tag:blogger.com,1999:blog-7646135045052632207.post7367365531366667674..comments2023-11-05T19:23:07.526+08:00Comments on PendatAng Dengan Izin: Menghargai Sistem MonarkiRedhuan D. Oonhttp://www.blogger.com/profile/09791892639707696662noreply@blogger.comBlogger7125tag:blogger.com,1999:blog-7646135045052632207.post-83717167278180436082008-05-12T22:47:00.000+08:002008-05-12T22:47:00.000+08:00Yin: Politik kepartian nampakkan akal yang terkota...Yin: Politik kepartian nampakkan akal yang terkotak dan terperangkap!

Yan: Bila DrM mahupun Nik Aziz bercakap tentang Islam dalam kotak atau pentas parti nampak kedua-duanya merepek.

Yin: DrM merepek tentang hudud. Nik Aziz merepek mencarut.Inilah padah bercakap tentang Islam dalam kotak parti. Tapi kadangkala bila kedua-duanya bercakap di luar kotak parti barulah nampak mereka tu macam berakal.

Yan: Ya betul. Yan pun nampak bila depa cakap bukan atas batas parti dua-dua cakap benda yang sama. Dulu DrM promote dinar emas. Nik Aziz pun turut sokong dinar emas. Dua-dua anti riba - anti IMF, anti bank dunia!

Yin: Sekarang nampak dua-dua cakap tentang kesultanan pun secara positif.

Yan: Baguslah tu. Lagipun nampak gaya krisis politik ni baik untuk kesultanan. Bila orang-orang parti bergaduh berebut kerusi barulah nampak siapa tuan punya semua kerusi.Kat sapa depa kena pi mengadap! Sapa menang pun kena mengadap sultan juga akhirnya.

Yin: Lagu tu kita biarpi depa gaduh berebut kerusi macam budak2 lagilah.yindanyanhttps://www.blogger.com/profile/16081656654201682635noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7646135045052632207.post-73065849864061589962008-05-12T22:17:00.000+08:002008-05-12T22:17:00.000+08:00Sdr,Saya merujuk kepada link kamus dan melihat mem...Sdr,
Saya merujuk kepada link kamus dan melihat memang ia lebih merujuk kepada agama kristian dan hanya salah satu definasi kemudian adalah:
6. a person marked by evangelical enthusiasm for or support of any cause.

Yang terbaru adalah yang dimaksudkan terutama dalam bidang Open Source yang saya menjadi pelupor untuk projek bersama rakan-rakan dari seluruh dunia itu.

Pada awalnya saya letak diri saya dengan gelaran 'leader' sepertimana yang saya terlantik oleh mereka tetapi oleh kerana kuasa saya amat terletak kepada soal pengaruh saya secara maya dan jauh, saya sering meletakkan diri saya dengan lebih rendah diri dan maka mengelar diri hanya sebagai 'pendakwah' falsafah kami. Perkataan 'evengelist' begitu popular bagi maksud itu dan bukan maksud lebih dari itu terutama dari segi agama.

Pentingnya bersifat rendah diri dalam satu komuniti sedunia yang terdiri dari ramai pendokong yang cerdik, berbeza dan agak agresif dalam pandangan yang bertentangan memerlukan seseorang pemimpin itu bersikap tenang dan tidak menonjol diri. Amat mudah untuk hilang pengaruh sekiranya kita cuba memaksa pandangan kita semata-mata.

Komuniti ADempiere yang saya terlibat ini amat menarik dari segi pengalaman kepimpinannya kerana saya tidak biasa dengan peluang itu dengan masa depan yang tidak menentu.

Saya menggunakan falsafaha Karma apabila ingin berdakwah kepada mereka, kerana ia adalah paling hampir kepada konsep tauhid, yin dan yang yang islamik dan tidak menimbulkan polemik yang sia-sia. Yang penting mereka mendapat mesej kebaikan serta menghormati saya sebagai seorang muslim.

t.k. kerana bertanya,
wasalam

red1Redhuan D. Oonhttps://www.blogger.com/profile/09791892639707696662noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7646135045052632207.post-36700844214649097442008-05-12T21:51:00.000+08:002008-05-12T21:51:00.000+08:00Satu pertanyaan : Mengapa Red1 tulis pekerjaan ada...Satu pertanyaan : Mengapa Red1 tulis pekerjaan adalah evangelist ?

