piawaian kelucahan adalah jinak dan rendah. Inilah dilema kebebasan akhbar. Semua disekat, tidak boleh cetak dengan sewenang-wenangnya. Maka taktik penerbit mengunakan insuanasi seks. Berita panas disiarkan secara tidak bergambar nyata tetapi secara hiasan. Kelucahan lebih dimainkan dalam bentuk kata-kata dan tulisan. Akhirnya kegilaan seks tidak normal timbul kerana nafsu kehendakan seks dan seks itu dipermainkan di dalam minda dan bukan di depan mata. Lebih besar impak psikologi kepada masyarakat.
Dengan adanya camera phone dan youtube semua jenis kelucahan buatan sendiri mampu dilepaskan ke dalam alam maya yang lebih alternatif daripada media perdana. Dulunya budak nakal lukis gambar lucah dibelakang pintu jamban. Kini mereka dapat melepaskan keinginan berkarya secara kreatif mereka ke atas papan digital.
Apabila saya berbual dengan beberapa chatters dan bertanya mereka apakah mereka menonton kelucahan dalam internet, ada yang sanggup mengaku lalu mempertahankan diri bahawa itu tidaklah haram kerana mereka bukan menonton yang nyata, tetapi komposi gambarnya sahaja.
Para ulamak kita kini bukan saja perlu tahu tentang soal DNA tetapi soal graphics pula. Yang saya risau ialah soal kenegaraan berkhalifah yang mengamalkan Amal MadinahAl-Munawarah yang bercahaya dan tidak kegegelapan hidup masih belum selesai. Kelucahan yang lebih teruk berlaku dalam pejabat bank dimana sistemnya yang haram sudah ditampal dengan label "Islamik" sehingga bank yang asalnya haram sudah bertanda halal, Dow Jones pun sudah halal, duit kertas cetakan ceti yahudi England sudah halal, pelacur pun sudah halal.

Yang menjahanamkan bumi Indonesia sedikit masa dahulu bukan hasil kerja IMF, tetapi dalang-dalang dibelakang institusi kewangan terdasyat itu. Malaysia terselamat kerana kepandaian dan kecekapan mantan PM kita mengesan dalang tersebut serta kaedah operasi mereka. Alhamdulilah! (Saya puji Allah bukan mantan PM kita. Tetapi menurut syariat kita berbillion terima kasih kepadanya.)
Sistem ekonomi yang penuh riba dilingkari wang kertas amat merepotkan dengan strategi inflasi dan kenaikan harga barang sehingga manusia jatuh miskin dan teruknya dinegara jiran sehingga keluarga terpaksa membenarkan anak gadis mereka dilacurkan demi untuk mengisi perut ahli keluarga yang lain.
Pejabat Agama seharusnya tangkap ahli bank dan pencetak wang, bukannya pelacur yang tidak berdosa. Islam tidak zalim. Yang zalim adalah penzalim yang zalim lagi menzalimkan. Yang paling zalim ialah mereka yang berjubah dan berserban tetapi membiarkan mangsa sistem ekonomi riba wa halal mereka, yakni gadis-gadis yang belum akil baligh mengharapkan pembelaan dari penjenayah seks yang memberi pampasan dengan harga yang murah dan tidak sekali-kali mencukupi untuk melepaskan diri. Kini ada yang tidak membayar sesen pun lalu culik dengan percuma.
18 April, 2008
Menangani Politik Wang
Semua politik perlukan wang. Pemilihan Presiden Amerika Syarikat perlu wang. Walaupun AS jauh disebalik bumi ini namun saya di sini lagi tahu menahu tentang politik wang mereka daripada sini. Cara mereka kutip wang adalah telus. Mereka kutip dari derma orangramai. Calun demokrat Hillary Clinton menerima derma daripada ahli lobi syarikat gergasi yang tentunya inginkan dasar mereka dituruti oleh White House nanti.
Barack Obama enggan terima wang dari ahli lobi. Beliau hanya terima dari derma orang ramai. Namun Obama menerima lebih banyak wang daripada Hillary.
Kedua mereka walaupun politik berbeza membawa politik wang yang sama:
1) Mereka perlu wang untuk berpolitik
2) Mereka dapat wang dari penyokong yang menderma.
3) Dari pihak mana mereka dapat wang itu diketahui ramai
4) Pihak media adalah penting bagi mereka untuk membantu menyampaikan perjuangan mereka serta mengkhabarkan derma mereka.
5) Pihak media amat bebas dan berkecuali
Penghuni White House nanti juga tidak boleh menduduki jawatan Presiden melebihi dua penggal berturut-turut.
