tag:blogger.com,1999:blog-7646135045052632207.post5634275936222274977..comments2023-11-05T19:23:07.526+08:00Comments on PendatAng Dengan Izin: Kehilangan 4 billion ringgitRedhuan D. Oonhttp://www.blogger.com/profile/09791892639707696662noreply@blogger.comBlogger4125tag:blogger.com,1999:blog-7646135045052632207.post-17637127682952128032009-11-12T09:47:57.625+08:002009-11-12T09:47:57.625+08:00Sdr, Kerajaan mana-manapun amat bagus dari segi da...Sdr, Kerajaan mana-manapun amat bagus dari segi dasar dan polisinya. Tetapi dari segi perlaksanaan adalah sebaliknya. Lebih-lebih lagi bagi negara belum habis bangun macam kita. Senantiasa ada yang miss.

Contohnya, katakan pusat untuk melatih budak kita dalam Java. Hari ini sudah tidak mampu berbuat demikian kerana syarikat empunya Java iaitu Sun Microsystems sudah hampir lingkup dan tergadai kat Oracle. Google pula menguasai pasaran dan bakal mengeluarkan segala perisian masa depan dunia.

Yang saya ingin menarik di sini ialah soal Pemikiran Secara Lateral atau kritis terhadap pecaturan dunia yang asyik mengawal kita.

Kita perlu bermain catur secara bijak. Lebih baik menguasai kolam daripada cara menangkap ikan semata-mata. Itulah percakapan saya dalam blog saya selama ini.

Ia adalah mengenai penguasaan jenama sendiri dalam lautan biru sendiri, dan bukan lagi lautan merah yang dicampak oleh pakar-pakar IAP MSC konon yang hanya ingin menjajah kita sampai akhir zaman.Redhuan D. Oonhttps://www.blogger.com/profile/09791892639707696662noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7646135045052632207.post-45173570556466397642009-11-11T23:50:31.780+08:002009-11-11T23:50:31.780+08:00Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Berhubung ...Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Berhubung dengan berita utama Utusan Malaysia (11hb.Nov.2009) iaitu "Dua langkah lonjak IT" (http://www.utusan.com.my+info.asp?y=2009&dt=1111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm).

Saya terpanggil untuk memberi ulasan di ruangan ini sebab ia berkaitan dengan kehilangan RM4 bilion akibat ketidakmampuan kita menghasilkan produk ICT sendiri. Antara kandungan berita berkenaan ialah dua langkah kerajaan untuk melonjakkan industri IT di Malaysia, antaranya (kalau tak silap) ; pembinaan pusat latihan ICT bagi graduan dan meningkatkan sambungan kelajuan tinggi di seluruh negara.

Maka, saya terpanggil untuk berkongsi pandangan dan meminta pembaca blog PADI atas isu ini.

Dari apa yang DS Najib Tun Razak rancangankan mungkin sebahagian besarnya datang dari pemikiran Tun Mahathir. Alasan? Ada di antara kenyataan DS Najib Tun Razak ialah "negara maju sebahagian besarnya dilengkapi sambungan kelajuan tinggi bagi capaian Internet ditambah lagi dengan budaya inovasi negara berkenaan". Kenyataan ini tidak silap saya sebahagiannya berdasarkan tulisan oleh Kenichi Ohmae (bekas penasihat Tun Mahathir) dalam buku The Invsible Continent. Itu tak mengapa, kita mengambil pandangan pihak luar untuk kebaikan kita tetapi dalam acuan kita (Ini juga pandangan Tun Mahathir).

Pertama, sejauh mana kejayaan perancangan ini iaitu dengan penambahan sambungan kelajuan capaian Internet di seluruh negara sedangkan kebanyakan rakyat di negara kita masih kurang menggunakan Internet bagi inovasi dan kebaikan.

Kedua tentang pembangunan pusat latihan ICT bagi graduan (mengambil kira model InfoSys di India), pada pandangan Mr Red, sejauh mana kejayaan pembangunan pusat latihan ini? Pada saya, kita boleh melatih para graduan bagi membangunkan sistem, aplikasi, perisian dan seumpamanya menggunakan sumber terbuka (open source atau OpeS). Di samping apa yang penting, ke mana hendak di bawa graduan berkemahiran ICT ini (setelah mengikuti latihan di pusat latihan ICT ini), adalah agak menyedihkan setelah kerajaan melatih graduan ini kemudian bekerja di syarikat Luar dan mendapatkan gaji yang tinggi.

Pada hemat saya, adalah lebih baik sekiranya graduan terlatih ini dilatih juga atau di bawa untuk membangunkan syarikat atau industri ICT sendiri atau dengan kata lain, mereka pekerja, mereka bos sehingga boleh melatih graduan lain (ini mungkin boleh mengambil model penubuhan Facebook, Google di mana mereka bermula dengan projek di kampus sehingga boleh mengambil pekerja).

Mungkin ini pandangan peribadi saya kepada dua perancangan kerajaan untuk melonjakkan negara menerusi ICT.

Mungkin sekali lagi Mr Red boleh bagi ulasan di blog PADI tentang isu ini. Sekian, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca pandangan ini.

p/s- maaf, saya tiada blog!!

Muhaimin, UTM Skudai, Johoremi21081https://www.blogger.com/profile/06812903544603083476noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7646135045052632207.post-76941004438516460782009-11-08T17:09:42.495+08:002009-11-08T17:09:42.495+08:00yup. i heard that b4. penah lecturer i citer kes M...yup. i heard that b4. penah lecturer i citer kes MRR2 tu upah consultant luar berjuta2..padahal consultant tu adalah manusia yg lg bodoh dr lecturer aku sbb dlu lect tu clazmate dgn consultant tuh..kerajaan tidak banggang sbb diorg dpt komisen berjuta2.. terima kasih kerajaan.SocketPChttps://www.blogger.com/profile/05766992728763422478noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7646135045052632207.post-21928142953517852532009-10-16T19:35:27.967+08:002009-10-16T19:35:27.967+08:00Baru-baru ini saya terdengar dari kawan dalam Tele...Baru-baru ini saya terdengar dari kawan dalam Telekom Malaysia bahawa ia terbelanja 400 juta ringgit untuk SAP tetapi ia gagal untuk melakukan e-perolehan. Padahal perisian terbuka projek saya iaitu ADempiere mampu melakukannya tanpa kos lesen. Cuma bayar kos manusia sahaja. Dengan itu, kos itu tidak akan mengalir keluar tetapi kembali ke dalam kocek rakyat sendiri.

Setuju kenyataan di atas seperti yang dicatat dalam blog CheDet: http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/10/malaysian-industries.html

Rakyat kita memang percaya apa orang luar cakap. Satu kes berlaku dalam pejabat saya. Report/Presentation yang dipersembahkan di'bantai' cukup2 dan tidak dipercayai, tetapi kenyataan sama dikeluarkan oleh OrangPutih, tiada seorangpun yang menidakkan kenyataan beliau. Mungkin orang kita tak suka lihat orang kita juga hebat.Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/17380054953028841073noreply@blogger.com