Mengikut fahaman saya , dan disokong oleh kamus-kamus online, evangelist bermakna pendakwah gospel Christian . Perkataan evangelist digunakan terutamanya oleh golongan Protestant.

Anyway, bukan saya yang memberikan definasi ini. Rujukan www.dictionary.com .Mohd Radzianhttps://www.blogger.com/profile/17724422964566288225noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7646135045052632207.post-79319006462655035552008-05-12T21:40:00.000+08:002008-05-12T21:40:00.000+08:00Setiap sistem kerajaan mempunyai ciri-ciri yang te...Setiap sistem kerajaan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Ciri utama yang sentiasa menjadi rebutan adalah kuasa. Puak-puak yang berdambakan kuasa akan melakukan apa sahaja yang terlintas di benak mereka untuk mendapatkan kuasa. Ini termasuk penipuan, ketidak adilan dan segala-galanya yang kotor, ditabirkan di sebalik satu perkataan iaitu "strategi" Perkataan strategi ini digunakan untuk menghalalkan kekotoran di dalam permainan politik.

Masalah utama yang dihadapi oleh sebilangan negara sebenarnya bukan terletak kepada sistem pemerintahan. Masalah terletak kepada individu yang berada di belakang sistem pemerintahan. Saya sentiasa beranggapan sistem pemerintahan adalah bersih, individulah yang menyebabkan sistem itu kotor dan tidak bersih. Sepertimana ungkapan kontemporari muda-mudi - cinta itu buta, sebenarnya cinta tidak buta , tetapi manusia yang buta. Begitu jugalah organisasi dan juga sistem pemerintahan.

Demokrasi pada dasarnya adalah sesuatu yang baik kerana ia membenarkan sesebuah kerajaan ditukar sekiranya pemimpin tidak diyakini dan disukai rakyat.

Tetapi demokrasi juga adalah tidak baik dari segi, kepimpinan buruk yang terdapat di dalam sebuah negara demokrasi semasa kepimpinan itu masih berkuasa. Contohnya, atas dasar demokrasilah "bom atom di jatuhkan di nagasaki dan hiroshima", membunuh jutaan manusia. Atas dasar demokrasi juga lah Iraq di tawan walau pun tidak dijumpai sebutir bom nuklear pun di Iraq.

Tetapi pada akhirnya sistem demokrasi tersebut akan memperbaiki kepimpinan yang telah tercalar, dengan cara undian oleh orang ramai. Kita boleh lihat ini berlaku kepada George W. Bush yang hilang sebahagian kuasa beliau setelah perang Iraq semasa mid-term election yang lepas.

Seperti sistem-sistem pemerintahan yang lain, demokrasi tanpa kepimpinan adalah pincang. Demokrasi tidak pincang, tetapi kepimpinan adalah pincang.

Sistem Raja Berpelembagaan sebenarnya adalah satu sistem yang wujud dengan cara pengasingan kuasa eksekutif dan juga kuasa raja.

Saya berpendapat sistem ini adalah lebih baik daripada sistem demokrasi. Wujudnya dua kuasa yang berasingan boleh meperbaiki kepincangan kepimpinan demokrasi sekiranya ada. Ini dibantu sekiranya Raja atau Sultan mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih syumul daripada pemimpin yang dilantik melalui sistem demokrasi.

Saudara Red1, telah memberikan contoh sistem Raja Berpelembagaan Siam. Sebab utama mengapa Raja Siam amat dihormati oleh rakyat adalah kerana raja itu sendiri mengutamakan ilmu pengetahuan ke atas anak dan cucu-citcit baginda.

Di England, Raja Berpelembagaan juga terpilih setelah berlakunya pertumpahan darah King Charles 1 dan kemudiannya akhirnya mayat Oliver Cormwell sendiri telah dikeluarkan dari kubur dan digantung dikhalayak ramai oleh Raja yang dilantik semula oleh parlimen iaitu King Charles 2.

Kesimpulan yang boleh saya berikan di sini adalah Raja Berpelembagaan boleh membataskan kuasa eksekutif pemimpin demokrasi sekiranya Raja mempunyai ilmu pengetahuan lebih tinggi daripada pemimpin demokrasi dan seterusnya mengurangkan kepincangan di dalam demokrasi.