Balik kepada tanah-air. Pimpinan kerajaan amat berkuasa. Mereka boleh mengarahkan dana dipindahkan dari satu pihak ke pihak yang lain, jawatan dari seorang ke seorang yang lain, syarikat dari seorang ke seorang yang lain. Tetapi diri mereka punya kerusi tidak mahu dipindahkan. Apakah itu salah mereka atau salah sistem?
Jawapannya saya berpendapat adalah lebih kepada salah sistem. Jika salah orang, takanlah orang yang tidak Islam seperti Obama dan Clinton mengamalkan politik lebih telus dari kita.
Sistem kita di sini ialah apabila mahu menarik seseorang pemimpin kita akan menawarkan jawatan yang berdana kepadanya. PM akan memberinya jawatan Pengerusi PNB dan ini akan merosakkannya kerana beliau ada kuasa meluluskan projek berjuta-juta. Jika mahu selamatkannya patut berikannya jawatan Pengerusi MBK (Majlis Basmi Kimiskinan) yang fokus kepada orang miskin.
Sistem politik wang yang tertanam dalam status quo sedia ada telah menjejaskan imej begitu ramai pemimpin yang baik terutama Mahathir, Daim dan Anwar.
Sistem kenegaraan perlu kepada institusi yang kukuh dan bebas dari campurtangan tangan secara tidak menuruti tata-tertib. Institusi yang penting yang perlu bebas adalah Kehakiman, BPR dan Media yang akan menjadi matang secara sendirinya.
Contohnya BBC iaitu media rasmi UK tidak langsung tertakluk kepada perlunya taat kepada negaranya tetapi semata-mata mencari berita yang bermakna dan releven. BBC juga banyak menimbulkan debat yang telus dan bebas seperti Hard Talk.
Sekarang kerajaan baru di Penang dan Selangor merupakan kerajaan yang duduk di atas khazanah rakyat yang besar. Mereka akan memasuki dan mengambil alih banyak syarikat kerajaan negeri. Ramai penyokong dan ahli mereka akan diberi jawatan ahli lembaga ini dan ahli lembaga itu. Siapa yang akan memantau mereka dengan berkesan?
Memantau adalah kaedah reaktif. Macam kita roiyak sebelum ini lambat laun mereka cari cara untuk memintas sistem itu balik. Hendaklah sistem yang lebih telus dari yang ada sekarang. Dan ia mesti melibatkan mekanisma periksa dan seimbang seperti yang ada pada AS.
Mula-mula jawatan no. 1 mesti bertukar dan bergilir. Tidak boleh seorang tu saja sampai bila-bila. Kedua, institusi lain mesti bebas dan mempunyai majlis syura masing-masing yang terdiri dari pemikir, pejuang, pentindak dan terserlah peribadi akhlak dan cara politikingnya tidaklah kepada budaya kagum dan bodek.
Kaedah sedemikian akan mendorong golongan muda dan yang berjiwa tinggi untuk berkecimpung dalam alam politik secara lebih sihat kerana perlu lebih berdedikasi, diperiksa senantiasa dan terpaksa bersaing secara terbuka dengan calon yang terbaik tanahair. Bukan macam sekarang, calon katak pun boleh menang.
Akta ISA patut dimansuhkan atau dihadkan skopnya. Akta Percetakan harus dimansuhkan dan tidak perlu akhbar itu kepada permit untuk menyiarkan sesuatu. Jika ia siar yang bukan-bukan ia akan didakwa atas perkelakuan sumbang.
Paling penting juga adalah pihak legislatif parlimen dipisahkan dari pihak eksekutif kabinet. Ini bermakna jawatan PM patut dilantik secara PRU PM. Walaupun BN menguasai Dewan Rakyat tetapi jawatan PM itu tidak boleh daripada mereka dan harus dari PRU lagi satu secara berasingan bagi calon-calon yang sanggup bertarung sepertimana di AS. Mungkin PM itu adalah Wan Azizah atau Ezzam. Tetapi beliau akan dipantau secara tertinggi oleh Parlimen yang boleh veto beliau.
PM juga boleh veto Parlimen dalam keadaan tertentu. Agung juga boleh bersuara dan bertindak dalam keadaan tertentu. Tetapi keadaan tertentu itu hendaklah bersifat makro dan jangan mikro. Tak makan kan rakyat nanti asyik menonton TV Agung bertekak dengan parlimen yang bertekak dengan PM.
Parti MCA sudah mula mengamalkan salah satu langkah iaitu pemimpin dihadkan penggal perkhidmatannya. Dengan ide-ide sedemikian akan memangkinkan proses kematangan kita berpolitik.

Subscribe to:
Posts (Atom)