29 August, 2011

Beriman Dengan Kitab Bible



Saya lahir ke dunia ini sebagai seorang Kristian yang beriman kepada kitab Bible. Oleh kerana waktu kecil saya tiada kitab lain yang ada di rumah, saya terhafal banyak kisah dan ayat dalamnya. Ada satu kisah mengenai Nabi Isa di mana baginda berpuasa selama 40 hari dan malam dan berbuka hanya dengan minum air susu. Selepas selesai tempoh puasanya, baginda didatangi Iblis yang mengujinya dengan kata-kata,
Kamu diberi mukjizat oleh Tuhan untuk dapat menukar batu kepada roti. Maka lakukanlah,
lalu Nabi Isa a.s menjawab,
Manusia tidak boleh hidup atas roti dan makanan semata-mata, tetapi atas setiap ayat yang hidup dari Tuhan

Maka saya tertanya apakah 'ayat Tuhan yang hidup?' Pada akhir kitab Injil ada tertera,
Sekiranya saya menulis semua yang Jesus Christ cerita, maka tidak cukuplah kertas dan dawat untuk menulisnya.
Ini bagi tahu saya bahawa Bible sudah menjadi hasil kerja manusia disamping Tuhan.
Apabila saya mula mengenal Al-Quran saya menyaksikan bagaimana ayat-ayatnya begitu tersusun dan bermakna. Ayat yang awal sekali terbaca
Dengan Nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
begitu menyerap jiwa saya kerana merupakan satu sahutan dan pengesahan tentang kaedah penyampaian serta sumber Al-Quran itu. Seterusnya saya membaca,
Itulah kitab, tiada syak di dalamnya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa.
Hati saya makin terbuka kerana tiada kata-kata di situ yang menunjukkan ia adalah kitab syaitan sepertimana padri di gereja cuba menakutkan saya jangan membaca Al-Quran. Seterusnya saya sampai kepada ayat,
Iaitu yang beriman kepada yang diturunkan ini dan yang diturunkan sebelumnya (iaitu Torah, Zabur dan Injil).
Lega hati saya kerana selama ini Kitab Bible yang saya hafal masih diwajibkan menjadi pegangan dalam rukun Iman Islam. Maka mudahlah saya terima Islam kerana ia bukanlah agama baru tetapi memperbaharui agama asal manusia. Al-Quran menerangkan semula risalah asal Allah dan memperbetulkan tangkapan silap manusia, yang mengubah dan memasukkan ayat ciptaan manusia sendiri ke dalamnya.

(gambar di atas semasa saya sedang menyampaikan kisah ini pada bulan Ramadhan di sekitar Kelantan sempena siri ceramah mengenai dinar dan dirham sebagai amalan wang dan bukannya wang kertas yang berasaskan riba ciptaan Yahudi)

2 comments:

Redhuan D. Oon said...

Maka dapatlah saya faham mengapa Allah dan RasulNya mengistiharkan perang ke atas pengamal riba. Ini kerana ayat mengenai riba sudah mula turun sejak kitab yang pertama lagi. Maka Qur'an sebagai kitab mutakhir sudah matang mengenai soal ini lalu memberi kata putus terakhir, iaitu perang.
Dari situ kita juga boleh memahami bahawa wahyu dan ayat pertama atau kitab yang Allah turunkan bukanlah Qur'an semata-mata.
Maka, apabila kita disoal diakhirat kelak, apakah jawapan kita? Apakah kitab pegangan kita Quran sahaja atau 'dengan apa yang diturunkan, sebelum dan kini'? Terserahlah kepada kajian dan golongan cerdik pandai pula menjawab. Hambo Cina muallaf, tidak pandai sangat soal ini.
Adapaun soal hukum hudud kebanyakannya turun zaman kitab sebelum Qur'an dan bukannya di dalam Qur'an secara nyata. Disitu perlu penjelasan sekali lagi daripada golongan cendiakawan Islam.
Apakah hudud itu berzaman dan tidak sepenting ayat riba tadi? Ulama, what say you?

Redhuan D. Oon said...

Atau dari satu segi lain, Qur'an itu bukan hanya apa yang Nabi penutup menyampaikan. Maksud 'Quran' pun bermaksud 'recitation' atau membaca yang diberi, dan berapa banyak yang terberi? Bolehkan Qur'an itu membawa maksud 'segala-gala' yang pernah diturunkan termaksud yang tidak dikenali kita tetapi dikenali Allah?
Dan bukankah Allah sempurna dan tidak sepertimana kita sangkakan selama ini.
Itulah maksud ilmiah at as ayat Allah yg lbh saya minati, bukanlah keadaan kaku yg kini melanda ketaklidan kita.