Manakala pemimpin demokrasi boleh mengelakkan kepincangan yang berlaku di dalam sistem Raja sekiranya pemimpin demokrasi adalah lebih berpengetahuan dan adil daripada Raja itu sendiri.

Akhirnya, sistem Raja Berpelembagaan sendiri akan mewujudkan kestabilan negara dan menyebabkan negara tidak mudah diancam oleh anasir-anasir luar yang memberikan sokongan dari segi wang ringgit, manipulasi ekonomi seperti contohnya menyangak matawang dan lain-lain.

Dengan wujudnya check and balance seperti ini, pertumpahan darah sepertimana yang telah berlaku di England dan France boleh dielakkan.Mohd Radzianhttps://www.blogger.com/profile/17724422964566288225noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7646135045052632207.post-42073104070222155142008-05-10T22:19:00.000+08:002008-05-10T22:19:00.000+08:00Terima kasih Red1 kerana penjelasan tentang kaedah...Terima kasih Red1 kerana penjelasan tentang kaedah fitrah bernegara. Sememangnya Islam bukan suatu sistem! Ia sebenarnya cara hidup yang sesuai untuk suatu kampung dan sesuai juga untuk sebuah empayar. Sistem berkait dengan fikiran manusia yang ingin meletakkan segalanya dalam tong atau kotak hatta Islam pun hendak diletak dalam tong undi seperti kata Yin dan Yan. Meletakkan Islam dalam tong maknanya menghalalkan proses pilih tong yang lain juga. Jika anda berkuasa, kepimpinan Islam bukan suatu pilihan. Nak Islam atau tidak mau bukan peti undi yang tentukan. Selagi ada sultanlah tanah air kita berterusan daulah islamiyahnya. Bukan selagi ada demokrasi!

Inilah cara fitrah berkerajaan.
Kita sentiasa diberi pedoman dalam segala hal hinggakan tatkala peristiwa qabil habil dahulupun Allah tunjukkan cara melalui burung gagak bagaimana hendak sempurnakan jenazah.

Sekali lagi Red1, teruskan usaha baik tuan.

wassalam
RTK
Rethinking Timesrtkhttps://www.blogger.com/profile/18265392578369739240noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7646135045052632207.post-45900343640152362752008-05-10T11:43:00.000+08:002008-05-10T11:43:00.000+08:00Minta maaf ayat tergantung:Saya berpendapat demokr...Minta maaf ayat tergantung:
Saya berpendapat demokrasi kerana Kesultanan Melayu Melaka gugur kerana Sultan Mahmud yang incompetent
Sepatutnya:

Saya berpendapat monarki ada limitations nya seperti Kesultanan Melayu Melaka yang gugur....Ahmad Ramlyhttps://www.blogger.com/profile/06681324592189733089noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7646135045052632207.post-90062656360583570112008-05-10T11:41:00.000+08:002008-05-10T11:41:00.000+08:00Persoalan di sini bukan mengenai demokrasi atau mo...Persoalan di sini bukan mengenai demokrasi atau monarki, tetapi sistem mana yang boleh membawa kehancuran atau keamanan? Saya berpendapat demokrasi kerana Kesultanan Melayu Melaka gugur kerana Sultan Mahmud yang incompetent. Tetapi kesultanan tersebut gah di zaman Sultan Alauddin. Demokrasi gah ketika di zaman Rasulullah saw, Abu Bakar, Usman dan Ali tetapi hancur setelah ditukarkan kepada monarki Muawiyah. Kemudian demokrasi dikembalikan seketika pada zaman Usman Abdul Aziz dan kita semua tahu beliau adalah seorang yang disanjung tinggi. Demokrasi Romawi hancur di zaman Julius Caesar dan makmur di zaman Marcus Aurelius. Sistem walau macam mana bagus pun, bergantung kepada ketuanya.

Btw, saya pernah menetap di Brunei. Sungguhpun saya menyanjungi tinggi Ke Bawah Duli, saya meragui kewujudan Brunei selepas 2018 (post-minyak). Minta maaf tak dapat diterangkan dengan lebih lanjut.Ahmad Ramlyhttps://www.blogger.com/profile/06681324592189733089noreply@blogger.com